Info Terkini PPBSP

[Surau Al-Hijrah] Sumbangan Pembinaan Fasa III (Bangunan Tambahan Surau al-Hijrah)





Pihak Surau juga amat mengalu-alukan perkara ini diperpanjangkan kepada mana-mana kumpulan, NGO serta sektor Korporat. Sumbangan diterima daripada Individu, berkumpulan ataupun bagi pihak Penama Arwah untuk wakaf.
 
Sekian, wassalam.
 

Fwd: Urgent !! Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang

From: Anuar Ali <anuarbinali@gmail.com>


Salam tuan2. Mintak mohon forwardkan ke group surau/ taman. Ini adalah initiative saya sendiri dan menggunakan akaun ANSARA Kulim, alumni saya. Terimakasih


Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur  – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang

 
Ansara Kulim adalah merupakan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM )  Kulim, Kedah. Pelajar terdiri dari 7 kumpulan yang memasuki MRSM Kulim pada tahun 1977 – 1983. Golongan ALUMNI ini sekarang berumur sekitar 43 – 49 tahun dan kebanyakannya bekerja di bidang swasta. Kami percaya sudah sampai masanya untuk pihak kami menyumbang semula kepada masyarakat setelah kami diberi peluang untuk belajar dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Wargakilang adalah NGO yg telah ditubuhkan lebih 10 tahun lalu dan aktif di Utara Malaysia ( Kulim, Pulau Pinang ). Warga Kilang menumpukan aktivitinya kepada memberi bantuan kepada orang – orang miskin dan fakir dalam bentuk makanan, bantuan persekolahan, motivasi dan berbagai – bagai lagi.  Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri dari pekerja-pekerja professional kilang-kilang multi nasional di kawasan tersebut. Warga kilang juga telah melebarkan sayapnya ke kawasan Tengah (Lembah Klang) dan kawasan pantai Timur. Pengasas dan Yang Dipertuanya adalah Saudara Mohd Monier Mat Din yang juga merupakan ahli Alumni Ansara Kulim. Maklumat lanjut boleh didapati di sini http://www.wargakilang.com/about-wargakilang/ . Wargakilang akan membantu dari segi pengagihan bantuan.
Setelah melihat perkembangan mangsa banjir di Pantai Timur dan berbincang dengan ramai  rakan – rakan NGO, kami berpendapat , bantuan susulan amat diperlukan untuk mangsa – mangsa tersebut. Bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban mangsa banjir yang terpaksa berbelanja besar untuk kerja – kerja pemulihan selepas banjir seperti membeli peralatan serta perabut rumah yang baru dan sebagainya. Bantuan yang dicadangkan adalah "package peralatan tidur" yang mengandungi tilam, bantal dan selimut. Bantuan ini adalah merupakan bantuan yang penting dan terdesak pada masa sekarang. Ini adalah maklumat terbaru yang kami dapat hasil lawatan terkini pada lewat malam semalam.
Sila salurkan sumbangan saudara-saudari ke akaun di bawah ini dan maklumkan sumbangan anda kepada Saudara Anuar Bin Ali melalui e-mail  anuarbinali@gmail.com  atau SMS (019 3897289) . Sila nyatakan amaun dan nama. Segala data adalah sulit. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan akaun, kerana akaun berkenaan adalah akaun  persatuan yang digunakan juga untuk aktiviti – aktiviti  persatuan yang lain. Sebarang nilai sumbangan adalah diterima. Sekiranya Tuan / Puan ingin menyumbang sebuah package ( tilam bantal dan selimut ) , anggaran harganya adalah RM 200.  Tarikh tutup sumbangan adalah pada Isnin 23 Dis 2013, jam 4 petang. Bantuan dijangka akan diagihkan pada hujung minggu Rabu 25 Disember 2013.  Jangka masa yang  amat singkat ini adalah untuk memastikan bahawa bantuan diterima dengan cepat dalam keadaan mangsa banjir yang terdesak.
Sekiranya ada kelapangan, saudara-saudari bersama keluarga / anak-anak di jemput untuk mengikuti rombongon pengagihan tersebut. Perincian program akan diberitahu kelak.
 
