Info Terkini PPBSP

Iskandar: Majlis Penyerahan Surat Tawaran & Taklimat Skim Bantuan Baikpulih ...

Mungkin JMB/MC sekitar BSP boleh juga mohon peruntukan ini.

Khaiatbsp

 
 

via SelangorKini Online by tvselangor on 30/06/11

SHAH ALAM 30 JUN : Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan telah diperkenalkan di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor dengan jumlah bantuan sebanyak RM9.7juta, kat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Abdul Samad.

Fasa pertama pembaikan melibatkan 19 pemajuan di 5 PBT. Satu majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran akan di adakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK), Shah Alam.

Majlis akan disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Iskandar Abd Samad kepada JMB-JMB yang terpilih. Majlis ini juga akan dihadiri oleh ADUN-ADUN dan penyelaras-penyelars DUN yang terlibat.

Satu taklimat juga akan di sampaikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Pemajuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bil Pemajuan Unit Kerosakan

1 Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 8 428 Tangki air

2 Flat 700, Pandan Perdana 700 Lif

3 Pangsapuri Sri Intan, Ampang 212 Lif

4 Rumah Pangsa Taman Kosas, Ampang 651 Bumbung

5 Pangsapuri Flora Damansara A & B 720 Lif

6 Pangsapuri Desa Perangsang A & B 300 Lif

7 Apartment Taman Medan Jaya Blok C 540 Lif

8 Flat Taman Medan 32 (Blok A-E), Taman Medan Baru 500 Saluran air hujan (gutter)

9 Rumah Pangsa Kos Rendah Blok 1 Desa Mentari 1343 Lif

10 Flat Taman Sri Aman 500 Lif

11 Pangsapuri Kos Rendah Taman Langat Utama 300 Bumbung

12 Flat Taman Damai Jaya 230 Sistem pembentungan

13 Pangsapuri Pinggiran Delima Blok D & E 470 Bumbung

14 Pangsapuri Mentari 1343 Lif

15 Rumah Kos Rendah Taman Subang Perdana 400 Bumbung

16 Pangsapuri Blok Mawar & Cempaka 680 Lif

17 Pangsapuri Pendamar 7A 260 Lif

18 Flat Pandan Jaya 4017 Bumbung

Jumlah unit 13,594

Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka.

Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus.

Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC).

Walau bagaimanapun JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat syarat berikut untuk menyertai skim ini :

1. Hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan.

2. JMB / MC / Persatuan Penduduk telah berdaftar.

3. Rekod kewangan yang memuaskan selama 6 bulan terdahulu.

4. Membayar 10%pendahuluan terlebih dahulu.

5. Pemajuan yang terpilih perlu menandatangani akujanji bagi membayar baki 10% dalam masa yang dipersetujui untuk fasa seterusnya, lebih 50 pemajuan akan dibaikpulih.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.