Info Terkini PPBSP

INIKAH RAMADHAN TERAKHIR KU?
Ustaz Rashidy Jamil Ar-Rashid
Sabtu, 14 Julai 2012
Surau Al-Hijrah
Bandar Seri Putra
http://suraualhijrahbsp.com/
Saya mendapat makluman daripada salah seorang penduduk BSP berkenaan berita dibawah.
Bagaimanapun masih belum ada maklumat lanjut bagaimana untuk memohonnnya.
Jika ada pembaca yang ada meklumat berkaitan, diharap dapat berkongsi dengan menghantar email kepada saya di khai@bandarseriputra.com.
-Khai-

Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).
Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.
"Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.
"Penderma telah mengamanahkan agar tidak mendedahkan identitinya dan saya selaku pengerusi pengelola menjaga amanah ini dan akan menjalankan tanggungjawab ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh penderma," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Menurutnya, sebagai pendahuluan sebuah surau bakal dibina di Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim di sini bagi menggantikan surau yang telah uzur dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM400,000.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan turut dihadiri ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Latipah Omar, ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Kassim Mohamad.
Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik hasrat penderma berkenaan dalam membantu kerajaan negeri membina lebih banyak surau, masjid dan rumah anak yatim di negeri ini namun tetap berharap dapat dipertemukan dengan individu terbabit.
Katanya, perjumpaan dengan penderma itu adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kesulitan di kemudian hari kerana ianya melibatkan banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Pelajaran negeri.
"Saya akan arahkan satu pertemuan diadakan bersama penasihat undang-undang dan kewangan negeri, pihak JAIM, jabatan pelajaran serta agensi yang terlibat bagi mengelak daripada berlakunya masalah," katanya.
Utusan

