Info Terkini PPBSP
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Ribuan terima kasih keapda semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung daripada kami PIBG, kakitangan dan murid SRABSP.

Untuk gambar pembinaan dan majlis pertama di Surua MUMTAZ boleh layari FB ini:
https://www.facebook.com/srabandarseriputra
Bagi pihak PIBG SRABSP

Untuk gambar pembinaan dan majlis pertama di Surua MUMTAZ boleh layari FB ini:
https://www.facebook.com/srabandarseriputra
Bagi pihak PIBG SRABSP
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=662774807112040&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )
Dana terkumpul kini mencecah RM6,130,654.71 1 (setakat 31 Dis 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-47 pada 10 Jan 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Dis 2013 = RM270,913.68
- bulan Nov 2013 = RM174,917.43 (UPDATED)
Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,869,345.29 * lagi.
Sedikit perkembangan:
- JK Pembinaan mengambil maklum bahawa surat memohon sumbangan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor oleh PPBSP dan akan disusuli dengan tindakan 'follow-up' pada minggu akan datang.
- Sumbangan sebanyak RM50,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor sudah diterima dan dibank-in ke dalam akaun masjid.
- Setiausaha telah mengagihkan 5000 keping surat memohon sumbangan dari rumah ke rumah semua penduduk di BSP.
- JK Pembinaan mengambil maklum sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun masjid pada bulan Disember telah meningkat ekoran pengagihan surat-surat memohon sumbangan tersebut.
- Pungutan melalui tabung ketika Pasar Malam (Selasa dan Sabtu) juga amat menggalakkan, menyumbang lebih seribu ringgit pada setiap malam.
- Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke10 telah berlangsung pada Isnin, 30hb Dis 2013 dan dipengerusikan oleh Dato Zakaria, serta dihadiri oleh Hj Zakariah, Hj Kamal dan Setiausaha yang mewakili masjid.
- Sehingga tarikh mesyuarat itu 53% kerja pembinaan telah siap.
- Pegawai JAIS akan dijemput hadir ke mesyuarat tapak akan datang supaya perkembangan pembinaan masjid ini dapat dibawa terus ke pengetahuan pengurusan JAIS.
- Mesyuarat tapak seterusnya (No.11) akan dilangsungkan pada 22 Januari jam 10.00 pagi
Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)
Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini - http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656
Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.
Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
__._,_.___
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Gambar pada 23 Jan 2014
Gambar Pembinaan Masjid pada 23/1/2014.Kontraktor Projek melaporkan pada Mesyuarat Tapak yang ke-11 berlangsung pada 23 Jan 2014 bahawa 57% kerja pembinaan telah siap (sehingga tarikh mesyuarat). Mesyuarat Tapak telah dipengerusi oleh Dato' Zakaria Husain, dan dihadiri oleh Tn. Hj. Zakariah dan Setiausaha yang mewakili JK Pembinaan.
Lihat gambar-gambar lain di FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.662779620444892.1073741834.120427501346776&type=1
Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)

Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama / mimbar (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)

Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS

Pintu utama (mengadap jalan masuk) dan ruang foyer

View composite ruang foyer (180 degree)

Bahagian dalam - Ruang solat utama

Ruang solat muslimah di tingkat mezzanine (tingkat 1)

