Info Terkini PPBSP

MAP2011 anjuran PPBSP: 47 daripada 78 pendaftaran telah disahkan.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 30 Julai 2011, seramai 78 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 78 peserta tersebut, 47 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai dalam masa terdekat ini. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Iskandar: Majlis Penyerahan Surat Tawaran & Taklimat Skim Bantuan Baikpulih ...

Mungkin JMB/MC sekitar BSP boleh juga mohon peruntukan ini.

Khaiatbsp

 
 

via SelangorKini Online by tvselangor on 30/06/11

SHAH ALAM 30 JUN : Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan telah diperkenalkan di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor dengan jumlah bantuan sebanyak RM9.7juta, kat Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Iskandar Abdul Samad.

Fasa pertama pembaikan melibatkan 19 pemajuan di 5 PBT. Satu majlis taklimat dan penyerahan surat tawaran akan di adakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi di Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK), Shah Alam.

Majlis akan disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Y.B. Tuan Iskandar Abd Samad kepada JMB-JMB yang terpilih. Majlis ini juga akan dihadiri oleh ADUN-ADUN dan penyelaras-penyelars DUN yang terlibat.

Satu taklimat juga akan di sampaikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Pemajuan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bil Pemajuan Unit Kerosakan

1 Pangsapuri Ampang Mewah, Jalan Mewah 8 428 Tangki air

2 Flat 700, Pandan Perdana 700 Lif

3 Pangsapuri Sri Intan, Ampang 212 Lif

4 Rumah Pangsa Taman Kosas, Ampang 651 Bumbung

5 Pangsapuri Flora Damansara A & B 720 Lif

6 Pangsapuri Desa Perangsang A & B 300 Lif

7 Apartment Taman Medan Jaya Blok C 540 Lif

8 Flat Taman Medan 32 (Blok A-E), Taman Medan Baru 500 Saluran air hujan (gutter)

9 Rumah Pangsa Kos Rendah Blok 1 Desa Mentari 1343 Lif

10 Flat Taman Sri Aman 500 Lif

11 Pangsapuri Kos Rendah Taman Langat Utama 300 Bumbung

12 Flat Taman Damai Jaya 230 Sistem pembentungan

13 Pangsapuri Pinggiran Delima Blok D & E 470 Bumbung

14 Pangsapuri Mentari 1343 Lif

15 Rumah Kos Rendah Taman Subang Perdana 400 Bumbung

16 Pangsapuri Blok Mawar & Cempaka 680 Lif

17 Pangsapuri Pendamar 7A 260 Lif

18 Flat Pandan Jaya 4017 Bumbung

Jumlah unit 13,594

Skim ini adalah bagi membantu pemilik-pemilik pangsapuri kos rendah membaikpulih kediaman mereka.

Pemilik-pemilik pangapuri telah ditawarkan untuk menyertai skim ini di mana Kerajaan Negeri akan membaikpulih pangsapuri mereka melalui kaedah perkongsian 80:20. Kerajaan Negeri akan membiayai 80 peratus dari kos membaikpulih dan penduduk hanya 20 peratus.

Tawaran telah diberikan kepada pemilik-pemilik melalui Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB), dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC).

Walau bagaimanapun JMB dan MC mestilah bersetuju kepada syarat syarat berikut untuk menyertai skim ini :

1. Hanya satu pembaikan bagi satu pemajuan.

2. JMB / MC / Persatuan Penduduk telah berdaftar.

3. Rekod kewangan yang memuaskan selama 6 bulan terdahulu.

4. Membayar 10%pendahuluan terlebih dahulu.

5. Pemajuan yang terpilih perlu menandatangani akujanji bagi membayar baki 10% dalam masa yang dipersetujui untuk fasa seterusnya, lebih 50 pemajuan akan dibaikpulih.

Papan Tanda Yang Betul SMK Bandar Seri putra

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/270239_10150281657008708_245996843707_9203770_6168560_n.jpg


Gambar papan tanda selepas diperbaiki.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDnEydbaH5Sx7D7a7FoltRRoqz8WTGJqCTGuRFNCeaaWgjaGx7RdwKuxtFTjTIHmBZWlOB0WQU69LeeqOK4nMzBdh4du_dK-uesqN7d106tAl0dAhM6A_nWpI2dY1WpUmXhlEP1x7HWl4/s1600/photo.jpg
Gambar papan tanda sebelum dibaiki.