By
Nazli Ibrahim
– July 2, 2012
SHAH ALAM, 2 JUL: Ibubapa di Selangor yang berpendapatan rendah kini boleh memohon untuk bantuan menghantar anak mereka ke tadika melalui Skim TUNAS di syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) di Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, Shah Alam.
RMSB yang merupakan anak syarikat milik Kerajaan Negeri bertanggungjawab menguruskan semua skim-skim dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor boleh dihubungi di talian 03-5510 3468 dan 03-5510 3472.
Selain itu, borang permohonan skim TUNAS atau Bantuan Tadika Selangor boleh didapati dari pejabat-pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN dalam jangkamasa terdekat ini.
Demikian menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, ketika pelancaran rasmi skim terbaru ini di sini semalam.
Skim TUNAS yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre diwujudkan sebagai subsidi pendidikan bagi meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan.
"Bagaimanapun bantuan skim ini tidak melibatkan bayaran tunai kepada penerima sebaliknya ia akan dibayar terus kepada sekolah tadika terlibat," ujar Dr Halimah.
Dr Halimah menjelaskan, sekolah tadika itu pula hendaklah berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), sebuah badan bertindak mengawal selia piawaian sekolah-sekolah tadika seluruh Selangor.
"Kerajaan negeri juga buka kepada Tadika Perpaduan dan Kemas, tetapi mereka enggan daftar untuk sertai program ini.
"Jadi, yang ada pihak kata kami tak telus dan sebagainya itu tak betul. Sebenarnya mereka sendiri yang enggan kerana berfikiran politik sempit.
"Akhirnya ibu bapa yang anaknya bersekolah di Kemas dan Perpaduan jadi mangsa, tidak dapat menikmati skim ini," katanya lagi.
Menurut Dr Halimah, skim tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM1.016 juta dari Geran Selangorku bagi tahun 2012.
"Bagi tahun hadapan, peruntukan untuk Skim Tunas diteruskan dan dimasukan di dalam belanjawan berimbang 2013 nanti," kata Dr Halimah ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin di majlis pelancaran skim tersebut.
Satu 'road show' juga akan diadakan dalam jangkamasa terdekat bagi menerangkan skim ini kepada rakyat Selangor bermula di kawasan DUN yang mengandungi paling banyak keluarga berada di bawah paras kemiskinan.
'Road show' itu juga akan memaparkan tadika-tadika yang telah menyertai skim ini.
Skim yang julung-julung kali diperkenalkan itu telah menerima reaksi positif dari para ibu bapa yang sempat ditemui TVSelangor.
"Semenjak kerajaan baru ini, bermacam skim untuk rakyat diperkenalkan, termasuklah terbaru hari ini. Skim Tunas untuk ringankan beban rakyat berpendapatan kurang RM1,500, kata seorang bapa Mohd Suhaimi Ibrahim
"Saya percaya bantuan ini dapat meringankan beban golongan sasaran."
Khatijah Hashim, 42, pula menganggap skim yang diperkenalkan ini sebagai mengesahkan lagi tanda kesungguhan Kerajaan Negeri meningkatkan mutu pencapaian pendidikan rakyat negeri ini.
"Sebelum ini ada Tuisyen Rakyat, sekarang pula Skim Tunas, saya nampak Kerajaan Negeri betul-betul serius nak tingkatkan pencapaian pendidikan rakyat Selangor," kata Khatijah.
Turut hadir pada majlis hari ini ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, Pengerusi Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Dr Supian Hussein, dan penyelaras-penyelaras DUN.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut dikongsikan beberapa perkara hasil perbincangan mesyuarat JK PPBSP pada 24 Jun 2012 yang lalu.
- Alhamdulillah permohonan PPBSP melalui Biro Ekonomi dibawah Tuan Mustafa Kassim untuk menganjurkan Pasar Ramadhan 2012 di BSP telah diluluskan oleh MPKj. Biro Ekonomi sedang dalam persediaan bagi memastikan semua proses berjalan lancar. Tempat solat dan tong sampah akan disediakan. Manakala, ahli mesyuarat mencadangkan agar kualiti makanan, harga, masalah lalu lintas perlulah diambil perhatian agar pembeli dan penduduk BSP selesa sepanjang penganjuran tersebut.
- Manakala PPBSP dimaklumkan bahawa penganjuran pasar malam hari Sabtu akan tamat tempoh September ini dan hari Selasa akan tamat tempoh Januari 2013. PPBSP berminat untuk menganjurkannya dan akan cuba memohonnya apabila MPKj membuka pelawaan penganjurannya nanti.
- Melalui Biro Pendidikan, Motivasi Alihan Pelajar 2012 di BSP akan diadakan dengan tarikh cadangan adalah 30 September.
- Biro Pendidikan juga berhasrat mengadakan krusus "parenting" yang dicadangkan dikendalikan oleh Ustaz Hasrizal.
- Manakala Biro Kebajikan sedang mengumpul data anak yatim, ibu tunggal dan warga sakit kronik. Ini diharap mendapat kerjasama daripada semua entiti NGO dam skim-skim di BSP.
- Biro Kebajikan juga akan memohon maklumat kematian daripada surau atau skim untuk tindakan lanjut daripada biro.
- Biro Agama pula dicadangkan agar dapat bekerjasama dengan surau-surau di BSP.
- Bagi Biro Alam Sekitar dan Pembangunan, antara aktiviti yang dirancang adalah "Walkabout" bersama wakil-wakil skim untuk memantau keadaan sampah, iklan haram, longkang, lampu jalan dan sebagainya. Dijangka akan di buat dua bulan sekali dan hasil pemantauan akan di hantar secara kolektif kepada pihak berkuasa.
- Biro Alam Sekitar dan Pembangunan juga mencadangkan agar disediakan tong sampah khas bagi menjadikan BSP lebih bersih dan cantik. Kos penyediaan tong adalah melalui penajaan.
- Beberapa perkara untuk Biro Keselamatan. Antaranya cadangan mengadakan tanda jalan kawasan sekolah, program keselamatan berkelompok semasa cuti Hari Raya dsb. Biro Keselamatan diharap dapat mengadakan mesyuarat bersama skim-skim di BSP dengan segera agar tindakan awal boleh dilakukan.
- Biro Penerangan dan Komunikasi juga mencadangkan beberapa aktiviti seperti program penambahan ahli sepanjang tahun, mengadakan perlawanan bola sepak tertutup pengerusi/ajk skim serta cadangan menghantar laporan secara kolektif kepada pihak berkuasa tempatan.
- Biro Penerangan dan Komunikasi juga dimaklumkan akan cadangan memohon pembinaan jejantas bersetentang antara SRA dan SMK bagi kemudahan kedua-dua sekolah yang akan digerakkan oleh PIBG SRABSP.
- YDP akan mengetuai program Ramah Mesra BSP 2012 yang dicadang dibuat paad 23 September (tertakluk kepada perubahan).
Sekian dimaklumkan.
Khairil
Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)

Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


Wajah blog PPBSP yang baru dengan widget info penting yang terkini disampaikan melalui twitter.
http://ppbsp.blogspot.com/
##### Mari jadi ahli PPBSP. #######

Dear Penduduk Bandar Seri Putra,
You are cordially invited to join NCI Hospital Nilai in our Public Talk and Open Day on 14 July 2012. Admission is free. Come listen to the informative health talks by our Consultants and ask them all the health questions you have in your mind all these while but no chance to get an answer to. There will be lots of activities and attractive prizes to be won in our lucky draw too! We have attached our e-Flyer here, please help us to share the invitation to your family and friends.
We hope you can help us to list this community event in your blog too.
Details of our event in attached flyer and below.
We look forward to seeing you!
Thank you.
Best regards,
NCI HOSPITAL
NCI HOSPITAL Public Health Talk & Open Day
Ceramah Kesihatan Awam & Hari Terbuka
NCI 医院 开放日与健康讲座会
| Date/Tarikh : 14 July 2012 (Saturday/Sabtu) | 日期 : 14/07/2012 (星期六) |
Time/Masa : 8:30pagi – 2:00petang | 时间 : 早上8:30至下午 2:00 |
| Venue/Tempat : NCI Hospital Lobby & Auditorium | 地点 : NCI医院大厅和视听厅 |
Public Health Talks by Our Specialist Consultants
Ceramah Kesihatan Awam oleh Pakar Perubatan
“我和医生有个约会”健康讲座会
Can Cervical Cancer be Prevented?
Bolehkah Kanser Serviks Dicegah? 子宫颈癌可以预防吗?
Dr. Vicknesh a/l Visvalingam (Consultant Gynae-Oncologist)
Asthma in Children
Asma Di Kalangan Kanak-Kanak 哮喘与您的孩子息息相关!
Dr. Azanna Ahmad Kamar (Consultant Paediatrician)
Lower Back Pain
Sakit Belakang 腰背疼痛
Dr. Shahidan Bin Yusof (Orthopaedic & Traumatology Surgeon)
Rhinosinusitis
Resdung 什么是鼻窦炎
Dr. Ng Teck Siang (ENT, Head and Neck Surgeon)
**************************************************
Free Admission / Masuk Percuma | 入场免费 |
| Free Goodie Bag for first 200 participants / Beg percuma untuk 200 peserta pertama | 首200名出席者将获得神秘礼物
|
Free Screening – Glucose, Cholesterol, BMI, Blood Pressure / Pemeriksaan Percuma - Glukosa, Kolesterol, BMI, Tekanan Darah | 免费健康检查(血糖,胆固醇,体重指数和血压检验)
|
Free Children Asthma Screening / Pemeriksaan Asma Kanak-kanak Percuma | 免费儿童哮喘测验 |
Free Anlene Bone Health Check / Pemeriksaan Kesihatan Tulang Percuma oleh Anlene | 免费骨骼健康检查 |
Blood Donation Drive / Kempen Derma Darah | 捐血活动 |
Free (Halal) Lunch for all participants / Makan tengah hari percuma untuk semua peserta | 赴会者将可享用免费午餐 |
**************************************************
Lucky Draw / Cabutan Bertuah | 幸运抽奖 |
| 1st Prize iPad2 | 首奖 : iPad2 X 1 |
| 2nd Prize Digital Camera | 次奖 : 数码相机 X 1 |
8x iPod Shuffle 2G | 其他奖品包括:- iPod Shuffle 2G X 8 |
Cash Vouchers worth RM2,000 / Baucar tunai bernilai RM2,000 | 价值RM2,000的现金礼卷 |
3x Nestle Hampers worth RM100 each / 3x Hamper Nestle bernilai RM100 setiap satu | 3 x 每个价值RM100的雀巢礼篮 |
1x Toaster / Pembakar Roti | 烤面包机X 1 |
| 1x Thermal Pot | 热壶X 1 |
/---------------------------------------------------------------------------\
Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.
This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control
\--------------------------------------------------------------------------/
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...