Info Terkini PPBSP
Semua Penduduk Yang Budiman,
Tarikh tutup untuk penyertaan Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra pada 11 Mei 2012
sebelum atau selewat-lewatnya jam 5.00 petang.
Terdapat sebilangan skim-skim belum menghantar nama tim untuk pertandingan ini.
Jangan berlengah-lengah lagi, majukan SEGERA untuk menyahut cabaran ini.
"Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak kami ternanti-nanti".
Sekian, terima kasih.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
dan tidak ada segolongan manusia yang berhimpun di sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah,
mereka membaca Kitab Allah (bertilawah) dan saling mempelajari isinya di antara sesama mereka kecuali pasti
akan turun pada mereka (kurniaan Allah berupa) ketenangan dan mereka diselubungi dengan Rahmat(Nya) serta dinaungi oleh para malaikat dan
Allah menyebut nama-nama mereka (berbangga dengan mereka) di sisi para makhluk yang berada dekat dengan Allah...
Mudah-mudahan akan diadakan forum sebegini di BSP.
Untuk makluman Ustaz Nushi adalah AJK PPBSP dan juga Ketua Biro Agama dan Sosial (senarai Biro PPBSP 2012/2013).
http://www.youtube.com/watch?v=BE2jz6TE1Ao&feature=player_embedded
4 MEI 2012 (JUMAAT)
9.30 PM FORUM PERDANA
"Keluarga Bahagia Menuju Syurga"
1) Ustaz Hasrizal (Saifulislam)
2) Ustaz Fauzi Mustafa
3) Moderator : Ust Nushi Mahfodz (Pensyarah Kuis)
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Semua Penduduk Yang Dihormati,
Berlanjutan kepada penerimaan penyertaan bagi Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2012 tidak mengalakkan, pihak penganjur telah memutuskan tarikh tutup penyertaan dilanjutkan daripada 04 Mei 2012 kepada 11 Mei 2012. Sehubungan itu, tarikh pengundian juga ditunda daripada 08 Mei 2012 kepada 15 Mei 2012.
Diharapkan setiap skim dapat menyertai pertandingan ini dengan menghantar dua tim. Sila lihat kepada pindaan peraturan dan borang penyertaan yang dikepilkan bersama. Jom bersukan dan jangan lupa merebut hadiah-hadiah yang telah disediakan bagi pertandingan ini.
Mohon kerjasama semua pengerusi setiap skim memanjangkan berita ini kepada Biro Sukan masing-masing supaya dapat menyediakan tim-tim untuk pertandingan ini.
Sekian, terima kasih.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB


Klik untuk pembesaran
Jawatankuasa Kerja (JK) PPBSP telah bermesyuarat malam tadi (4 Mei 2012). Berikut makluman untuk warga BSP.
- Mesyuarat bersetuju melantik semua pengerusi skim yang tidak dilantik semasa AGM ke-2 baru-baru ini sebagai ahli mesyuarat JK PPBSP.
- Perkara berkaitan, AGM baru ini juga telah bersetuju untuk meminda perlembagaan untuk melantik semua pengerusi skim secara automatik jika tidak terpilih semasa AGM. Bagaimanapun ini tertakluk kepada pengesahan pendaftar pertubuhan (ROS) serta hanya boleh dilaksanakan pada AGM akan datang.
- Bagi kesinambungan usaha lepas, AJK sesi 2011/2012 akan turut dijemput hadir mesyuarat JK untuk mendapat pandangan dan berkongsi pengalaman mereka. Mesyuarat malam tadi menyaksikan kehadiran Dr. Ramizi dan Tuan Azizul Jabbar hadir sama dan turut memberi pandangan bernas untuk perjalanan PPBSP seterusnya.
- Mesyuarat membentuk dua jawatankuasa kecil bagi menyiapkan minit mesyuarat AGM yang diketuai oleh Tuan Mohd Ramli Taib (Penolong Setiausaha) dan jawatankuasa kecil daftar ahli dan yuran diketuai oleh Tuan Khairil Anuar (Setiausaha).
- Mesyuarat bersetuju dengan lantikan ketua biro yang dicadangkan (rujuk senarai biro dan ketuanya dibawah)
- Ketua biro digalakkan melantik ahli untuk biro masing-masing. Mesyuarat meminta setiausaha memohon senarai jawatankuasa semua skim. Seterusnya cuma memadankan jawatankuasa skim dengan biro PPBSP. Ini membolehkan perlantikan AJK biro daripada AJK skim.
- Semua ketua biro dikehendaki menyenaraikan aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang sesi 2012/2013 beserta belanjawan pada mesyuarat akan datang. Penduduk digalakkan berhubung dengan ketua biro untuk memberi input perkara berkaitan.
- Setiausaha akan menghantar jemputan kepada semua skim dan surau agar dapat berkolaborasi sekurang-kurangnya satu acara contohnya program Maal Hijrah Perdana.
- Mesyuarat bersetuju untuk menaikkan dua papan tanda pada kedua-dua jalan masuk ke BSP untuk memperkenaklan PPBSP kepada semua penduduk.
