Info Terkini PPBSP

Dr. Ezani Master Chef Malaysia akan Melepaskan Larian



Insya-Allah kalau tiada aral melintang, Dr. Ezani, Juara Master Chef Malaysia yang pertama akan menjadi salah seorang pegawai yang akan melepaskan peserta larian. Bagi mereka yang meminati Master Chef seterusnya meminati juara Master Chef tersebut, bolehlah datang beramai-ramai memeriahkan acara larian Ahad ini. Beliau dijangkakan hadir mulai jam 7.15 pagi hingga sekitar jam 8.00 pagi.

Makluman: AGM PIBG SRA-BSP 10 Mac 2012



Sebagai makluman, Mesyuarat PIBG SRABSP akan bermula mulai jam 8 pagi 10 Mac 2012.

Berikut aturcara majlis (tertakluk kepada perubahan akhir):

8.00 pagi - Ketibaan Ibubapa dan SARAPAN
8.45 pagi - Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.00 pagi - Upacara Dimulakan
9.30 pagi - Majlis Berehat Sebentar
9.45 pagi - Mesyuarat PIBG SRABSP Bermula (Pembentangan dan Pemilihan AJK 2012-2014)
11.30 pagi - Majlis Tamat dan Bersurai

Semua ibubapa dijemput hadir jam 8 pagi dan terus menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh PIBG.
Seterusnya dapat bersama-sama hingga akhir mesyuarat.

Semasa mesyuarat, satu TABUNG BERGERAK akan dilancarkan untuk SUMBANGAN WAKAF AL-QURAN (2012). PIBG dan sekolah berharap dapat mengutip wang secukupnya untuk membeli 1,200 naskah Al-Quran yang telah dikenalpasti dapat membantu dalam pengajaran disekolah. Oleh itu sumbangan kewangan amat dialu-alukan agar naskah tersebut dapat dibeli dari jenis yang sama. Semua ibubapa, orang perseorangan atau badan-badan korporat dialu-alukan untuk memberi sumbangan kewangan.


Disamping itu PIBG juga mengadakan jualan buku-buku PTS untuk menampung keperluan pusat sumber sekolah pada 8, 9, dan 10 Mac 2012. Ibubapa, orang perseorangan atau syarikat yang ingin menyumbang dialu-alukan. Belian untuk individu juga diadakan.


PIBG SRABSP

Terima kasih Atas Pendaftaran Larian Kitar Semula BSP dan Maklumat Terkini

Inline images 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih di atas pendaftaran tuan/puan untuk Larian Kitar Semula BSP 2012 yang akan berlangsung Ahad ini, 4 Mac 2012.

Untuk makluman, Kit Larian yang mengandungi kupon makanan, nombor cabuatan bertuah, t-shirt, no larian, aturcara, syarat dsb akan mula diedarkan pada hari SABTU, 3 MAC 2012 mulai jam 5.30 petang di PADANG SP5.

Manakala, taklimat larian akan disampaikan oleh Marsyal Larian pada jam 6.30 petang.

Semua peserta adalah digalakkan untuk mengambil kita larian pada SABTU, 3 MAC 2012.

Bagaimanapun, bagi yang sukar mengambilnya pada hari SABTU, tuan/puan boleh memperolehinya pada hari AHAD, 4 MAC 2012 mula jam 7.00 pagi.

Larian akan bermula jam 7.30 pagi dengan pelepasan larian KELUARGA.

Seterusnya kategori lain akan menyusul.

Oleh itu diharap tuan/puan dapat hadir pada jam 7.00 pagi pada AHAD, 4 MAC 2012.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperolehi daripada senarai dibawah:

JUALAN BUKU 8-10 Mac di SRABSP



Bersempena Mesyuarat Agung 10 Mac ini, PIBG dengan kerjasama PTS Publication akan mengadakan jualan buku-buku PTS selama 3 hari di sekolah.