Tak perasan pun yang papan tanda (sebelum ini ramai yang tanya pasal nama sebenar sekolah) SMK Bandar Seri Putra telah bertukar. Apa yang saya dimaklumkan sebelum ini papan tanda itu silap dieja oleh kontraktor dan menunggu masa uantuk ditukar. Walapun agak lama, tapi kini ianya telah ditukar dengan ejaan yang betul. Saya baru sedar perubahahn ini selepas terlihat posting rakan-rakan di forum Putra-Mahkota. Semoga sekolah SMK-BSP akan menjadi sekolah yang cemerlang.

Khaiatbsp

Surau As-Syakirin: Ceramah Israk Mikraj, 2 Julai (Sabtu), 8 malam.


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/260141_10150244017448117_795508116_7374073_3663208_n.jpg
 

Semua dijemput ke Ceramah Israk Mikraj di Surau As Syakirin pada 2 Julai 2011

__._,_.__

Pendaftaran Masih Dibuka: Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011, 31 Julai 2011.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg


Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011
oleh Dr. Tengku Asmadi

Objektif:

  • Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang.
  • Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak.
  • Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Anjuran:

    Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (BSP Induk)

Dengan kerjasama:

    Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj
    Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
    Motivasi Alihan Pelajar (MAP) Training & Consultancy


Yuran penyertaan:

    RM50.00 seorang

Penyertaan:

    Terhad kepada 200 peserta terawal sahaja dan terbuka bagi peserta berumur 10 tahun dan ke atas sahaja.

Tarikh/Tempat/Masa:

   31 Julai 2011
    8.00 pagi – 6.00 petang
    Dewan Bukit Mahkota ClubHouse, Seksyen 6, Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor.


Tarikh tutup:

   15 Julai 2011

Daftar sekarang:

    Secara online
    Secara manual (muat turun borang doc atau pdf)

Maklumat lanjut, sila hubungi:

   Farhan Fotocopy Center (Engku Faizal) – 013-2316296
    Haslina Mohd. Ali – 012-3614703
    Khairil Anuar – 012-2655203


atau emailkan kepada map2011[at]bandarseriputra.com

map.bandarseriputra.com



Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Mei-Jun 2011

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg75564#msg75564

Bendahari melaporkan untuk bulan Mei-Jun 2011, dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung berjumlah RM150,361.88. Syukur ke hadhirat Ilahi di atas kesudian seorang Hamba Allah yang telah menyumbangkan RM100,000 sekaligus kepada Tabung Dana Pembinaan Masjid pada bulan Mei-Jun ini.

Ini bermakna jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-23 pada 15 Jun 2011 yang lalu adalah RM794,052.24. (Dana di CIMB dikira sehingga 14 Jun 2011)


Alhamdulillah, sudah 4 bulan berturut-turut sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 . Diharapkan kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000 supaya Tabung Dana Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Iklan di http://iklan.bandarseriputra.com



iklan.bandarseriputra.com

Salam warga putra-mahkota semua.

Saya baru menyempurnakan portal pengiklanan bagi warga putra-mahkota. Bagaimanapun kerana saya hanya ada satu domain, maka saya gunakan domain yang satu ini: http://bandarseriputra.com. Maka, saya menjemput sesiapa yang berminat mengiklan secara PERCUMA, bolehlah mengiklankan di sini.

Portal pengiklanan ini adalah untuk menyokong para pengiklan di putra-mahkota agar iklan lebih mudah dilihat. Boleh sahaja iklankan di portal ini, tetapi perbincangan produk boleh dibuat disini. Ia seakan portal iklan Mudah.com cuma lebih tertumpu untuk warga putra-mahkota.

Diharap usaha sedikit ini membantu warga putra-mahkota semua. Sumbangan bagi mengekalkan laman ini boleh dibuat di sini

-Khaiatbsp-

Esok: Ceramah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, 8malam.

Insya-Allah, semua mulsimin-muslimat dijemput ke Surau Al-Hijrah esok.




Ceramah Perdana

Israk Mikraj:
1 Perjalanan 1000 Pengajaran"


Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus
(Penceramah Jemputan al-Kulliyah TV3, Tanyalah Ustaz TV9, Mursyid Imam Muda)

Ahad 26 Jun 2011 (Ahad ini)
8.00 malam
Surau Al-Hijrah

Senarai panggilan hormat & pantang larang pengacara majlis

Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

 

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

 

 

Pengenalan

 

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.

