Tambahan terakhir seekor lagi lembu menjadikan enam ekor semuanya yang perlu di tumbangkan oleh warga SP5. Walau bagaimanapun, dengan bantuan tenaga pakar penyembelihan, alhamdulillah ibadah korban SP5 berjaya dijalankan.
Bermula seawal 7.30 pagi lagi, warga SP5 telah mula berkumpul untuk memulakan ibadah korban. Sekitar pukul 8.30 pagi barulah proses penyembelihan mula dilakukan. Itu setelah perut warga semua diisikan dengan juadah pagi seperti nasi lemak dan pelbagai jenis kuih.
Oleh kerana cuti sekolah yang dipanjangkan sehingga hari Selasa di Bandar Seri Putra, nampaknya kurang warga SP5 yang datang membantu. Mungkin sahaja masih bergembira bersama keluarga di kampung. Tak juga yang mengadakan majlis korban dikampung masing-masing. Itu tidak menghalang warga yang hadir.
Proses penyembelihan berakhir sekitar dua jam selepas permulaan. Disusuli dengan proses melapah, memotong dan menimbang. Disamping itu, kaum ibu pula memasak untuk hidangan tengahari. Menu yang telah dipilih adalah daging asam pedas (stail Melaka), sup tulang (ala Ani Sup Utara), daging kurma, paru masak kicap dan juga kerabu perut. Proses memasak dan menimbang berakhir sekitar jam 2 petang. Seterusnya, daging korban diagihkan kepada mereka yang hadir, mereka yang tidak hadir, rumah anak-anak yatim dan juga ibu tunggal di falt Seri Dahlia.
Akhirnya, acara makan-makan yang menghidangkan masakan daging yang segar berakhir sekitar jam 3.30 petang. Selepas itu sesi mengemas pula dijalankan untuk membersihkan sisa-sisa kekotoran. Bagi pihak jawatankuasa, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tampil membantu. Salah dan silap harap dimaafkan.
Gambar selebihnya di sini:
Album 1 - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150397468717996.378711.163419787995&type=1
Album 2 - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150397508637996.378717.163419787995&type=3
khaiatbsp
0 comments:
Post a Comment