Info Terkini PPBSP

EKSTIVAL KUIS

392633_304560122907022_100000591100557_1160138_2076335304_n.jpg

Karnival Kesihatan dan Perasmian Legundhi Phasa 11(A) Sabtu Ini

Sabtu ini bertempat di Pejabat Jualan Bangi Heights akan diadakan Karnival Kesihatan Komuniti Bandar Seri Putra anjuran Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan perasmian Legundi Phasa 11(A) oleh Bangi Heights Develpoments.

Majlis akan bermula jam 7.30 pagi. Antara aktiviti:

1- Aerobik
2- Free health screening (1 hari sahaja)
3- Racing car drifting demo
4- Street magician
5- Clown show (2 hari)



Berkaitan projek Legundi
==================
Sumber:http://my.news.yahoo.com/bangi-heights-launches-legundi-phase-2-114406821.html

KAJANG (Nov 14): Bangi Heights Development Sdn Bhd, a subsidiary of United Malayan Land Bhd (UM Land) will be launching the second phase of its Legundi Residensi series within the township of Bandar Seri Putra, Bangi soon.

The new phase spans 8.44 acres, has a gross development value (GDV) of RM58 million and will comprise of 52 units of 2-storey cluster houses, 16 units of 2-storey semi-detached houses and three units of 2-storey bungalows.

The 2-storey cluster units have built-up areas between 2,659 sq ft-2,780 sq ft with prices ranging from RM743,400 to RM1.2 million, while the 2-storey semi-Ds have built-up areas from 3,020 sq ft and are tagged from RM932,400 to RM1.4 million. The 2-storey bungalows have a built-up area of 3,506 sq ft with a price tag of RM1.6 million to RM1.7 million.

According to UM Land director of operations Zulkifly Garib, the second phase will be the final phase of the Legundi Residensi series.

"The second phase takes off from the first series, which is practically sold out. Value and quality remain the essence of this new product," Zulkifly said. "We have further raised our benchmark through this phase and believe that the market will see and realise this."

Legundi Residensi Series 1 was launched on April 16 and has achieved a take-up rate of 92% since, said Zulkifly adding that UM Land hopes to repeat the success of the first phase in its second phase. Sitting on 7.9 acres, the first phase comprises 65 houses, 52 units of 2-storey cluster homes, 12 units of 2-storey semidee houses and one 2-storey bungalow.

The official launch for phase 2 is slated for Nov 19 and 20. Legundi Residensi is part of the developer's ongoing township development Bandar Seri Putra and future developments in the township will include apartments, shop offices and bungalows.

Bandar Seri Putra is an integrated township spread over 898 acres of freehold land located along the KL-Seremban Highway. The township is 37km to Kuala Lumpur, 12km to Bandar Baru Bangi, 30km to Putrajaya, 35km to the Kuala Lumpur International Airport and 5km to Nilai.



Berkenaan Karnival Kesihatan

Tujuan utama adalah untuk memberikan penerangan tentang Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Diseases- NCD)
Seterusnya menyaring peserta yang berkemungkinan besar akan mendapat NCD agar secara sukarela dalam PROJEK NCDP- 1 MALAYSIA-SETTING KOMUNITI-BANDAR SERI PUTRA
Sukarelawan yang terpilih akan diberi tunjuk ajar untuk mengelakkan penyakit berkaitan NCD dengan pemantau selama 6 bulan.
Pelbagai program berkala juga akan diadakan di sini sepanjang 6 bulan program ini.
Diharap ramai sukarelawan (target 50 orang) akan tampil untuk menyertai program ini.

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT( Non Communicable Diseases- NCD)

- Penyakit Jantung
- Diabetis
- Stroke
- Darah Tinggi
- Kanser
- Penyakit Saluran Pernafasan yang kronik  ( Chronic Respiratory  Diseases)

Beban Penyakit Tidak Berjangkit (NCD )di Malaysia

- Dianggarkan kira-kira 60-70% dari jumlah kehadiran pesakit ke klinik kesihatan KKM adalah berkaitan penyakit NCD
- Penyakit NCD menyumbang kepada 20% kemasukan pesakit ke hospital KKM
- Penyakit NCD juga merupakan lima sebab utama kematian di hospital KKM sejak 10 tahun yang lepas
- Sebab utama kematian pra-matang (iaitu di bawah umur 60 tahun) juga adalah akibat penyakit NCD

Kematian akibat NCD adalah 40% daripada keseluruhan kematian di hospital KKM.