 

 

Panggilan hormat

 

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

 

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

 

(a) Yang di-Pertuan Agong - Seri Paduka Baginda

(b) Raja Permaisuri Agong - Seri Paduka Baginda

(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku

(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan

(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku

(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan

(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan

(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan

(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah

(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan

(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu

(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku

(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku

(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan

(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah

(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan

(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan

(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama

(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

 

 

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

 

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat

(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia

(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat

(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia

(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia

(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia

(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia

(l) Dato' dari negeri Johor - Yang Berhormat

(m) Raja/Tengku - Yang Mulia

(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia

(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia

(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia

(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif

(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia

(s) Hakim Besar - Yang Arif

(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia

(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif

(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia

(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia

(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia

(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia

(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

 

 

Pantang larang

 

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

 

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

 

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

 

 

Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my atau sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303.

Nota: Maklumat diperolehi daripada mailinglist yang dilanggan.

PERTANDINGAN BADMINTON KOMUNITI BSP


Pihak Kelab Sukan BSP  menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.

Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.

Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah 30 tahun keatas sahaja.

Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/taman

Hanya 3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman

Minimum penyertaan 2 bergu ATAU  4 orang pemain

Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.

 

Hadiah 1 :        RM500.00 + Piala + Hamper

Hadiah ke 2 :  RM300.00 + Hamper

Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper

Hadiah ke 4: RM100.00 + Hamper

 

 

Sila hubungi nama-nama dibawah untuk pendaftaran.

 

Mohd Nizam-019-2218602

Samsuri -     019-2397134

Cikgu Saleh – 019-3239466

Hafiz -  017-3728826

 

Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra

Tarikh : 16 & 17  Julai 2011

Tempat ; Dewan Badminton SRK BSP.


Ceramah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus, AHAD ini 26 Jun, 8 malam.


































Ceramah Perdana 

Israk Mikraj: 1 Perjalanan 1000 Pengajaran"Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang al-Idrus(Penceramah Jemputan al-Kulliyah TV3, Tanyalah Ustaz TV9, Mursyid Imam Muda)Ahad 26 Jun 2011 (Ahad ini)8.00 malamSurau Al-Hijrah

Kejohanan Bowling Masjid-Surau DUN Bangi

\

Kejohanan Bowling Masjid-Surau DUN Bangi

17 Julai 2011 (Ahad)
10 pagi - 1.00 petang.
Metro Point Kajang
RM45.00 sepasukan

Hubungu urusetia:
Azemi 012-2562013
Faizan 012-6692862
Rozman 017-6293848
Borang penyertaan boleh diperolehi di sini.

Khaiatbsp

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Bangi, Selangor ..alhamdullilah.

Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2011/06/cadangan-membina-dan-menyiapkan-sekolah.html

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Bangi, Selangor ..alhamdullilah.


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiY5JOExVAVyyHvaesGxOaoCn1FPEMp-5wY4X9JDIONzEvn1tVq46gJC6eBLYTLcnQeHIc6IN0pTtQsn-2_AJWa7guZtYCa4oH-RylmcTdJCRsvsfZVmMG11QptrXf1SbXeDGbgW1vsqeI/s1600/skbbm1.jpg">



alhamdullilah, tender utk cadangan membina dan menyiapkan (24 bilik darjah) Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota,Bangi,Selangor dengan menggunakan sistem IBS telah pun dikeluarkan oleh kementerian pelajaran malaysia pada 18 Jun 2011.
Taklimat & lawatan tapak akan dibuat pada 24/06/2011 (Jumaat).
Terima kasih kepada pihak yang telah mengusahakan proses permohonan sekolah di bandar bukit mahkota. Semoga impian warga bukit mahkota utk memiliki sekolah menjadi kenyataan.insya-allah.

Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP), 31 Julai 2011.


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/255784_233141946696526_231425046868216_1087584_4007390_n.jpg

Pendaftaran Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011

Laman web SK-BSP bermuka baru



Alhamdulillah, laman web SK-BSP sekarang bermuka baru.
Layari http://skbandarseriputra.blogspot.com
Sebarang pandangan atau komen amat dihargai.

-PAKSI-

Software serupa walkie talkie boleh guna di PC dan Blackberyy!!

