Posted by
khaiatbsp
Untuk makluman, pagi tadi 24 Okt 2011 lebeh kurang jam 7.00 pagi, seorang murid Sekolah Rendah Agama BSP bernama Fatimah Zaharah binti Aminuddin dari Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota telah diserang oleh sekumpulan 6 ekor anjing liar di kawasan padang di dalam kawasan sekolah. Ketika kejadian murid tersebut berjalan seorang diri. Akibat dari serangan anjing tersebut mangsa mendapat kecederaan gigitan anjing dikedua bahagian peha, betis dan cakaran bahagian belakang badan. Pada awal kejadian, saksi seorang penduduk di Apartmen Vista Seri Putra yang melihat kejadian menjerit dari rumahnya dan didengari oleh pekerja kantin sekolah lalu memberi bantuan menghalau anjing tersebut dari terus mengigit mangsa.
Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan BSP untuk rawatan dan seterusnya Pusat Kesihatan merujuk mangsa ke hospital PPUKM (ibu mangsa adalah seorang Doktor di PPUKM) kerana kecederaan gigitan agak terlalu dalam ke dagingnya. Semasa saya menghubungi bapa mangsa lebih kurang jam 3.45 petang ini, beliau memberitahu bahawa anaknya akan dimasukkan ke bilik pembedahan lebeh kurang jam 4.00 petang dan kemungkinan dimasukkan ke Wad Warga HUKM di tingkat 7 selepas pembedahan untuk pemerhatian.
Pihak MPKj telah pun membuat operasi selepas kejadian dan dapat menangkap seekor anjing liar. Pihak MPkj akan terus membuat operasi untuk memerangkap dan menangkap anjing liar tersebut pada malam ini di dalam kawasan SRA BSP.
Sekian, dimaklumkan.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
0 comments:
Post a Comment