PROJEK NCDP 1 MALAYSIA - SETTING KOMUNITI - BANDAR SERI PUTRA

Objektif Umum
Menangani faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit  secara berkesan, dengan menggunakan obesiti sebagai entry point, untuk mengurangkan beban Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia.

Objektif Khusus
- Untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang amalan gaya hidup sihat serta terapi perubahan tingkahlaku untuk penurunan berat badan yang berkesan
- Mengenal pasti golongan yang berisiko melalui saringan kesihatan
- Melaksanakan intervensi bagi golongan yang dikenalpasti berisiko
- Memperkasakan komuniti dalam dari aspek amalan gaya hidup sihat melalui input dan latihan kepada komuniti setempat untuk mereka menjalankan aktiviti amalan gaya hidup sihat dengan lebih aktif secara berkala .
- Untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan peserta tentang pemakanan dan aktiviti fizikal sebelum dan selepas program intervensi.
- Mensasarkan 80% dari peserta yang menyertai program dapat mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5% dalam  tempoh 6 bulan
- Untuk mewujudkan persekitaran dalam komuniti yang menyokong amalan Gaya Hidup Sihat
- Memastikan program gaya hidup sihat dalam komuniti  dilaksanakan dan diamalkan  secara berterusan

Aktiviti saringan faktor risiko NCD
 
Aktiviti ini (Sabtu ini) adalah membuat saringan faktor risiko NCD (obesiti) dan mengenalpasti mereka yang digolongkan dalam kategori "borderline". Pakej intervensi akan disediakan kepada golongan tersebut.
 
Saringan ini meliputi saringan:
i.    Berat jisim tubuh (BMI)
ii.   Tekanan darah
iii.   Paras gula dalam darah
iv.   Paras kolesterol dalam darah
vi.   Saringan Minda Sihat

Saringan

- Semua individu dewasa berumur ? 18 tahun .
- Saringan dijalankan terhadap dewasa yang berumur ? 30 tahun yang tidak pernah didiagnosa dengan penyakit NCD  
- Dewasa yang berumur ? 18 – 30 tahun jika obes , mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit NCD atau kematian pra- matang akibat NCD.

Aktiviti intervensi faktor risiko NCD

Aktiviti intervensi dibantu oleh modul intervensi yang disediakan oleh KKM:-
- Intervensi Pemakanan Sihat
- Intervensi Senaman
- Intervensi Minda Sihat
- Intervensi Berhenti Merokok

Menyediakan pakej atau prasarana bagi menambah keberkesanan aktiviti  

i.   Kelas memasak/Dapur sihat ( Tempat disediakan oleh komuniti)
ii.   Mini gymnasium dan peralatan senaman seperti fitball, dumpbell dan pedometer , basikal ( Tempat disediakan oleh komuniti)
iii.   Aktiviti-aktiviti senaman dan pertandingan seperti senamrobik, poco-poco, taici, aktiviti berjalan kaki (10,000 langkah (komuniti  boleh menyediakan laluan/foot print bagi menarik pengguna) dijalankan secara berkala.
iv.   Aktiviti gotong royong secara berkala. Selain dapat meningkatkan aktiviti fizikal, kebersihan dan persekitaran taman dapat dipertingkatkan bagi menghindari penyakit-penyakit berjangkit seperti demam denggi, Leptospirosis, tifoid dan  Hepatitis A.

Diari kesihatan

 
Diari kesihatan akan disediakan kepada klien sebagai panduan asas dalam pencegahan faktor risiko NCD dan catatan harian untuk setiap perubahan dan amalan baik ke arah gaya hidup sihat.

Penilaian outcome

- Retention rate ( Bilangan peserta yang masih mengikuti program selepas 3 bulan dan 6 bulan)
- Peratus peserta yang dapat  menurunkan berat  5% dari  berat badan asal selepas 6 bulan
- Penurunan tahap kolestrol selepas 6 bulan
- Shift mean BMI, systolic BP, diastolic BP, blood sugar, kolestrol  selepas 6 bulan

Diharap ramai sukarelawan akan tampil untuk mengikuti projek ini.

