Info Terkini PPBSP

Eksiden di simpang 3 utama dekat Putra Terrace BSP hari ini (10 Ogos 2011)


Empat sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Empat sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi, kejadian berlaku pukul 1 petang apabila kereta itu dipercayai bertembung dengan sebuah bas sekolah sebelum terbabas semasa tiba di lokasi.

Katanya, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit ekoran kemalangan tersebut.

"Dua lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan. Kedua-dua pelajar yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, semua mereka merupakan pelajar perempuan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan berusia lingkungan 20-an.

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150258077266762&set=a.350158721761.146787.348304376761&type=1&ref=nf

1 comments:

syukur, mrk yg terlibat selamat. kalau tengok keadaan kereta yg ditinggalkan di tepi jalan pd ptg tu, agak mencemaskan juga. simpang tu mmg berisiko tinggi & selalu saya perhatikan kenderaan dari arah SRA yg nak masuk ke Putra Terrace jarang berhenti sebelum membeluk masuk & kalau ada kenderaan dari arah Anjung Suasana/Taman Impian Putra, kenderaan tersebut yg kena berhenti. Begitu juga kalau kenderaan dari Putra Terrace yang keluar, selalu x berhenti kat simpang tu tp terus membeluk samada ke kiri/kanan. Perlu diingat laluan dari pondok pengawal dekat trafik light menghala ke Anjung Suasana & Taman Impian Putra adala jalan utama.

 

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.