View composite luar tingkat mezzanine (180 degree) - Ruang solat muslimah

Pan view dari flat roof sudut kanan
JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (8) |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
* MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
* CIMB ISLAMIC 12370000608108.
* Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
* MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
* CIMB ISLAMIC 12370000608108.
* Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
__,_._,___
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
From: Anuar Ali <anuarbinali@gmail.com>
Salam tuan2. Mintak mohon forwardkan ke group surau/ taman. Ini adalah initiative saya sendiri dan menggunakan akaun ANSARA Kulim, alumni saya. Terimakasih
Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang
Ansara Kulim adalah merupakan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) Kulim, Kedah. Pelajar terdiri dari 7 kumpulan yang memasuki MRSM Kulim pada tahun 1977 – 1983. Golongan ALUMNI ini sekarang berumur sekitar 43 – 49 tahun dan kebanyakannya bekerja di bidang swasta. Kami percaya sudah sampai masanya untuk pihak kami menyumbang semula kepada masyarakat setelah kami diberi peluang untuk belajar dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Wargakilang adalah NGO yg telah ditubuhkan lebih 10 tahun lalu dan aktif di Utara Malaysia ( Kulim, Pulau Pinang ). Warga Kilang menumpukan aktivitinya kepada memberi bantuan kepada orang – orang miskin dan fakir dalam bentuk makanan, bantuan persekolahan, motivasi dan berbagai – bagai lagi. Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri dari pekerja-pekerja professional kilang-kilang multi nasional di kawasan tersebut. Warga kilang juga telah melebarkan sayapnya ke kawasan Tengah (Lembah Klang) dan kawasan pantai Timur. Pengasas dan Yang Dipertuanya adalah Saudara Mohd Monier Mat Din yang juga merupakan ahli Alumni Ansara Kulim. Maklumat lanjut boleh didapati di sini http://www.wargakilang.com/about-wargakilang/ . Wargakilang akan membantu dari segi pengagihan bantuan.
Setelah melihat perkembangan mangsa banjir di Pantai Timur dan berbincang dengan ramai rakan – rakan NGO, kami berpendapat , bantuan susulan amat diperlukan untuk mangsa – mangsa tersebut. Bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban mangsa banjir yang terpaksa berbelanja besar untuk kerja – kerja pemulihan selepas banjir seperti membeli peralatan serta perabut rumah yang baru dan sebagainya. Bantuan yang dicadangkan adalah "package peralatan tidur" yang mengandungi tilam, bantal dan selimut. Bantuan ini adalah merupakan bantuan yang penting dan terdesak pada masa sekarang. Ini adalah maklumat terbaru yang kami dapat hasil lawatan terkini pada lewat malam semalam.
Sila salurkan sumbangan saudara-saudari ke akaun di bawah ini dan maklumkan sumbangan anda kepada Saudara Anuar Bin Ali melalui e-mail anuarbinali@gmail.com atau SMS (019 3897289) . Sila nyatakan amaun dan nama. Segala data adalah sulit. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan akaun, kerana akaun berkenaan adalah akaun persatuan yang digunakan juga untuk aktiviti – aktiviti persatuan yang lain. Sebarang nilai sumbangan adalah diterima. Sekiranya Tuan / Puan ingin menyumbang sebuah package ( tilam bantal dan selimut ) , anggaran harganya adalah RM 200. Tarikh tutup sumbangan adalah pada Isnin 23 Dis 2013, jam 4 petang. Bantuan dijangka akan diagihkan pada hujung minggu Rabu 25 Disember 2013. Jangka masa yang amat singkat ini adalah untuk memastikan bahawa bantuan diterima dengan cepat dalam keadaan mangsa banjir yang terdesak.
Sekiranya ada kelapangan, saudara-saudari bersama keluarga / anak-anak di jemput untuk mengikuti rombongon pengagihan tersebut. Perincian program akan diberitahu kelak.
Bank : Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun : 564016401635
Nama Akaun : Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL
Semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat meringankan bebanan mangsa – mangsa banjir tersebut dan mendapat keredhannNya. Terimakasih
Yang Bertugas
Anuar Ali & Anuar Omar
b/p ANSARA KULIM
Tolong Share di facebook dsbnya. Saya akan hantar pdf file dalam email berikut. Please print and share in your office, residence association, surau/masjid, etc.
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Sumbangan Mangsa Banjir Pahang
=====================

http://www.sinarharian.com.my/semasa/banjir-pahang-makin-buruk-dua-dikhuatiri-lemas-1.227408
Beberapa organisasi di Putra-Mahkota sedang mengumpul sumbangan membantu rakan kita di pantai timur yang sedang menghadapi bencana banjir.
Ini senarai yang saya tahu. Jika tuan-puan ada maklumat tambahan, boleh komen dibawah. Terima kasih.
1- SKBSP (https://www.facebook.com/skbandarseriputra) - sumbangan makanan dan baju.
2- Surau Al-Hijrah (https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp) - sumbangan makanan. Kutipan mohon dierahkan kepada AJK di surau malam ini (Jumaat, 6 Dis 2013) serana Ustaz Nushi akan berangkat esok. Contact person: Azmi (01129302424
3- Surau Al-Ikhlas TIP - sumbangan duit dan barang. Akan berangkat petang ini jam 6 petang. Sumbangan sebelum jam 5 petang. Contact person: 0193894044 Norizam.
=====================

http://www.sinarharian.com.my/semasa/banjir-pahang-makin-buruk-dua-dikhuatiri-lemas-1.227408
Beberapa organisasi di Putra-Mahkota sedang mengumpul sumbangan membantu rakan kita di pantai timur yang sedang menghadapi bencana banjir.
Ini senarai yang saya tahu. Jika tuan-puan ada maklumat tambahan, boleh komen dibawah. Terima kasih.
1- SKBSP (https://www.facebook.com/skbandarseriputra) - sumbangan makanan dan baju.
2- Surau Al-Hijrah (https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp) - sumbangan makanan. Kutipan mohon dierahkan kepada AJK di surau malam ini (Jumaat, 6 Dis 2013) serana Ustaz Nushi akan berangkat esok. Contact person: Azmi (01129302424
3- Surau Al-Ikhlas TIP - sumbangan duit dan barang. Akan berangkat petang ini jam 6 petang. Sumbangan sebelum jam 5 petang. Contact person: 0193894044 Norizam.
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.




