Muslim & Muslimat yang dirahmati Allah,
Sempena dengan kedatangan bulan mulia Ramadhan al-Mubarak ini Surau as-Syakirin akan mengadakan "Karnival Mahabbah Ambang Ramadhan 1433 (MAHAR 33) dengan tema "Disini Bermulanya Cinta" yang akan diadakan pada Ahad, 15/07/2012.
Matlamat program ini diadakan adalah bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang (mahabbah) sesama umat yang berteraskan cinta kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Diantara pengisian program tersebut ialah :-
- Kuliah subuh oleh Yg Bbhg Ustaz Izhar Ariff
- Pertandingan mewarna TADIKA / TASKI sekitar BSP.
- Pertandingan futsal bawah 13 tahun lelaki.
- Pertandingan takraw bawah 13 tahun lelaki.
- Pertandingan bola jaring bawah 13 tahun perempuan.
- Program berselawat bersama anak-anak
- Persembahan berselawat oleh kumpulan jemputan.
- Pelancaran kelab berselawat
- Seminar & Muzakarah "Islam di Nusantara"
- Tazkiran Zohor "Amalan sunnah rasul @ berkasih sayang sesama tetangga"
- Tazkirah Asar "Amalah sunnah rasul @ kesihatan dan kecergasan"
- Program Puncak MAHAR 33:
- Bacaan Qasidah Burdah dan Selawat
- Kuliah Cinta 1: "Dengarlah Pesanan Cinta"
- Kuliah Cinta 2: "Saat Baginda Rasulullah Dibangkitkan"
- Kuliah Cinta 3: "Andai Benar Cintamu"
- Bacaan Maulud & Qaasidah Iringan (Bahasa Melayu)
Juga terdapat
- Demonstrasi Seni Silat Dan Pensejarahannya.
- Pameran artifek berkaitan seni silat nusantara.
- Acara memanah (pengunjung boleh mengambil bahagian)
- Khidmat rundingan oleh sekumpulan peguam syarie
- Khidmat terapi dan perubatan islam termasuk bekam, akupanture & elektromagnetic
- Lebih 20 gerai jualan makanan & produk.
Sempena dengan kehadiran ramadhan ini marilah kita sama-sama meluangkan masa menghadirkan diri pada karnival ini yang julung kali diadakan di Bandar Seri Putra dan akan berlangsung sepanjang hari sehingga jam 11.00 malam. Datanglah pada bila-bila kesempatan masa.
Pihak Urusetia Program mengucapkan terima kasih atas kehadiran.
__._,_.___
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
0 comments:
Post a Comment