

Sebentar tadi telah diadakan taklimat / mesyuarat keselamatan sempena hari raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Seramai
30 orang pengerusi/wakil skim-skim sekitar Bandar Seri putra telah turut hadir. Disamping kehadiran istimewa
pegawai-pegawai polis daripada Balai Polis Bangi yang diketuai oleh
SI Ramlan.
Pembukaan majlis telah didahului oleh
YDP PPBSP (Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra / BSP Induk) Tuan Hj Ahmad yang mengharapkan agar
semua skim-skim dapat
bersatu dan bergabung secara bersepadu dengan PPBSP dalam semua perkara. Dimulakan dengan gabungan dalam isu keselamatan. Hj Ahmad juga menyatakan sokongan PPBSP dalam
kempen ke Gaza yang mana beliau sendiri akan mengikuti trip ke Gaza pada
15 Ogos nanti. Sebarang sumbangan boleh diberikan kepada beliau untuk inisiatif seperti membangunkan hospital dan beberapa kemudahan lain di Gaza.
Seterusnya SI Ramlan ketua Balai Polis Bangi mengambil alih untuk taklimat keselamatan. Beliau menyatakan bahawa semua pemilik rumah perlu membantu pihaknya untuk membenteras jenayah. Paling penting agar pemilik rumah
tidak lalai dalam keselamatan rumah masing-masing. Jenayah merupakan sesuatu yang terjadi apabila
penjenayah melihat ada peluang. Maka, dengan mengambil langkah biasa seperti
mengunci pagar, memasang grill, menutup pintu adalah apa yang pemilik rumah perlu lakukan. Disamping itu langkah tambahan seperti menambah
mangga grill, memasang alarm, menyediakan penyekat pintu gelongsor dan sebagainya boleh juga dilaksanakan.
Selain itu, seeloknya rumah dibiarkan
cerah pada waktu malam seperti memasang timer atau sensor.
Cantas pokok-pokok yang boleh menjadi tempat persembunyian penjenayah. Barang-barang berharga seperti k
omputer, telefon bimbit dsb disimpan ditempat yang lebih selamat. Alatan perkebunan jangan ditinggal di luar. Termasuk
alatan pertukangan dan tangga yang boleh digunakan penjenayah.
Jiran-jiran yang tidak balik kampung perlu juga menjadi mata-mata jiran yang lain. Serta,
mengisi borang balik kampung bagi memaklumkan pihaknya untuk meronda kawasan itu dengan lebih kerap.
Merujuk kepada soalan
modus operandi (mo), beliau menyatakan kebanyakan kes
dimasuki dari pintu belakang. Selain penggunaan
master key dan juga
penyamaran sebagai pegawai Indah Water.
Manakala, pihak PPBSP menerusi
Biro Keselamatan yang diketuai oleh
Mejar Qayyum akan mengadakan
mesyuarat gerak gempur keselamatan pada
Ahad depan
14 Ogos 2011 jam 9.00 pagi di tempat yang sama. Antara perancangannya adalah untuk menyediakan
kawalan keselamatan sementara secara bersepadu sekitar BSP dengan mengadakan
pos-pos kawalan disetiap skim dan
satu bilik gerakan sepanjang cuti hari raya nanti.

Majlis berakhir sekitar jam 12 tengahari dengan pengumuman daripada Tuan Hj Ahmad mengenai
Majlis Ramah Mesra BSP yang akan diadakan pada
8 Oktober nanti yang mana beliau menyeru
semua skim membantu dalam menjayakan program itu nanti sebagai
AJK program. Manakala
Tuan Norizan,
pegawai keselamatan Bangi Heights pula memaklumkan perjumpaan dengan Polis dan semua ketua skim pada
1 Oktober 2011 bagi
taklimat Komuniti Policing.
Khaiatbsp