 
 
Bank                :           Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun  :           564016401635
Nama Akaun     :           Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL
 
Semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat meringankan bebanan mangsa – mangsa banjir tersebut  dan mendapat keredhannNya. Terimakasih
 
 
Yang Bertugas
 
 
Anuar Ali  & Anuar Omar
b/p ANSARA KULIM 

Tolong Share di facebook dsbnya. Saya akan hantar pdf file dalam email berikut. Please print and share in your office, residence association, surau/masjid,  etc. 


Surau Mumtaz Hampir Siap Memerlukan Sumbangan Anda

Inline images 1

Surau SRABSP (Surau Mumtaz) sedikit lagi siap. Masih memerlukan sumbangan tuan/puan sekalian. Sumbangan boleh dihulurkan terus ke akaun PIBG atau hubungi YDP PIBG SRABSP, Iqbal 012-6563033.

Terima kasih kepada yang telah menyumbang.

Sumbangan Mangsa Banjir Pahang

Sumbangan Mangsa Banjir Pahang
=====================

Inline images 1
http://www.sinarharian.com.my/semasa/banjir-pahang-makin-buruk-dua-dikhuatiri-lemas-1.227408

Beberapa organisasi di Putra-Mahkota sedang mengumpul sumbangan membantu rakan kita di pantai timur yang sedang menghadapi bencana banjir.

Ini senarai yang saya tahu. Jika tuan-puan ada maklumat tambahan, boleh komen dibawah. Terima kasih.

1- SKBSP (https://www.facebook.com/skbandarseriputra) - sumbangan makanan dan baju.

2- Surau Al-Hijrah (https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp) - sumbangan makanan. Kutipan mohon dierahkan kepada AJK di surau malam ini (Jumaat, 6 Dis 2013) serana Ustaz Nushi akan berangkat esok. Contact person: Azmi (01129302424

3- Surau Al-Ikhlas TIP - sumbangan duit dan barang. Akan berangkat petang ini jam 6 petang. Sumbangan sebelum jam 5 petang. Contact person: 0193894044 Norizam.

Fwd: Masih ada kekosongan untuk ESOK "BISNES STARTUP: PERKONGSIAN FORMULA"

Masih ada kekosongan untuk program PAGI INI. Peserta Walk-in juga diterima.

Ingin mulakan bisnes atau baru menjalankan bisnes. InsyaAllah perkongsian Tuan Hj Wan Hilmi akan memberi tip-tip dan selok belok bisnes yang beliau telah tempuhi.

Siapa kata bisnes perlu modal besar. Tuan Hj akan mengupas bagaimana kita boleh memulakan bisnes dengan apa yang kita ada tanpa berhutang.

Daftar sekarang http://goo.gl/s7ZAH1
Program akan berlangsung ESOK 24 Nov 2013
di Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra.

InsyaAllah hasil kutipan yuran akan dimasukkan ke tabung pembinaan masjid dan tabung persatuan penduduk.

"Real Bisnes, Real Network"

Inline images 1

BISNES STARTUP: PERKONGSIAN FORMULA
============================

Tarikh: 24 November 2013 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Yuran: RM80 (untuk 30 orang sahaja)

Lokasi: Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra, Bangi

Bersama:

=======================
Tuan Hj. Wan Hilmi Wan Mohd Nor
=======================

Pengarah Urusan, Teras Solution Sdn Bhd

Siapakah Tuan Hj Wan Hilmi Wan Mohd Nor?
+ Lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia bisnes
+ Pernah memulakan bisnes dari modal RM300 menjadi RM30,000
+ Bermula dengan bisnes kerajaan
+ Kini membuka pelbagai jenis perniagaan open market.

Daftar sekarang, tempat terhad 30 orang sahaja:

http://goo.gl/s7ZAH1

Anjuran: Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Penganjur bersama: Minda Kreatif


Masih ada kekosongan untuk ESOK "BISNES STARTUP: PERKONGSIAN FORMULA"

Ingin mulakan bisnes atau baru menjalankan bisnes. InsyaAllah perkongsian Tuan Hj Wan Hilmi akan memberi tip-tip dan selok belok bisnes yang beliau telah tempuhi.

Siapa kata bisnes perlu modal besar. Tuan Hj akan mengupas bagaimana kita boleh memulakan bisnes dengan apa yang kita ada tanpa berhutang.

Daftar sekarang http://goo.gl/s7ZAH1
Program akan berlangsung ESOK 24 Nov 2013
di Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra.

InsyaAllah hasil kutipan yuran akan dimasukkan ke tabung pembinaan masjid dan tabung persatuan penduduk.

