Info Terkini PPBSP

Diari SU PPBSP - Kebersihan longkang di BSP

270420101258.jpg
Gambar hiasan, sumber: http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=16685

Salam,

Maaf baru berkesempatan berhubung dengan ahli majlis dan berbincang dengan beliau akan isu ini..

Berkenaan dengan kebersihan longkang/penyelenggaraan di taman2 perumahan bandar seri putra, sekarang adalah proses transisi peralihan pemaju BHDSB kepada MPKJ.  Setakat sehingga ke hari ini, apa yang telah diberitahu kepada saya, penyelenggaraan di Bandar Seri Putra telah terbahagi kepada 2.  Satu, yang diselenggara oleh BHDSB, dan satu lagi oleh MPKJ. 

Apa-apa kemudahan ataupun bentuk penyelenggaraan yang berada di dalam taman-taman telah diserahkan kepada bidang kuasa MPKJ.  Ini adalah termasuk, lampu jalan, jalan tar, kebersihan longkang, rumput dan sebagainya.  Manakala semua kemudanan / selenggaraan di luar taman adalah masih lagi dibawah selian/penyelenggaraan pihak BHDSB. 

Justeru dalam hal ini, sekiranya ada aduan terhadap sebarang bentuk penyelenggaraan hendaklah dikenal pasti kawasan mana yang terlibat agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Dalam hal ini persatuan penduduk Bandar Seri Putra boleh membantu sekiranya tidak mendapat penyelesaian, dan sekiranya persatuan penduduk peringkat taman-taman hendak membuat aduan susulan yang belum/lambat dilayan, PPBSP telah disarankan agar membuat aduan melalui ahli majlis.  Sekiranya aduan masih juga belum dapat diselesaikan maka ahli majlis sendiri dengan bantuan persatuan penduduk bsp akan membuat aduan terus kepada MPKJ.

Berkenaan dengan isu aduan melalui laman web, dipihak Ahli Majlis (Tn Hj Mazwan), telah lama menyedari akan hal ini.  Betullah seperti yang dikhabarkan oleh Saudara Jamal, 'selesai' yang di catatkan pada laman web adalah membawa makna bahawa aduan tersebut telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab / kejuteraan. Tapi tidak bermakna 'selesai' itu bahawa masalah sebenar telahpun diselesaikan oleh pihak majlis perbandaran. 

Untuk itu, saya mencadangkan agar sebarang bentuk aduan yang masih tidak dilayan/belum selesai masih boleh di teruskan dengan kaedah aduan melalui ahli majlis, insyaAllah PPBSP boleh membantu,..

Harapnya menjawab serba sedikit persoalan dan permasalahan yang diutarakan..

wassalam

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

----------------------------------------------------------------

Salam

Saya dari Putra Tropika, Jalan 6.

Buat pengetahuan semua, kami di Tropika juga mengalami keadaan yang sama mengenai longkang yang tidak diselenggara setelah sekian lama. Bukan tak boleh buat sendiri tapi masalahnya, tak tau kemana kami nak buang sampah atau pasir & batu batan yg dikeluarkan dari longkang-longkang itu nanti.

Dan satu lagi masalah yang sama kroniknya ialah lampu jalan yg tidak berfungsi lebih dari sebulan. Mula-mula hanya 1-2 dalam satu-satu jalan saja yang tidak menyala. Tapi sekarang ni, hanya 1-2 saja yang bernyala setiap jalan didalam taman kami. Lapuran telah dibuat, baik melalui website MPKj yang canggih, mahupun melalui panggilan telefon. Yang menariknya mengenai sistem aduan internet MPKj yang canggih ini ialah, setiap pelapur aduan akan diberi lapuran mengenai setiap langkah tindakan yang dilakukan keatas aduan. Dan setiap kali aduan juga, sistem canggih ini akan melapurkan bahawa aduan telah diselesai atau tutup kes kerana telah diambil tindakan. Padahal, lampu masih tidak menyala. Dan aduan selalunya 'ditutup/selesai' dalam tempoh 3-4 hari saja setelah tarikh aduan dibuat.

Adakah tindakan 'menghantar lapuran ke pihak kejuruteraan untuk diambil tindakan' dianggap sebagai Aduan Ditutup? Canggih.....

Minta kerjasama pihak pemaju, Bangi Heights untuk membantu kami yang berada didalam kegelapan sejak sebulan yang lalu. Nak adu, dah buat 3-4 aduan. Nak telefon, dah berkali-kali juga. Mungkin perlu panggil wartawan utk mengenengahkan masalah remeh begini? Cukai pintu dikutip, perkhidmatan masih tahap begitu juga.

Terima kasih.

__._,

0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.