Info Terkini PPBSP

Blog ADUN Bangi: Perhimpunan Pentadbir Rumah Pangsa Di KUIS


Sumber:http://drshafie.blogspot.com/2012/09/perhimpunan-pentadbir-rumah-pangsa-di.html

Perhimpunan Pentadbir Rumah Pangsa Di KUIS

Kuis, Bandar Seri Putra, 06 Zulkaedah 1433 = 22 September 2012 (Sabtu):



Masalah Rumah Pangsa bagai tiada kesudahan – masalah kebersihan, api tidak mencukupi, kerosakan lift dan tidak mendapat air percuma bagi perumahan yang menggunakan paip secara pokal. Masalah kadang-kadang disebabkan oleh penghuni yang tidak membayar yuran management, lebih-lebih sukar jika unit rumah pangsa didiami oleh penyewa. Antara cara mengatasi ialah dengan menubuhkan `Joint Management Boards` (JMB) yang diberi amanh mentadbir. Namun masalah juga tidak dapat diatasi.


Pada hari ini diadakan pertemuan antara JMB-JMB di KUIS bagi membincangkan permasalahan, penerangan dan kalau dapat mengatasi masalah. Hadir pada hari ini YB Iskandar  Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Puan Murfidah Mahfuz Timbalan Pesuruhjaya Perumahan, Dato` Hassan Nawawi YDP MPKj, Ahli MPKj, Pegurusan dari Syabas dan pegawai-pegawai. Perbincangan di kalangan ahli-ahli JMB bermula dari jam 8.30 pagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengatasi masalah bagi penduduk rumah pangsa yang tidak dapat menikmati air percuma, kerana menggunakan meter pukal. Setakat ini Pangsapuri Kos Rendah di Selangor:

Bil. Kawasan                      232            unit rumah     64,715
Bil,Terima Air Percuma:    214            unit rumah     58,049
Peratus Telah Terima          92.2%       unit rumah     89.7%
Belum Terima                      18%                                6,666

Usaha sedang dilakukan bagi yang belum terima air percuma dapat menerima secara percuma. Selain dari masalah air turut dibincangkan ialah mengenai Bantuan Skim Ceria, menentukan bilangan penyewa bagi premis-premis negeri Selangor dan pengurangan Cukai Pintu bagi rumah kos rendah.


Kehadiran kami pada tengahari adalah bagi menyertai Majlis Penutup yang dilakukan oleh YB Tuan Iskandar. Beliau menimbulkan perkara antaranya keperluan diiktiraf Ketua JMB sebagai Setaraf Ketua Kampong di dalam menandatngani surat pengesahan dan dokumen. Mereka menjaga kadang-kadang hingga 3.000 unit rumah. Beliau juga bercakap tentang program ceria dan penurunan cukai rumah kos rendah sehingga 25% dan mengenai air percuma dan yang belum dapat menikmati air percuma.


Manakala Dato Hassan Nawawi berkata, bahawa terdapat di Kajang – termasuk Bangi 780,000 penduduk dengan jumlah rumah bertingkat berjumlah 80,000 unit. Pada masa hadapan, tanah makin berkurang, sebab itu keperluan rumah bertingkat makin meningkat. Masalah rumah pangsa perlu diatasi, agar ianya tidak menakutkan penduduk menduduki. Keselesaan dan kemudahan perlu disedia. Rumah pangsa jika disewa selalu menimbulkan masalah. Sebaik-baiknya rumah-rumah berkenaan hendaklah dihuni oleh pemilik sendiri. Sewajarnya pemilikan juga perlu dikawal, jangan jatuh ke tangan mereka yang berada. Andainya pemilik hendak membeli rumah yang lebih baik, perlu diserah kembali kepada pihak berkuasa dengan pembayaran balik dengan harga yang munasabah dan dijual kepada mereka yang lebih berhak.

Sekian.


Blog ADUN Bangi: Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/09/ramah-mesra-karnival-keluarga-2012.html

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mengadakan Majlis Ramah Mesra, Bandar Seri Putra 2012 bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Difahamkan Majlis ini menggantikan hari raya Eidul Fitri yang tidak berkesempatan masa diadakan. Majlis ini menjemput keseluruhan penduduk yang terdiri dari 20 taman


yang mempunyai 18 persatuan penduduk di bawah Persatuan Penduduk Induk Bandar Seri Putra. Jumlah penduduk keseluruhan adalah 30,000 penduduk. Persatuan Penduduk Induk diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Yusof selaku Yang Dipertua dan Timbalan YDP ialah En. Mustafa Kassim, En. Khairi Anuar selaku Setiausaha dan En. Arzok bin Nasar selaku Bendahari. Antara tamu-tamu yang hadir ialah YB Dr. Shafie bin Abu Bakar Adun Bangi, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj Zon 24, En. Zulkifli Gharib Pengarah Operasi UM Land, En. Arzok Nasar selaku Pengarah Program, Datuk-Datuk, para jemputandan penduduk.  Bagi menampung hadirin berpuluh khemah didirikan dan difahamkan pihak AJK penduduk bergotong royong menyediakan tempat dan juga makanan.


Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Menurut YDP tema majlis sambutan pada tahun ini ialah``Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan``. Menurutnya, berbagai pembangunan yang dapat disaksikan berlaku di Bandar Seri Putra, termasuklah Masjid Al-Mustaqim yang diharap kepada sokongan penduduk menyiapkannya. Beliau juga berharap kerjasama dari semua pihak bagi menjadikan Bandar Seri Putra sebagai tempat ideal bagi didiami, iaitu dengan mengamalkan sifat kejiranan dan mengambil berat dari segi keamanan dan membuat cadangan-cadangan membina bagi persatuan

Adun Bangi yang diminta menyampaikan ucapan ringkas berterima kasih di atas jemputan dan sukacita melihat kerjasama di kalangan penduduk sehingga dapat mengadakan Majlis Ramah Mesra yang amat berjaya. Majlis seumpama ini sesungguhnya dapat mengiratkan hubungan di kalangan penduduk dan memupuk rasa kasih sayang terhadap tempat mereka tinggal. Kita perlu tanamkan rasa kasih sayang di kalangan kita dan anak-anak generasi kita terhadap keluarga dan tempat tinggal agar mereka dapat hidup dan subur dengan lebih selesa. Wujudkan tempat yang menjadi tempat kebiasaan mereka seperti Sekolah, masjid, surau, perpustakaan, tempat bermain dan bersukan. Ini semua menjadi ingatan mesra kepada mereka dan merasa kasih sayang kepada tempat tinggal mereka. Adun bersukacita melihat Bandar Seri Putra sebagai sebuah Bandar Teratur dan Bersih. Keadaan ini perlu dipertahankan dan usaha mempertingkatkan keadaan Bandar Seri Putra perlu terus dilakukan melalui persatuan penduduk, masjid, surau ahli majlis, pemaju  dan Adun. Kerjasama pula hendaklah berterusan. Kita akan terus memberi sokongan bagi merealisasikan hasrat penduduk.Majlis diisi dengan nasyid dari pasti, cabutan nombor bertuah dan jamuan.


Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar"

Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar" yang tertera di akhbar Harian Metro baru-baru ini, YDP PIBG Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab, memaklumkan bahawa kes ini sedang dalam perhatian pihak Polis dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. YDP juga telah mengadakan perbincangan dengan waris pelajar, pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Oleh itu, mohon tidak membuat sebarang spekulasi dan diharap doakan penyelesaian terbaik dapat dicapai.
-PAKSI-

Skim CERIA untuk Rumah Bertingkat

Program Ceria

 
 

 

 

Skim CERIA ini disediakan bagi tujuan baik pulih kerosakan harta bersama pangsapuri kos sederhana rendah di Negeri Selangor.

 

 

 

MUAT TURUN

 

Borang permohonan SKIM CERIA

 

Borang Inventori

 

Risalah Skim CERIA


Sumber: http://lphs.selangor.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=30&IID=


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


UMLand bangun rumah mampu milik di BSP

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.



Rest of Bandar Seri Putra will be ready in next 5 to 7 years

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 1


Rest of Bandar Seri Putra will be ready in next 5 to 7 years

By BUSINESS TIMES

UNITED Malayan Land Bhd (UM Land), a property developer, expects the entire Bandar Seri Putra development to be completed within the next 5-7 years.

The company, which started developing Bandar Seri Putra in 1997, has currently developed about 283.28ha in Bandar Seri Putra, with a gross development value of more than RM1.75 billion.

"We expect the approximately 80.93ha of remaining land in this township to be developed over the next 5-7 years. These developments are expected to generate more than RM700 million in gross development value," said chief executive officer Charlie Chia after the launch of Bandar Seri Putra's new sales gallery on Saturday.

The new sales gallery was officiated by UM Land chairman Tun Musa Hitam.

Located on the ground floor of a three-storey building with a mezzanine floor, the new sales gallery showcases products offered within the township of Bandar Seri Putra, UM Land's flagship township in Selangor.

"This three-storey building packs a simple but yet elegant design. It demonstrates the simplicity and practicality that we have infused in our various developments in Bandar Seri Putra," said Zulkifly Garib, UM Land's director of operations.

Over the next three years, the company plans to develop apartments and bungalows in the township – with the balance of land to be developed into commercial buildings.

"Bandar Seri Putra is strategically located and easily accessible. Located within the Multimedia Super Corridor, it is easily accessible from the Putra Mahkota interchange, along the KL-Seremban highway and adjacent to the township.

"Residents will enjoy fast and easy access to Putrajaya, KLIA, and the nearby education institutions encompassing various universities and colleges such as Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia and Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor," Zulkifly added.

- Malaysia Property News 
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11532.msg105159.html#msg105159


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


Terima kasih menjayakan Majlis Ramah Mesra BSP 2012

Inline images 8

Inline images 4

Inline images 13

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 (MRMBSP2012)semalam secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kepada yang hadir. Terima kasih kepada semua penyumbang. Terima kasih juga kepada semua warga kerja MRMBSP2012. Bagi pihak warga kerja MRMBSP2012, kami ingin memohon maaf jika sebarang kekasaran atau kesilapan sepanjang majlis berlangsung.