Tarikh-tarikhnya adalah 8, 9 dan 10 Mac 2012.

Buku yang dibeli adalah hak individu dan boleh juga disumbangkan untuk pusat sumber sekolah.

Harap dapat sambutan daripada ibubapa sekalian.

Jangan Lupa: Mesyuarat Agung PIBG SKBSP 3 Mac 2012



Mesyuarat Agung PIBG SKBSP
3 Mac 2012
"Ibubapa Bersatu, Pendidikan Maju"

Kronologi Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012



Kronologi Acara Larian Kitar Semula


3 Mac (Sabtu)


- Masih menerima barangan kitar semula (termasuk daripada mereka yang tidak menyertai larian). Hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra. Pusat pengumpulan di Farhan Internet Photocopy, No 14, Jalan Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra. (Berhadapan stesyen bas mengadap tangki air)

- Jam 5.30 petang kaunter edaran kit larian kepada peserta (termasuk t-shirt, kupon makanan, cabutan bertuah dan nombor larian). Jika tidak sempat, kaunter dibuka keesokan harinya mulai jam 7 pagi.

- Jam 6.30 petang, taklimat pelari oleh marsyal perlumbaan.

4 Mac (Ahad)

- Jam 7 pagi, kaunter pendaftaran dibuka untuk peserta yang belum mengambil kit larian.

- Jam 7.15, taklimat ringkas oleh marsyal perlumbaan

- Jam 7.30, peserta larian (keluarga) dilepas

- Jam 8.30, pertandingan mewarna dimulakan

- Jam 9.30, makan, ucapan, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

- Jam 10.30 bersurai

Blog ADUN Bangi: Jalan Tak Diselenggara Adun Bangi Atasi Masalah

Jalan Tak Diselenggara Adun Bangi Bersama Persatuan Penduduk Atasi Masalah
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/02/jalan-tak-diselenggara-adun-bangi.html

Impian Putera-Jalan Ke Pekan Bangi, 03 Rabiul Akhir = 25 Februari (Sabtu):

Telah lama aduan sampai kepada Adun Bangi, bahawa Jalan Impian Putera yang masih di bawah tanggungjawab pemajunya tumbuh dan dinaiki semak samun dan jalan melalui jambatan ke Pekan Bangi rosak dan berlopak terutama selepas jambatan ke Pekan Bangi. Aduan telah disampaiakn kepada pihak MPKj dan JKR, bahawa jalan yang banyak digunakan penduduk dikedua belah pihak ini patut dibaiki. Adun sendiri telah turun meninjau di kedua belah pihak jambatan, beberapa minggu sebelum ini bagi mempastikan keadaan.

Jalan Impian Putera yang naik semak samun, ialah akibat dari pemajunya yang tidak memberi perhatian pada membersih jalan-jalan berkenaan. Akibatnya lalang dan semak samun tumbuh tinggi, menghalang pandangan dan boleh membahayakan. Manakala jalan dari jambatan ke Pekan Bangi, didakwa jalan ini sebagai ``Land of no man` - Jalan berkenaan bukan di bawah selenggaraan MPKj atau JKR. Jalan ini pada peringkat awal membangunkan Taman Impian Putera, pihak Pemaju dari Anak Syarikat Perangsang memohon membuat jalan sementara untuk dilalui kenderaan Syarikat bagi membawa bahan-bahan binaan bagi membina rumah di Impian Putera. Syarikat berkenaan membina jambatan bagi kemudahan penghantaran barang-barang.

Walau bagaimana jalan yang awalnya untuk membawa barang-barang pembinaan ini menjadi popular dan jalan pintas yang selesa bagi pergi dan datang. Tapi jalan selepas jambatan ke Pekan Bangi ini adalah melalui tanah milik persendirian yang membenarkan penggunaan secara sementara. Oleh kerana jalan menggunakan tanah pemilik orang, maka pihak MPKj dan JKR tidak bertanggungjawab bagi membaiki jalan berkenaan.

