Salam sdra, saya turut bersetuju dgn pandangan yg saudara nyatakan. Memang dlm bulan Ramadhan al- Mubarak ini sangat digalakkan umat Islam itu bersadaqah kerana terlalu banyak manfaatnya, termasuk menghapuskan dosa2. Cuma masalahnya, ruang yg ada itu digunakan oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini utk menipu umat Islam khususnya warga BSP dan BM juga dgn mgmbil kesempatan di atas kemurahan hati para pemberi sadaqah di sini. Suka dicadangkn agar dibuat 2-3 kali operasi khas di Bazar Ramadhan itu dlm bulan puasa ini dgn kerjasama PPBSP, PDRM, Jabtn Kbajikn Msykt, dan JAIS utk mneliti perlakuan pihak2 yg tdk bertanggungjawab ini agar jika tidak dapat dihapuskan sepenuhnya akan dapat mengurangkan kes2 yg serupa. Sekian, terima kasih. Wassalam. Faisal Hj A.Sabri |
Assalammualikum. JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA. BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85 MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024. CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. ======================================================== Ramadhan: Pengemis Bukan Islam Ini Menyamar ..from Ibnu Hasyim by Ibnu Hasyim DUA pengemis berketurunan Cina menutup muka ketika ditahan penguat kuasa di Bazar Ramadan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor kelmarin. SHAH ALAM – Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazar Ramadan di sini terbongkar dengan penahanan mereka kelmarin. Kedua-dua wanita berusia 65 dan 63 tahun itu ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazar Ramadan Seksyen 13 di sini dengan memakai jubah dan bertudung labuh. Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal Ramadan. Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Pengarah JKM Selangor, Nik Omar Nik Abd. Rahman berkata, kedua-dua wanita itu turut menipu kerana mereka merupakan penerima bantuan JKM sebanyak RM300 seorang setiap bulan. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan. "Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit. "Malangnya, apabila pihak kami menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadat bagi membuktikan mereka orang Islam, kedua-duanya tidak tahu. "Yang sebenarnya, pengunjung Bazar Ramadan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu," katanya.(Kosmo) http://www.ibnuhasyim.com/2012/08/ramadhan-pengemis-bukan-islam-ini.html __._,_.___ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA. * CIMB ISLAMIC 12370000608108. * Bank Islam 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. . __,_._,___ |
0 comments:
Post a Comment