Info Terkini PPBSP

Fwd: Pembetulan Tarikh Sebenar 19 Mei: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah diketahui umum, esok adalah Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) kali ke-3 2013. Bagi pihak persatuan, kami menjemput semua ahli untuk turut hadir dalam merencanakan arah tuju persatuan seterusnya memberi memberi impak kepada Bandar Seri Putra (BSP) secara keseluruhan. Mesyuarat esok insya-Allah akan dirasmikan oleh ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah.

PPBSP atau biasanya disebut BSP Induk diwujudkan bagi menyatukan skim-skim di BSP yang mana setiap skim mempunyai persatuannya sendiri. Semua ketua skim turut dilantik (jika tidak terpilih dalam AGM) bagi merencanakan perjalanan tahunan PPBSP. Alhamdulillah sehingga kini PPBSP telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Hari Keluarga (Sukaneka/berbasikal), Pelan Keselamatan Hari Raya BSP, Majlis Ramah Mesra BSP, Forum Perdana Maal Hijrah, Gotong-royong Perdana dan banyak lagi aktiviti yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk BSP. Tidak kurang juga dari segi memastikan kecantikan dan keceriaan BSP walaupun mengikut MPKj, tiada sebarang peruntukan disediakan bagi menguruskan lanskap. Maka ini adalah salah satu agenda utama PPBSP bagi tahun mendatang supaya BSP terus cantik dan ceria.

PPBSP juga bagi tahun pertamanya mendapat mandat daripada MPKj untuk menguruskan Pasar Ramadhan dan Pasar Malam di BSP. Pelbagai kekangan telah dilalui dan PPBSP masih lagi dalam proses pembelajaran dalam pengurusan kedua pasar ini. 

Oleh itu, bagi melancarkan lagi perjalanan AGM esok, disini dikepilkan semua dokumen yang diperlukan seperti buku laporan, semakan senarai ahli mengikut abjad, agenda mesyuarat, buku perlembagaan, borang keahlian (untuk pendaftaran ahli baru) dll. Semoga mesyuarat kita esok menjadi satu meysuarat yang profesional.

http://goo.gl/FSp3e

Tuan/puan/Datuk/Dato'/Datin boleh menyemak no keahlian melalui senarai nama yang disediakan mengikut abjad. Agenda majlis esok juga disediakan. Perlembagaan persatuan yang menjadi dasar juga dikepilkan. Manakala, buku laporan yang akan diedarkan esok juga disenaraikan disini bagi membolehkan semua ahli menyemaknya sebelum hadir pagi esok. Harapannya AGM esok berjalan lancar dan menjadi satu majlis profesional bagi semua ahli.

Bagi ahli yang belum menmbayar yuran keahlian tahunan, bolehlah berbuat demikian di kaunter pendaftaran.

Manakala, bagi yang belum menjadi ahli, borang ada disertakan di sini. Permohonan menjadi ahli akan terus dibuka sepanjang tahun. Bagaimanapun jika ingin turut serta dalam mesyuarat esok, permohonan perlu dibuat sebelum bermulanya mesyuarat pagi esok (sebelum jam 8.30 pagi).

Bagi pihak AJK, kami ucapkan selamat bersidang dan selamat memilih.

Khairil Anuar
Setiausaha PPBSP Sesi 2012/2013

---------- Forwarded message ----------


Tarikh              : 23 Jamadil Akhir 1434 / 4 Mei 2013

Ruj. Kami        : PPBSP/AGM2013/01

 

Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

 

Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.    Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ketiga seperti perincian berikut:

 

            Tajuk:                                     Mesyuarat Agung PPBSP 2013

            Tarikh:                        19 Mei 2013 (Ralat sebelum ini dimaklumkan 18 Mei)

            Hari:                           Ahad

            Waktu:                        8.30am – 12.00pm

            Cadangan Tempat:     Dewan, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.

            Agenda:                      8.00am – Pendaftaran dan Sarapan

                                                8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong

                                                10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2013/2014

                                                11.30am – Majlis Tamat

 

3.    Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP tuan/puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agung ini nanti.  Bersama dengan ini disertakan Borang Kehadiran / Usul dan Cadangan serta Borang Pencalonan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke alamat berikut sebelum 12 Mei 2013 atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.

 

                                                No. 28 Jalan Seri Putra 5/6,

                                                Bandar Seri Putra,

                                                43000 Kajang, Selangor

 

4.   Mohon untuk membawa yuran tahunan (bagi tahun 2013/2014) sebanyak RM12 semasa pendaftaran.  Justeru besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PPBSP 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ditalian 012.2655.203.

 

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.

 

Yang benar,

 

......................................................................

KHAIRIL BIN ANUAR

Setiausaha

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra


0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.