Salam Ramadhan dan Salam Sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.
Saya baru mendapat maklumat dari Rakan PTT di Bukit Mahkota bahawa satu kejadian samun telah berlaku di Seksyen 5 pada lebihkurang jam 3.30 pagi tadi. Suspek (tidak diketahui berapa orang) telah memecah masuk melalui pintu belakang rumah mangsa dan bertindak mengikat mansa sekeluarga.
Antara barangan berharga yang dilarikan adalah barang2 kemas, jumlah kerugian tidak diketahui. Ini adalah kejadian kedua selepas 2 hari kejadian pecah rumah berlaku di seksyen 2 Bukit Mahkota. Berdasarkan modus operandi Penjenayah adalah dipercayai dari Geng Rantau (Indonesia).
Adalah diharapkan agar semua Warga Bandar Seri Putra lebih berhati-hati tentang soal keselamatan diri dan keluarga lebih-lebih lagi Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang, penjenayah akan sentiasa mengambil peluang atas kealpaan kita. Sedikit tips keselamatan yang boleh dikongsi:-
- Elakkan dari membuka pintu apabila bangun bersahur kerana ini akan mengundang tetamu-tetamu yang tidak di undang.
- Sekiranya anda tercium bau rokok kretek ditengah malam sekitar kawasan rumah anda, jangan hidu terus2an kerana kemungkinan ada unsur pukau sedang berlaku (berdasarkan kes2 yang pernah berlaku dan dilaporkan)
- Sekiranya ingin pulang ke kampung, jika mempunyai 2 kereta sebaiknya kereta yang ditinggalkan dirapatkan ke pintu masuk utama rumah.
- Laporkan ke Balai Polis anda akan bercuti panjang.
Azizuddin Zailan
Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2011/08/kejadia-samun-di-bukit-mahkota-seksyen.html
0 comments:
Post a Comment