Oleh kerana aduan berterusan diterima, maka Adun bersama Persatuan Penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof juga Ungku Faisal dan yang lain berjumlah 20 orang turun pagi ini turun bergotong royong menebas dan membersih kawasan dari semak samun. Adun juga mengeluarkan peruntukan bagi mengetar dan menurapkan jalan yang rosak. Perjalanan gotong royong berjalan dengan baik sehingga jalan yang penuh semak samun bertukar menjadi bersih dan mengurangkan bahaya tidak nampak bagi yang berkenderaan. Sampah-sampah diangkut oleh lori yang disewa khas bagi membuang sampah.ke tempat pembuangan sampah

Maka untuk membaiki jalan pihak persatuan penduduk berurus dengan Syarikat saudara Nathan di jalan Reko bagi membeli dan membawa minyak tar ke sini. Adun turut bersama melihat gotong royong dan kerja menurap jalan yang dilakukan oleh Syarikat saudara Nathan. Menurut saudara Ungku Faisal, ``Lebih kurang 17 tempat yang perlu kepada penurapan.`` Adun meminta pihak persatuan memastikan penurapan berjalan dengan betul dan bermutu. Gotong royong dapat disiapkan pada tengahari jam 12.00, manakala bagi penurapan berterusan hingga ke petang.

Persoalan yang penting untuk kali ini Adun dan Persatuan Penduduk bergotong royong membersih dan menurap jalan. Bagaimana dengan masa depan, apakah bergantung pada Adun dan Persatuan Penduduk mengambil perhatian. Pihak Pemaju dan Berkuasa Tempatan perlu mengambil inisiatif bagi menyelenggarakan pembersihan sampah dan pembaikan jalan yang rosak berkenaan. Apa lagi dimaklumkan bahawa apabila jalan flyover dari jalan Bangi-Semenyih akan merentangi jalan lama, maka sebelum jalan itu siap, maka jalan ini satu-satunya akan digunakan bagi perjalanan dari Pekan Bangi ke Impian Putera dan Bandar Seri Putera, maka jika jalan ini tidak diselenggarakan dengan baik, khususnya digunakan oleh lori-lori, maka dijangka akan segera rosak. Bahkan jika jalan flyover dari jalan Pekan Bangi-Semenyih ke Bandar Seri Putera siap, maka jalan ini tetap digunakan, sekurang-kurangnya bagi kawasan Pekan Bangi ke Impian Putera dan sebaliknya, sebab itu jalan ini seharusnya diselenggara secara berterusan dan status penukaran pemilikan tanah menjadikan ianya jalan awam hendaklah diatasi.

Sekian.

Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012



Mari ramai-ramai kita meriahkannya.

04.03.2012

Pelbagai aktiviti:
Larian
Gerai jualan
Pertandingan mewarna (untuk anak-anak kurang 7 tahun)
Makanan dan minuman percuma
Cabutan bertuah

Larian Kitar Semula BSP 2012
"Bandar Bersih, Bersatu dan Berwawasan"

http://larianbsp2012.blogspot.com
http://ppbsp.blogspot.com

Warna-Warni Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012













Hari ini adalah hari akhir pendaftaran.

Jika ada yang masih berminat, dialu-alukan untuk mendaftar.

PPBSP

http://ppbsp.blogspot.com
http://larianbsp2012.blogspot.com

Hari Ini: Bola Tampar



Insya-Allah petang ini sekitar jam 5.15 petang akan ada rakan-rakan kita bermain bola tampar di SKBSP.

Kepada yang berminat untuk turut serta, dipersilakan hadir sama.

-Biro Sukan dan Rekriasi, PPBSP
http://ppbsp.blogspot.com

Pendaftaran Masih Dibuka: Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012



Pendaftaran masih dibuka sehingga 26 Feb 2012. Mari berlari sambil menderma untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim.