Salam Jiran2 budiman,

Just nak share tentang software http://www.loudtalks.com/ dimana ianya seperti konsep PTT (push to talk), berkeupayaan untuk berhubung sepertimana radio amatur ataupun walkie talkie, saya pun dah create channel putra mahkota untuk penduduk2 disini berhubung jika ada kecemasan/pertanyaan dll.


Pengguna Blackberry pun sudah boleh menggunakannya.

id saya ialah a.zaimar  boleh add saya selepas download software di http://www.loudtalks.com/.

jumpa anda di dalam channel putra mahkota yaa...

youngbill

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=8084.msg74429#msg74429

Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011, 31 Julai 2011, BM Clubhouse



Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011
oleh Dr. Tengku Asmadi

Objektif:

  • Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cermerlang.
  • Memberi Kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak.
  • Melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, negara dan agama.

Anjuran:

    Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (BSP Induk)

Dengan kerjasama:

    Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 MPKj
    Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
    Motivasi Alihan Pelajar (MAP) Training & Consultancy


Yuran penyertaan:

    RM50.00 seorang

Penyertaan:

    Terhad kepada 200 peserta terawal sahaja dan terbuka bagi peserta berumur 10 tahun dan ke atas sahaja.

Tarikh/Tempat/Masa:

    31 Julai 2011
    8.00 pagi – 6.00 petang
    Dewan Bukit Mahkota ClubHouse, Seksyen 6, Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor.


Tarikh tutup:

    15 Julai 2011

Daftar sekarang:

    Secara online
    Secara manual (muat turun borang doc atau pdf)

Maklumat lanjut, sila hubungi:

    Farhan Fotocopy Center (Engku Faizal) – 013-2316296
    Haslina Mohd. Ali – 012-3614703
    Khairil Anuar – 012-2655203


atau emailkan kepada map2011[at]bandarseriputra.com

map.bandarseriputra.com

Diari SU PPBSP - Kebersihan longkang di BSP

270420101258.jpg
Gambar hiasan, sumber: http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=16685

Salam,

Maaf baru berkesempatan berhubung dengan ahli majlis dan berbincang dengan beliau akan isu ini..

Berkenaan dengan kebersihan longkang/penyelenggaraan di taman2 perumahan bandar seri putra, sekarang adalah proses transisi peralihan pemaju BHDSB kepada MPKJ.  Setakat sehingga ke hari ini, apa yang telah diberitahu kepada saya, penyelenggaraan di Bandar Seri Putra telah terbahagi kepada 2.  Satu, yang diselenggara oleh BHDSB, dan satu lagi oleh MPKJ. 

Apa-apa kemudahan ataupun bentuk penyelenggaraan yang berada di dalam taman-taman telah diserahkan kepada bidang kuasa MPKJ.  Ini adalah termasuk, lampu jalan, jalan tar, kebersihan longkang, rumput dan sebagainya.  Manakala semua kemudanan / selenggaraan di luar taman adalah masih lagi dibawah selian/penyelenggaraan pihak BHDSB. 

Justeru dalam hal ini, sekiranya ada aduan terhadap sebarang bentuk penyelenggaraan hendaklah dikenal pasti kawasan mana yang terlibat agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Dalam hal ini persatuan penduduk Bandar Seri Putra boleh membantu sekiranya tidak mendapat penyelesaian, dan sekiranya persatuan penduduk peringkat taman-taman hendak membuat aduan susulan yang belum/lambat dilayan, PPBSP telah disarankan agar membuat aduan melalui ahli majlis.  Sekiranya aduan masih juga belum dapat diselesaikan maka ahli majlis sendiri dengan bantuan persatuan penduduk bsp akan membuat aduan terus kepada MPKJ.

Berkenaan dengan isu aduan melalui laman web, dipihak Ahli Majlis (Tn Hj Mazwan), telah lama menyedari akan hal ini.  Betullah seperti yang dikhabarkan oleh Saudara Jamal, 'selesai' yang di catatkan pada laman web adalah membawa makna bahawa aduan tersebut telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab / kejuteraan. Tapi tidak bermakna 'selesai' itu bahawa masalah sebenar telahpun diselesaikan oleh pihak majlis perbandaran. 

Untuk itu, saya mencadangkan agar sebarang bentuk aduan yang masih tidak dilayan/belum selesai masih boleh di teruskan dengan kaedah aduan melalui ahli majlis, insyaAllah PPBSP boleh membantu,..