Inline images 3

Inline images 9

Majlis yang bermula jam 10.15 pagi telah dihadiri oleh YB ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar; Ahli Majlis Zon 24, Tuan Haji Mazwan; pihak pengurusan tertinggi Bangi Heights Development Sdn Bhd, Tuan Zulkifli Gharib dan Mr Ng; ketua-ketua skim Bandar Seri Putra (BSP); wakil-wakil pemimpin BSP dan warga BSP sendiri. Dalam ucapan alu-aluan YDP PPBSP, Tuan Hj Ahmad Yusof mengalu-alukan semua yang hadir pada pagi tersebut disamping mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis pada pagi itu. Majlis seumpama ini adalah kali ke-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan tema tahun ini "JIRAN DIDAHULUKAN, KESEPAKATAN DIUTAMAKAN".

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Antara aktiviti yang menarik sepanjang majlis adalah permainan belon udara percuma untuk kanak-kanak. Disamping itu juga, ais krim kon percuma yang menyebabkan pengunjung terpaksa beratur panjang. Persembahan daripada NGO, individu, tadika, pelajar KUIS daripada sekitar BSP juga telah menjadikan majlis lebih ceria. Serta makanan dan minuman yang dihidangkan memenuhi selera pengunjung yang hadir. Akhirnya, acara cabutan bertuah yang menyediakan lebih 40 hadih atau hamper dengan hadiah uatama TV flat screen.

Inline images 10

Inline images 11

Inline images 12

Apa yang boleh disimpulkan, majlis ini antara lain telah mengumpul penduduk di BSP disamping memperkenalkan persatuan kepada penduduk setempat. Majlis ini juga mendapat bantuan daripada persatuan-persatuan skim di BSP yang menyediakan buah fikiran serta tenaga sehingga majlis ini berjaya disempurnakan.

Lagi gambar di sini:
Dari lensa SU - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414609768594457.93661.169051276483642&type=1
Dari lensa pembantu khas YB - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.497901423554199.120680.100000030372738&type=1

Akhir kata, bagi pihak PPBSP saya ucapkan terima kasih sepada semua. Insya-Allah tahun depan kita berjumpa lagi.

Sekian.

Khai (Setiausaha dan Ketua Biro Penerangan & Komunikasi)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.



Hari Ini 23 September Majlis Ramah Mesra BSP

Inline images 1

Hari ditunggu kini menjelang,
Anak-anak berlari dengan riang,
Persediaan Ramah Mesra berjalan cemerlang,
Menanti tetamu datang girang.

LCT TV flat screen hadiah utama,
Disamping hamper yang juga disedia,
Silakan tuan-puan warga Bandar Seri Putra,
Menjamu selera bergaul mesra.

Shawal datang, Shawal pergi,
Bahang suasana masih dirasai,
23 September hari ini,
Jom ke padang SP5 bersama famili.


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

ESOK: Majlis Ramah Mesra BSP 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

 

 

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Permainan SP5.

Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :-

Jamuan Makan

 

 

Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung dan tetamu. Kepada mereka yang sama ingin menyumbang, bolehlah membawa makanan atau kuih-muih untuk dijamah bersama.

Permainan



Padang Permainan Angin (Inflatable Playground) disediakan khas untuk anak-anak bawar 12 tahun secara percuma. Juga terdapat permainan menunggang kuda (Pony Ride) disediakan dengan sedikit bayaran dikenakan.

Cabutan Bertuah



Menangilah hadiah utama berupa Flat Screen TV, Bladeless Cooling Stand Fan dan Basikal. Selain itu lebih dari 50 hamper juga tersedia untuk dimenangi. Kesemua hadiah ini adalah khas untuk pengunjung warga Bandar Seri Putra sahaja. Pengunjung warga Bandar Seri Putra diminta mendaftar pada masa kehadiran untuk membolehkan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Pendaftaran dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Satu rumah hanya perlu mendaftar sekali sahaja.

Persembahan





Berbagai acara disediakan terdiri dari persembahan Tadika, SK BSP, SRA BSP, SMK BSP, Madarasah as-Syakirin & Idola Kecil Adik Muaz. Selain itu terdapat persembahan kompang, muzik tradisonal dan silat.

Gerai Jualan





Kunjungilah gerai-gerai jualan yang akan menjual dan mempromosikan berbagai produk pakaian, keselamatan, kursus, kewangan, makanan dll.

Keselamatan

Keselamatan lalu lintas dan PBSM disediakan bagi membantu mengawal keselamatan. Dipohon dari semua pengunjung untuk mematuhi beberapa arahan dari sukarelawan Keselamatan PPBSP bagi melancarkan perjalanan majlis ini.

Selamat berkunjung. Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan.

Sebarang pertanyaan, sumbangan & aduan, sila hubungi Arzock Nassar tel/sms 0122195909 atau e-mail arzock@ymail.com


Arzock Nassar adalah pengarah program Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 merangkap Bendahari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP).

Gambar kenangan Majlis Ramah Mesra 2010
Album1: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3
Album2: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482198588707&set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3






Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.