"Real Bisnes, Real Network"

Inline images 1

BISNES STARTUP: PERKONGSIAN FORMULA
============================

Tarikh: 24 November 2013 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Yuran: RM80 (untuk 30 orang sahaja)

Lokasi: Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra, Bangi

Bersama:

=======================
Tuan Hj. Wan Hilmi Wan Mohd Nor
=======================

Pengarah Urusan, Teras Solution Sdn Bhd

Siapakah Tuan Hj Wan Hilmi Wan Mohd Nor?
+ Lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia bisnes
+ Pernah memulakan bisnes dari modal RM300 menjadi RM30,000
+ Bermula dengan bisnes kerajaan
+ Kini membuka pelbagai jenis perniagaan open market.

Daftar sekarang, tempat terhad 30 orang sahaja:

http://goo.gl/s7ZAH1

Anjuran: Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Penganjur bersama: Minda Kreatif

MALAM INI (Maghrib): Tazkirah Kewangan Tuan Shamsuddin Kadir di Surau Al-Hijrah


InsyaAllah MALAM INI di Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra.

Inline images 1

Tazkirah Kewangan


Tuan Shamsuddin Kadir
- Personaliti TV
- Penulis 9 buah buku
- Trainer (motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan Kerjaya)
- http://www.SK.my/
- http://Shamsuddinkadir.com/

23 November 2013
(selesai solat maghrib)


Surau Al-Hijrah,
Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra,
43000 Bangi, Selangor.

Muslimin muslimat semua dijemput hadir.

http://surau-al-hijrah.blogspot.com

PENDAFTARAN "BISNES STARTUP: PERKONGSIAN FORMULA"

Inline images 1

BISNES STARTUP: PERKONGSIAN FORMULA
============================

Tarikh: 24 November 2013 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Yuran: RM80 (untuk 30 orang sahaja)

Lokasi: Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra, Bangi

Bersama:

=======================
Tuan Hj. Wan Hilmi Wan Mohd Nor
=======================

Pengarah Urusan, Teras Solution Sdn Bhd

Siapakah Tuan Hj Wan Hilmi Wan Mohd Nor?
+ Lebih 10 tahun pengalaman dalam dunia bisnes
+ Pernah memulakan bisnes dari modal RM300 menjadi RM30,000
+ Bermula dengan bisnes kerajaan
+ Kini membuka pelbagai jenis perniagaan open market.

Daftar sekarang, tempat terhad 30 orang sahaja:

http://goo.gl/s7ZAH1

Anjuran: Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Penganjur bersama: Minda Kreatif

Surau Al-Hijrah: Tazkirah Kewangan Tuan Shamsuddin Kadir, 23 Nov, Maghrib

Inline images 1

Tazkirah Kewangan


Tuan Shamsuddin Kadir
- Personaliti TV
- Penulis 9 buah buku
- Trainer (motivasi, kewangan, perlaburan hartanah dan Kerjaya)
- http://www.SK.my/
- http://Shamsuddinkadir.com/

23 November 2013
(selesai solat maghrib)


Surau Al-Hijrah,
Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra,
43000 Bangi, Selangor.

Muslimin muslimat semua dijemput hadir.

http://surau-al-hijrah.blogspot.com

Video Kuliah Maghrib Bulanan Ustaz Daud Che Ngah

Kuliah Fiqh Man Haji oleh Ustaz Zamerey di Surau Al-Hjrah

Kuliah Fiqh Man Haji oleh Ustaz Zamerey di Surau Al-Hjrah
====================================

Kuliah Fiqh Man Haji oleh Ustaz Zamerey 1/3

Kuliah Fiqh Man Haji oleh Ustaz Zamerey 2/3

Kuliah Fiqh Man Haji oleh Ustaz Zamerey 3/3

Fwd: [bspinduk] Re: Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada 29 & 31 Okt 2013 - panorama & perspektif


Assalamualaikum,

Disertakan gambar panorama dari pintu utama dan gambar perspektif dari bucu kanan masjid yang saya re-shoot pada hari ini (panorama ruang solat diambil pada 29 Okt). Saya merancang untuk mengambil gambar 3 pandangan ini setiap bulan sebagai benchmark photo sehinggalah pembinaan masjid siap untuk disimpan sebagai rekod progress, insyaAllah.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Sent: Wednesday, October 30, 2013 5:16 PM
Subject: Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada 29 Okt 2013

Gambar-gambar ketika lawatan ke tapak pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP oleh JK Pembinaan diketuai olah Dato' Zakaria Husin (Timb. Pengerusi), Tn.Hj.Anwar Khan (Setiausaha) dengan diiringi oleh barisan perunding projek dan wakil kontraktor projek.

FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.618906068165581.1073741831.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.


Makluman awal: Tuan Samsuddin Kadir di Surau Al-Hijrah 23 November 2013

Inline images 1

Makluman awal, InsyaAllah Tuan Malaysia | Shamsuddin Kadir akan hadir ke Surau Al-Hijrah pada 23 November 2013.

http://www.shamsuddinkadir.com/

Siapa Shamsuddin Kadir?

Shamsuddin Kadir  merupakan perunding latihan dan jurulatih (trainer) dalam bidang pengurusan organisasi dan kepimpinan organisasi. Beliau merupakan trainer bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT/1533.

CEO dan 'Master Trainer' di SK TRAINING ACADEMY SDN BHD TEL : 03 4142 5300 FAK: 03 4142 7300
Emel ; shamsuddin@sk.my (untuk tujuan korporat sahaja)

Beliau juga merupakan MANTAN ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan  Bendahari Kehormat Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Mempunyai pengalaman bekerja selama 15 tahun dalam bidang perakaunan, pentadbiran, sumber manusia, kejuruteraan, operasi, pemasaran, perolehan, logistik dan krew kargo udara.

aktiviti De Palma Hotel 22-23 Feb 2010
Aktiviti De Palma Hotel 22-23 Feb 2010

Antara kursus yang beliau kendalikan adalah Bijak Mengurus Wang (BMW), Berfikir Secara Kreatif, Mendorong Diri Sendiri, Dedikasi Pekerja, Dedikasi Pelanggan, Dedikasi Majikan, Berfikir Seperti Bos (BSB), Setiausaha Cemerlang Organisasi Gemilang, Dimensi Pekerja, 'Super Staff On Duty', 'High Achiever; dan banyak lagi.

Antara klien beliau adalah Hotel Shangri - La, Hotel Heritage Sabah, UMW Corporation (Public Program), Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Public Program), Tabung Haji, dan Penang Development Corporation (PDC), PTS Publication Sdn Bhd, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, LHDN Pandan Indah, LHDN Melaka, LHDN Sabah, Akademi Percukaian Malaysia dan banyak lagi.

Di antara kursus yang beliau anjurkan adalah Kursus Dedikasi Pekerja Pembangunan Sumber Manusia Sabah (PSMB) Sabah, program terbuka (public program) Dedikasi Pekerja di Hotel De Palma Ampang dan Program Berfikir Secara Kreatif & Berkesan di PSMB Sabah. Kursus-kursus tersebut dikendali sepenuhnya oleh beliau di hotel atau tempat latihan pilihan organisasi yang telah mendapatkan khidmatnya.

Kursus di PSMB Sabah
Kursus di PSMB Sabah

Beliau adalah penulis 9 buah buku dan 3 buah bukunya diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia. Buku beliau banyak mendapat ulasan di suratkhabar Utusan, Kosmo dan di Televisyen. Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan TV1. Tuan Sayed Munawar pengacara SPM telah mengklasifikasikan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebagai "Bacaan Wajib bagi setiap orang yang ada hutang". Beliau juga ditemuramah oleh personaliti personaliti TV seperti Tuan Ally Iskandar, Tuan Mazidul Akmal Sidik, Tuan Sayed Munawar, Tuan Fahrin Ahmad, Cik Puan Abby Fana, dan Tuan Faizal (AG). Antara rancangan televisyen yang pernah beliau dijemput untuk ditemuramah adalah Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, 360, Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV1, Respons, dan Nasi Lemak Kopi 'O' TV9. Sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang berlangsung di PWTC, beliau telah terlibat dengan aktif dengan beberapa aktiviti pentas untuk mempromosikan buku-buku tulisan beliau dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi yang cekap dan tidak melebihi kemampuan diri sendiri.


Live Streaming Bajet 2014 Online



Pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 25 Oktober 2013 (Jumaat), jam 4.00 petang bertempat di Parlimen Malaysia.

