Info Terkini PPBSP

SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGONG PPBSP 2012

Tarikh              : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012

Ruj. Kami        : PPBSP/SU/SU/25

 

Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

 

Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

PER: PANGGILAN MESYUARAT AGONG PPBSP 2012

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.    Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agong kali kedua seperti perincian berikut:

 

            Tajuk: Mesyuarat Agong PPBSP 2012

            Tarikh: 22 April 2012

            Hari: Ahad

            Waktu: 8.30am – 12.00pm

            Cadangan Tempat: Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

            Agenda:  8.00am – Pendaftaran dan Sarapan

                           8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong

                           10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2012/2013

                           11.30am – Majlis Tamat

 

3.    Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP Tuan/Puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agong ini nanti.  Bersama dengan ini disertakan Borang Usul untuk tindakan Tuan/Puan dan memulangkan borang tersebut ke alamat berikut sebelum 10 April 2012.

 

                                                FARHAN INTERNET & PHOTOCOPY

                                                No. 14 Jalan Seri Putra 3/13,

                                                Bandar Seri Putra,

                                                43000 Kajang, Selangor

 

4.   Mohon untuk membawa yuran tahunan sebanyak RM12 semasa pendaftaran.  Justeru besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PPBSP 2012 ini.

 

Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.

 

 

Yang benar,


......................................................................

RAMIZI BIN MOHAMED

Setiausaha

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.