Info Terkini PPBSP

Program Jejak Kemiskinan LZS

Tidak dapat melihat email ni? Sila klik di sini.
Portal  |  Blog  |  Bayar Zakat   |  Hubungi Kami
a
Copyright © 2011. Lembaga Zakat Selangor. All rights reserved.
Follow kami di    
Klik pautan ini untuk berhenti menerima makluman terbaru dari LZS : Berhenti Langganan 

Majlis Sambutan Aidil Adha Surau Al-Hijrah BSP

Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra
 
Semua ahli jemaah beserta keluarga dijemput untuk sama-sama bersolat sunat Aidiladha,
menyertai gotong-royong majlis penyembelihan dan seterusnya pengagihan dan jamuan qurban di surau.
Sumbangan "SARAPAN PAGI" amat dialu-alukan
 
 
Wassalam.
 
Untuk sebaran makluman/aktiviti kemasyarakatan @ pertukaran email, sila hubungi Khairil - 012 2655203 (khair75@gmail.com) @ Syamsul - 019 3929219 (syamsul.saad@gmail.com)

Panggilan Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra Kali ke-4 dan Laporan Minit Mesyuarat Majlis Ramah Mesra

Tuan/Puan,


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PER: Panggilan Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra Kali ke-4.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya mengumumkan kepada Tuan/Puan akan Panggilan Mesyuarat Persatuan Penduduk BSP kali ke 4.  

3. Perincian mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 November 2011
Hari : Ahad
Waktu : 2.30pm
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat, Bandar Seri Putra.
Agenda: Penganjuran Pasar Malam dan Majlis Ramah Mesra

4. Selaku AJK PPBSP dan Ahli Majis Mesyuarat PPBSP Tuan/Puan adalah layak dan diberikan hak ke Mesyuarat PPBSP.

5. Mohon untuk menyatakan kesediaan kehadiran melalui email dengan membalas kepada yahoogroups.  

6. Berikut juga adalah disampaikan lampiran Minit Mesyuarat Program Ramah Mesra BSP untuk tindakan bersama.

Kerjasama dan maklumbas daripada tuan/puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.


Yang Benar,



Tandatangan
......................................................................


RAMIZI BIN MOHAMED

Setiausaha

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

__._,_.___

KiddyTrack kesan lokasi anak

Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my



SEORANG model Maxis menunjukkan peranti KiddyTrack yang membolehkan ibu bapa mengesan di mana anak-anak mereka berada di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) kini menyediakan penyelesaian mengesan kanak-kanak yang pertama di Malaysia, KiddyTrack, yang dipacu oleh teknologi Mesin-ke-Mesin (M2M) Terurus Maxis.

Penyelesaian M2M Terurus Maxis itu terdiri daripada perkhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi lancar antara peranti atau pelayan tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau Circuit Switch Dial-Up (CSD) tanpa memerlukan input pengguna.

Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam berkata, KiddyTrack menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis untuk mengesan anak-anak pelanggan melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Dalam hanya beberapa saat menerima SMS berkenaan, sistem ini akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi setempat sehingga lima meter di mana kanak-kanak itu dikesan.

"Apabila ia tidak mendapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform M2M Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi kanak-kanak itu dalam lingkungan ketepatan radius 50 meter," katanya pada majlis pengumuman kerjasama Maxis dengan pemaju teknologi pengesan tersebut, KiddyTrack Sdn. Bhd. (KiddyTrack) dan pelancaran perkhidmatan KiddyTrack di sini semalam.

Kawal Wabak Denggi,400 Nyamuk Toxo Dilepas

Kawal Wabak Denggi,400 Nyamuk Toxo Dilepas

Saturday, 29 October 2011 | Ruangan: Berita
Sumber: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/35244

oleh : Affeqa Affera

PUCHONG,29 OKTOBER :  Usaha mencegah dan mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular di kalangan penduduk setempat terus dipergiatkan melalui pelepasan kira-kira 400 ekor nyamuk Toxo yang dibawa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang di Kampung Sri Aman di sini.

Program yang dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim itu merupakan kerjasama antara pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), CIMB dan USM menerusi satu M.0.U yang ditandatangani pada Julai 2009 dengan peruntukan sejumlah RM60,000.