Ramai yang juga mendaftar untuk berlari bersama keluarga (Suami, isteri dan anak-anak). Insya-Allah akan dilepaskan bersama mengikut kategori paling rendah (kategori kanak-kanak). Satu aktiviti kekeluarga yang sangat menarik.

Yang belum mendaftar, masih boleh mendaftar.

Kepada yang telah mendaftar, kaunter edaran kit larian akan dibuka pada petang Sabtu (3 Mac 2012) mulai jam 5.30 petang sehingga jam 7.00 petang. Digalakkan peserta dapat hadir mengambilnya pada petang itu. Bagaimanapun jika tidak sempat, kauter edaran tersebut akan dibuka pada pagi larian mulai jam 6.30 pagi - 7.30 pagi.

Manakala mengenai hadiah:
Tempat Pertama: Wang Tunai RM100
Tempat Kedua: Wang Tunai RM70
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM50
Tempat 4-10: Wang Tunai RM20
* Kecuali untuk kategori Kanak-Kanak, hadiahnya bukan wang tunai.


Sewaktu larian, untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah boleh mendaftarkan diri untuk pertandingan mewarna.
Sila hubungi Pn Faridah 019-2358614.

Manakala, bagi peniaga yang ingin berniaga semasa program ini bolehlah menghubungi En Rosli Ajmain 019-7298901.

Senarai berdaftar terkini:
http://larianbsp2012.blogspot.com/p/senarai-terkini.html

http://larianbsp2012.blogspot.com/

Hebahan program di KUIS 21/2 ~ 23/2/2012

Inline images 2

Inline images 1
** Klik untuk pembesaran

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Mohon hebahan program semasa yang diadakan.

Sekian, harap maklum.

--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237


Pendaftaran Larian kitar Semula 2012 Masih Dibuka



Mari ramai-ramai mendaftar untuk Larian Kitar Semula BSP 2012.
http://larianbsp2012.blogspot.com/

Galeri: Gotong Royong PutraTropika dan SP5 2012

Tahniah & Terima kasih pada Semua PutraTropika-an dan ahli kariah Surau Al-Hijrah yang telah membantu dalam gotong royong 2012!







Sumber dan gambar selebihnya di sini:
http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1989.msg16879#msg16879


Manakala di SP5, gotong royong juga telah dijalankan. Terima kasih kepada warga SP5.

403140_1871436362876_1750140942_905574_109065611_n.jpg

423144_1871426402627_1750140942_905568_1543570136_n.jpg

419086_1871439842963_1750140942_905579_1922502878_n.jpg

Gambar selebihnya di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1871415762361.53735.1750140942&type=3

- Khaiatbsp

Malam Ini: Ceramah Maulid Ar-Rasul di Surau As-Syakirin



salam.......kepada kariah surau ASY SYAKIRIN BDR SERI PUTRA.

Malam ini selepas solat maghrib,

akan diadakan ceramah khas berkaitan

MAULIDUR RASUL DAN penyampai

Ustaz Rosli (KUIS).

Selepas solat Isyak diadakan jamuan (aqiqah).

Semua kariah adalah dijemput datang.

Harap maklum dan terima kasih.

(terbuka kepad semua)

Ceramah Ustaz Don di Surau Dahlia AHAD 12 Feb Lepas SUBUH



Surau Seri Dahlia

akan mengadakan

ceramah Maulidurrasul pada

pagi AHAD 12 Februari 2012 (ESOK)

selepas solat SUBUH.

Penceramah Ust Don Daniel dari KUIS.

Daripada
Hj Halimi
Pengerusi Surau Seri Dahlia

Surau Al-Hijrah Ceramah Malam ini 11 Feb oleh Ustaz Muntaha

MALAM INI:
Ceramah bulanan
"Jika Rasulullah Masih Ada"
oleh Ustaz Muntaha
malam ini 11 Feb 2012 selepas Maghrib.
Semua dijemput.
Tlg sebarkan.

