Info Terkini PPBSP

Cadangan perjumpaan ketua2 skim dan polis

Assalamualaikum wrt,

Menemui semua warga BSP induk

Per: Cadangan Perjumpaan Ketua-ketua Skim dan Polis

Persatuan Penduduk BSP (PPBSP) bercadang ingin mengadakan perjumpaan dengan pihak Polis BSP bagi membincangkan program keselamatan semasa cuti hari raya Aidilfitri. 

2. Justeru PPBSP ingin menjemput semua ketua-ketua atau wakil-wakil skim untuk perjumpaan tersebut pada hujung minggu ini, Ahad, 7 August 2011.   Tempat dan waktu akan diberitahu kemudian.

3. Mohon maklum balas daripada semua ketua-ketua skim, melalui email ini dengan menyatakan komitmen kehadiran.  

4. Adalah besar harapan kami agar semua wakil-wakil skim dan penduduk mengambil inisiatif secara aktif dalam perkara isu keselamatan untuk semua.  Kerjasama dari Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Selamat menikmati ibadat di bulan Ramadhan

Yang Benar.

Ramizi Mohamed 135

__._

0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.