Teresa dalam ucapannya menjelaskan, nyamuk Toxo adalah spesies nyamuk yang dijumpai di kawasan hutan dan memerlukan persekitaran yang mempunyai tumbuh-tumbuhan untuk hidup dengan baik.

Katanya, nyamuk jenis ini tidak menggigit manusia, sebaliknya hanya memakan madu bunga manakala jentik-jentiknya akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes.

"Pihak MPSJ telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk melepaskan nyamuk Toxo dan Kampung Seri Aman adalah salah satu lokasi yang didapati sesuai.

Melalui pra-kajian yang dilakukan, MPSJ telah meletakkan 60 MLTD dan keputusan yang diperolehi mengesahkan kesesuaian tempat ini untuk pelepasan nyamuk Toxo," ujar Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara.

Program pelepasan nyamuk Toxo sebelum ini telah dilaksanakan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar di USJ 1 pada Jun lalu, namun ia menghadapi masalah ekoran tindakan pihak pemaju yang memulakan kerja pemajuan dan mengganggu pengumpulan data keputusan kajian.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Hayat USM, Profesor Abu Hasan Ahmad.

Dalam pada itu, Teresa turut memaklumkan, setakat ini sebanyak 368 kes denggi telah dilaporkan di kawasan pentadbiran MPSJ di mana 202 kes adalah positif dan satu kematian dicatatkan tahun ini.

Bagaimanapun ujar beliau, walaupun kes denggi menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, faktor cuaca yang tidak menentu terutamanya musim hujan sekarang ini menyebabkan banyak wujudnya takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sehubungan itu, tegas Teresa, penglibatan masyarakat adalah perlu untuk memastikan kawasan masing-masing bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Justeru menurutnya, penubuhan Skuad Denggi JKP Zon 12 dilihat sebagai projek perintis bagi menggerakkan masyarakat setempat dalam usaha mencegah dan mengawal demam denggi.

"Sebagai projek perintis, skuad denggi yang ditubuhkan ini akan diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pihak Jabatan Kesihatan MPSJ.

Antara peranan dan aktiviti skuad ini adalah memastikan kawasan mereka bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes selain dari membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada masyarakat setempat tentang cara terbaik untuk mencegah dan mengawal demam denggi," katanya.

Ujar beliau lagi, untuk pelancaran program kali ini, MPSJ telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Gambar: Kursus Pengurusan Jenazah Wanita 16 Okt 2011 Surau As-Syakirin











"KELAS RENANG 1 MALAYSIA" (PENDUDUK SEKITAR BANDAR SERI PUTRA)

Tempat : Kolam renang di BUKIT MAHKOTA ATAU PUTRAJAYA PRE 16(dkt ALAMANDA)

Kelas : 2 jam utk 1 hari (10hari) selama 20 jam.

Bayaran : rm 50.00

Masa :
8.00 - 10.00 malam di Bkt Mahkota dan
3.00 - 5.00 ptg di PUTRAJAYA.
(akan di tetapkan oleh pengajar.)


UMUR : 15 TAHUN DAN KEATAS.

Tarikh akan diberitahu kelak.

TAWARAN DIBUKA SEKARANG DAN SESIAPA YG BERMINAT DGN PROGRAM INI, SILA HUBUNGI SAYA SECEPAT MUNGKIN.

Mohon war2kan kepada kejiranan semua dan terima kasih.

PUAN NURSIAH (BIRO WANITA PERSATUAN PENDUDUK BDR SERI PUTRA).
(019-2641736)

PROGRAM SMART AL QURAN DAN HAFAZAN (musim cuti sekolah)

PROGRAM SMART AL QURAN DAN HAFAZAN (musim cuti sekolah)

Untuk : murid darjah 4- 6/ pelajar tingkatan 1-3 (lelaki/perempuan)

Tempat : SURAU AS SYAKIRIN, BDR SERI PUTRA.

Tarikh : 27/11/2011 - 22/12/2011 (20 hari)

YURAN : RM 230.00 SEORANG.

Hari : AHAD hingga KHAMIS.

MASA: 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG.

MATLAMAT : melahirkan generasi yg berketerampilan Al Quran, menghayati dan menamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.......

Tempat terhad, permohon awal akan diutamakan.

Keterangan lanjut boleh didapati di blog surau As Syakirin atau hubungi pihak surau.
Rancang cuti lebih awal, semuga anak-anak berpeluang mengikuti program ini.
Terima kasih.

