Info Terkini PPBSP

MALAM INI: SOLAT HAJAT & MAJLIS DOA SELAMAT di SURAU ASSYAKIRIN pada JUMAAT, 15HB MAC 2013

SOLAT HAJAT DAN MAJLIS DOA SELAMAT

Sempena dengan pembinaan Masjid Al-Mustaqim yang akan bermula dalam bulan ini, kita telah bersetuju supaya SOLAT HAJAT dan MAJLIS DOA SELAMAT akan dilangsungkan di SURAU ASSYAKIRIN pada HARI JUMAAT, 15HB MAC 2013.

Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

7.29 malam  :  Azan Maghrib
                       Solat Maghrib
                       Solat Hajat
                       Doa selamat
                       Sepatah-dua Kata daripada Pengerusi JK Pembinaan Masjid, Dr Hj Abd Rahman Hasan
                       Penyerahan Surat Tawaran kepada Kontraktor
8.40 malam  :  Azan Isyak / Solat
                       Jamuan Makan Malam

Nota: Solat dan Doa akan dipimpin oleh Ustaz Dr Zulkefli Aini

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengerusi Surau Assyakirin dan Imam Dr Zul di atas segala kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati usaha kita.

Semua AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim diminta hadir ke majlis di atas. Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
Tel: 019-8852321

0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.