Info Terkini PPBSP

Ibadah Korban SP5, 6 ekor lembu diselesaikan









Tambahan terakhir seekor lagi lembu menjadikan enam ekor semuanya yang perlu di tumbangkan oleh warga SP5. Walau bagaimanapun, dengan bantuan tenaga pakar penyembelihan, alhamdulillah ibadah korban SP5 berjaya dijalankan.

Bermula seawal 7.30 pagi lagi, warga SP5 telah mula berkumpul untuk memulakan ibadah korban. Sekitar pukul 8.30 pagi barulah proses penyembelihan mula dilakukan. Itu setelah perut warga semua diisikan dengan juadah pagi seperti nasi lemak dan pelbagai jenis kuih.









Oleh kerana cuti sekolah yang dipanjangkan sehingga hari Selasa di Bandar Seri Putra, nampaknya kurang warga SP5 yang datang membantu. Mungkin sahaja masih bergembira bersama keluarga di kampung. Tak juga yang mengadakan majlis korban dikampung masing-masing. Itu tidak menghalang warga yang hadir.







Proses penyembelihan berakhir sekitar dua jam selepas permulaan. Disusuli dengan proses melapah, memotong dan menimbang. Disamping itu, kaum ibu pula memasak untuk hidangan tengahari. Menu yang telah dipilih adalah daging asam pedas (stail Melaka), sup tulang (ala Ani Sup Utara), daging kurma, paru masak kicap dan juga kerabu perut. Proses memasak dan menimbang berakhir sekitar jam 2 petang. Seterusnya, daging korban diagihkan kepada mereka yang hadir, mereka yang tidak hadir, rumah anak-anak yatim dan juga ibu tunggal di falt Seri Dahlia.



















Akhirnya, acara makan-makan yang menghidangkan masakan daging yang segar berakhir sekitar jam 3.30 petang. Selepas itu sesi mengemas pula dijalankan untuk membersihkan sisa-sisa kekotoran. Bagi pihak jawatankuasa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tampil membantu. Salah dan silap harap dimaafkan.

















Gambar selebihnya di sini:
Album 1 - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150397468717996.378711.163419787995&type=1
Album 2 - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150397508637996.378717.163419787995&type=3

khaiatbsp

Lembu untuk dikorbankan di SP5 esok pagi mulai jam 7.30 pagi.

Salam warga muslim SP5 dan sekitarnya,

Insya-Allah esok mulai jam 7.30 pagi, semua dijemput turun untuk menjalankan ibadah korban dan aqiqah di padang SP5.

Terdapat enam 'pahlawan' yang perlu kita tumbangkan esok. Bermula dengan dua 'pahlawan' paling gagah mengikut tuan Bakar.

Seterusnya empat lagi 'pahlawan' perlu menyusul yang dijangkakan tidak akan mempunyai masalah setelah dua yang utama ditewaskan.

Mengikut menu yang dibisikkan kepada saya, kita akan ada sup ala ANI SUP UTARA dan kurma daging. Disamping pelbagai juadah tambahan. Tidak lupa, sarapan pagi juga disediakan seperti karipap inti padat dll.

Akhirnya, seperti bos SP5 maklumkan, kita akan akhiri acara kita esok dengan pembersihan. Diharap ramai yang akan tinggal untuk membuat pembersihan.

Selamat berkorban untuk semua warga muslim SP5.

Manakala warga bukan muslim selamat beristirehat. Maaf tidak dapat menjemput tuan-puan dalam acara keagamaan ini. Bagaimanapun, diharap warga SP5 bukan Islam dapat menyertai program SP5 yang lain pada masa akan datang.

Kepada mereka yang tinggal berdekatan terutama kepada rakan di Putra Tropika, Anjung Suasana, D'Sentral dan lain-lain, tuan-puan juga dijemput untuk turut membantu dan mengambil daging korban.

316476_10150396242492996_163419787995_8425120_1351527760_n.jpg
Tuan Bakar merenung jauh memerhatikan 6 'pahlawan' yang perlu ditumbangkan esok.

379801_10150396243487996_163419787995_8425141_87639145_n.jpg

379002_10150396242772996_163419787995_8425127_1343175437_n.jpg
Dua 'pahlawan' pertama yang perlu ditumbangkan dahulu esok

166989_10150396243832996_163419787995_8425147_1201212192_n.jpg
'Pahlawan' ini telah tercedera sedikit di kakinya

379750_10150396244287996_163419787995_8425154_1700820594_n.jpg

387253_10150396245067996_163419787995_8425167_603120592_n.jpg

312005_10150396243312996_163419787995_8425138_1007585693_n.jpg
Tiga 'pahlawan' seterusnya.

Selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150396242152996.378354.163419787995&type=1


~~~~~~~~~
Khaiatbsp

Korban dan Aqiqah di Surau Al-Hijrah



Alhamdulillah pagi tadi Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra telah menjalankan sembahyang sunat hari raya Aidiladha dan seterusnya menyempurnakan ibadah korban dan aqiqah untuk tahun 1432H.

Empat ekor lembu telah disumbangkan oleh ahli karyah surau dengan 4 bahagian daripadanya adalah untuk aqiqah. Solat raya telah diketuai oleh Ustaz Nik Hilmizan dan seterusnya menyampaikan khutbah hari raya. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail telah diperingatkan kepada seluruh yang hadir. Berkisar sama, pembukaan kota Mekah yang menjadi tumpuan ibadah umat Islam seluruh dunia.

Acara korban dan aqiqah juga telah diketuai sendiri Ustaz Nik yang menyembelih kesemua empat ekor lembu dengan dibantu oleh ahli karyah yang lain. Acara melapah, memotong menimbang, mengagih, memasak dan makan-makan akhirnya selesaui sekitar jam 3 petang.

Terima kasih kepada semua yang turut membantu dari pihak surau.





























Selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150919974615176.759586.329327610175&type=1

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.