Assalamu alaikum wr wb wm.
Kepada:
Pengerusi-pengerusi persatuan penduduk,
Pengerusi-pengerusi JMC/MC pangsapuri,
Wakil-wakil skim perumahan,
Pengerusi-pengerusi surau,
Bandar Seri Putra.
Dato/Tuan/Puan yang dimuliakan Allah SWT,
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berakah, baik sangat jika tumpuan diberi kepada pengumpulan dana pembinaan masjid Al Mustaqim. Adalah dicadangkan kepada semua pengerusi persatuan penduduk, JMC/MC pangsapuri, wakil skim perumahan dan surau dalam Bandar Seri Putra dapat membuat galakan derma dikalangan ahli masing-masing.
Langkah Dato Zakaria Pengerusi Putra Hill Residency boleh dijadikan ikutan dimana kalangan ahlinya memberi jaminan/pengakuan menderma sekurang-kurangkannya RM1,000 seorang. Manakala di pihak surau pula adalah diharapkan dapat menjadikan usaha kutipan ini sebagai usaha dan tanggungjawab bersama. Tabung khas boleh disediakan untuk ahli kariah masing-masing menghulurkan derma dan hebahan boleh dibuat setiap minggu/bulan bagi mengingatkan ahli jemaah dalam bentuk pengumuman atau kenyataan.
Kita kena set minda bahawa masjid ini adalah masjid milik kita dan tanggungjawab atas kita dan kita adalah sebenarnya ahli jawatankuasanya samada dilantik atau dipilih atau menawarkan diri dan bukan orang lain. Kalau kita bukan ahli jawatankuasanya siapa lagi?
Marilahlah kita segera buat kerja dan jangan berdiam diri. Allah SWT telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita di bandar ini. Marilah kita bersyukur dengan menderma dan mengajak ahli kita turut menderma.
Selamat berpuasa dan semoga semua ibadat dalam ramadhan al Mubarak diterima Allah.
Ahmad Yusof
YDP PPBSP
ahmadbsp@hotmail.com

Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
0 comments:
Post a Comment