Info Terkini PPBSP

1MDB umum RM20 juta untuk dana PIBG

1MDB umum RM20 juta untuk dana PIBG

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

13/07/2012 5:22pm

KUALA LUMPUR — Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memperluaskan lagi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) melalui pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta untuk Dana PIBG, satu platform yang memberi bantuan kepada PIBG menjayakan aktiviti dan program di sekolah.

Pengerusi Anggota Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, dana tersebut bertujuan untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan menjalankan aktiviti pendidikan, kokurikulum dan infrastruktur.

"Berdasarkan penyelidikan, kami dapati antara masalah utama dihadapi PIBG adalah bagi mendapatkan dana mencukupi untuk mempertingkat kemudahan sekolah serta menjalankan kelas tambahan kepada murid yang kurang berkemampuan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif terutama bagi sekolah di luar bandar.

"Justeru Dana PIBG ini dilancarkan bagi membantu meringankan beban PIBG dalam melaksanakan aktiviti pembangunan murid dan sekolah," katanya semasa melancarkan dan menyerahkan Dana PIBG kepada 11 penerima perintis di sini. — BERNAMA

KARNIVAL MAHABBAH AMBANG RAMADHAN 1433 (MAHAR 33)

Inline images 1 

Muslim & Muslimat yang dirahmati Allah,

Sempena dengan kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak ini Surau as-Syakirin akan mengadakan "Karnival Mahabbah Ambang Ramadhan 1433 (MAHAR 33) dengan tema "Disini Bermulanya Cinta" yang akan diadakan pada Ahad, 15/07/2012.

Matlamat program ini diadakan adalah bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang (mahabbah) sesama umat yang berteraskan cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.

Diantara pengisian program tersebut ialah :-
  1. Kuliah subuh oleh Yg Bbhg Ustaz Izhar Ariff
  2. Pertandingan mewarna TADIKA / TASKI sekitar BSP.
  3. Pertandingan futsal bawah 13 tahun lelaki.
  4. Pertandingan takraw bawah 13 tahun lelaki.
  5. Pertandingan bola jaring bawah 13 tahun perempuan.
  6. Program berselawat bersama anak-anak
  7. Persembahan berselawat oleh kumpulan jemputan.
  8. Pelancaran kelab berselawat
  9. Seminar & Muzakarah "Islam di Nusantara"
  10. Tazkiran Zohor "Amalan sunnah rasul @ berkasih sayang sesama tetangga"
  11. Tazkirah Asar "Amalah sunnah rasul @ kesihatan dan kecergasan"
  12. Program Puncak MAHAR 33:
  • Bacaan Qasidah Burdah dan Selawat
  • Kuliah Cinta 1: "Dengarlah Pesanan Cinta"
  • Kuliah Cinta 2: "Saat Baginda Rasulullah Dibangkitkan"
  • Kuliah Cinta 3: "Andai Benar Cintamu"
  • Bacaan Maulud & Qaasidah Iringan (Bahasa Melayu)
Juga terdapat

  1. Demonstrasi Seni Silat Dan Pensejarahannya.
  2. Pameran artifek berkaitan seni silat nusantara.
  3.  Acara memanah (pengunjung boleh mengambil bahagian)
  4. Khidmat rundingan oleh sekumpulan peguam syarie
  5. Khidmat terapi dan perubatan islam termasuk bekam, akupanture & elektromagnetic
  6. Lebih 20 gerai jualan makanan &  produk.
Sempena dengan kehadiran ramadhan ini marilah kita sama-sama meluangkan masa menghadirkan diri pada karnival ini yang julung kali diadakan di Bandar Seri Putra dan akan berlangsung sepanjang hari sehingga jam 11.00 malam. Datanglah pada bila-bila kesempatan masa.

Pihak Urusetia Program mengucapkan terima kasih atas kehadiran.

__._,_.___
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

[PPBSP] BERSIH WALK RAMADHAN 2012, AHAD, 15 JULAI 2012

"WALK BERSIH RAMADHAN"
ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA 2012

AHAD

15/7/2012

8.00 - 10.00 PAGI

KUMPUL DI GELANGGANG TAKRAW SP5

Kawasan perbersihan:
Sepanjang jalan SP1 (dari Putra Terrace hingga SKBSP)

Tujuan:
Mencantikkan jalan SP1 serta menperkemaskan laluan agar pemandangan
pemandu lebih jelas.

Tindakan:
Mengutip sampah, mengutip pelepah pinang, mencantas dan mencantikkan
pokok-pokok bunga sepanjang jalan SP1


SILA HUBUNGI
KETUA BIRO PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR,
ENGKU FAIZAL 013.3426.019

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN


[Surau Al-Hijrah] Program Surau Menjelang Ramadhan (Sabtu, 14 Julai 2012)


 
Program Surau Menjelang Ramadhan
Sabtu, 14 Julai 2012 jam 8.30 pagi
Gotong Royong membersihkan perkarangan Surau serta memasang khemah baru untuk menampung pertambahan Jemaah. Sila bawa peralatan anda.
 
Sabtu, 14 Julai 2012 bermula dengan solat Maghrib berjemaah

         

[Surau Al-Hijrah] Ceramah Ustaz Rashidy, 14 Julai, INIKAH RAMADHAN TERAKHIR KU?

Inline images 1

INIKAH RAMADHAN TERAKHIR KU?

Ustaz Rashidy Jamil Ar-Rashid

Sabtu, 14 Julai 2012
Surau Al-Hijrah
Bandar Seri Putra
http://suraualhijrahbsp.com/

Hartawan Derma Masjid

Salam.

Saya mendapat makluman daripada salah seorang penduduk BSP berkenaan berita dibawah.

Bagaimanapun masih belum ada maklumat lanjut bagaimana untuk memohonnnya.

Jika ada pembaca yang ada meklumat berkaitan, diharap dapat berkongsi dengan menghantar email kepada saya di khai@bandarseriputra.com.

-Khai-

---------- Forwarded message ----------
 

Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).

Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

"Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.

"Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.

Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.

Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.

Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.

"Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah," katanya.

Utusan

Skim TUNAS - Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika

Inline images 1

Rakyat Selangor Sudah Boleh Mohon Skim Bantuan Tadika
By
Nazli Ibrahim
– July 2, 2012

SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.

RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.

Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.

Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.

Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.

"Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah.

Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor.

"Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini.

"Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit.

"Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya  lagi.

Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012.

"Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut.

Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan.

'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini.

Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor.

"Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim

"Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran."

Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini.

"Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah.

Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.


Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.