Puan Hjh Nursiah - AJK Surau As Syakirin.
(019-2641736)

PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN PIALA PRESIDEN KELAB SUKAN PUTRA MAHKOTA

PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN
PIALA PRESIDEN KELAB SUKAN PUTRA MAHKOTA, BANDAR SERI PUTRA


Anjuran Persatuan Penduduk Putra Tropika dan Kelab Sukan Putra Mahkota

Tarikh tutup penyertaan
Tarikh: 15 November 2011 (khamis)
Masa: 5:00 petang

Taklimat dan undian perlawanan
Tarikh: 20 November 2011 (Ahad)
Tempat: Bilik Mesyuarat Tadika Kemas Bandar Seri Putra
Masa: 9.00 malam.

Tarikh pertandingan
Tarikh: 26 dan 27 November 2011 (Sabtu dan Ahad).
Tempat: Padang Bolasepak Bandar Seri Putra.

Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia.
016-3166200 (Wira), 019-2218602 (Nizam) dan 019-3154535 (En Din)

Borang Pertandingan

Wakaf Buku PTS 2011

Wakaf Buku PTS 2011

Pengenalan

Program Wakaf Buku PTS adalah program inisiatif PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.

Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, PTS melalui kedai buku onlinenya iaitu www.bookcafe.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi/tempat yang dipilih oleh pewakaf.

Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Objektif

  1. Menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku
  2. Memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca tanpa mengira status sosial

Tempoh

Program wakaf ini akan bermula dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2011.

Penerima Wakaf Buku

  1. Individu yang mahu mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. PTS mencadangkan institusi dan tempat seperti di bawah sebagai penerima wakaf. Institusi/organisasi penerima wakaf terhad dalam Malaysia sahaja.
    • Masjid/surau
    • Perpustakaan sekolah
    • Perpustakaan awam/negeri/desa
    • Perpustakaan organisasi/jabatan kerajaan
    • Sudut bacaan pejabat
    • Rumah anak yatim
    • Lain-lain tempat yang sesuai
  2. Sekiranya pewakaf belum ada penerima wakaf/institusi bagi mewakafkan buku, mereka boleh serahkan kepada PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku mereka.

Cara Wakaf Buku:

  1. Pilih dan klik set buku yang hendak diwakafkan. Pembeli boleh mewakafkan buku lebih daripada 1 set.
  2. Isi maklumat penerima wakaf. Taip PTS sekiranya mahu PTS tentukan penerima buku wakaf.
  3. Klik 'add to cart' dan ikut arahan selanjutnya.
  4. Sekiranya anda belum menjadi ahli Bookcafe, sila daftarkan diri mengikut langkah yang ditunjukkan.
  5. PTS akan hantar buku yang diwakafkan kepada penerima wakaf pilihan pembeli ataupun penerima wakaf yang PTS tentukan. 
  6. PTS akan beri resit kepada pembeli dan memaklumkan status penghantaran buku.

Resit

PTS akan mengeluarkan resit pembelian buku bagi tujuan wakaf dan dihantar kepada pewakaf. Resit ini boleh digunakan bagi tujuan pelepasan cukai pendapatan individu.

Status Penghantaran Buku Wakaf

PTS akan memaklumkan para pewakaf melalui e-mel/telefon status penghantaran buku-buku wakaf.

Maklumat lanjut di sini: http://www.bookcafe.com.my/en/senarai-wakaf-ramadan-2011-my-en/

[PROGRAM] Sambutan Aidil Adha serta Qurban & Aqiqah 1432H/2011


 
Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra
 
Insyaallah seperti mana tahun-tahun sudah, Surau Al-Hijrah akan mengadakan Solat Aidiladha dan seterusnya melaksanakan Ibadah Qurban pada hari yang sama. Tempahan lembu qurban/aqiqah masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Program:
1. En. Mazlan Abdullah (no 40 JSP 6/7) 012 3666764 - Bendahari Surau
2. En. Syamsul Akmal (no 59 JSP 6/4) 019 3929219
 
Kadar yang ditetapkan adalah :
1. RM 400 untuk satu bahagian qurban
2. RM 450 untuk satu bahagian aqiqah (kadar ini termasuk kos penyelenggaraan memasak)
 
TEMPAHAN DIBUKA SEHINGGA SELEWAT-LEWATNYA SELEPAS SOLAT JUMAAT, 4 Nov 2011
Semua ahli jemaah beserta keluarga dijemput untuk sama-sama bersolat sunat Aidiladha,
menyertai gotong-royong majlis penyembelihan dan seterusnya pengagihan dan jamuan qurban di surau.
Sumbangan "SARAPAN PAGI" amat dialu-alukan
 
Wassalam.
 