*Untuk Ikuti Intipati BAJET 2014 sila ke pautan berikut: BAJET 2014

Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, ASTRO, TV AL HIJRAH dan BERNAMA membuat liputan secara langsung, Pembentangan Bajet 2014 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2014. Siaran langsung ini boleh diikuti dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my . Teks Ucapan Bajet 2014 dan Laporan Ekonomi 2013/2014 juga boleh dimuat turun di Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Perdana Menteri Malaysia membentangkan Bajet 2013.

Selain daripada itu, Live Streaming Bajet 2014 juga boleh diakses melalui:

Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Kastam Diraja Malaysia – http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

Read more: http://www.nescafeais.com/live-streaming-bajet-2014-online/#ixzz2iiUYuAPG

Laman Web rasmi SKBSP

Inline images 1

Laman Web rasmi sekolah.
http://www.skbsp.com/

Program "Keranamu Palestine + Mesir + Syria" HARI INI di SRA Bandar Seri Putra.

Muslimin-muslimat dijemput ke program "Keranamu Palestine + Mesir + Syria" HARI INI Jumaat 11 Oktober 2013 di SRA Bandar Seri Putra.

Kerana Mu Palestin-Mesir-Syiria Bersama PM Dr. Kamaruzzaman Yusoff

Inline images 1

KERANA MU
PALESTIN-MESIR-SYIRIA
(hangatkan kembali ingatan)


11 Oktober 2013
(Jumaat malam Sabtu)


Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Bin Mohd Yusoff
(UTM, selebriti Astro oasis & TV Al-Hijrah)

Dataran SRA Bandar Seri Putra

Anjuran bersama:
PIBG SRA Bandar Seri Putra &
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

Solat jenazah ghaib dan tahlil utk arwah Izzat malam ini

InsyaAllah solat jenazah ghaib dan tahlil untuk allahyarham Izzat akan diadakan di Surau Al-Hijrah selepas solat Isyak malam ini.

Jenazah tidak dapat dibawa ke BSP kerana perlu mengejar penerbangan ke Terengganu jalam 6.30 petang tadi dan akan dikebumikan di Terengganu.

Sama-samalah kita doakan agar roh Izzat ditempatkan bersama-sama orang beriman. al-fatihah.

Adik Izzat kemalangan di Litar Sepang meninggal dunia

Innalillah wainnailaihi rajiun.

Saya baru dimaklumkan yang adik Izzat yang sedang di rawat di HKL telah meninggal dunia jam 1225 tadi..
Adik Izzat adalah penunggang motosikal yang kemalangan Sabtu lepas di Litar Sepang. Kemalangan tersebut juga telah menyebabkan soerang pegawai perlumbaan meninggal dunia.

Bagi yang ingin melawat jenazah, dikatakan akan dibawa balik ke rumah No 46 Jalan Seri Putra 5/6 dan mungkin di sembahyangkan di Surau Al-Hijrah.

Mari kita doakan agar arwah adik Izzat ditempatkan bersama-sama orang beriman.

Al-Fatihah.

Solat hajat untuk adik Izzat kemalangan di litar Sepang

[Surau Al-Hijrah] Salam Tuan-Tuan.
Insyaa Allah esok selepas Isyak, Solat Hajat dirancangkan utk adik Mohd Izzat bin Abd Hakim 17 tahun yg mengalami kemalangan motobike di litar Sepang pada Sabtu lepas. Adik Izzat skrg dlm keadaan koma kerana kecederaan dalaman di kepala. Otaknya membengkak sehingga tempurung kepala sebelah atas kena dipotong buat sementara. Adik Izzat merupakan anak jemaah Surau Al-Hijrah dari SP5 juga pernah belajar mengaji dengan Imam Muda di surau.
Sama-samalah kita melapangkan masa esok. Terima kasih.

Video Kuliah Ustaz Nushi di Surau Al-Hijrah 2013-09-23

Inline images 1

Inline images 2

Video Kuliah Ustaz Nushi 2013-09-23
=======================

Kuliah Ustaz Nushi @ Surau Al-Hijrah 2013-09-23 (1/2)
https://www.youtube.com/watch?v=lPKoTFWgXG0&list=PLDoIwJGpL4og8mB-CC6ECvA7xVn3CvA_t

Kuliah Ustaz Nushi @ Surau Al-Hijrah 2013-09-23 (2/2)
https://www.youtube.com/watch?v=9Z5HCBQrSIU&list=PLDoIwJGpL4og8mB-CC6ECvA7xVn3CvA_t

Selesai Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013

Inline images 14

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013. Program yang berjaya menarik penduduk Bandar Seri Putra ini dengan jangkaan kehadiran sekitar 2,000 orang. Sudah tentunya yang paling seronok adalah anak-anak dengan hidangan ais krim percuma, menaiki jumping castle percuma, penerbangan helikopter dan kapal terbang mini.

