Info Terkini PPBSP

Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 Berjalan Lancar




Gambar AJK

Alhamdulillah program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra telah berjalan dengan lancar semalam. Seramai 285 peserta telah hadir melebihi jangkaan awal sekitar 200 peserta. Insya-Allah jika tiada halangan, kita mungkin menjemput Dr. Tengku Asmadi ke Bandar Seri Putra lagi pada tahun hadapan.

Motivasi tidak hanya dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi, tetapi juga dikendalikan oleh penceramah lain yang mempunyai semangat yang sama semasa penyampaian mereka. Antara yang dipelajari adalah tip-tip belajar seperti perlu belajar "1 jam 60 minit". Disambut dengan ketawa oleh peserta semua seolah-olah perkara itu bukan baru bagi mereka. Bagaimanapun penceramah menegaskan bukan jumlah 1 jam atau 60 minit itu yang dimaksudkan, tetapi adalah masa efektif untuk setiap masa belajar. Jika boleh fokus 1 jam/60 minit, maka belajarlah selama 1 jam/60 minit. Jika tidak, cuba dapatkan masa yang sesuai untuk kita fokuskan. Tapi jangan jadikan alasan tak belajar langsung kerana tiada masa yang efektif untuk belajar.

Pada sebelah petangnya, ibubapa juga dijemput sama untuk mendengar ucapan Dr. Tengku Asmadi. Menurut beliau, anak-anak mengalami 3 fasa yang perlu dikendalikan oleh ibubapa secara berasingan. Fasa pertama, umur 1- 7 tahun. Fasa ini berlu dilayan dengan penuh kasih-sayang. Fasa kedua pula umur 8 - 14 tahun, disiplin dan ketaatan. Selalunya fasa ini gagal ditangani oleh ibubapa. Pada fasa ini, anak-anak perlu didisiplinkan dan perlu mengikut arahan yang ibubapa berikan. Manakala fasa ketiga umur 15 - 21 tahun, adalah berkawan dengan mereka. Jadikan mereka kawan; berbual dengan mereka; hormati privasi mereka; yang penting hubungan itu mestilah lebih daripada hubungan 'minta duit' terutama anak-anak yang belajar di universiti. Bila telefon 'mesti' nak minta duit. Itulah persepsinya. Sebaiknya, anak-anak dan ibubapa boleh berbual lebih daripada itu.

Program ditamatkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie. Bagi pihak penganjur, kami ingin memohon maaf jika ada salah-silap atau terkasar bahasa. Moga semua dapat terus menyokong program-program persatuan penduduk pada masa mendatang. Program seterusnya adalah Hari Ramah Mesra Bandar Seri Putra. Tunggukan pengumumannya.


Sesi pendaftaran


Anak-anak mula menumpukan perhatian


Sebelum motivasi, baru nak mula dah mengantuk


Ibu-ibu yang menghantar anak untuk melihat perubahan


Anak-anak disusun mengikut umur


Kedatangan penceramah dialu-alukan oleh pengarah program


Mejar Qayyum, "Saya pun motivator dan penulis buka juga Dr".
Dr. Tengku Asmadi, " Nanti boleh ikut saya pusing satu Malaysia".




Anak-anak khusyuk memberi tumpuan


ADUN Bangi menutup program.



Ibubapa bantu mengemas dewan

Selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.258638867480167.76304.231425046868216&type=1

Untuk ibubapa yang ingin image bersaiz besar sebagai kenang-kenangan, insya-Allah CD gambar hari motivasi tersebut akan dijual tidak lama lagi.
Sila hubungi Khairil 012.2655.203 atau emailkan kepada khaiatbsp@gmail.com. CD tersebut mengandungi lebih banyak gambar daripada apa yang telah dikongsikan di sini.

Edaran Bubur Lambuk Percuma

Alhamdulillah seperti Ramadhan tahun sebelumnya, edaran bubur lambuk di Surau Al-Hijrah dan oleh Bangi Heights akan diadakan pada tahun ini.

