Info Terkini PPBSP
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

Kursus Ternak Ayam Kampung
17 Julai 2011
Hotel Equitorial Bangi
8 pagi - 4 petang
Percuma
Terhad untuk 40 orang sahaja
03 8925 0891
012 297 3664
(Nadzmi)
Anjuran:
Pejabat ADUN Bangi dengan kerjasama Jabatan Verterina Selangor
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

Alhamdulillah respon yang kita setakat 5 Julai 2011, seramai 118 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 118 peserta tersebut, 92 telah pun disahkan pendaftarannya.
Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai dalam masa terdekat ini. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.
Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.
-Khaiatbsp-
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=8675.msg76036#msg76036
Saya forwardkan maklumat dari SI Ramlam BP Bangi : Maklumat dari D9 IPK Selangor, Kumpulan Ops Rantau (Perompak Warga Indonesia) menaiki kereta Proton Perdana Putih Suspek 5 lelaki dan mensasarkan Rumah Mewah. SIla hebahkan.
nando
Saya forwardkan maklumat dari SI Ramlam BP Bangi : Maklumat dari D9 IPK Selangor, Kumpulan Ops Rantau (Perompak Warga Indonesia) menaiki kereta Proton Perdana Putih Suspek 5 lelaki dan mensasarkan Rumah Mewah. SIla hebahkan.
nando
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Sabtu lepas SK Bandar Seri Putra menyahut seruan kementerian dengan mengadakan Larian 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Larian yang melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta partisipitasi daripada guru-guru SK-BSP yang bersemangat kental. Dikongsikan gambar semasa larian tersebut. Kredit kepada bsprunner@gmail.com kerana mengambil gambar-gambar ini. Selebihnya di sini: http://bsprunner.multiply.com/photos/album/7.





-Khaiatbsp-
-Khaiatbsp-
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

"Ceramah Perdana Isra' dan Mi'raj 1432H Peringkat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 15 Julai 2011 / 13 Syaaban (Jumaat)
Masa : selepas Solat Maghrib (7:45 malam)
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Penceramah : Y.Bhg. Ustaz Dato' Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Semua Dijemput Hadir."
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Kebakaran Besar Di Pekan Bangi
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/kebakaran-besar-di-pekan-bangi.html9 buah kedai sederet di Pekan Bangi terbakar pagi ini. Api merebak dari kedai makan kira-kira jam 2.30 pagi dan segera merebak ke kedai-kedai lain yang hanya bertiang batu, tetapi bahagian yang lain daripada papan (kayu). Dijangka berlaku litar pintas. Menurut pegawai bomba Encik Khairuddin, pihak bomba menerima maklumat jam 3.00 pagi dan dapat sampai ke Pekan Bangi, tempat terbakar 12 minit kemudian. Menurutnya 4 buah kereta bomba tiba ke lokasi, 2 buah dari Bangi, 1 buah dari Kajang dan 1 buah dari Serdang. Operasi diketuai oleh Haji Imran Ahmad Pegawai Bomba dari Bandar Baru Bangi. Menurutnya `Api segera merebak oleh kerana bahagian bangunan berusia 70 tahun itu adalah dari kayu dan tidak dapat diselamatkan, walaupun bekalan air tidak terganggu.
Adun Bangi mendapat maklumat jam 8.30 pagi ketika bersiap ke Program di Cheras Jaya. Adun mengarahkan Haji Rushdi bersiap dengan bantuan dan peruntukan tambahan, selain dari kewangan yang ada pada Adun. Arahan juga agar pengiring-pengiring ikut sama. Dalam masa membuat persediaan Adun segera ke Cheras Jaya yang turut ke sana YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Dari program di sana bersama pengiring-pengiring Adun berkejar ke Pekan Bangi dan tiba di lokasi jam 11.00 pagi menemui Pegawai-Pegawai Bomba, pemilik-Pemilik Kedai yang terbakar dan melihat kerja-kerja memadam masih sedang dilakukan. YB Teo Nie Ching yang juga dari Program di Cheras Jaya bersama pengiring turut sama tiba. Adun Bangi yang bertemu mangsa-mangsa mensenaraikan nama-nama mereka yang kehilangan bangunan dan harta, iaitu seramai 8 orang (seorang memiliki dua unit kedai). Mereka ialah:
1) Puan Sapura Baby – Ibu tunggal menyewakan bangunan sebagai kedai makan
2) En. Tony yang berniaga hardware
3) En. Rama Samy
4) Mr. Tan Hoi Tiong berniaga perabut
5) En. Rama Muthu peniaga kedai gunting
6) En. Kian Phat Leong Yeow
7) Mr. Chong
8) Kow Soon Hing
9) Penyewa Kedai Puan Sapura
(Mungkin berlaku kesilapan ejaan bagi sebahagian dari nama-nama di atas – mohon maaf, kerana dalam keadaan tergesa-gesa dan perlu dibuat rujukan kembali).
Mereka semua diminta Adun & Ahli Parlimen Teo Nie Ching berhimpun di sebuah warung berhampiran bangunan yang terbakar. Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar dan YB Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan permulaan kepada setiap mangsa dan juga penyewa serta berjanji akan disusuli dengan pertemuan berikut bagi membincangkan kedudukan dan bagaimana mengatasi serta memberi sumbangan.
Kerugian dijangka melebihi 5 juta. Walau bagaimana bersyukur kepada Allah tiada berlaku kemalangan jiwa. Menurut seorang pegawai bomba, tiga buah kereta terpaksa dipecahkan cermin bagi mengalihkan kereta dari terbakar. Turut sama hadir ke lokasi terbakar ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, En. Lau Ketua Kg. Baru Cina, Pekan Bangi,Dato` Fathil Ketua Umno Serdang, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai.
Hingga jam 12.00 tengahari orang ramai masih berhimpun menyaksikan kebakaran yang dapat disifatkan besar dan belum pernah berlaku sebelumnya sebegini. Apabila Adun bertanya tempat kediaman sementara kepada mangsa-mangsa terbakar, buat masa ini masing-masing mempunyai keluarga yang mereka dapat menumpang buat sementara. Mereka tidak memerlukan lindungan sementara. Kami akan terus berusaha membela dan memberi perhatian terhadap kepentingan mangsa-mangsa terutama membawa masalah mereka ke peringkat Negeri dan ke Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada minggu akan datang.
Terima kasih.
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 30 Julai 2011, seramai 78 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 78 peserta tersebut, 47 telah pun disahkan pendaftarannya.
Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai dalam masa terdekat ini. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.
Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.
-Khaiatbsp-
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
