Info Terkini PPBSP

MAP2011 anjuran PPBSP: Mohon Semak Pendaftaran


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah sehingga hari ini seramai 258 peserta telah disahkan pendaftarannya. Melebihi daripada apa yang disasarkan.

Kami masih memproses baki pendaftaran. Maaf, tiada pendaftaran baru dapat diterima. Ini termasuk peserta yang telah mendaftar online tetapi sehingga Jumaat lepas tidak membayar yuran penyertaan, tidak akan diterima kerana jumlah peserta telah pun mencukupi.

Kami juga memohon mana-mana peserta yang telah membayar secara online agar menyemak senarai berdaftar di sini http://map.bandarseriputra.com/?page_id=97. Harap dapat maklumkan kami jika nama belum lagi disahkan.

Beberapa perkara juga perlu kami tekankan di sini.
  1. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  2. Peserta juga perlu memakai kasut.
  3. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  4. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Tak lupa juga kepada yang gagal mendapat tempat, kami ucapkan terima kasih atas minat tuan/puan.

Bagi yang telah mendaftar, kita jumpa di Dewan Bukit Mahkota Clubhouse 31 Julai ini.
Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse di sini http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A
Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-


=============================

Aturcara

08.30 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai


0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.