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Untuk dewasa, hidangan yang disediakan sudah tentu menarik hati. Terdapat set nasi minyak, set soto, set lontong, set laksa, bubur, buah-buahan dan air minuman yang disediakan oleh Hazny Catering.

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Paling utama adalah penantian cabutan bertuah. Lebih daripada 50 hadiah telah disediakan hasil sumbangan peniaga dan warga Bandar Seri Putra. Akhirnya TV 32 inci telah dimenangi oleh warga Melati.

Inline images 11

Inline images 12

Inline images 13

Sesungguhnya bagi pihak penganjur khusunya dan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra amnya, kami merasa bersyukur kerana sambutan dan sokongan semua. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Juga paling penting terima kasih kepada semua penyumbang tak kira sumbangan kewangan atau tenaga. Dan akhirnya semua warga kerja yang terlibat. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pemaju Bangi Heights Development yang menyumbang majoriti kos majlis ini. Serta kepada ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah dan Ahli Majlis Zon 24, Hj. Mazwan. Sesungguhnya tanpa kebenaran Illahi dan semua yang terlibat, majlis kita tidak mungkin semeriah yang dilihat.

Gambar selebihnya di sini: Gambar Majlis Ramah Mesra BSP 2013 dan (14 photos)


Sekian.

Khairil
Pemangku Setiausaha MRMBSP2013 / Setiausaha PPBSP

Senarai penyumbang (maaf jika ada penyumbang yang tidak tersenarai di sini):

Bangi Heights Development Sdn Bhd
ADUN Bangi
Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24
Kafetaria Hazny
Riani Beauty & Spa

UBE Global Sdn Bhd
Petronas Bandar Seri Putra 
Majlis Perbandaran Kajang
Restoran Haseena Maju
Restoran Syedlina
Restoran D'Laden
Poliklinik An-Nur BSP
Klinik Ummu Ammar
Klinik Hasif
Klinik Amal
Bill Marketing Hardware
Pasar Mini EasySmart Ent
Beg Enterprise
Ban Soon Minimarket
BSN Bandar Seri Putra
Farmasi NextStage
7-Eleven
Kedai Jahit Azlan
X-Treamedia
ADT
PASTI Al-Faizin


ESOK: Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 1

Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013
============================

Alhamdulillah, majlis esok menerima banyak sumbangan daripada syarikat dan individu. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Pelbagai menu akan terhidang ESOK. Cabutan bertuah juga akan diberikan. Lebih daripada 50 hadiah untuk dimenangi. Hadiah terbesar TV 32 inci.

JOM KE MAJLIS RAMAH MESRA BSP 2013 ESOK DI PADANG SP5.


Tema : BSP - Kejiranan Sepakat, Bandar Bersih & Selamat
Tarikh : 21 September 2013
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Padang Seriputra5 (
2.88692, 101.77921)
Tarikan:

Inline images 2

Jamuan makan pelbagai menu, aiskrim percuma, cabutan bertuah
Persembahan nasyid, kebudayaan, silat
Perarakan motor besar, pertujukan helikopter mini


Agenda:
======
9.30 pagi - Kehadiran dan pendaftaran tetamu
9.45 pagi - Perarakan motor besar & Ketibaan tetamu kehormat
10.00 pagi - Majlis bermula & bacaan doa
10.05 pagi - Bacaan Al-Quran oleh Qari Cilik
10.15 pagi - Ucapan oleh Pemangku YDP PPBSP, En. Mustafa Kasim
10.30 pagi - Ucapan ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah & Perasmian Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013
10.50 pagi - Taklimat Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra
11.00 pagi - Jamuan, Persembahan (Nasyid KUIS / As-Syakirin / Adik Muaz / Helikopter & Kapal Terbang Mini), Caburan Bertuah
2.00 petang - Bersurai

Terima kasih kepada semua yang menaja dan menyumbang terutama kepada :