MAIN BOLA TAMPAR AHAD INI 12 FEB 5PTG SKBSP



Salam semua.

Setelah ditangguhkan sebelum ini, maka dengan rendah hati saya ingin maklumkan bahawa persatuan dah dapat kebenaran daripada sekolah untuk menggunakan gelanggang bola tampar.

Oleh itu, kepada yang berminat nak main bola tampar, diharap dapat turun ke gelanggang bola keranjang di SKBSP pada petang Ahad 12 feb 2012 jam 5  petang. Cuma perlu bawa diri dengan pakaian yang sesuai sebab bola dan net telah sedia ada.

Harap dapat tolong maklumkan rakan2 lain yang berminat melaui sms, email atau sebagainya.

Sebarang persoalan, boleh hubungi saya 012.2655.203.

Biro Sukan & Rekreasi, PPBSP
http://ppbsp.blogspot.com


Mesyuarat Agung PIBG SKBSP 3 Mac 2012

Terkini: Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012

402271_292915500763885_169051276483642_771305_122539750_n.jpg

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana mendaftar untuk Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012.

Senarai terkini yang berdaftar boleh diperolehi di sini http://larianbsp2012.blogspot.com/p/senarai-terkini.html

Bagi mereka yang ingin menjelaskan yuran peryertaan, tuan/puan bolehlah membuat pembayaran melalui salah satu daripada cara berikut.

Yuran penyertaan:

- Individu (3kg kertas kitar semula ATAU RM10)
- Keluarga (6kg kerta kitar semula ATAU RM20)

Bayaran Online/Tunai/Cek:
  • Cek atas nama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
  • Online ke Bank Muamalat bernombor 1210-000459-71-2 kemudian SMS maklumat bayaran kepada En. Arzock (012.2195.909)
  • Tunai kepada En. Khai (012.2655.203), Puan Nursiah (019.2641.736), YM Engku Faizal (013.3426.019)
Barangan kitar semula boleh diserahkan setiap SABTU mulai 11 Februari 2012 jam 9 pagi - 12 tengahari di:
  • Farhan Internet Photocopy Center (GPS 2.89, 101.78 atau hubungi YM Engku Faizal - 013.3426.019)

Hasil jualan daripada kutipan barang kitar semula akan dimasukkan ke dalam Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.


Sila jelaskan yuran penyertaan secepat mungkin untuk mengelakkan kekecewaan.

Baju percuma hanya terhad kepada 300 peserta terawal sahaja.

Maklumat Lanjut:

Jadual Kuliah & Program Kemasyarakatan Minggu Ini

301566_10150932319290176_329327610175_21816950_1147634229_n.jpg
Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

KULIAH UMUM
    405696_10151267737830176_329327610175_23097347_1488901156_n.jpg 423517_10151267738130176_329327610175_23097352_1123779495_n.jpg 418008_10151267738360176_329327610175_23097359_1749064311_n.jpg
416912_10151267738055176_329327610175_23097351_171432147_n.jpg 422758_10151267738225176_329327610175_23097355_1851046895_n.jpg

KULIAH WANITA
 429344_10151267738300176_329327610175_23097358_297870082_n.jpg 427092_10151267738200176_329327610175_23097354_1091062183_n.jpg

UNDANGAN KENDURI
Bagi menyampaikan Salam & Hajat pihak Tuan Rumah, dijemput para Jemaah Surau untuk memenuhi undangan seperti di bawah :
 
Jemputan Majlis Tahlil & Doa Selamat
Tuan Rumah : Encik Ruslan bin Hussain
Tarikh           : Ahad, 12 Februari 2012
Waktu           : Jam 12 tengahari
Tempat         : No 20, Jalan Seri Putra 6/5 - Putra Tropika
 
Semoga Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama memenuhi Hajat & menambahkan ukhwah sesama kita.