Edaran bubur lambuk di Surau Al-Hijrah akan dibuat setiap hari bekerja (Isnin-Jumaat) sahaja mulai jam 5 petang. Ianya disumbangkan oleh Mazni Catering.

Manakala, pihak Bangi Heights akan mengedarkannya pada setiap hari Jumaat. Juga mulai jam 5 petang di Sales Gallery BSP.


Muslimin dan muslimat dijemput untuk menerima agihan ini dan terima kasih kepada penyumbang.

Carta Ramadhan

Carta ramadhan untuk kegunaan anak-anak.
Kalau mak bapak yang selalu culas pun boleh gunakan Smiley





Bagaimana nak gunakannya?

Tekan pada gambar untuk mendapat gambar saiz sebenar. Kemudian gunakan 'right click' dan 'save image as'.

Masukkan dalam MS Word dan seterusnya 'print' untuk kegunaan anak-anak.

SELAMAT BERPUASA dan MENJALANKAN IBADAH SEPANJANG RAMADHAN.


Sumber: http://alimkidsbookshop.com/pages/FREE-Download%3A-RAMADHAN-CHARTS.html

-Khaiatbsp-

Majlis ramah mesra BSP 2011 - Penambahbaikan dan Cadangan

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/71954_482151178707_245996843707_6972616_7370572_n.jpg

Insya-Allah BSP Induk akan membuat majlis ramah mesra seperti yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Di sini saya buka untuk sebarang penambahbaikan kepada majlis tahun lepas agar ianya lebih meriah.

Cadangan aktiviti yang menarik juga dialu-alukan.

Pandangan dan saranan tuan/puan akan dibawa ke perbincangan.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pandangan boleh di emailkan kepada

ppbsp@bandarseriputra.com

p/s: sukarelawan juga diperlukan sama ada sebagai AJK atau pada masa majlis tersebut. Jika berminat, sila emailkan kealamat di atas.

-Khaiatbsp-

Survey: Kawalan Keselamatan Bersepadu BSP

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTl-JlgDRGzIApuIUskceAyBAHWQvloKKVuSfNZ8_AXnFVeQVCC

BSP Induk ada mendapat cadangan daripada salah satu pengerusi skim di BSP yang mencadangkan agar BSP Induk menjadi pengelola bagi membayar pengawal keselamatan secara bersepadu hanya untuk hari raya nanti.

Saya rasa cadangan yang baik, tetapi beberapa kekangan perlu dihadapi:
1- Persetujuan daripada semua skim-skim di BSP (kecuali skim yang telah sedia ada pengawal keselamatan)
2- Persetujuan harga sumbangan (nak ikut skim atau individu rumah)
3- Mendapatkan syarikat keselamatan yang boleh memberikan nilai yang berpatutan tanpa menjejaskan qualiti perkhidmatan
4- Mengutip yuran sumbangan
dsb

Mungkin warga BSP boleh bincangkan dan beri pendapat. Kalau wakil skim boleh bagi maklumbalas berkenaan perkara ini, juga dialu-alukan.

Sebarang pandangan boleh di emailkan kepada

ppbsp@bandarseriputra.com

- Khaiatbsp -

Cadangan Logo PPBSP (BSP Induk)

Disertakan cadangan logo untuk PPBSP.
Yang mana pilihan anda?
Apa komen anda tentang logo-logo ini?









p/s: saya sendiri berminat logo B

Fwd: Ingatan: Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011, 31 Julai (Ahad)


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan,


Terima kasih kerana mendaftarkan anak tuan/puan bagi program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 yang akan dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi pada 31 Julai 2011.


Sebagai ingatan, berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh anak tuan/puan.

  1. Pendaftaran perserta akan bermula seawal 8.00 pagi.
  2. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  3. Peserta juga perlu memakai kasut.
  4. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  5. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.