  • Kafetaria Hazny
  • Riani Beauty & Spa
  • UBE Global Sdn Bhd
  • Petronas Bandar Seri Putra
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Restoran Haseena Maju
  • Restoran Syedlina
  • Restoran D'Laden
  • Poliklinik An-Nur BSP
  • Klinik Ummu Ammar
  • Klinik Hasif
  • Klinik Amal
  • Bill Marketing Hardware
  • Pasar Mini EasySmart Ent
  • Beg Enterprise
  • Ban Soon Minimarket
  • BSN Bandar Seri Putra
  • Farmasi NextStage
  • 7-Eleven
  • Kedai Jahit Azlan
  • X-Treamedia
  • ADT
  • PASTI Al-Faizin
 
Nota:
  1. Lebih daripada 50 hadiah cabutan bertuan telah disediakan.
  2. Pendaftaran untuk cabutan bertuah akan dibuka pada jam 9.30 hingga 11.30 pagi.
  3. Setiap pendaftaran diminta menulis nombor rumah dan alamat jalan contohnya "35, SP3/7" atau "4-3-1" pada kedua-dua bahagian kertas. Salah satu bahagian diberikan kepada urusetia di meja pendaftaran manakala satu lagi disimpan oleh peserta.
  4. Satu rumah hanya layak untuk satu penyertaan sahaja.
  5. Cabutan akan dibuat setiap 15 minit bermula jam 11.30 pagi.
  6. Kaunter pendaftaran untuk cabutan bertuah akan ditutup selepas jam 11.30 pagi.
  7. Hadiah untuk cabutan bertuah adalah dalam bentuk barangan dan hamper. Hadiah yang disediakan termasuklah barangan elektrik seperti TV, microwave oven dan periuk nasi hinggalah hamper makanan dan minuman.
  8. Cabutan untuk hadiah istimewa berupa barangan elektrik dan peralatan dapur akan dibuat pada peringkat akhir program.

Maklumat terkini boleh diperolehi di sini:
ppbsp.blogspot.com
facebook.com/ppbsp

Anjuran bersama:
  • Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)
  • Bangi Heights Development Sdn Bhd
  • ADUN Bangi
  • Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24

Inline images 3




Fwd: 21/098/2013 - BSP BERGEGAR LAGI!


Inline images 1

Pada tarikh ini warga Bandar Seri Putra dinasihatkan agar tidak meninggalkan Bandar Seri Putra kerana sesuatu yang hebat bakal terlaku di sini.

Untuk tahun ke-4 berturut-turut Bandar Seri Putra akan sekali lagi menganjurkan acara ini :


MAJLIS RAMAH MESRA BSP2013

Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa : Jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Padang Permainan SP5


Dengan sokongan yang begitu menggalakkan dari seluruh warga Bandar Seri Putra pada acara yang sama pada tahun lalu, tahun ini kemeriahan tersebut pasti berganda.

Berbagai acara yang lebih menarik telah dirancang sebagai tanda penghargaan kepada sikap prihatin dan semangat kerjasama kejiranan yang begitu tulus dikalangan warga Bandar Seri Putra.

Majlis Ramah Mesra Bandr Seri Putra 2013 akan dipenuhi dengan berbagai acara dan kejutan. Hadiah cabutan bertuah yang lebih banyak dan lumayan, Rugi bagi yang tidak hadir. Kosongkan tarikh anda sekarang untuk hari yang penuh kemeriahan ini.

Anda secara peribadi dijemput hadir, bersama keluarga!.


Pengarah Program
Majlis Ramah Mesra BSP2013
(arzock@ymail.com / 012-219-5909)

Gambar dan Video Ceramah Dr. Shafie Mohd Amin

Fwd: [Surau Al-Hijrah] Malam Ini - Kuliah Maghrib bersama Dr. Mohd Shafie Mohd Amin


 
KULIAH MAGHRIB BERSAMA DR. MOHD. SHAFIE MOHD AMIN
Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Itqaan
 
Khamis Malam Jumaat, 12 SEPTEMBER 2013 - Selepas Solat Maghrib berjemaah
 
Semua Muslimin Muslimat dijemput.

Sekian, wassalam.
 
SEBARANG BENTUK DERMA UNTUK PEMBANGUNAN, PENYELENGGARAAN & AKTIVITI SURAU BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI AMAL JARIAH TUAN/PUAN DAN MENDAPAT RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT. INSYAA ALLAH.

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.