Info Terkini PPBSP

Fwd: Urgent !! Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang

From: Anuar Ali <anuarbinali@gmail.com>


Salam tuan2. Mintak mohon forwardkan ke group surau/ taman. Ini adalah initiative saya sendiri dan menggunakan akaun ANSARA Kulim, alumni saya. Terimakasih


Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur  – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang

 
Ansara Kulim adalah merupakan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM )  Kulim, Kedah. Pelajar terdiri dari 7 kumpulan yang memasuki MRSM Kulim pada tahun 1977 – 1983. Golongan ALUMNI ini sekarang berumur sekitar 43 – 49 tahun dan kebanyakannya bekerja di bidang swasta. Kami percaya sudah sampai masanya untuk pihak kami menyumbang semula kepada masyarakat setelah kami diberi peluang untuk belajar dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Wargakilang adalah NGO yg telah ditubuhkan lebih 10 tahun lalu dan aktif di Utara Malaysia ( Kulim, Pulau Pinang ). Warga Kilang menumpukan aktivitinya kepada memberi bantuan kepada orang – orang miskin dan fakir dalam bentuk makanan, bantuan persekolahan, motivasi dan berbagai – bagai lagi.  Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri dari pekerja-pekerja professional kilang-kilang multi nasional di kawasan tersebut. Warga kilang juga telah melebarkan sayapnya ke kawasan Tengah (Lembah Klang) dan kawasan pantai Timur. Pengasas dan Yang Dipertuanya adalah Saudara Mohd Monier Mat Din yang juga merupakan ahli Alumni Ansara Kulim. Maklumat lanjut boleh didapati di sini http://www.wargakilang.com/about-wargakilang/ . Wargakilang akan membantu dari segi pengagihan bantuan.
Setelah melihat perkembangan mangsa banjir di Pantai Timur dan berbincang dengan ramai  rakan – rakan NGO, kami berpendapat , bantuan susulan amat diperlukan untuk mangsa – mangsa tersebut. Bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban mangsa banjir yang terpaksa berbelanja besar untuk kerja – kerja pemulihan selepas banjir seperti membeli peralatan serta perabut rumah yang baru dan sebagainya. Bantuan yang dicadangkan adalah "package peralatan tidur" yang mengandungi tilam, bantal dan selimut. Bantuan ini adalah merupakan bantuan yang penting dan terdesak pada masa sekarang. Ini adalah maklumat terbaru yang kami dapat hasil lawatan terkini pada lewat malam semalam.
Sila salurkan sumbangan saudara-saudari ke akaun di bawah ini dan maklumkan sumbangan anda kepada Saudara Anuar Bin Ali melalui e-mail  anuarbinali@gmail.com  atau SMS (019 3897289) . Sila nyatakan amaun dan nama. Segala data adalah sulit. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan akaun, kerana akaun berkenaan adalah akaun  persatuan yang digunakan juga untuk aktiviti – aktiviti  persatuan yang lain. Sebarang nilai sumbangan adalah diterima. Sekiranya Tuan / Puan ingin menyumbang sebuah package ( tilam bantal dan selimut ) , anggaran harganya adalah RM 200.  Tarikh tutup sumbangan adalah pada Isnin 23 Dis 2013, jam 4 petang. Bantuan dijangka akan diagihkan pada hujung minggu Rabu 25 Disember 2013.  Jangka masa yang  amat singkat ini adalah untuk memastikan bahawa bantuan diterima dengan cepat dalam keadaan mangsa banjir yang terdesak.
Sekiranya ada kelapangan, saudara-saudari bersama keluarga / anak-anak di jemput untuk mengikuti rombongon pengagihan tersebut. Perincian program akan diberitahu kelak.
 
 
 
Bank                :           Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun  :           564016401635
Nama Akaun     :           Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL
 
Semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat meringankan bebanan mangsa – mangsa banjir tersebut  dan mendapat keredhannNya. Terimakasih
 
 
Yang Bertugas
 
 
Anuar Ali  & Anuar Omar
b/p ANSARA KULIM 

Tolong Share di facebook dsbnya. Saya akan hantar pdf file dalam email berikut. Please print and share in your office, residence association, surau/masjid,  etc. 


0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.