Untuk sebaran makluman/aktiviti kemasyarakatan @ pertukaran email, sila hubungi Khairil - 012 2655203 (khair75@gmail.com) @ Syamsul - 019 3929219 (syamsul.saad@gmail.com)

Qurban di Masjid Jame' Pekan Kajang

masjid%20jamek%20pekan%20kajang.jpg

Assalamualaikum

Masjid Jame' Pekan Kajang masih membuka dan amat mengalu-alukan semua yang berhajat untuk melaksanakan ibadah Qurban di masjid ini. Buat pengetahuan sahabat, masih ramai fakir-miskin yang berada di sekitar karyah Pekan Kajang yang saban tahun berkongsi nikmat daging Qurban di masjid ini. Kadar satu bahagian lembu ialah RM400.
 
Kepada yang berhajat, bolehlah hubungi ana di talian 012-3911813 atau Tuan Hj Hanafi (Nazir Masjid) di talian 013-7228082.
 
Jazakallah khairan kathira

Blog ADUN Bangi: Fatimah Zahrah binti Amiruddin Digigit Anjing Liar!

3. Fatimah Zahrah binti Amiruddin Digigit Anjing Liar!
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/10/hari-menziarah-simpati-dan-takziah.html



Pagi Isnin dua hari lepas Fatimah Zahrah (8) dihantar ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera tidak jauh dari rumahnya. Sesudah ditinggalkan dalam kawasan Sekolah beliau diserang 6 ekor anjing liar yang menyelinap masuk ke kawasan Sekolah. Anjing-anjing ini biasa menyelongkar lebihan makanan di apartment tidak jauh dari Sekolah. Bila dikejar anjing Fatimah Zahrah terjatuh dan digigit dua ekor anjing liar dikedua belah betisnya. Selain dari itu beliau luka di belakang kerana terjatuh. Beliau segera diberi rawatan dan segera dibawa ke HUKM, Cheras, tempat ibunya bekerja sebagai Doktor di HUKM. Semasa kami tiba Fatimah Zahrah agak ceria sambil menunjukkan tempat luka di kedua belah betisnya digigit anjing. Bila ditanya masih sakit, jawabnya, `Tidak.`. Bila ditanya kepada ayahnya yang sama menunggu Fatimah, kemungkinan anjing membawa kuman berbahaya, ``Dr. beri perhatian dengan menyuntik dose yang agak tinggi, bagi mengelak kemungkinan anjing membawa kuman yang berbahaya. Kami berbincang dan berharap pihk Sekolah dapat beri perhatian lebih dari segi keselamatan. Menurut En. Amiruddin, ``Jaga Sekolah hanya bertugas waktu malam, dan tidak waktu siang. Pihak Sekolah perlu memberi pengawasan bagi keselamatn murid-murid waktu siang.

Sementara itu, Ahli MPKj di sini Tuan Haji Mazwan Johar yang telah dibuat aduan mengenai kejadian, telah meminta Unit Anjing Liar MPKj bertindak menangkap anjing liar berkenaan. Respond segera diberi oleh pihak MPKj.

Agak lucu pihak MPKj menghantar tiga Trak dengan pekerja-pekerja untuk menangkap anjing liar tersebut. Setelah berjam beroperasi akhirnya hanya seekor anjing dapat ditangkap. Bersama tiga trak dan pekerja-pekerja membawa anjing ini untuk dilupuskan.

Walau apa pun kita ucap tahniah di atas respond segera diberi oleh MPKj. Usaha hendaklah terus dilakukan bagi membasmi ancaman anjing liar kepada penduduk, terutama bagi anak-anak Sekolah.

YDP PPBSP Ziarah Pelajar SRABSP Digigit Anjing

Alhamdulillah hari ini wakil PPBSP telah melakukan ziarah mesra kepada adik Fatimah Zahrah di HUKM, Kuala Lumpur jam 6 petang. Adik Fatimah merupakan mangsa serangan anjing liar di kawasan SRA BSP pada pagi 24 Okt 2011 ketika beliau hendak ke sekolah. Rombongan wakil PPBSP terdiri dari YDP dan isterinya dan Mejor Qayyum Ketua BIro Keselamatan PPBSP.

