Info Terkini PPBSP

Fwd: Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013, 21 Sept, 10 pagi

Inline images 2

Inline images 1


Inline images 1

Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013
============================

Persatuan Penduduk Badnar Seri Putra (PPBSP) dengan berbesar hati ingin menjemput semua ahli PPBSP khususnya dan penduduk Bandar Seri Putra amnya ke Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013 yang akan dilangsung seperti berikut:

Tema : BSP - Kejiranan Sepakat, Bandar Bersih & Selamat
Tarikh : 21 September 2013
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Padang Seriputra5 (
2.88692, 101.77921)

Antara tarikan yang telah diaturkan adalah seperti berikut:

Inline images 2

Jamuan makan pelbagai menu, aiskrim percuma, cabutan bertuah
Persembahan nasyid, kebudayaan, silat
Perarakan motor besar, pertujukan helikopter mini

Maklumat lanjut atau sumbangan amat dialu-alukan. Hubungi:
Arzock 012-219-5909
Halimi 012-387-9381
Mustafa 016-3692443
Nursiah 019-2641736

Maklumat terkini boleh diperolehi di sini:
ppbsp.blogspot.com
facebook.com/ppbsp

Diharap dengan kehadiran Dato'/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Anjuran:
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013, 21 Sept, 10 pagi

Inline images 1

Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013
============================

Penduduk Bandar Seri Putra dijemput bagi memeriahkan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013 yang akan dilangsung seperti berikut:

Tema : BSP - Kejiranan Sepakat, Bandar Bersih & Selamat
Tarikh : 21 September 2013
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Padang Seriputra5

Tarikan:

Inline images 2

Jamuan makan pelbagai menu, aiskrim percuma, cabutan bertuah
Persembahan nasyid, kebudayaan, silat
Perarakan motor besar, pertujukan helikopter mini

Maklumat lanjut atau sumbangan amat dialu-alukan. Hubungi:
Arzock 012-219-5909
Halimi 012-387-9381
Mustafa 016-3692443
Nursiah 019-2641736

Maklumat terkini boleh diperolehi di sini:
ppbsp.blogspot.com
facebook.com/ppbsp

Anjuran:
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA BSP 2013

Inline images 1

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA BSP 2013
============================

Makluman perlaksanaan pelan keselamatan Hari Raya BSP 2013 dari 4-13 Ogos. Insya-Allah semua pengawal dalam Bandar Seri Putra boleh berinteraksi satu sama lain yang mana meningkatkan tempoh masa respon jika ada sebarang isu.

Sebarang perhubungan bolehlah menghubungi:
60192462139 (Khairuddin)
60122468255 (Zamzuri)
60163692443 (Mustafa - NYDP)
60122655203 (Khairil - SU)


- Setiausaha PPBSP

Borang Balik Kampung

Inline images 1
Klik gambar untuk pembesaran.

Bagi pihak Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kepada warga BSP yang akan pulang beraya dikampung, sila isikan borang ini dan hantarkan ke Balai Polis berhampiran. Insya-Allah rumah anda akan dilawati oleh pegawai peronda.

Setiausaha PPBSP

Bukit Mahkota: 800 penduduk bimbang keluar rumah


Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/800pendudukbimbangkeluarrumah/Article/index_html

800 penduduk bimbang keluar rumah

Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada dalam ketakutan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.


"Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.


"Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi mengancam keselamatan penduduk," katanya ketika ditemui semalam.


Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.


"Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah.

"Kami tiada pilihan lain kerana pembinaan pagar ini nanti dapat mengurangkan bilangan 'lorong tikus' yang berisiko untuk diceroboh. Setiap rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin," katanya.


Terbaru, sebuah rumah dipecah masuk ketika penghuninya berbuka puasa di luar, Sabtu lalu. Mangsa yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian itu, sekumpulan perompak memasuki rumah teres dua tingkat miliknya sebelum melarikan wang tunai, barangan kemas serta pelbagai koleksi barang antik berjumlah RM120,000.

Menurutnya, dia hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas mendapati pintu dapur terbuka ketika pulang jam 9.30 malam.


"Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya naik ke bilik di tingkat atas dan mendapati kabinet pakaian terbuka dan barangan berselerak di merata tempat.


"Barangan berharga yang diletakkan di beberapa tempat tersorok turut dilarikan," katanya.


Difahamkan, penjenayah terbabit dikatakan menjalankan kecurian secara terancang dan pantas kerana ketika kejadian jirannya turut mengadakan jamuan berbuka puasa hanya beberapa meter dari rumahnya.


Beliau berkata, sejak kejadian, dia dan isteri tidak lagi berani untuk keluar masuk rumah kerana bimbang kejadian sama berulang.


"Lokasi rumah ini terletak di tepi kawasan bukit yang hanya bersebelahan dengan jalan besar. Kemungkinan penjenayah boleh masuk menggunakan laluan dari luar ini tanpa perlu masuk ke laluan utama.


"Kecurian di kawasan ini semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu. Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian ini berlaku semasa kami tiada di rumah, "katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.


Katanya, polis juga sudah mengarahkan pasukan ronda bermotosikal untuk melakukan rondaan di kawasan perumahan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30  143  3 Google +0  0  0



JEMPUTAN TAKLIMAT “PELAN KESELAMATAN HARI RAYA (AIDILFITRI) 2013”


Ruj. Kami : PPBSP/PKHR/7/01

 

Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

AJK PPBSP, 

Ketua-ketua Skim BSP, 

Wakil Bangi Heights, 

Ketua Balai Polis Bangi

 

PER: PANGGILAN TAKLIMAT "PELAN KESELAMATAN HARI RAYA (AIDILFITRI) 2013"

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) bercadang untuk melaksanakan pelan keselamatan di Bandar Seri Putra semasa hari raya Aidilfitri 2013. Bagi membolehkan pelan keselamatan ini berjalan dengan berkesan, PPBSP berharap agar skim-skim dapat menhadiri taklimat yang akan diadakan seperti maklumat dibawah.

 

3. Dengan ini Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke taklimat "Pelan Keselamatan Hari Raya 2013" yang seperti berikut :


Tarikh            :           27 Julai 2013


Hari                :           Sabtu

Waktu                        :           9.00 pagi


Tempat           :           Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra

 

3. Sekiranya Dato'/Dr./Tuan/Puan berhalangan untuk menghadiri mesyuarat ini, mohon dihantar wakil atau diharap dapat memaklumkan pemangku YDP Tuan Mustafa Kasim (016-369-2443, mustafakassim54@gmail.com) atau setiausaha persatuan Tuan Khairil Anuar (013-207-4540, khai@bandarseriputra.com)

 

4.  Kerjasama daripada Dato'/Dr./Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.



 

Yang Benar,

                     

t.t. 

......................................................................

 

KHAIRIL BIN ANUAR

Setiausaha


Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra


Fwd: [bspinduk] Sedekah Paling Afdhal


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Sedekah Paling Afdhal


Marilah kita sama-sama merebut Sedekah Paling Afdhal ketika bulan Ramadhan ini.. insyaAllah..

Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim masih perlukan kira-kira RM3 juta, semua derma dikecualikan Cukai Pendapatan..


Maybank Islamic : 5628 3450 4024 
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08 
Bank Islam : 1202 9010 0595 85 
BSN : 1016 041 0000 98234

Layari Facebook Masjid Al-Mustaqim: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=570397699683085&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1

Sumber hadis: Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai -
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=408&Itemid=48

__._,_.___

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.