Manakala program keibubapaan pula, ibubapa diharap dapat menghadirkan diri tepat jam 5.00 petang.

Pihak penganjur juga dimaklumkan bahawa ada penjualan buku-buku MAP berharga RM15.00 setiap sebuah.


Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse boleh diperolehi di pautan ini

http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A

Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/ atau hubungi Khairil 012.2655.203.


Sekali lagi, kami pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar.

Jumpa anda semua di Dewan Bukit Mahkota Clubhousepada 31 Julai nanti.

-Khaiatbsp-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aturcara

08.00 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai


Free Medical Check Up : The Malaysian Cohort Programme

We are inviting you at the age between 35 and 65 years old to join this project.
We are also giving these services for FREE
  • Blood pressure test
  • Heart function test
  • Lung function test
  • Blood and urine test
  • Body composition analysis
  • Body mass index measurement and waist hip ratio
  • Questionnaire session


All participants are needed to answer all questionnaires and give a small amount of blood and urine specimen. Any further queries, please do not hesitate to contact us.
 
Tel: (603)-9171 0415
Fax: (603)-9171 0397
Free Toll: 1800 88 2007
Email: sekretariat@mycohort.gov.my
SMS: COHORT <space> Name <space> IC_No & send to 37799

http://mycohort.gov.my/web/

Senarai nama Anak2 yatim di Bandar Seri Putra

http://www.kuis.edu.my/gallery/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=1313&g2_serialNumber=2
 Gambar hiasan: DYMM Sultan Selangor semasa lawatan ke KUIS tahun lepas.
Sumber: http://www.kuis.edu.my/gallery/main.php?g2_itemId=1277

Assalamualaikum wrt,.

YBhg Dato'/Tuan/Puan/Ust/Ustzh/Dr.

Menemui semua Ketua/Wakil Skim dan AJK PPBSP.

Mohon jasa baik kepada semua wakil-wakil Skim atau Ketua-ketua Skim di
Bandar Seri Putra, untuk mengenal pasti anak-anak yatim dikawasan
sekitaran masing-masing. Mohon untuk memberikan Nama Penuh, Alamat dan
Nombor Perhubungan kepada Ust Abu Zaki atau saya. Nama-nama ini
diperlukan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan di
KUIS, bagi menerima sumbangan daripada Sultan. Mohon untuk menghantar
nama2 tersebut selewat-lewatnya 29 Julai 2011.

Boleh berhubung terus kepada:
Ust Abu Zaki : abuzaki@kuis.edu.my
Ramizi Mohamed : ramizimohamed@yahoo.com

Kerjasama dari tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih

Yang benar

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

MAP2011 anjuran PPBSP: Mohon Semak Pendaftaran


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah sehingga hari ini seramai 258 peserta telah disahkan pendaftarannya. Melebihi daripada apa yang disasarkan.

Kami masih memproses baki pendaftaran. Maaf, tiada pendaftaran baru dapat diterima. Ini termasuk peserta yang telah mendaftar online tetapi sehingga Jumaat lepas tidak membayar yuran penyertaan, tidak akan diterima kerana jumlah peserta telah pun mencukupi.

Kami juga memohon mana-mana peserta yang telah membayar secara online agar menyemak senarai berdaftar di sini http://map.bandarseriputra.com/?page_id=97. Harap dapat maklumkan kami jika nama belum lagi disahkan.

Beberapa perkara juga perlu kami tekankan di sini.
  1. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  2. Peserta juga perlu memakai kasut.
  3. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  4. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Tak lupa juga kepada yang gagal mendapat tempat, kami ucapkan terima kasih atas minat tuan/puan.

Bagi yang telah mendaftar, kita jumpa di Dewan Bukit Mahkota Clubhouse 31 Julai ini.
Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse di sini http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A
Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-


=============================

Aturcara

08.30 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai


Awasi kenderaan2 ini!

Awasi kenderaan2 ini!

Salam sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.