Harapnya menjawab serba sedikit persoalan dan permasalahan yang diutarakan..

wassalam

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

----------------------------------------------------------------

Salam

Saya dari Putra Tropika, Jalan 6.

Buat pengetahuan semua, kami di Tropika juga mengalami keadaan yang sama mengenai longkang yang tidak diselenggara setelah sekian lama. Bukan tak boleh buat sendiri tapi masalahnya, tak tau kemana kami nak buang sampah atau pasir & batu batan yg dikeluarkan dari longkang-longkang itu nanti.

Dan satu lagi masalah yang sama kroniknya ialah lampu jalan yg tidak berfungsi lebih dari sebulan. Mula-mula hanya 1-2 dalam satu-satu jalan saja yang tidak menyala. Tapi sekarang ni, hanya 1-2 saja yang bernyala setiap jalan didalam taman kami. Lapuran telah dibuat, baik melalui website MPKj yang canggih, mahupun melalui panggilan telefon. Yang menariknya mengenai sistem aduan internet MPKj yang canggih ini ialah, setiap pelapur aduan akan diberi lapuran mengenai setiap langkah tindakan yang dilakukan keatas aduan. Dan setiap kali aduan juga, sistem canggih ini akan melapurkan bahawa aduan telah diselesai atau tutup kes kerana telah diambil tindakan. Padahal, lampu masih tidak menyala. Dan aduan selalunya 'ditutup/selesai' dalam tempoh 3-4 hari saja setelah tarikh aduan dibuat.

Adakah tindakan 'menghantar lapuran ke pihak kejuruteraan untuk diambil tindakan' dianggap sebagai Aduan Ditutup? Canggih.....

Minta kerjasama pihak pemaju, Bangi Heights untuk membantu kami yang berada didalam kegelapan sejak sebulan yang lalu. Nak adu, dah buat 3-4 aduan. Nak telefon, dah berkali-kali juga. Mungkin perlu panggil wartawan utk mengenengahkan masalah remeh begini? Cukai pintu dikutip, perkhidmatan masih tahap begitu juga.

Terima kasih.

__._,

Suri rumah perlu berhati-hati walaupun jemur kain

Dengan kos sara hidup yang meningkat, pelbagai kes jenayah kita dengari. Semakin terdesak penjenayah sekarang ini dan mereka semakin berani.
Kita pun perlulah lebih berwaspada dan perlu berani juga dalam menangani sebarang isu di depan mata kita.

Taktik seperti membuka pili air luar rumah dengan penjenayah menyorok dan menyerbu tuan rumah apabila cuba menutupnya adalah antara kes yg senjadi buah mulut orang.

Yang terkini tetapi sangat tidak masuk akal apakah tujuan sebenar penjenayah menyimbah asid. Mungkin sahaja itu sebagai satu serangan sebelum barangan peribadi mangsa di rompak. Tetapi aksi sebegini amat jijik dan tidak berperikemaknusiaan. Sedangkan berperang pun ada undang-undangnya. Tapi penjenayah ini langsung tak mempunyai fikiran yang waras.

khaiatbsp.blogspot.com

-----------------------------------------------------

DISAMUN SELEPAS SIDAI PAKAIAN
Sinar Harian, 10 Jun 2011

ALOR GAJAH - Seorang suri rumah di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, dekat sini melalui detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki dua perompak, minggu lalu.

Tidak cukup dengan itu, perompak terbabit juga mengugut untuk membunuh seorang daripada anaknya.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang 1 Jun lalu, T.Malar, 28, sedang menyidai pakaian di belakang rumah dan masuk ke rumah beberapa minit selepas itu.

"Sebaik saya dan anak perempuan berusia 10 tahun masuk ke rumah, saya sedari kedua-dua perompak itu sudah berada dalam rumah saya. Manakala, anak bongsu saya berusia setahun sedang tidur dalam bilik.

"Kemudian mereka menutup pintu belakang dan mengarahkan saya membuka rantai kahwin saya, gelang tangan dan sepasang subang yang dipakai. Perompak itu turut bertindak ganas dengan mengacu parang di leher anak saya," katanya.

Menurutnya, penjenayah terbabit juga mengarahkannya menunjukkan kedudukan bilik utama serta merampas telefon bimbit.

