Ref: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg99818#msg99818
Dana terkumpul kini mencecah RM1,251,826.25 (berakhir bulan Februari 2012).
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-30 pada 17 Mac 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Januari 2012 = RM80,900.56
- bulan Februari 2012 = RMRM35,990.13 - kutipan merosot berbanding 2 bulan yang lalu
Pengerusi menggesa AJK supaya membuat 'personal approach' ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar 'reminder' kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.
Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
- Sehingga Februari 2012 sebanyak kira-kira 1000 pucuk surat telah dikirim ke kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, ADUN, Ahli Parlimen, hospital, bank, institusi kewangan dll.
- Mulai 1hb Mac sehingga hari ini (17 Mac) sebanyak 3,000 pucuk surat dikirim ke syarikat-syarikat bersama dengan brosur masjid.
- Sehingga hujung Mac sebanyak 1140 pucuk surat lagi akan dikirim ke syarikat-syarikat.
- Baki surat untuk syarikat sebanyak 5860 akan dikirim setelah kerja-kerja cerucuk bermula, berperingkat-peringkat hingga ke akhir tahun.
- Setiausaha telah mencetak sebanyak 15,000 keping brosur (dengan kos 40sen sekeping) untuk diagih bersama surat memohon derma.
- Brosur itu juga telah diedar kepada jemaah Solat jumaat di Masjid UKM, Masjid Hasanah BBB, Masjid Solihin Teras Jernang, Surau Assyakirin BSP, Surau Al-Ikhlas TIP dan Masjid Al-Azhar KUIS.
- Urusan Menentukan Kiblat & Solat Hajat akan dilaksanakan kemudian sebaik saja kerja-kerja cerucuk akan bermula.
JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
- Kelulusan pelan masjid akan dimesyuaratkan pada persidangan majlis MPKj pada 21hb Mac ini. Dengan kelulusan ini kelak kerja-kerja cerucuk insyaAllah akan bermula pada bulan April.
- JK Pembinaan telah bersetuju untuk menganugerahkan kontrak pembinaan cerucuk kepada syarikat yang memberi tawaran harga TERMURAH dengan nilai terdekat dengan sebagaimana disyorkan oleh perunding. Walau bagaimana pun pihak perunding diminta untuk merunding harga terbaik lagi dari syarikat tersebut sebelum surat setuju resmi dikeluarkan.
- Tiga tender telah diterima untuk kerja-kerja 'hoarding'. Sebutharga terlampau tinggi, dan JK Pembinaan memutuskan untuk menolak ketiga-tiga penender tersebut. Pihak perunding diminta untuk berbincang dengan syarikat yang berjaya melaksanakan kerja cerucuk supaya dapat mempertimbangkan membuat kerja 'hoarding' sekali tanpa melibatkan kos tambahan atau kos minimal.
- Untuk penyeliaan kerja cerucuk, JK Pembinaan akan cuba mendapat kakitangan dari Bangi Heights seperti yang disetujui oleh En.Zulkiply Garib. Surat untuk tujuan ini akan dideraf.
- Jurutera Tapak Binaan (site engineer), sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan untuk menyelia kerja pembinaan, yang akan dilantik oleh perunding, supaya kerja-kerja dapat diselaraskan. Upah bayaran yang berpatutan kena disemak semula.
- Billboard Masjid berukuran 12' X 8' akan dibina di tapak masjid. Jumlah kutipan bulanan dipamirkan.
Perkara lain:
- JK Pembinaan bersetuju supaya setiausaha mengirim e-mel kepada ahli yang tidak hadir ke mesyuarat JK Pembinaan Masjid sejak Januari 2011 (sebanyak 15 kali mesyuarat) atau lebih awal lagi, mohon pengesahan sama ada mereka masih berminat untuk menjadi ahli. Jika tidak menerima jawapan dalam masa 3 hari, ini dianggap ahli itu tidak lagi berminat.
- Rancangan Kutipan Dana - JK Pembinaan mengesyorkan supaya satu 'Road Show' dijalankan di surau-surau di BSP, bermula dengan Surau Assyakirin, Surau Al-Ikhlas dan Masjid KUIS pada Hari Jumaat, memaklumkan jemaah mengenai status masjid yang akan dibina, di samping mendapat sumbangan tetap daripada para qariah.
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.
Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.
* Telah dihebahkan di sini:
- Rujukan hebahan - http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9544.msg88231#msg88231
- Softcopy surat-surat - http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9544.msg89656#msg89656
__._,_.___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
* MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
* CIMB ISLAMIC 12370000608108.
* Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
* MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
* CIMB ISLAMIC 12370000608108.
* Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
__,_._,___
0 comments:
Post a Comment