Saya baru mendapat maklumat dari Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra mengenai kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini di kawasan kejiranan Princeton (berjiran dengan Vista Seri Putra). Sebuah rumah di kawasan tersebut telah dipecah masuk waktu siang dan kejadian disedari oleh seorang jiran. Suspek antara 4-5 orang dipercayai berbangsa asing menaiki sebuah kereta NAZA CITRA berwarna SILVER nombor pendaftaran tidak diketahui, manakala jumlah kerugian juga tidak diketahui.

Warga BSP juga diminta berhati-hati dengan sebuah lagi kereta PROTON PESONA warna HITAM dinaiki oleh 2-3 orang berbangsa Melayu dan India yang berlegar-legar dikawasan BSP dipercayai juga untuk melakukan jenayah.

Warga BSP yang ternampak kenderaan-kenderaan diatas atau kenderaan2 lain dalam keadaan mencurigakan sila laporkan ke Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra dengan segera.

Sekia, terima kasih.

Azizuddin Zailan.

TENDER KANTIN SK-BSP DIBUKA SEHINGGA 31 JULAI 2011

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/164346_491176190788_182228500788_5871771_630236_n.jpg

Dalam kesibukan kerja, lupa nak maklumkan bahawa Tender Kantin SK-BSP sedang dibuka.
Tarikh tutupnya adalah 31 Julai ini.
Borang boleh diperolehi daripada Pejabat SK-BSP.
Saya menyeru mana-mana pengusaha makanan MUSLIM untuk turut serta dalam menender.
Semoga, pengusaha akan datang dapat memahami kehendak ibubapa di Putra Mahkota.

Vista: Juara Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269879_10150311658113708_245996843707_9464795_1538197_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/283989_10150311656203708_245996843707_9464741_1464881_n.jpg

Kekuatan pasukan badminton Vista Seri Putra tidak disangkal lagi kerana buat 2 tahun berturut-turut (ada mengatakan dah 3 tahun, saya kurang pasti) pasukan ini menjuarai kejohanan di Badar Seri Putra.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Putra Mahkota (atau Kelab Sukan Bandar Seri Putra, kerana ada 2 banner yang saya lihat tapi berbeza nama penganjurnya) telah berlangsung pada 16 dan 17 Julai 2011. Sedikit lewat daripada yang diwar-warkan mungkin sahaja kerana dewan sekolah SK-BSP digunakan oleh pihak sekolah pada sebelah pagi. Jelasnya, perlawanan hanya bermula pukul 3 petang.

6 taman telah menghantar wakil iaitu Vista sendiri, Seriputra5 (Putra96), Acasia, Tropika, Terrace dan Melati. Setiap pasukan diwakili oleh 3 regu yang mana perlawanan dijalankan serentak untuk ketiga-tiga regu. Dan peringkat awal, ianya dijalankan secara liga. Maka setiap pasukkan perlu menentang 5 pasukan lain.

Akhirnya selepas pusingan awal, pasukan Vista perlu melawan pasukan Seriputra5 untuk penentuan tempat pertama dan kedua. Manakala, pasukan Tropika menentang Acasia bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/271049_10150311606048708_245996843707_9464049_2325911_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/267551_10150311605998708_245996843707_9464047_5531001_n.jpg

Perlawan penentuan dijalankan pada keesokan harinya (Ahad). Sengit perlawanan antara Tropika dan Acasia. Dua regu yang tamat straight set menjadikan Tropika dan Acasia terikat 1-1. Manakala, regu ke-3 terpaksa berentap sehingga ke set penentuan. Set itu dimenangi oleh pasukan Acasia untuk menduduki tempat ke-3.



http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270269_10150311612688708_245996843707_9464240_545274_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/285583_10150311612238708_245996843707_9464224_5690150_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/267427_10150311612028708_245996843707_9464219_6845549_n.jpg

Perlawanan akhir, sedikit berat sebelah kerana kekuatan Vista tidak dicabar oleh Seriputra5. Vista menang 3-0 secara straight set.