KAYUHAN AMAL & SIHAT UKM (KASIH) -3 Dec 2011

Program Cuti Sekolah di BSP

Bagi memenuhi masa anak-anak dan keluarga pada cuti sekolah ini, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dibawah Biro Sukan dan Rekreasi dan Biro Wanita ingin menjemput warga Bandar Seri Putra khususnya atau masyarakat sekitar Bandar Seri Putra untuk menyertai program:

Syoknya Cuti Sekolah @ BSP (SYOK'2011)


Berikut di senaraikan beberapa program yang telah dirancang:

1. Kelas Renang 1 Malaysia
Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu) - PENDAFTARAN
Kelas : 2 jam utk 1 hari (10hari) selama 20 jam.
Masa: 8.00 - 10.00 malam di Bkt Mahkota
Tempat: Kolam renang Bukit Mahkota.
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Program Latihan 1 Malaysia (Swimming Skill & Cardiac Pulmonary Resuscitation)
Untuk remaja berumur 15 tahun dan ke atas.
Pengendali: Kolej Komuniti Hulu Langat
Hubungi: Puan Nursiah

2. Bengkel Membuat Coklat untuk kanak-kanak dan remaja.
Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Kelas compound sahaja. Kelas diajar secara 'hands-on'. Penerangan tentang jenis-jenis coklat. Teknik mencairkan coklat compound. Antara jenis coklat yang akan dibuat: Pelbagai jenis PRALIN COMPOUND DGN INTI @ FILING, Coklat truffle,  LOLLICHOC, coklat bar. *** Bahan dan peralatan di sediakan.
Trainer: Cikpuan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.
Hubungi: Khairil

3. Bengkel Membuat Cupcake dan Hiasan untuk kanak-kanak dan remaja.
Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian:  Membuat kek butter badam & coklat. Membuat kek span. Menghias cupcake menggunakan: Butter cream, butter ising, chocolate frosting, piping jelly.
Trainer: Cikpuan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.
Hubungi: Khai

4. Indahnya Subuh di Broga (ISB) – Mendaki Bukit Broga
Tarikh: 11 Disember 2011
Masa: 5.30 pagi (Berkumpul di Petronas BSP)
Tempat: Bukit Broga, Semenyih
Yuran : Percuma
Perincian: Peserta akan mendaki bukit Broga untuk melihat matahari terbit di atas Bukit Broga.
Pengendali: Tuan Haji Ahmad (YDP PPBSP)*
Hubungi: Khai

5. Bengkel Mengurus diri dengan Google dan Facebook untuk remaja.
Tarikh:16 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM20 seorang.
Perincian: Didedahkan dengan kelebihan menggunakan Google. Tip-tip mengurus diri dengan aplikasi Google. Tatacara dalam mengendalikan Facebook.
Trainer: En Khai. Pengedali blog dan facebook pelbagai entiti di BSP.
Hubungi: Khai


6. Bengkel Membuat Keychain/Kraftangan
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : akan dimaklumkan
Perincian:
Pengendali:
Hubungi: Khai

7. Pertandingan Bowling Terbuka PPBSP 2011 (Taman, Kumpulan Lelaki, Kumpulan Wanita dan Kumpulan Kanak-kanak).
Tarikh: akan dimaklumkan kemudian
Masa: 8.00 malam
Tempat:
Yuran : RM30 seorang
Perincian:
Pengendali: -
Hubungi: Khai


Diskaun diberikan kepada mereka dan keluarga yang telah mendaftar sebagai Ahli PPBSP.

Hubungi:    
En. Khai (Biro Sukan dan Rekreasi) - 012.2655.203, khaiatbsp@gmail.com
Cik Puan Nursiah (Biro Wanita) - 019-2641736
http://syokcutibsp.blogspot.com

** Tertakluk pada perubahan

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Oktober 2011


(sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=243960542326804&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=3)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,022,108.03.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-27 pada 11 November 2011 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan September 2011 = RM33,316.83 (updated figure)
  • bulan Oktober 2011 = RM48,414.52

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa kelulusan pelan dari MPKj secara rasmi akan diperolehi dalam sedikit masa lagi. Pada dasarnya pelan yang dihantar sudah diluluskan. InsyaAllah, perancangan pembinaan akan berjalan seperti dijadualkan pada dua peringkat.

  • Peringkat pertama, kerja-kerja 'piling' akan bermula pada awal tahun depan
  • Peringkat kedua, pembinaan struktur akan dijalankan kemudian

Pemilihan kontraktor yang 'mesra' (kontraktor yang faham dengan kedudukan kewangan masjid) akan dikenalpasti bagi melicinkan kerja-kerja pembinaan nanti.  Adalah menjadi hasrat Pengerusi dan jawatan kuasa keseluruhannya supaya pembinaan masjid nanti berjalan dengan baik, insyaAllah.

Pengerusi juga menerangkan bahawa JK Pembinaan kini sedang berusaha supaya proses gazet dipercepatkan untuk mendapat pelepasan cukai daripada LHDN. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN nanti, JK Pembinaan akan menghantar surat rayuan derma kepada syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk menambah dana dalam tabung pembinaan supaya kerja-kerja pembinaan yang dirancang dapat berjalan tanpa masalah 'kekeringan dana'.

