Info Terkini PPBSP

KES CURI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Semua penduduk yang dihormati,

 

Untuk dikongsi bersama, satu kes curi telah berlaku pada 09 Ogos 2011 lebih kurang jam 7.10 malam di No. 42, Jalan Seri Putra 3/9.  Semasa kejadian suri rumah sedang sibuk di dapur membuat persiapan untuk berbuka puasa.  Penjenayah memasuki melalui pintu hadapan yang mana ketika itu pintu pagar dan pintu rumah terbuka dan tidak ditutup/dikunci kerana sedang menunggu seseorang yang akan datang ke rumah.  Suami  dan anak-anak ketika kejadian berada di tingkat atas.

 

Mengambil kesempatan ini, penjenayah telah berani memasuki rumah tersebut lalu mengambil sebuah laptop, beg tangan dan telefon bimbit yang terletak di ruang tamu.  Suri rumah yang sedang berada di dapur ternampak pergerakan seorang penjenayah yang memakai topi kelendar dengan berpakaian baju T dan seluar jeans  lalu menjerit yang membuatkan penjenayah melarikan diri keluar dari rumah tersebut yang sedang ditunggu oleh seorang lagi penjenayah dengan bermotorsikal  di luar pagar.  Tinggi penjenayah lebih kurang 5' 7".

 

Iktibar daripada kejadian ini, sama-samalah kita sentiasa bersedia dan beringat supaya tidak leka dengan keselamatan diri dan harta benda kerana penjenayah  sentiasa mengambil kesempatan yang ada dengan kealpaan kita dengan tidak mengira masa dan tempat.  Lebih-lebih lagi di musim perayaan yang akan menjelang tiba, penjenayah akan mengambil berbagai cara usaha dan peluang terbuka untuk mencapai keinginan dan perancangan mereka.

 

Sila hebahkan kepada semua komuniti masing-masing.

 

Sekian.

 

Wassalam dan selamat sejahtera.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 


0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.