Tahniah kepada pihak penganjur dan semua pemain. Tak ketinggalan kepada penyokong yang turut hadir.

Hamper cabutan bertuah mengiringi saya balik ke rumah, terima kasih penganjur.

Gambar selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150311604928708.392161.245996843707
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150311656148708.392182.245996843707


Khaiatbsp

ESOK & AHAD: PERTANDINGAN BADMINTON KOMUNITI BSP

Jangan lupa, ESOK dan AHAD pertandingannya.



Pihak Kelab Sukan BSP  menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.

Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.

Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah 30 tahun keatas sahaja.

Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/taman

Hanya 3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman

Minimum penyertaan 2 bergu ATAU  4 orang pemain

Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.
 
Hadiah 1     : RM500.00 + Piala + Hamper
Hadiah ke 2 : RM300.00 + Hamper
Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper
Hadiah ke 4 : RM100.00 + Hamper

  
Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra
Tarikh : 16 & 17  Julai 2011
Tempat : Dewan Badminton SRK BSP.

MAP2011 anjuran PPBSP: Pendaftaran Ditutup

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada program ini. Kami penganjur MAP2011 ingin mengumumkan bahawa pendaftaran untuk MAP2011 secara rasminya ditutup. Ini kerana target peserta seperti yang dirancang telah dipenuhi.

Sekian, harap maklum.

MAP2011 anjuran PPBSP: 168 daripada 211 pendaftaran telah disahkan.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 14 Julai 2011, seramai 211 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 211 peserta tersebut, 168 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai menjelang esok. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Blog ADUN Bangi: `Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi

`Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi


Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/tadarus-daurah-budaya-penduduk-bandar.html

BBB, 07 Sya`ban = 09 Julai (Sabtu):


Satu budaya yang unik dan identik dengan surau-surau dan penduduk BBB ialah amalan Tadarus Daurah (Keliling) yang dianjur oleh Persatuan Penduduk BBB dengan kerjasama surau-surau di BBB yang berjumlah 30 buah. Bermaksud Tadarus Quran dilakukan secara keliling sebulan sekali dari surau ke surau. Bila kena giliran satu surau, wakil-wakil dari surau-surau datang ke surau yang menjadi pilihan untuk bertadarus Qur`an selepas solat maghrib hingga tamat dan solat Isya`. Sebelum tadarus dibahagikan 30 kumpulan (bagi 30 juz`). Bagi satu kumpulan (satu juz`) tiga orang atau lebih menurut ramainya peserta yang hadir – atau mungkin paling minimum satu kumpulan 2 orang seorang baca, seorang mendengar dan menegur kesilapan. Biasanya lama masanya satu jam boleh ditamatkan tiga puluh juz`.


Malam ini Tadarus Daurah dilakukan di Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Tambahan. Jemputan dan jamaah setempat hadir sama bersolat Maghrib hingga ke Isya`. Pada malam ini ada sedikit pembukaan oleh Tuan Haji Zulkifli Pengerusi surau, dan ucapan terima kasih oleh YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Adun Bangi merasmikannya. Adun memuji budaya unik ini yang kini sudah enam tahun berjalan dan ini adalah kali ke tujuh bagi tahun 2011, Menurut Adun melalui Tadarus Daurah dapat memahirkan pembacaan al-Qur`an dan mengeratkan hubungan antara surau dan penduduk. Ini juga merupakan persediaan bagi menyambut Ramadhan yang tadarus makin dipertingkatkan. Hadir pada malam ini selain dari Adun, Dr. Tajul dan Tuan Haji Zulkifli ialah Tuan Haji Ghazali Abbas Timbalan YDP Persatuan Penduduk dan Pengerusi Surau an-Nur yang memberi taklimat mengenai kaedah-kaedah bertadarrus,Tuan Haji Rusli Imam Surau Ar-Rahim YDP Penduduk Seksyen 8 Tambahan Tuan Haji Ali,, Ustaz Iskandar yang membawa bersamanya murid-murid Tahfiz Sungai Tangkas, Ustaz Ilyas Guru dari STAM Sungai Ramal dan ahli jamaah setempat.