Pada mesyuarat tersebut juga, Encik Zulkiply Gharib, Pengarah Operasi UMLand (wakil pemaju) mencadangkan supaya pelan masjid dibuat secara modular memandangkan kedudukan kewangan masjid yang ada sekarang. Dengan cara ini pembinaan dibuat mengikut fasa. Jika kewangan mengizinkan kerja pembinaan dapat disiapkan keseluruhannya. Ini untuk mengelak daripada kerja-kerja terbengkalai, yang akan menggambarkan satu 'image' yang kurang elok, bukan hanya kepada Jawatankuasa Masjid, tetapi juga kepada pemaju.

Dengan mengambil kira pandangan wakil pemaju (yang lebih berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan dan kos-kos terlibat), Jawatankuasa memutuskan supaya kerja tender yang telah dirancangkan tersebut ditangguhkan dulu buat sementara sehingga Jawatankuasa berasa selesa dengan dana yang ada. Keputusan ini akan dinilai semula bergantung kepada trend/pola wang masuk pungutan dana setelah surat pelepasan cukai daripada LHDN diperolehi dan surat rayuan telah dihantar.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

TPM datang untuk event INFRA, SMKBSP, 21 Nov 2011

index.php?action=dlattach;topic=9373.0;attach=5045;image

TPM datang untuk event INFRA (Institut Kemajuan Desa, Bangi) di bawah KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - YB Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal menterinya)


YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 pada 21 November 2011 di Padang SMK Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.

(Sumber: http://www.infra.gov.my/web/guest/home)

Saya cuma risau keadaan trafik pada pagi itu aje.. walaupun event mula pukul 9 pagi, tapi pak pacak pagar dikhabarkan dah diminta mula menunggu seawal 7 pagi.. dah le itu satu2nya jalan utama keluar ke tol PPM.. mintak tolong kat warga BSP tolong hebahkan pada kengkawan, kot2 le nanti tetiba jem kat situ.. budak sekolah memang dah cuti, kita yg keroje ni tetap juga lalu-lalang depan pagar sekolah tu pepagi hari..

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9373.msg86024#msg86024

Beberapa Maklumat berkaitan Surau As-Syakirin

Program Musim Cuti Sekolah

Program Musim Cuti Sekolah

Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut

dan borang boleh di print disini

Untuk mendaftar online sila klik disini

atau disini

Bagi pendaftaran online bayaran boleh dibuat secara onlie ke Akaun Surau seperti berikut:

Maybank: 56223008155 klik sini

Bank Islam: 05058010017239 klik sini



TADIKA TAHFIZ

Pihak Surau sedang merancang untuk membuka "Tadika Tahfiz" untuk kanak-kanak 4 ke 6 tahun. Insya Allah sekiran perancangan berjalan dengan baik akan dimulakan pada awal tahun 2012.

Hasrat untuk membuka tadika tahfiz ini pemberi pendedahan diawal usia kanak-kanak tentang hafazan al Quran Kepada ibubapa yang berminat bolehlah berhubung dengan pihak surau.

Jika anda berhasrat untuk menghantar anak andak ke Tadika ini atau ada apa-apa pandangan dan pertanyaan klik disini

 

Pembinaan Tandas Di Tanah Perkuburan

Memandangkan pelawat yang menziarahi Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra telah meningkat, beberapa kemudahan sedang dirancang. Antara kemudahan yang dirasakan perlu pada masa ini ialah tandas awam.

Dengan ini pihak pengurusan tanah kubur ingin mencari dana lebihkurang RM3k untuk membolehkan membina sebuah tandas.

Harap dapat sumbangan khususnya dari penduduk Bandar Seri Putra. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Surau As Syakirin 

Madrasah Terbuka

Pengajian 'ala pondok' untuk orang dewasa.

Surau akan mula mengadakan pengajian untuk dewasa pada hari-hari tertentu selapas solat isya.

Pengajian akan diadakan pada hari-hari berikut: Ahad, Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu.

Pengajian akan bermula pada 13 Nov (Ahad) ini dengan pengajian al quran  Bentuk pengajian adalah seperti berikut: Mengaji, Tajwid, Tafsiran dan hafazan.

Seterusnya nanti akan diadakah pengajian kitab-kitab fiqh, tauhid, tasauf dll. Kepada yang berminat bolehlah datang kesurau pada hari-hari yang berkenaan selepas isya. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Shuib tal: 013 7280074

Klik sini untuk penyertaan


Sumber: http://www.surausyakirin.org/

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.