Dia yang berada dalam ketakutan turut menangis merayu perompak berkenaan tidak mengapa-apakan anaknya dan membenarkan perompak itu mengambil apa saja yang dimahukan, asalkan tidak mencederakan anak perempuannya itu.

Dalam kejadian itu, katanya, perompak terbabit mengambil wang syiling yang disimpan dalam tabung, wang kertas berjumlah RM1,000 yang diletakkan dalam satu bekas.

"Selepas mereka mengambil kesemua wang yang ada perompak itu mengambil sebuah beg yang menyimpan pelbagai katalog jualan langsung dan memasukkan kesemua wang itu ke dalam beg, sebelum menggeledah bilik dalam rumah itu.

"Perompak itu berjaya menemui sejumlah RM1,500 lagi wang simpanan yang diletakkan di celah pakaian dalam sebuah rak," katanya.

"Selepas perompak itu dapat kesemua dimahukan, mereka mengikat saya di sebuah kerusi meja makan dengan tangan kanan saya diikat ke belakang menggunakan tali pita dan mulut saya juga ditutup dan dibalut menggunakan tali pita yang sama.

"Sementara tangan kiri saya mendukung anak lelaki. Anak perempuan saya sudah dilepaskan dan berada di pangku saya sebelum perompak itu melarikan diri mengikut pintu belakang rumah," katanya.

Malar bagaimanapun berjaya melepaskan ikatan tangan kanan dan berlari ke rumah jiran meminta bantuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Supritendan Abd Rahman Jid mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun keseksaan menyamun menggunakan senjata.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9177242.asp

Ingatan: Rakaman Program Imam Muda Musim @ Fri Jun 10 12:30pm - 2pm (Kyreel Emmu)

more details »

Rakaman Program Imam Muda Musim

Rakaman Program Imam Muda Musim Kedua terbitan Astro Oasis di Masjid Al-Azhar KUIS pada 10 Jun 2011 (Jumaat), jam 12:30 tengahari - 2:00 petang. Dua orang yang akan bertugas pada hari itu. Seorang daripadanya akan menyampaikan Tazkirah sebelum Solat Jumaat dan Seorang lagi akan menjadi Khatib Jumaat. Semua kaum muslimin dijemput hadir.

Tadika Kemas Bandar Seri Putra dipecah masuk

Tadika Kemas Bandar Seri Putra dipecah masuk

09Jun2011 Salam dan selamat sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.
Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2011/06/tadika-kemas-bandar-seri-putra-dipecah.html

Terlebih dahulu diucapkan selamat bercuti kepada warga BSP yang masih bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah ini. Walaubagaimanapun cuti sekolah ini juga telah diambil kesempatan oleh pihak Penjenayah untuk melakukan aktiviti2 jenayah memandangkan banyak kawasan kejiranan yang kosong sempena cuti sekolah ini.

Antara yang telah dipecah masuk adalah Tadika Kemas BSP (berhampiran Pangsapuri Seri Melati dan Surau AsSyakirin). Kejadian hanya disedari pada hari petang Selasa 7hb.Jun yang lepas apabila salah seorang bapa kepada murid tadika kemas tersebut yang kebetulan lalu disitu ternampak pagar belakang tadika berhampiran Surau telah berlubang (2 lubang),pemeriksaan lanjut beliau juga mendapati lampu panjang telah dicabut. Beliau telah memaklumkan pada saya dan pada malam itu juga saya telah memaklumkan terus kepada Pengerusi Tadika Kemas (En.Din) berkenaan perkara tersebut. Hasil pemeriksaan En.Din mendapati grill besi tingkap tadika telah dipotong dan kunci grill pintu utama dan belakang telah dipotong dan dibuang.

Antara barangan yang hilang adalah TV LCD 32" yang baru diperolehi, alatan muzik Tadika serta barangan makanan. Pemain radio CD telah dileraikan tapi tidak sempat dilarikan. Satu laporan polis telah pun dibuat.

Kejadian kemungkinan berlaku sekitar hujung minggu lepas. Dalam masa yang yang sama sebuah unit di Pangsapuri Seri Melati yang terletak di Blok B, Tkt 5 juga telah dipcah masuk sekitar hujung minggu yang lepas juga. Suspek dipercayai telah masuk melalui bumbung dan siling kerana unit ini terletak di tingkat paling atas. Pemilik yang juga seorang anggota RELA telah kehilangan barang kemas dan barangan yang lain. Nilai kerugian tidak diketahui.