Selepas khatam pembacaan ayat lazim, ratib dan doa Khatam Qur`an. Setelah tamat acara Tadarus Daurah, penghargaan dan penyampaian bantuan kepada anak-anak tahfiz diminta Adun sampaikan. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam.


Sekian.


Nota: Mungkin boleh dipraktikkan di kawasan kita.

Terkini: PERTANDINGAN BADMINTON KOMUNITI BSP

Maklumat daripada penganjur:

Mohon maklumkan kepada semua wakil-wakil taman  melalui website bahawa cabutan dan tarikh akhir menghantar borang kejohanan badminton BSP ialah pada hari ini jam 8.30 malam.  Sila hantar borang berserta dengan wang pendaftaran di meja urus setia di Lobi berdekatan Kedai Fadhiya Maju, malam  ini. Cabutan undi juga akan dibuat pada malam ini.

---------- Forwarded message ----------











Pihak Kelab Sukan BSP  menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.

Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.

Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah 30 tahun keatas sahaja.

Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/taman

Hanya 3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman

Minimum penyertaan 2 bergu ATAU  4 orang pemain

Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.

 

Hadiah 1 :        RM500.00 + Piala + Hamper

Hadiah ke 2 :  RM300.00 + Hamper

Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper

Hadiah ke 4: RM100.00 + Hamper

 

 

Sila hubungi nama-nama dibawah untuk pendaftaran.

 

Mohd Nizam-019-2218602

Samsuri -     019-2397134

Cikgu Saleh – 019-3239466

Hafiz -  017-3728826

 

Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra

Tarikh : 16 & 17  Julai 2011

Tempat ; Dewan Badminton SRK BSP.


Jemputan: Kejohanan bolasepak 5V5 Piala Ahli Majlis

2Q==

Salam semua warga BSP,

Saya sebagai Biro Sukan dan Rekreasi telah dijemput oleh AJK Bukit Mahkota untuk menghatar wakil BSP dalam kejohanan 5V5 Piala Ahli Majlis. Oleh itu, jika  ada warga/team BSP yang berminat, mungkin boleh maklumkan saya (khaiatbsp@gmail.com / 012-2655203) supaya kita boleh hantar pasukan atas nama Bandar Seri Putra. Bagaimanapun, kalau ada team yang nak daftar sendiri pun tak mengapa. Terus hubungi nama yang tertera dibawah.

Jika ingin melalui Persatuan Induk (PPBSP) sila maklumkan saya sebelum 18 Julai bagi memudahkan urusan.

Sekian, harap maklum.

Khaiatbsp

================

assalamualaikum,

Dijemput sesiapa yang berminat nak masuk bertanding..

Tajuk: KEJOHANAN 5 V 5 PIALA AHLI MAJLIS (Peringkat Bukit Mahkota)

Tarikh: 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 8 pagi
Tempat : Padang Bola Sek. 4 Bukit Mahkota

Kategori : Bawah 18
              Terbuka
              Atas 40
(Tarikh Tutup Penyertaan 23 julai 2011)

Hadiah : Tempat Pertama : RM 350 + Piala + madle (Setiap Katagori)
            Tempat Kedua : RM 150 + Madle (Setiap katagori)
Tempat Ketiga & Keempat : Madle (Setiap Katagori)

Yuran : Bawah 18 : RM 30 satu pasukan
           Terbuka dan atas 40 : RM 50 satu pasukan

Penyertaan Terhad! Sila hubungi: Azarul (019-2647301)

Kempen keselamatan menjelang ramadhan & syawal 1432

Ini saya kongsikan apa warga Mahkota 5 telah lakukan untuk kempen kesedaran keselamatan terutama untuk hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.





















-Khaiatbsp-

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.