Info Terkini PPBSP
Salam sdra, saya turut bersetuju dgn pandangan yg saudara nyatakan. Memang dlm bulan Ramadhan al- Mubarak ini sangat digalakkan umat Islam itu bersadaqah kerana terlalu banyak manfaatnya, termasuk menghapuskan dosa2. Cuma masalahnya, ruang yg ada itu digunakan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini utk menipu umat Islam khususnya warga BSP dan BM juga dgn mgmbil kesempatan di atas kemurahan hati para pemberi sadaqah di sini. Suka dicadangkn agar dibuat 2-3 kali operasi khas di Bazar Ramadhan itu dlm bulan puasa ini dgn kerjasama PPBSP, PDRM, Jabtn Kbajikn Msykt, dan JAIS utk mneliti perlakuan pihak2 yg tdk bertanggungjawab ini agar jika tidak dapat dihapuskan sepenuhnya akan dapat mengurangkan kes2 yg serupa. Sekian, terima kasih. Wassalam. Faisal Hj A.Sabri |
| Assalammualikum. JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA. BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85 MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024. CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. ======================================================== Ramadhan: Pengemis Bukan Islam Ini Menyamar ..from Ibnu Hasyim by Ibnu Hasyim DUA pengemis berketurunan Cina menutup muka ketika ditahan penguat kuasa di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor kelmarin. SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin. Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh. Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan. Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan. "Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit. "Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu. "Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu," katanya.(Kosmo) http://www.ibnuhasyim.com/2012/08/ramadhan-pengemis-bukan-islam-ini.html __._,_.___ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA. * CIMB ISLAMIC 12370000608108. * Bank Islam 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. . __,_._,___ |
Apabila membaca berita pengemis bukan Islam yang menyamar dalam kesempatan orang Islam berlumba-lumba melakukan ibadah, saya tidak terkejut. Adalah dua tiga pengalaman berhadapan dengan pengemis. Antara pengemis yang lari apabila didatangi oleh AJK masjid. Bukannya tidak kasihan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Tetapi terlalu banyak kes-kes penipuan pengemis ataupun pengemis-pengemis ini didalangi oleh sindiket-sindiket. Juga, Islam menuntut agar kita tidak mengemis dan meminta-minta.
Bila melihat kepada pengemis-pengemis di Bazar Ramadan Bandar Seri Putra (BSP) semasa lawatan kali pertama, timbul belas kasihan. Selang beberapa hari selepas itu, lawatan kedua saya amat memeranjatkan kerana semakin banyak pengemis. Kalau boleh dikiaskan, kalau selepas terjatuh terlanggar pengemis pertama, bila bangun akan terlanggar pengemis kedua. Begitu ramainya pengemis di Bazar Ramadan BSP.
Bukan sahaja pengemis yang kita ragui, tetapi kutipan derma madrasah-madrasah yang semakin banyak juga dilihat.
Ini sekadar pandangan saya. Tak salah untuk menghulur derma kepada mereka-mereka ini. Cuma kalau didermakan kepada tempat yang kita confirm betul adalah lebih baik. Sebagai contoh, dana Masjid Al-Mustaqim BSP masih memerlukan sumbangan semua. Diseru agar kita sama-sama menyumbang kepada dana masjid ini agar semakin cepat dibangunkan.
BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85
MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024.
CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
========================================================
Ramadhan: Pengemis Bukan Islam Ini Menyamar ..

SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin.
Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh. Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan.
Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.
"Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit.
"Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu.
"Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu," katanya.(Kosmo)
http://www.ibnuhasyim.com/2012/08/ramadhan-pengemis-bukan-islam-ini.html
Kepada:
Pengerusi-pengerusi persatuan penduduk,
Pengerusi-pengerusi JMC/MC pangsapuri,
Wakil-wakil skim perumahan,
Pengerusi-pengerusi surau,
Bandar Seri Putra.
Dato/Tuan/Puan yang dimuliakan Allah SWT,
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berakah, baik sangat jika tumpuan diberi kepada pengumpulan dana pembinaan masjid Al Mustaqim. Adalah dicadangkan kepada semua pengerusi persatuan penduduk, JMC/MC pangsapuri, wakil skim perumahan dan surau dalam Bandar Seri Putra dapat membuat galakan derma dikalangan ahli masing-masing.
Langkah Dato Zakaria Pengerusi Putra Hill Residency boleh dijadikan ikutan dimana kalangan ahlinya memberi jaminan/pengakuan menderma sekurang-kurangkannya RM1,000 seorang. Manakala di pihak surau pula adalah diharapkan dapat menjadikan usaha kutipan ini sebagai usaha dan tanggungjawab bersama. Tabung khas boleh disediakan untuk ahli kariah masing-masing menghulurkan derma dan hebahan boleh dibuat setiap minggu/bulan bagi mengingatkan ahli jemaah dalam bentuk pengumuman atau kenyataan.
Kita kena set minda bahawa masjid ini adalah masjid milik kita dan tanggungjawab atas kita dan kita adalah sebenarnya ahli jawatankuasanya samada dilantik atau dipilih atau menawarkan diri dan bukan orang lain. Kalau kita bukan ahli jawatankuasanya siapa lagi?
Marilahlah kita segera buat kerja dan jangan berdiam diri. Allah SWT telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita di bandar ini. Marilah kita bersyukur dengan menderma dan mengajak ahli kita turut menderma.
Selamat berpuasa dan semoga semua ibadat dalam ramadhan al Mubarak diterima Allah.
Ahmad Yusof
YDP PPBSP
ahmadbsp@hotmail.com

Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Please lock the following dates in your diaries, I-pads, I-phones, tablets or your memories with regards to the activities of SRA BSP. In the event if anyone is missing form this list please forward the mail to them.
- 10 August - Majilis Berbuka Puasa dengan Murid-murid Darjah 6 and ibu-bapa. Tentative prog is Buka Puasa, Solat Magrib, Makan Malam, Solat Isyak, Teraweh dan Hajat. Teskirah ringkas, morah and bersurai.
- 15 September - Sarapan Hari Raya. Ini adalah kali ke3 kita akan adakan Sarapan Raya. Tradisi SRP BSP
- 2, 3 & 4 November - Karnival SRA BSP.
- 24 - 27 September - UPSRA
Selamat berbuka puasa dan Selamat Beribadah terutama pada 10 Ramadan yang terakhir.
Was salam.
Iqbal


W'salam,
Untuk makluman pihak persatuan telah pun memberi maklumbalas kepada unit PPBSP yang pengendali Bazar Ramadan agar membuat penambahbaikan.
Antaranya:
- Perlunya pengawal lalu-lintas pada kedua belah simpang ke bazar Ramadan. Ini termasuk memastikan kelancaran lalu-lintas.
- Mempamer tanda harga kerana didapati ramai peniaga tidak pamer harga. Input yang diterima, harga jualan adalah berbeza pada masa berlainan.
- Kebersihan peniaga juga nampaknya terabai.
- Kemudahan surau perlu diperkemas dengan menyediakan tempat wuduk dan papan tanda untuk kegunaan peniaga dan pengunjung.
- Memastikan tiada peminta sedekah atau pemungut derma mengambil kesempatan dalam kawasan bazar Ramadan. Jika betul mereka dari organisasi yang sah, mereka boleh memohon kepada penganjur dan akan diberikan kawasan khas.
Terima kasih.
Khairil Anuar
Setiausaha PPBSP

Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
Salam buat Sdr. Khai, terlebih dahulu diucapkan setinggi2 tahniah atas kejayaan mewujudkan blog baru BSP utk dimanfaatkan warga BSP. Cuma saya nak sentuh sikit mgnai persekitaran juga walaupun tidak secara langsung. Kita smua mmklumi bahawa sekarang ni bulan Ramadhan dan umat Islam sluruhnya bpuasa. Dlm hal ini Bazar Ramadan BSP yg diadakan setiap petang turut menarik ribuan warga BSP ksana. Masalahnya, dlm kesibukan warga BSP membeli juadah beriftar itu, ramai yg mgambil mudah meletakkan kereta masing2 di kiri dan kanan jalan berhampiran simpang lampu isyarat menuju KUIS. Keadaan ini mybbkan laluan kenderaan88 yg melalui jalan berkenaan (yg mrupakan jalan utama) seringkali terganggu. Oleh yg demikian, selaku salah seorang penduduk dan setelah nendengar komen beberapa orang pebduduk BSP, saya mengesyorkan kpd Jawatankuasa Bazar Ramadan agar dapat mengambil lgkah sgera utk membendung perkara ini demi kebaikan dan keselamatan bersama.
Wassalam.
Faisal Hj. Ahmad Sabri
Putra Terrace
Bandar Seri Putra.
From: Engku Faizal Annuar Engku Husin <engkufaizal@yahoo.com>

PPBSP dimaklumkan bahawa Surau Dahlia menjemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berbuka puasa (Majlis berbuka Puasa) pada 5 Ogos 2012.
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...