- Mesyuarat bersertuju mengadakan majlis Hari Raya yang akan dipengerusikan oleh YDP sendiri. Sebarang input boleh dimaklumkan terus kepada YDP, Tuan Hj Ahmad Yusof.
- Mesyuarat bersetuju agar PPBSP melihat kemungkinan pasar malam dan pasar Ramadhan dianjurkan sendiri oleh PPBSP. Sebarang pandangan boleh disalurkan kepada Timbalan YDP, Tuan Mustafa Kasim, yang mengetuai projek ini.
- Mesyuarat juga bersetuju melantik Timbalan YDP untuk mengetuai usaha mendirikan dewan serbaguna di BSP.
- Tuan Engku Faizal diminta menghubungi Ahli Majlis berkaitan garisan jalan dan nombor tiang lampu yang semakin tidak kelihatan.
- Begitu juga berkenaan sampah di belakang kedai yang tidak cantik dipandang.
- Mesyuarat juga bersetuju agar PPBSP lebih menonjol. Salah satu caranya adalah dengan mengadakan pertemuan secara berkelompok dengan surau dan skim dibawahnya. Ini juga mampu mengeratkan silaturrahim antara PPBSP dengan semua entiti di BSP.
Makluman dari ahli majlis mesyuarat:
- Skim Acasia ada memasang tiang (atau bollock) dijalan masuk Acasia. Ini bagi mengelak ibubapa meletak kenderaan dijalan masuk dan menyukarkan penduduk keluar masuk. Harap penduduk dapat berikan kerjasama.
- Penduduk diharap dapat membuat salinan sebarang laporan kepada Ahli Majlis agar Ahli Majlis dapat membuat tindakan susulan dengan lebih pantas.
- Pihak Bangi Heights kecewa dengan sambutan penduduk bagi pertandingan badminton yang akan diadakan pada 26 Mei ini. Maka, tempoh pendaftaran dilanjutkan kepada 11 Mei. Harap lebih ramai yang menyertainya. Undian akan dilakukan pada 15 Mei di Bangi Heights.
- Makluman awal daripada pihak Bangi Heights, satu acara Komuniti Policing "Berbasikal bersama OCPD" akan diadakan pada 30 Jun 2012. Acara sampingan seperti cabutan bertuah, pameran polis, kaunter rakan cop dll. Diharap warga BSP dapat ramai-ramai menjayakannya.
Senarai Biro dan Ketua PPBSP 2012/2013
- Biro Ekonomi – Mustafa bin Kassim (Putra Terrace)
- Biro Keselamatan – Mohd Khairuddin Yasim (Seri Mawar)
- Biro Sukan dan Rekreasi – Burhanuddin Hj Mahwal (Putra Villa)
- Biro Agama dan Sosial – Ustaz Nushi Mahfodz (Putra Tropika)
- Biro Wanita – Hjh Nursiah Mat Junid (Putra Terrace)
- Biro Kebajikan – Hj Nor Halimi Saaidin (Putra Hill Residency)
- Biro Pembangunan dan Alam Sekitar – Engku Faizal Annuar Che Engku Husin (SP5)
- Biro Pendidikan – Dr Ishak Ahmad (Putra Terrace)
- Biro Guaman dan Tugas‐tugas khas ‐ Sharifah Fadzliah Syed Taha (Princeton Residences)
- Biro Penerangan dan Komunikasi - Khairil Anuar (SP5)
Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dipanjangkan kepada:
"Hidup bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Garis panduan keselamatan di sekolah dikaji semula
http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm
MUAR 3 Mei - Kementerian Pelajaran akan meneliti semula garis panduan keselamatan sekolah di negara ini dalam usaha memperkukuhkan aspek keselamatan pelajar bukan sahaja di dalam kawasan tetapi juga luar kawasan sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian semalam dan memutuskan pekeliling keselamatan sedia ada ditambah baik untuk mempertingkat aspek keselamatan pelajar.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kes penculikan pelajar warga Belanda Nayati Shamelin Moodliar, 12 tahun pada 27 April ketika dalam perjalanan ke sekolah menyedarkan beliau dan kementerian mengenai aspek keselamatan pelajar bukan sahaja harus dititikberatkan di dalam kawasan sekolah tetapi juga di luar sekolah.
"Kita telah ada pekeliling (keselamatan) sekian lama... tetapi dengan perkembangan terbaru kita nak lihat balik bagaimana nak perkukuhkan keselamatan pelajar dengan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dipertingkat," katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corp Bhd -7Eleven- dan Cosway Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Junid di sini hari ini. - BERNAMA
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Konvensyen Super Parents akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 26 & 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Masa : 8 pg – 5 ptg
Bayaran : RM120 seorang (pendaftaran sebelum 10 Mei 2012)
Maklumat lanjut boleh didapati di laman http://superparents.com.my/
Nota: Pendaftaran secara berkumpulan yang melebihi 40 orang akan mendapat diskaun 15%.
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....