291895_237192966336139_169051276483642_625536_399816414_n.jpg
Gambar 1: Puan Faridah isteri YDP bersama adik Fatimah Zahrah.

297653_237193029669466_169051276483642_625537_401163530_n.jpg
Gambar 2: Adik Fatimah Zahrah bersama sepupunya.

Adik Fatimah sedang berehat di katil no. 5 Wad Warga, Tingkat 7, HUKM. Beliau kelihatan sihat dan ingin segera sembuh untuk kembali ke sekolah.

Antara perkara yang boleh difikirkan bersama oleh semua pihak:
1. Pagar sekolah perlu diperiksa agar tiada lubang bolos untuk anjing masuk.
2. Sampah hendaklah dibuang dengan baik dalam tong sampah agar tidak mengundang binatang datang.
3. Pengawal sekolah hendaklah memastikan tiada anjing liar berkeliaran dalam kawasan sekolah.
4. Pihak Unit Pengesan Anjing MPKj hendak bertindak segera apabila ada aduan dari penduduk.
5. Pihak pemaju hendaklah melarang kontraktor/pekerja membela/memberi makan anjing. Kerapkali apabila mereka pindah anjing ini dibiarkan sahaja.

Saya percaya pihak sekolah dan PIBG sudah ada perancangan kawalan yang telah diambil dan mungkin boleh dikongsikan bersama dengan pihak SRK dan SMK BSP agar peristiwa malang yang menimpa adik Fatimah tidak berulang.



Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof  +6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 

SEORANG MURID SRA BSP DISERANG ANJING LIAR - 24 OKT 2011

Untuk makluman, pagi tadi 24 Okt 2011 lebeh kurang jam 7.00 pagi, seorang murid Sekolah Rendah Agama BSP bernama Fatimah Zaharah binti Aminuddin dari Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota telah diserang oleh sekumpulan 6 ekor anjing liar di kawasan padang di dalam kawasan sekolah.  Ketika kejadian murid tersebut berjalan seorang diri.  Akibat dari serangan anjing tersebut mangsa mendapat kecederaan gigitan anjing dikedua bahagian peha, betis dan cakaran bahagian belakang badan.  Pada awal kejadian, saksi seorang penduduk di Apartmen Vista Seri Putra yang melihat kejadian menjerit dari rumahnya dan didengari oleh pekerja kantin sekolah lalu memberi bantuan menghalau anjing tersebut dari terus mengigit mangsa.

 

Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan BSP untuk rawatan dan seterusnya Pusat Kesihatan merujuk mangsa ke hospital PPUKM (ibu mangsa adalah seorang Doktor di PPUKM) kerana kecederaan gigitan agak terlalu dalam ke dagingnya.  Semasa saya menghubungi bapa mangsa lebih kurang jam 3.45 petang ini, beliau memberitahu bahawa anaknya akan dimasukkan ke bilik pembedahan lebeh kurang jam 4.00 petang dan kemungkinan dimasukkan ke Wad Warga HUKM di tingkat 7 selepas pembedahan untuk pemerhatian.

 

Pihak MPKj telah pun membuat operasi selepas kejadian dan dapat menangkap seekor anjing liar.  Pihak MPkj akan terus membuat operasi untuk memerangkap dan menangkap anjing liar tersebut pada malam ini di dalam kawasan SRA BSP.

 

Sekian, dimaklumkan.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 


Pelajar SRABSP di Gigit Anjing Liar, Stabil di HUKM.

Untuk makluman, seorang pelajar SRABSP telah mengalami kecelakaan pagi tadi digigit anjing liar semasa hadir ke sekolah.

PIBG SRABSP dimaklumkan bahawa kes ini berlaku pagi tadi sekitar jam 7 pagi. Pelajar perempuan tersebut telah digigit anjing dalam kawasan sekolah. Menurut YDP PIBG, En. Loqman, pihak sekolah telah membuat laporan polis insiden ini. Serta, Ahli Majlis Zon 24, Hj Mazwan telah pun dimaklumkan bagi mengatasi masalah anjing liar ini. Menurut En Loqman lagi, satu pasukan membenteras anjing liar akan hadir malam ini bagi melakukan gerakan.

