Info Terkini PPBSP

13 peserta wakil PPBSP ke Klinik Bola Sepak di Bandar Baru Bangi





Alhamdulillah walaupun 'last minute' arrangement (terima kasih kepada Teacher Iman Al-Fatih), PPBSP melalui Biro Sukan dan Rekreasi dapat juga menghantar satu pasukan untuk turut serta dalam program di atas. 13 peserta yang berumur antara 8 hingga 15 tahun telah didaftarkan dan seterusnya mengikuti klinik tersebut.





Program yang dirasmikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar itu telah menarik sekitar 300 peserta daripada seluruh negeri Selangor. Antara tarikannya adalah pemberian jersi dengan pembayaran serendah RM5 sahaja (harga sebenar RM13 tetapi disumbangkan RM8 oleh penganjur). Serta kehadiran 3 pemain bolasepak yang berasal dari daerah Kajang sendiri (jika tidak silap pendengaran saya). Dr. Shafie dalam ucapannya mengalulu-alukan program sebegini kerana menarik minak remaja. Beliau juga maklumkan bahawa Safee Sali adalah pemain berasal dari Kajang. Maka, peserta semua perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan seperti yang diraih oleh Safee Sali.


Wakil BSP

Program tamat sekitar jam 12 tengahari.

Gambar lain di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.269044136484355.63971.169051276483642&type=1

Sekian.
Khaiatbsp

====================================================================

Klinik Bola Sepak Anjuran Adun Bangi
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/12/klinik-bola-sepak-anjuran-adun-bangi.html

Kompleks Sukan, Seksyen 15, BBB 29 Muharram = 25 Disember (Ahad):

Bola sepak atau football adalah permainan antarabangsa, merentasi sempadan dan bangsa, digemari semua pihak sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan. Keunggulan bola sepak menjadi kemegahan, Negara-negara yang terkenal dengan pasukan bola sepak dikagumi seperti German, Brazil, Argentina, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Kelab-kelab bola sepak antara bangsa menjadi sanjugan seperti Arsenal, Manchester United dan sebagainya.

Di Negara kita, walaupun tidak bertaraf antarabangsa tidak kurang sanjungan terhadap pasukan dan wira-wira bola sepak seperti kemunculan pasukan Harimau Muda Malaysia dan kelahiran tokoh bola sepak professional seperti Safi Sali, Khairuddin, Apex dan sebagainya. Kebangkitan Harimau Muda memberi kesan semangat terutama kepada anak-anak muda dan mereka seolah-olah mau terlibat sama. Demikianlah selama ini Adun sering mengadakan pertandingan bola sepak pada peringkat kawasan dan Dun dan mendapat sambutan dari segi penyertaan dan pertandingan. Pada kali ini sebelum penutup Tahun 2011 Lajnah Sukan Adun yang dipengerusikan oleh saudara Dahari menganjurkan Klinik Bola Sepak – maksudnya adalah bersifat latihan yang dibimbing oleh coach-couch yang berpengalaman. Klinik Bola sepak ini mendapat kerjasama Ahli MPKj dan Pemuda Pas Serdang – saudara Adram Musa. Latihan bertempat di Kompleks Sukan, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Sambutan dari anak-anak muda di Bandar Baru Bangi di luar dugaan yang kebetulan masa cuti Sekolah. Menurut saudara Dahari lebih dari 300 peserta hadir, iaitu berumur antara 12 – 14 tahun dan dari tingkatan 5 (17). Terdapat seorang pemain yang pernah bermain ke luar Negara iaitu Mohd. Alias Kaswa yang mewakili Kelab Mutiara Kajang dan pernah bermain hingga ke Singapura, Australia, Jepun dan England. Setiap peserta disponsor sehelai baju berharga RM13.00, dikenakan bayaran hanya RM5.00. Baju adalah menjadi rebutan.

Semasa merasmikan Klinik Bola Sepak Adun memuji pihak Lajnah yang membuat pendekatan baru dari segi melatih pasukan-pasukan bola sepak di Bangi. Adun berharap dari klinik akan dikenalpasti pasukan dan individu yang berbakat dan bakat mereka perlu digilap sehingga menonjol sebagai pemain bola sepak berbakat yang akan mewakili Dun Bangi, kawasan, daerah, bahkan negeri. Turut berucap sebelumnya saudara Adram Musa yang menekankan pentingnya semangat kesukanan dan berpasukan dipupuk dan semangat sedemikian dapat dipraktikkan ke tengah masyarakat..

Adalah difahamkan coach atau jurulatih pada hari ini dijemput khas 3 orang, antaranya dari peserta Harimau Muda B (Pasukan A sedang berada di Australia), mereka ialah sdr. Nik Shafiq dari Harimau Muda (B), manakala dua orang lagi saudara Zulfahmi dari Pasukan Sime Darby dan Abang Cherry juga dari Sime Darby.

Bagaimana Klinik Bola Sepak beroperasi ? Pasukan yang berjumlah lebih 300 pemuda itu dipecah kepada 6 di tengah padang. Bagi setiap pasukan dibimbing oleh coach. Antara aktiviti dijalankan ialah berlari, membuat bulatan dalam mana praktik bola dijalankan seperti, juggling, stop bola dan passing, cara bawa bola,, pergerakan 3, 4,5, - 3, 3 & 4 dan sebagainya. Bagaimana menendang bola finalti, tending sudut, mengejar, tackle, heading, hantar lambung dan sebagainya. Latihan berterusan dari jam 8.30 hingga 11.30 tengahari.

Latihan berjalan dengan baik dan lancar. Dengan klinik latihan diberi bertambah pengetahuan peserta dan menambah kemahiran bermain.

Sekian.

============================================================



Assalamualaikum,

Dewan Pemuda PAS Serdang dan Selangor dengan kerjasama DUN Bangi dan Ahli Majlis Zon 23 akan menganjurkan klinik bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011 bersama 3 bintang harimau muda (Zulfahmi, Nik Shafik dan Chairil) pada 25 Disember 2011 (Ahad), 8.00-11.30 pagi di Kompleks Sukan Seksyen 15, B.B Bangi. Beberapa maklumat tambahan adalah seperti berikut:

* Penyertaan pemain hendaklah secara berpasukan melalui cawangan / taman bagi memudahkan agihan jersey.
* Yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan untuk mendapatkan sehelai jersey klinik bolasepak Selangor 2011. (Jersey terhad 250 helai shj)
* Terbuka kepada peserta  berumur antara 8-17 tahun.
* Digalakkan membawa bola sendiri

Setiap taman menghantar minima 10 peserta.

Untuk penyertaan, hubungi Dahari 019-3262537 atau email smremaco@yahoo.com

terima kasih

0 comments:

Post a Comment

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.