Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/09/ramah-mesra-karnival-keluarga-2012.html
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mengadakan Majlis Ramah Mesra, Bandar Seri Putra 2012 bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Difahamkan Majlis ini menggantikan hari raya Eidul Fitri yang tidak berkesempatan masa diadakan. Majlis ini menjemput keseluruhan penduduk yang terdiri dari 20 taman
yang mempunyai 18 persatuan penduduk di bawah Persatuan Penduduk Induk Bandar Seri Putra. Jumlah penduduk keseluruhan adalah 30,000 penduduk. Persatuan Penduduk Induk diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Yusof selaku Yang Dipertua dan Timbalan YDP ialah En. Mustafa Kassim, En. Khairi Anuar selaku Setiausaha dan En. Arzok bin Nasar selaku Bendahari. Antara tamu-tamu yang hadir ialah YB Dr. Shafie bin Abu Bakar Adun Bangi, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, En. Zulkifli Gharib Pengarah Operasi UM Land, En. Arzok Nasar selaku Pengarah Program, Datuk-Datuk, para jemputandan penduduk. Bagi menampung hadirin berpuluh khemah didirikan dan difahamkan pihak AJK penduduk bergotong royong menyediakan tempat dan juga makanan.
Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Menurut YDP tema majlis sambutan pada tahun ini ialah``Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan``. Menurutnya, berbagai pembangunan yang dapat disaksikan berlaku di Bandar Seri Putra, termasuklah Masjid Al-Mustaqim yang diharap kepada sokongan penduduk menyiapkannya. Beliau juga berharap kerjasama dari semua pihak bagi menjadikan Bandar Seri Putra sebagai tempat ideal bagi didiami, iaitu dengan mengamalkan sifat kejiranan dan mengambil berat dari segi keamanan dan membuat cadangan-cadangan membina bagi persatuan
|
|
Adun Bangi yang diminta menyampaikan ucapan ringkas berterima kasih di atas jemputan dan sukacita melihat kerjasama di kalangan penduduk sehingga dapat mengadakan Majlis Ramah Mesra yang amat berjaya. Majlis seumpama ini sesungguhnya dapat mengiratkan hubungan di kalangan penduduk dan memupuk rasa kasih sayang terhadap tempat mereka tinggal. Kita perlu tanamkan rasa kasih sayang di kalangan kita dan anak-anak generasi kita terhadap keluarga dan tempat tinggal agar mereka dapat hidup dan subur dengan lebih selesa. Wujudkan tempat yang menjadi tempat kebiasaan mereka seperti Sekolah, masjid, surau, perpustakaan, tempat bermain dan bersukan. Ini semua menjadi ingatan mesra kepada mereka dan merasa kasih sayang kepada tempat tinggal mereka. Adun bersukacita melihat Bandar Seri Putra sebagai sebuah Bandar Teratur dan Bersih. Keadaan ini perlu dipertahankan dan usaha mempertingkatkan keadaan Bandar Seri Putra perlu terus dilakukan melalui persatuan penduduk, masjid, surau ahli majlis, pemaju dan Adun. Kerjasama pula hendaklah berterusan. Kita akan terus memberi sokongan bagi merealisasikan hasrat penduduk.Majlis diisi dengan nasyid dari pasti, cabutan nombor bertuah dan jamuan.
0 comments:
Post a Comment