Manakala, pelajar tersebut Fatimah Zaharah telah dimasukkan ke hospital HUKM (ibu pelajar tersebut doktor di HUKM). Menurut pihak sekolah (Guru Besar sendiri melawat pelajar tersebut), keadaan Fatimah Zaharah adalah stabil.

Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Fatimah Zaharah.

Sekian dimaklumkan.

Bagi Pihak PIBG SRABSP

KEPUTUSAN PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL



https://www.facebook.com/media/set/?set=a.236210996434336.57864.169051276483642&type=3

Keputusan Liga V Futsal 2011:

Johan: Zara Utd (TIP)
N.Johan: DFC B (Desa Ria)
Ke-3: SP 5
ke-4: Accacia

Tahniah kepada pemenang dan pada yang lain cuba lagi.


~~~~~~~~~
Khaiatbsp

Gambar Mesyuarat JMB Seri Mawar Ke-3

Budak 2 tahun dilanggar 2 kali dan dibiarkan oleh 18 orang lalu-lalang di China

Amaran: Video ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang lemah semangat.

http://www.youtube.com/watch?v=SFjdMKJVkzQ

Masya-Allah, kejadian benar-benar berlaku di China. Pagi tadi dalam MHI pun ada. Budak 2 tahun ini, Yue Yue namanya dilaporkan telah meninggal dunia. Dikatakan keadaan sosial di China menyebabkan kejadian sebegini berlaku.













Baca sini:
http://www.washingtonpost.com/blogs/blogpost/post/yue-yue-chinese-toddler-run-over-in-hit-and-run-believed-to-be-stable/2011/10/18/gIQAb83kuL_blog.html

sini
http://blogs.wsj.com/chinarealtime/2011/10/21/little-yueyue-dies-amid-soul-searching/

dan sini
http://www.chinadaily.com.cn/china/2011-10/21/content_13948602.htm

ESOK: PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL (Tambahan)

Terkini boleh diperolehi dengan melayari pautan ini:
https://www.facebook.com/pages/BSP-V-Football-Club/159079747463493

Perasmian untuk kejohanan Liga V Futsal 2011 akan dilakukan oleh wakil Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra esok jam 9 pagi. Terima kasih.



Pasukan yang sudah disahkan bertanding di Liga V Futsal 2011 adalah:
1. D'Sentral A (Eagle 3 FC)
2. Desa Ria A
3. SP 5
4. Impian Putra A (Zara FC)
5. Accacia
6. Putra Terrace
7. D'Sentral B (SKB FC)
8. Desa Ria B
9. Impian Putra B (Ropol FC)
10. D'Sentral C (Cas Bagus FC)

ESOK: PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL



Tempat: Aktif Futsal Bangi

Bagi mereka yang berkelapangan bolehlah ke Aktif Futsal Bangi mulai pagi esok untuk melihat aksi-aksi dan skill-skill pemain Putra-Mahkota.

Insya-Allah malam ini cabutan akan dibuat di Restoran Viva 5 Cafe (TIP)

Ceramah "Catatan Ramadhan di Gaza" -- kali ke-2



Ceramah "Catatan Ramadhan di Gaza" -- kali ke-2

Penceramah : Hj Abdul Aziz Hj Abu Bakar (MAPIM)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tarikh : 26hb Okt 2011 (Rabu)
Lokasi : Surau Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra

Juga akan diadakan tayangan Multimedia (Slide & Video) perkembangan terbaru di Gaza.

Marilah bersama-sama kita hadir dan mendengar sendiri pengalaman sukarelawan MAPIM(Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) berada di bumi jihad, Gaza, Palestin pada Ramadhan yang lepas.


Disamping itu juga terdapat:
1.Tabung Derma Rakyat Palestin
2.Jualan amal

Kehadiran anda bukti sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Gerakerja bersih kubur, Ahad ini 23 Okt, 9 pagi. Semua dijemput.

Surau As-Syakirin, Bandar Seri putra menjemput semua muslimin-muslimat sekitar Putra Mahkota ke program...

Gerakerja Membersih Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra

Tarikh: 23 Oktober 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi

JOM KE KUBUR

Semua dijemput hadir.

Jangan lupa bawa alat kerja.

Ingatan: Ceramah "Catatan Ramadhan di Gaza", 16 Oktober, Surau Seri Dahlia

Ingatan.




Ceramah "Catatan Ramadhan di Gaza"

