Info Terkini PPBSP

SRABSP: Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Telah Bermula

Alhamdulillah, projek laluan pejalan kaki telah pun bermula.

Sebarang sumbangan masih boleh disalurkan secara tunai atau melalui online ke akaun PIBG, Bank Muamalat akaun nombor 1408-0000-626-717 atau cek ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yang Di-Pertua PIBG SRA-BSP, Mohammed Iqbal di talian 012-6563033 atau email miqbalk@hotmail.com.

Inline images 1

Bagi pihak PIBG SRABSP

Video penuh Forum Maal Hijrah Bandar Seri Putra 2012

Inline images 1

Video penuh Forum Maal Hijrah Bandar Seri Putra 2012 kini boleh disaksikan di sini:
http://www.youtube.com/playlist?list=PLDoIwJGpL4ogyisPn5hl6c_vcTFaIBzA_

Mudah-mudahan ini memberi manfaat kepada semua.

Seminar Mendorong Orang Bawahan Berfikir - Puan Ainon Mohd (Chairman PTS)

Inline images 1

Seminar yang tidak boleh dilepaskan.

Jom daftar ramai-ramai!


GAMBAR: FORUM PERDANA USTAZ DON & USTAZ HASRIZAL, 1 DIS 2012

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>


Warga kerja JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim bergambar kenangan dengan Ustaz Don Daniyal dan mock-cheque yang diterima



Dari kiri: Pn.Nursiah Junid (JK Muslimat), Tn.Hj. Anwar (S/U), En.Burhan Mahwal (Pen.Bendahari), En.Nizam (Bendahari), Ustaz Don Daniyal, Dato' Zakaria (Ketua JK Dana), Tn.Hj. Zakaria (Ketua JK Teknikal), Wakil Mahaabah Workshop

Gambar-gambar lain dilihat melalui FB Masjid Al-Mustaqim dan FB PPBSP atau terus klik - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3948740153777.2137392.1138277570&type=1 (Link akan terus ke FB Photo Album Kameraman bertugas En. Shahrizat Mohd. Shah - boleh terus add beliau ke senarai rakan FB anda  :) happy )

Gambar penyerahan mock-cheque oleh penyumbang









Forum Maal Hijrah: Alhamdulillah dan Terima Kasih

Inline images 1

Saya ingin memanjangkan ucapan terima kasih daripada JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim atas bantuan dan kehadiran semua pada Forum Maal Hijrah Sabtu lalu.
Walaupun hujan renyai, cuti sekolah dan bola sepak piala AFF antara Malaysia dan Indonesia menjadi kekangan program malam tersebut, dianggarkan sekitar seribu orang hadir.

Sekitar RM1,041,582.90 telah dikutip pada malam tersebut sendiri. RM1 juta daripada pihak Bangi Heights, RM35,000 daripada penderma-penderma utama, dan RM6,582.90 daripada uncang dan tabung program malam tersebut. Ini menjadikan kutipan untuk Masjid Al-Mustaqim sekitar 4 juta lebih.

Penduduk Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra masih diseru untuk menambah uncang tabung pembinaan Masjid agar kos RM7 juta dapat dicapai dengan segera.

-Khai



Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.