Memandangkan cuti sekolah masih lagi belum tamat, saya menyeru kepada semua warga Bandar Seri Putra meningkatkan tahap keselamatan rumah dn kejiranan kita bagi mencegah sebarang bentuk jenayah berlaku dikejiranan kita ini.

JENAYAH ....CEGAH SEBELUM PARAH

Terima kasih,

Azizuddin Zailan

Blog YB: Bandar Bukit Mahkota Dan Bandar Seri Putera: Antara Dua Darjat

Bandar Bukit Mahkota Dan Bandar Seri Putera: Antara Dua Darjat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/06/bandar-bukit-mahkota-dan-bandar-seri.html
Wednesday, June 8, 2011
Bandar Bukit Mahkota, 05 Rajab = 07 Jun (Selasa):



Tengahari hari ini Adun menerima aduan dari seorang penduduk Bandar Bukit Mahkota (BBM) – Encik Muhammad, bahawa dewan rumah flat bahagian bawah Blok C Jalan BM 2/12 yang pernah terbakar pada Ogos 2010 lepas bukan saja terbiar, tetapi dilonggok dengan bahan-bahan buangan yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Terutama anak-anak yang belajar di kelas Tadika Kemas bersebelahan. Adun bersama saudara Amir Osman tiba ke lokasi jam 6.00 petang, tetapi sukar untuk berbincang melalui Persatuan Penduduk, kerana Persatuan tidak aktif dan sebagai dibubar, yang ada Pengerusi Wan Safian, dimaklumkan sudah ditubuh JMB, tetapi AJK menarik diri, yang tinggal hanya pengerusi – saudara Nizar yang juga tidak dapat ditemui. Cadangan untuk mendapatkan lori bagi membuang barangan dan sampah, mungkin mengundang yang lain pula membuang sampah ke dalam dewan berkenaan, Jika dibersih pintu dewan perlu ditutup dan dikunci. Pintu terbakar perlu dibuat yang baru. Tanggungjawab ini sebenarnya pada pihak pemaju. Tetapi aduan terpaksa dirujuk ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan belum tentu dapat diselesaikan. Kecuaian pemaju ARA PROP Development di bawah Lion Group bukan saja mengenai kebakaran yang tidak dibersih dan dipulih, tetapi mengenai banyak lagi perkara-perkara yang lain. Perkara ini akan dibawa berbincang dengan Ahli MPKj di kawasan ini, iaitu Tuan Haji Mazwan Johar.





Alang-alang datang ke BBM, maka Adun juga dibawa melihat masalah dialami penduduk di Seksyen 6 BBM. Di sini Adun dibawa melihat sebuah tasik untuk rekreasi penduduk tetapi tinggal terbiar ditumbuhi semak samun. Sebahagian permukaan tasik dilitupi semak-semak dan rumput dan jalan track untuk jogging terbiar dan ditutupi lalang. Adun dimaklumkan perkara ini dibawa kepada makluman JPS, tetapi JPS mengatakan terletak di bawah tanggungjawab pemaju AROP PROP Development yang memajukan BBM.. Akhirnya Adun cadangkan kepada Wakil Ahli MPKj saudara Rusli agar diatur program gotong royong bagi membolehkan Adun turun bersama-sama.kelak. Di BBM sendiri Pemaju bersifat diskriminasi misalnya Tasik di Seksyen 2 dibiarkan tidak dibersih dan rosak, manakala Tasik di Seksyen 6 dijaga dengan baik. Bukan setakat itu saja, ada club dan kolam renang yang dikhususkan bagi penduduk seksyen 6 yang dikira sebagai kawasan elit. Bagi penduduk dari seksyen lain, jika mereka mau menggunakan kemudahan-kemudahan di sini dikehendaki membayar. Sesungguhnya berlaku diskriminasi antara kawasan-kawasan yang sama di bawah satu tadbiran iaitu Ara Prop Development Berhad, Perbezaan ini boleh disifatkan sebagai Antara Dua Darjat.