Penceramah: Hj Abdul Aziz Hj Abu Bakar (MAPIM)
Selepas solat maghrib
16 Oktober 2011
Surau Seri Dahlia, BSP

Juga:
- Tayangan multimedia
- Tabubg derma Palestin
- Jualan amal

* Kehadiran anda bukti sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin

Ingatan: Kursus Pengurusan Jenazah Wanita 16 Okt 2011 Surau As-Syakirin

Peringatan tentang program ini.

DSC00420.JPG Picture%20011.jpg
Gambar Hiasan, sumber:http://www.masjidputra.gov.my/02/index.php?a=berita&bid=11

Salam kepada warga muslimah sekitar BDR SERI PUTRA.

Satu Kursus Pengurusan Jenazah akan di adakan pada 16/10/2011 (AHAD).

Bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di SURAU AS SYAKIRIN

Penyampai : USTZ HJH SITATON BT HAJI MOHD OSMAN (Bertugas di bhgn Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM BUKIT AMAN, KL).

Yuran kursus: RM 20.00 (peralatan, sarapan pagi/makan tghari serta sijil penyertaan disediakan). 

Sekiranya berminat sila hubungi saya 0192641736/ mamanur62@yahoo.com atau pihak surau. 

Mohon sebarkan dikejirinan semua dan terima kasih. 

Puan Nur (Biro Wanita Bdr Seri Putra/AJK Surau As Syakirin).

MYDISTRESS : HANYA SATU KLIK, TERUS KEPADA POLIS



MYDISTRESS : HANYA SATU KLIK, TERUS KEPADA POLIS

Salah satu rintangan ketika meminta bantuan adalah halangan komunikasi. Ketika berada di luar,kadang kala kita tidak pasti lokasi kita berada. Hal ini menimbulkan masalah ketika bantuan hendak dihantar.

Apabila berlakunya situasi seperti penculikan,di mana anda tidak dapat bercakap atau menunjukkan isyarat,anda akan gagal untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat dengan berkesan. Ketika dalam keadaan cemas,komunikasi seringkali menjadi tidak jelas lantaran trauma yang di hadapi.

Namun begitu,dengan menggunakan MyDistress,anda dapat memaklumkan kepada pasukan penyelamat,dengan hanya satu klik. 

Maklumat lanjut di http://mydistress.net/main.php

p/s: ada yg dah pernah cuba?

Ceramah "Catatan Ramadhan di Gaza", 16 Oktober, Surau Seri Dahlia



Ceramah "Catatan Ramadhan di Gaza"

Penceramah: Hj Abdul Aziz Hj Abu Bakar (MAPIM)
Selepas solat maghrib
16 Oktober 2011
Surau Seri Dahlia, BSP

Juga:
- Tayangan multimedia
- Tabubg derma Palestin
- Jualan amal

* Kehadiran anda bukti sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin

Tip-tip Peperiksaan dari Blog ADUN Bangi

Semenyih-20111008-00797.jpg

Dikongsikan petua peperiksaan dari blog ADUN Bangi.

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/10/menitip-panduan-terhadap-pelajar.html

Persediaan Menghadapi Pelajaran

  • Programkan peperiksaan sesuatu yang positif
  • Buat Latihan menjawab soalan tahun lalu dan soalan ramalan dalam suasana peperiksaan yang sebenar.
  • Buat peta minda – merancang jawapan peperiksaan – untuk jawapan kepada soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan soalan ramalan.
  • Buat contoh jawapan yang lengkap dan rujuk kepada guru untuk penilaian
  • Latih-tubi menjawab soalan peperiksaan dan ramalan dalam kumpulan.
  • Jadikan bilik studi sebagai bilik gerakan peperiksaan. Tuliskan: Matlamat, Count Down.
  • Ketahui tempat duduk dalam dewan peperiksaan – Kenalpasti rakan yang duduk di sekeliling dalam dewan peperiksaan.

Peresediaan di Malam Peperiksaan

  • Lakukan amalan kerohanian yang sewajarnya
  • Sediakan semua berkaitan yang diperlukan
  • Tidur awal

Petua Semasa di Dalam Dewan Peperiksaan

  • Baca basmalah dan salawat serta masuk dengan kaki kanan
  • Duduk dengan selesa
  • Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan
  • Baca doa penerang hati
  • Tarik nafas panjang beberapa kali
  • Lakukan penafasan pemulihan jika gemuruh
  • Senyum
  • Bisikkan pada hati agar dapat menjawab semua soalan peperiksaan
