Info Terkini PPBSP

189 Hadir Mesyuarat Agung PPBSP Kali Ke-2

Inline images 1

Video mesyuarat ke-2:
https://www.facebook.com/photo.php?v=10150763961958117

Bandar Seri Putra, 22 April 2012.

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Seramai 189 ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) hadir mesyuarat Agung  Kali Ke-2 di SK Bandar Seri Putra semalam.
Kehadiran yang memberangsangkan ini atas sikap keperihatinan penduduk BSP yang ingin melihat persatuan penduduk terus berdaya maju dan relevan sepanjang masa.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa sekitar jam 9 pagi. Sebelum itu, ahli persatuan dijamukan dengan sarapan pagi.

Inline images 6
YDP PPBSP, Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (mengekalkan jawatan untuk setahun lagi)

Dalam ucapan alu-aluan YDP PPBSP sesi 2011/2012, Tuan Hj Ahmad Bin Yusof antara lain menyentuh tentang akitiviti persatuan sepanjang setahun seperti Program MAP (Motivasi Alihan Pelajar), Larian Kitar Semula dan program SYOK'2011 sepanjang cuti sekolah. Bagaimanapun menurut beliau, masih terdapat kelemahan dalam program yang dijalankan oleh persatuan. Perkara ini adalah lumrah dan persatuan menerima secara terbuka komen dan nasihat agar diperbaiki pada masa akan datang. YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk BSP yang sentiasa menyokong aktivti persatuan. Tidak lupa juga YDP menasihatkan agar ahli persatuan agar lebih mesra antara satu sama lain kerana itu lah tujuan persatuan yang bermotokan "Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat".

Inline images 7
Tuan Zulkifly Garib, Pengarah Operasi Bangi Heights

Naik perasmi mesyuarat, Tuan Zulkifly Garib, Pengarah Operasi, Bangi Heights Development Sdn Bhd. Tuan Zulkifly antara lain menyebut pertumbuhan di BSP yang sangat memberangsangkan dengan projek terkini seperti lot komersial dll menaikkan hartanah di BSP. Bangi Heights juga merancang untuk membawa masuk restoran makanan segera seperti McDonald, KFC dsb. Beliau juga berharap kesepakatan antara persatuan dan pemaju dapat diteruskan. Seterusnya beliau merasmikan mesyuarat pada pagi itu.

Inline images 5
Pengerusi sementara bersama barisan kepimpinan lama.

Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Tuan Lokman Md Sarip sebagai Pengerusi Sementara mesyuarat serta 2 orang pencatat.

Agenda diteruskan dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali Pertama 2011. Setelah beberapa pembetulan dan semakan dibuat, Minit tersebut diluluskan dengan pindaan. Antara pindaan seperti pembetulan nama, pengguguran nama mereka yang tidak hadir dalam mesyuarat pertama serta tambahan keciciran nama mereka yang hadir.

Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kerja sesi 2011/2012 juga berjalan lancar dan seterusnya diluluskan. (sila lihat lampiran untuk laporan)

Laporan kewangan oleh Bendahari 2011/2012 juga diluluskan tanpa isu besar dibangkitkan.

Kemudian, Jawatankuasa Kerja PPBSP sesi 2011/2012 dibubarkan.

Persaingan sihat dan sedikit kehangatan mula berlaku dalam pemilihan jawatankuasa baru. Bermula dengan pertandingan YDP yang menerima 3 pencalonan dan akhirnya YDP masih dikekalkan oleh ahli mesyuarat kepada Tuan Hj Ahmad Yusof. Begitu juga dengan jawatan yang lain yang telah dipertandingkan dan akhirnya senarai Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 adalah seperti dibawah ini.

Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill)
Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim (Terrace)
Setiausaha : Tuan Khairil Bin Anuar (SP5)
Penolong Setiausaha : Tuan Mohd Ramli Bin Taib (D'Punchak Aman)
Bendahari : Tuan Arzock Bin Nasar (Terrace)

AJK
1. Ustaz Nushi Bin Mahfodz (Tropika)
2. Puan Sharifah Fadzliah Bt Syed Taha (Princeton)
3. Tuan Engku Faizal Annuar Bin Che Engku Husin (SP5)
4. Tuan Burhanuddin Bin Haji Mahwal (Putra Villa)
5. Dr. Ishak Bin Ahmad (Terrace)
6. Puan Nursiah Bt Mat Junid (Terrace)
7. Tuan Mohd Khairuddin Bin Yasim (Seri Mawar)
8. Tuan Hj Nor Halimi Bin Saaidin (Putra Hill)

Pemeriksa Kira-Kira  
1. Tuan Mohammad Bin Abu Samah (SP5)
2. Tuan Lokman Bin Md Sarip    (Vista)

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Inline images 11
Barisan Jawatankuasa Kerja sesi 2012/2013

Selesai pemilihan, jam telah menunjukkan jam 1.15 tengahari. Ramai ahli persatuan yang telah mengosongkan kerusi masing-masing mungkin kerana proses pemilihan yang terlalu lama. Malangnya ini menjejaskan perbahasan usul mesyuarat yang hanya tinggal beberapa orang ahli berbanding semasa pemilihan.

Inline images 12

Inline images 13
Ahli yang tinggal selepas pemilihan.

Berikut adalah usul yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Kerja PPBSP sesi 2011/2012 sendiri bagi memastikan persatuan memainkan peranan dengan lebih mantap pada masa hadapan.

Usul untuk meminda Perlembagaan Persatuan dari Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2011-2012

1. Mengusulkan supaya Pengerusi mana-mana skim/taman yang tidak terpilih sebagai AJK Kerja PPBSP semasa Mesyuarat Agung Tahunan dilantik menjadi AJK Kerja PPBSP jika telah mendaftar sebagai ahli PPBSP.

2. Mengusulkan supaya PPBSP mewujudkan keahlian seumur hidup dengan mengenakan yuran seumur hidup sebanyak RM150.

3. Mengusulkan supaya jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari tidak dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan tetapi dilantik oleh Yang DiPertua daripada kalangan ahli PPBSP.

Usul pertama dan kedua diterima ahli dan boleh dilaksanakan tahun hadapan selepas mendapat persetujuan pendaftar pertubuhan. Manakala, majoriti menolak usul ke tiga.

Manakala, dua usul daripada ahli juga diterima oleh ahli mesyuarat. Usul pertama agar persatuan memulakan usaha untuk membina dewan serbaguna. Usul kedua pula mencadangkan agar PPBSP menjadi peneraju mesyuarat penyelarasan aktiviti-aktiviti di BSP dengan menjemput semua persatuan skim, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, KOJIRA, Kelab Sukan, surau-surau dan NGO-NGO lain yang beroperasi di BSP untuk duduk bersama.

Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 1.50 petang dengan sesi mengemas.

Bagi pihak persatuan, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan juga yang tidak berkesempatan hadir.
Juga kepada semua yang membantu melicinkan majlis seperti pihak Bangi Heighs, SKBSP, petugas-petugas, ahli jawatankuasa sesi 2011/2012, ahli jawatankuasa 2012/2013 dan lain-lain yang mungkin tidak disebutkan di sini.

Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada PPBSP.

Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat

Inline images 14
Keterangan Logo
- Pokok (berwarna hijau) menggambarkan hasrat penduduk dan pemaju yang menginginkan gaya hidup yang tenang dan aman.
- 3 manusia (berwarna merah putih dan kuning) dengan latar belakang berwarna biru menggambarkan penduduk yang hidup bersatu padu dan saling membantu.
- 4 warna (merah, putih, kuning dan biru) berdasarkan warna bendera Malaysia menggambarkan cinta penduduk kepada negara.
- Bulatan bermaksud penduduk dan pemaju bersatu padu dalam membangunkan kehidupan sejahtera.
- Ayat "Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra" di luar bulatan bermaksud Persatuan menjadi pemangkin dalam menjadikan Bandar Seri Putra kediaman sejahtera.

http://ppbsp.blogspot.com
http://facebook.com/ppbsp

-Ditulis oleh KhaiatBSP-

1 comments:

Aku dah post kat Forum PMC

 

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.