Info Terkini PPBSP

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari YDP & AJK PPBSP

307684_212393392149430_169051276483642_543377_6996416_n.jpg
Klik gambar untuk pembesaran

Ucapan Selamat Hari Raya dari Pengerusi & AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

309069_209808389075353_120427501346776_561177_3568979_n.jpg
Klik untuk pembesaran

Solat Aidilfitri di Surau As-Syakirin



Umat Islam sekitar Bandar Seri Putra boleh bersolat Aidilfitri di Surau As Syakirin bermula jam 8.30 pg.

Salam Aidilfitri daripada Surau Al-Hijrah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/309961_10150775910635176_329327610175_20632100_6114459_n.jpg

Kami di Surau Al-Hijrah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli karyah khususnya dan semua muslimin-muslimat amnya.

EID MUBARAK


Disamping itu, selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kali ke-54.

Mudah-mudahan negara kita terus aman dan dirahmati Allah.

-Bagi pihak AJK Surau Al-Hijrah-

PPBSP: PERINTAH TETAP PENGAWAL RAYA

Salam untuk semua warga skim-skim yang dikasihi. Bersama ini di lampirkan arahan pengawal keselamatan dan plan taman Bandar Seri Putra. Terima kasih Encik Norizan di atas sumbangan plan tersebut.
 
Kepada semua skim mohon buat pembayaran segera SEBELUM 25 OGOS 11  ke akaun Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra sebanyak RM 600.00 atau hubungi Mejar Qayyum bin A. Badaruddin, 0193716910. Kerjasama dan komitmen tuan-tuan amat dihargai. Jika semua skim membuat pembayaran, maka kawalan yang lebih menyeluruh boleh dikawal oleh anggota rela yang dilantik.
 
RUMAH KITA, ASET KITA- TAMAN KITA MILI KITA. SAMA-SAMA KITA PELIHARA.
 
Mejar Qayyum bin A. Badaruddin, 0193716910

JEMPUTAN KE MESYUARAT PERSEDIAAN 'MAJLIS RAMAH MESRA BSP KALI KE-2 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 

2.    Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) merancang untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra BSP kali ke-2 2011 pada 8 Oktober 2011 (Sabtu)

3.    Justeru semua Ketua-ketua atau Wakil skim adalah dijemput untuk turut sama menjadi ahli jawatankuasa.  

4.     Tarikh dan waktu yang dicadangkan adalah seperti berikut: 
Tajuk: Mesyuarat Persediaan Majlis Ramah Mesra BSP Kali Ke-2 2011
Tarikh:  16 August 2011
Hari: Selasa malam Rabu
Waktu: 10.00malam (atau selepas solat terawikh)
        Tempat: Surau As-Syakirin

Agenda:
  1. Perlantikan jawatankuasa kerja
  2. Perbincangan tugasan biro-biro
  3. Hal-hal lain
5.  Besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat membantu dalam aktiviti kemasysrakatan di Bandar Seri Putra ini.  

Mohon untuk mengesahkan akan kehadiran Tuan/Puan ke perjumpaan ini dengan membalas email ini.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.


Yang benar,
Khairil Anuar 124
Pengarah, Majlis Ramah Mesra BSP kali ke-2 2011

__._,_.___

SENARAI SEKTOR BALAI POLIS BANGI & BORANG BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1.         Bersama-sama ini dikepilkan senarai sektor Balai Polis Bangi di dalam Bandar Seri Putra yang menyenaraikan anggota-anggota Polis yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing apabila berlaku sesuatu kecemasan dan keselamatan supaya senang dihubungi oleh penduduk bagi mendapatkan bantuan.



2.         Disertakan "Borang Balik Kampung" yang disediakan oleh PDRM untuk dipenuhi oleh semua penduduk sebelum balik ke kampung terutamanya sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba nanti.  Penduduk adalah diminta mengisi butir-butir yang diperlukan di dalam borang tersebut dan majukan ke Balai Polis Bangi supaya dapat digunakan sebagai panduan dan maklumat untuk pihak Polis membuat rondaan dan pemantauan kawasan tanggungjawab sebagai langkah pencegahan jenayah pecah masuk rumah dan curi kenderaan ketika penghuni-penghuni tiada di rumah.



3.         Sila hebah dan edarkan kepada semua penduduk masing-masing.

"Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak"
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri"

Sekian, terima kasih.

Wassalam dan selamat sejahtera.

Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

* borang_balik_kampung_muat_turun.pdf
* Senarai Sektor Anggota Balai Polis Bangi.xls

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.