Kalau kita pergi lebih jauh sifat Antara Dua Darjat lebih ketara jika kita bandingkan antara BBM dengan BSP. Di BSP kelihatan seluruh jalan baru ditarkan (diturap) , manakala jalan-jalan di BSM sebahagian saja yang ditarkan. Kawasan-kawasan perumahan di BSP kelihatan teratur, bersih dan terjaga (di bawah Bangi Height, Anak Syarikat UM Land), tetapi tidak di BBM. Pengabaian terhadap BBM disebabkan Pemaju tidak memberi perhatian yang serius tentang pembangunan, infrastruktur dan pembersihan. Ini memberi kesan perbezaan ketara antara kedua-dua bandar ini. BSP menarik dan bersih menyebabkan orang ramai lebih suka memilih tinggal di BSP dan hartanah di BSP lebih tinggi dari BBM. Inilah ruginya jika bersifat diskriminasi dan Dua Darjat. Kita berharap Pemaju kedua-dua Bandar mementingkan kebersihan dan kesempurnaan dari segi infra-struktur. Kekotoran dan kelemahan bagi satu Bandar bukan saja merugikan pemaju, tetapi juga merosakkan imej Adun yang dianggap tidak mengambil berat dan tidak memberi perhatian terhadap kawasan di bawah Adun.



Sekian.

Offer! Offer! Rak Buku Percuma

Salam.

Semalam saya dimaklumkan bahawa terdapat 16 rak buku (lihat gambar dibawah) yang hendak diberikan secara percuma dan perlu di lupuskan dengan segera. Oleh itu setelah berbincang dengan Engku Faizal, kami bersetuju untuk mengedarkan kepada mana-mana persatuan/surau/NGO berdekatan atau individu secara 'first-come-first-serve'. Kalau berminat sila hubungi saya ditalian 012-2655203 atau Engku Faizal 013-3426019 dan nyatakan jumlah rak yang diperlukan. Insya-Allah kami akan cuba mendapatkan lori/kenderaan untuk menghantarnya secara serentak mulai lepas Isyak malam ini (7 Jun 2011). Disebabkan perlu khidmat lori (kalau nak ambik sendiri pun boleh), maka kos sewaan lori akan ditanggung bersama.





Khaiatbsp

Solat Jumaat dan Rakaman Aktiviti Bersama Imam Muda Musim Kedua Terbitan Astro Oasis


http://www.astro.com.my/images/3209.png
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Seluruh Warga Penduduk yang saya hormati sekalian,

Rakaman Program Imam Muda Musim Kedua terbitan Astro Oasis di Masjid Al-Azhar KUIS pada 10 Jun 2011 (Jumaat), jam 12:30 tengahari - 2:00 petang. Dua orang yang akan bertugas pada hari itu. Seorang daripadanya akan menyampaikan Tazkirah sebelum Solat Jumaat dan Seorang lagi akan menjadi Khatib Jumaat. Semua kaum muslimin dijemput hadir.
Sekian, Harap maklum.


--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237


Derma Mangsa Tanah Runtuh Anak Kebajikan Madrasah At-Taqwa Hulu Langat


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/253514_177857922269644_169051276483642_418868_178561_n.jpg
 

Assalamu alaikum wr wb wm.
 
Datuk/Datin/Tuan /Puan yang dirahmati Allah SWT.
 
Alhamdulillah rombongan YDP telah berangkat ke tempat kejadian pada 31 Mei 2011 dan telah menyampaikan kutipan derma orang ramai dari dua pasar malam BSP iaitu hari Sabtu dan Selasa dan kutipan hari Jumaat di Surau Asy Syakirin. Jumlah kutipan yang diterima adalah sebanyak RM2,728. Derma telah disampaikan sendiri oleh YDP kepada Dr Idris Hj Musa Pengerusi Persatuan Anak Yatin Malaysia yang mengusahakan madrasah tersebut.

Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof  +6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 

ppbsp.blogspot.com

Kem Smart Solat, Masjid Pekan Bangi, 6-7 Jun 2011

Assalamualaikum tn/pn...

InsyaAlloh 6-7 jun ini akan diadakan kem smart solat di masjid pekan bangi. Kepada yg berminat utk menghantar anak2 ke kem tersebut boleh menghubungi pihak masjid pekan bangi...saya sekadar me war2kan perkara yg baik ini...kem ini anjuran JAIS,masjid pekan bangi,LZS...yuran paling tinggi pun RM10 ,tu pun sekirenye pihak masjid ingin meletakkan yuran....mudah2an prog ini mendapat kejayaan dengan bantuan Alloh....slot utk ibu bapa pun ade ....syukron...

Sumber:http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7554.msg73200#msg73200

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.