AKTIVITI MASYARAKAT - PERSATUAN PENDUDUK PUTRA TROPIKA DAN SP5

423409_10151267738010176_329327610175_23097349_182361594_n.jpg

403236_10151267743195176_329327610175_23097369_264425324_n.jpg

Pendaftaran Skim Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Tahun 2012 telah dibuka
 
SILA DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI SURAU ATAU
 
Pendaftaran yang lengkap dan bayaran boleh diserah kepada Cikgu Abu Hassan Sidek, No 21 Jalan SP 6/3 @ hubungi beliau di talian 019 2860312

 
Untuk sebaran makluman/aktiviti kemasyarakatan @ pertukaran email, sila hubungi Khairil - 012 2655203 (khair75@gmail.com) @ Syamsul - 019 3929219 (syamsul.saad@gmail.com)

388698_10150932323130176_329327610175_21816961_359717555_n.jpg

Sambutan Maulidur Rasul DUN Bangi, 18 Feb, BSP



Sambutan Maulidur Rasul
DUN Bangi

18 Feb 2012 (Sabtu)
9 malam - 12 t/malam
Padang Permainan SP5, Bandar Seri Putra

Kit Pengiklanan: Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012

Banner

Klik untuk pembesaran

Flyer

Klik untuk pembesaran

Flyer A4 PDF
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=9607.0;attach=5343

Flyer A3 PDF

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=9607.0;attach=5344

Harap dapat tolong sebarkan kepada rakan-rakan sekitar BSP atau surau-surau di BSP.

Terima kasih.

-Khai-

Utusan: Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul

Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#.Ty94FuMp4Z0.facebook

Oleh Hassan Mohd. Noor


Penduduk Fasa 7 Bandar Seri Putra menyertai perarakan Maulidur Rasul, semalam.

SEMALAM umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Pelbagai tafsiran boleh dibuat mengenai tema ini.

Sama ada kita hidup dalam masyarakat Islam atau bukan Islam, persefahaman amat penting. Tanpa persefahaman, masing-masing akan membawa ideologi yang pelbagai ke dalam masyarakat yang akhirnya mencetuskan suasana tidak harmoni. Bagi masyarakat Malaysia, persefahaman dan perpaduan sering digambarkan melalui sambutan perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan pelbagai lagi. Tetapi adakah ia sekadar pada sambutan perayaan? Persefahaman bukan sekadar perlu diwujudkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum tetapi juga seagama. Kita dapat lihat pada hari ini, bagaimana umat Islam berbalah sesama mereka sehingga membawa kesengsaraan dan kematian. Pada masa yang sama, mereka yang bukan beragama Islam khususnya Israel terus menindas masyarakat Islam di bumi Palestin.

Persefahaman dan perpaduan menjadi isu Selak kali ini selepas melihat suasana yang berlaku di Mesir. Saya baru kembali dari Kaherah bersama program 'turun padang' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diketuai Aziz Jamaludin Mhd. Tahir. Pada kesempatan itu, sempatlah meninjau seketika apa yang berlaku di Dataran Tahrir dan sekitarnya. Ternyata suasana di kawasan berkenaan masih 'panas'. Sebelum detik hitam bola sepak berlaku di Port Said, boleh dikatakan saban hari ada saja kumpulan kecil mengadakan demonstrasi, berarak di kawasan sekitar sambil melaungkan pelbagai slogan. Ada juga yang mengadakan ceramah. Begitulah suasana di Kaherah. Dan di stesen televisyen pula, saya terharu melihat dokumentari mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Seorang lelaki diheret keluar tanpa perasaan kemanusiaan. Seorang wanita pula merayu supaya lelaki itu dilepaskan. Dan selepas diseret jauh daripada rumah, jentera digunakan untuk merobohkan sebuah kediaman. Begitulah kekejaman di bumi Palestin. Satu iklan lain pula menunjukkan bagaimana perlunya rakyat Mesir yang beragama Islam dan minoriti beragama Kristian bersatu membangunkan negara itu. Pada akhir iklan itu, bulan sabit dan salib dicantumkan sebagai simbolik perlunya persefahaman dan perpaduan. Begitulah pentingnya perpaduan.

