Posted by
khaiatbsp
Membaca laporan ini menjadikan saya mual. Bayangkan air yang digunakan seharian untuk pelbagai aktiviti harian adalah air yang tidak ingin kita bayangkan.
Saranan saya terutama mereka yang duduk dirumah pangsa (juga rumah bertanah) agar membuat pemeriksaan secara berkala tangki air.
Bukan sahaja tangki air, tetapi juga fasiliti lain seperti lampu jalan dsb. Fasiliti ini perlulah diselenggarakan secara berkala.
Pengalaman rakan-rakan yang pernah membersihkan tangki air di salah sebuah rumah pangsa di BSP, katanya kalau tengok keadaan tangki sebelum dibersihkan memang menjijikkan.
Setelah secara berkala dibersihkan, maka keadaan dalam tangi itu lebih baik dan air didalamnya juga menjadi lebih bersih.
Bagaimanapun membersihkan tangki air memang mencabar. Notis perlu dikeluarkan agar penghuni tahu masa pembersihan. Disamping cabaran masuk ke dalam tangki yang sempit, kepanasan, licin dan kotor.
Bagaimanapun cabaran ini perlu diatasi untuk mengelakkan kejadian seperti dibawah berlaku. Jika tidak mampu, upah kontraktor membuatnya.
-Khai-
Mayat reput dalam tangki air: Penghuni tuntut RM100j
20/09/2012 6:16pm
TAWAU — Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.— BERNAMA
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
0 comments:
Post a Comment