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
  • Baca arahan dalam kertas peperiksaan dengan teliti
  • Baca semua soalan subjektif dan tandakan soalan yang hendak dijawab
  • Bahagikan masa dengan saksama
  • Baca soalan 2 – 3 kali dengan teliti dan rangka jawapan
  • Dapatkan bantuan dari pengawas peperiksaan jika tidak faham soalan atau arahan
  • Elak daripada melakukan perbuatan yang mencurigakan
  • Jika buntu: Istighfar dan doa dan cuba ingat kembali fakta
  • Semak semula jawapan setelah selesai menjawab
  • Elakkan melukis di atas kertas jawapan
  • Elak menulis surat rayuan di dalam kertas jawapan
  • Berdoa sebelum kertas jawapan dikutip.

Petua Selepas Peperiksaan

  • Bersalaman dengan cikgu pengawas
  • Ucap tahniah kepada kawan-kawan
  • Elak berbincang lepas periksa
  • Ucap terima kasih dan minta maaf pada guru-guru
  • Elak melepaskan geram dengan melakukan kerosakan
  • Lupakan peperiksaan yang lepas dan fokus pada peperiksaan seterusnya
  • Doakan kejayaan diri dan rakan-rakan dalam peperiksaan yang telah berlalu
  • Buat perancangan masa cuti setelah tamat peperiksaan

Petua Untuk Ibu Bapa

  • Wujudkan keharmonian rumahtangga
  • Hiburkan anak-anak dan bagi semangat
  • Ambil cuti
  • Puasa sunat
  • Baca Al-Qur`an
  • Membanyak sadakah
  • Doakan kejayaan anak

Semoga semua di dalam Hidayah Allah dan didoakan semoga mencapai keputusan cemerlang. Insya Allah.

INTIPATI BAJET 2012

INTIPATI BAJET 2012

 
Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.


Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima "durian runtuh". Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Penyertaan Ibadah Korban & Aqiqah 1432H @ 2011 Anjuran Masjid Al-Azhar KUIS

77184_10150317731700176_329327610175_15923517_8383779_n.jpg
Gambar Hiasan

Assalamualaikum Wrt. Wbt...


Penyertaan Ibadah Korban & Akikah bagi tahun 1432H @ 2011 anjuran Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kini dibuka. Harga 1 Bahagian Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lapan Puluh (RM380) sahaja termasuk kos pengurusan.


Bersama-sama dengan ini dilampirkan Borang Penyertaan. Maklumat lanjut sila hubungi Muhammadon Ahmad Tajudin, Penolong Eksekutif Masjid Al-Azhar ditalian 013-9700237.


Sekian, harap maklum


--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237


Majlis Sarapan Aidilfitri SRABSP Meriah. Terima kasih yang memeriahkannya.

Bandar Seri Putra, 8 Oktober 2011.

Memastikan anak-anak yang membuat persediaan peperiksaan PSRA tidak ditinggalkan, PIBG SRABSP telah mengadakan majlis yang digelar "Sarapan Aidilfitri SRABSP 2011" telah diadakan semalam. Melangkau bulan Syawal yang telah berlalu pergi, tetapi program santai tahunan PIBG SRABSP tetap diteruskan. Begitulah apa yang dimaklumkan oleh YDP PIBG En Lokman Md Sarip.

Manakala, Guru Besar SRABSP, Ustaz Khairul Amri pula berharap sebarang masalah dapat terus disampaikan kepada beliau agar tindakan susulan dapat dibuat. Majlis yang dihadiri hampir 600 ibubapa dan pelajar tersebut juga diserikan oleh persembahan nasyid oleh pelajar sekolah.

Disertakan gambar program semalam:
Album 1: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150327282228863.359569.179473523862&type=3
Album 2: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150327417798863.359603.179473523862&type=3


Guru Besar SRABSP, Ustaz Khairul Amri


NYDP En Iqbal segak berbaju melayu


Antara mereka yang datang awal.


YDP PIBG, En Lokman Md Sarip










Sedondon. Jika ada hadiah pakaian paling menarik, pastinya dimenangi oleh keluarga ini.




Pasukan nasyid SRABSP







PIBG SRABSP

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.