Justeru persefahaman perlu diwujudkan di semua peringkat masyarakat sama ada di desa atau di kota. Tidak kira fahaman politik, matlamat akhir adalah perpaduan.

Semalam bagi menyokong matlamat mewujudkan persefahaman yang menjadi kunci perpaduan, saya sempat menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan Ramah Mesra Surau Sayyidina Umar Al-Khattab di kawasan perumahan Fasa 7 Bandar Seri Putra, dekat Bangi. Meriah majlis itu. Tetapi temanya ialah Surau Meriah Masyarakat Barakah. Berdasarkan tema itu, sudah tentulah sambutannya meriah.

Seawal 7 pagi, penduduk sekitar - lelaki, wanita, kanak-kanak mula berkumpul. Masing-masing membawa bekalan kuih muih serta makanan untuk santapan bersama. Surau tidak perlu mengeluarkan belanja sarapan pagi. Pengerusi majlis Zaludin Abu Bakar memulakan acara dengan menjemput imam Ustaz Abu Zaki Ismail membacakan doa. Kemudian berlangsunglah perarakan kira-kira sejauh 2 kilometer mengelilingi taman perumahan itu. Sambil berselawat yang diketuai oleh Ustaz Syarul Azman Shaharuddin, pasukan kompang turut memeriahkan perarakan. Selesai acara, mereka menikmati juadah yang dibawa dari rumah. Sambil minum dan makan, diadakan acara cabutan bertuah, kuiz agama untuk kanak-kanak dan dewasa. Majlis diserikan juga dengan bacaan al-Quran oleh Awangku Umar Pengiran Hamdan (Johan qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009) dan berzanji oleh Ustaz Nor Naemi. Ketika berlangsung ceramah oleh Ustaz Mohd. Asri Abdullah di ruang dewan surau, kanak-kanak 'disenyapkan' seketika dengan peraduan mewarna dan menulis khat. Dalam ceramahnya, Mohd Asri antara lain mengajak masyarakat mengenali lebih dekat akhlak Rasulullah SAW. Majlis kemudiannya diakhiri dengan ucapan Pengerusi Surau, Abd. Rani Pengiran Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Rano. Dalam ucapannya, Pak Rano berharap, majlis seumpama itu akan meningkatkan persefahaman di kalangan penduduk. Beliau mahu semua pihak mengenepikan fahaman politik dengan keutamaan kepada perpaduan umat. Baginya itu amat penting bagi mewujudkan perpaduan yang kental di kalangan penduduk. Sesuai dengan peranan surau yang bukan sekadar tempat ibadat tetapi juga sebagai tempat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, Pak Rano mengumumkan akan membina gelanggang futsal untuk anak-anak muda beriadah sambil mendekatkan diri dengan surau. Sebelum solat Zuhur, para jemaah dihidangkan dengan nasi lauk kawah kambing. Sambutan tidak berakhir di situ sahaja tetapi disambung dengan ceramah oleh Ustaz Shuhadak selepas solat Maghrib. Sesudah Isyak, para jemaah dihidangkan pula dengan kambing panggang.

Begitulah sambutan kecil tetapi amat bermakna dan meriah bagi penduduk di kawasan taman perumahan. Pastinya di seluruh negara semalam, hari ini, esok atau hujung minggu ini akan ada lagi majlis Maulidur Rasul di peringkat masjid atau surau. Gerakkan anak-anak kariah untuk sama-sama memeriahkan surau dengan pelbagai aktiviti agama dan kemasyarakatan supaya mereka mendapat berkat dalam kehidupan seharian. Sekalung tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa Surau Sayydina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra.

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.