Info Terkini PPBSP
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
PERUNTUKAN MARRIS RM 1 JUTA DUN BANGI
Sumber:http://mahkota5.blogspot.com/2012/03/peruntukan-marris-rm-1-juta-dun-bangi.html
Assalamualaikum,
PENGUMUMAN PENTING DARIPADA PEJABAT ADNS BANGI, YB DR SHAFIE ABU BAKAR.
PERUNTUKAN MARRIS RM 1 JUTA SETIAP DUN SUDAH KELUAR
BAGI DUN BANGI, PERMOHONAN MESTI SIAP SEBELUM 30 MAC
BERMULA ESOK DAN MINGGU DEPAN PIHAK MPKJ DAN PEJABAT ADUN BANGI AKAN
BUAT LAWATAN KE TEMPAT2 YG DICADANGKAN UNTUK DI BAIKPULIH
HANYA JALAN DAN LONGKANG SAHAJA DIBENARKAN DI BAIKPULIH
KAWASAN YG DIBENARKAN ADALAH TAMAN PERUMAHAN DI BAWAH SELIAAN MPKJ
NAMUN KG TRADISI JUGA DIBENARKAN TAPI BAJET NYA TERHAD
DI MINTA TUAN2 SEKALIAN PROAKTIF
TINJAU DI TEMPAT MASING2 LONGKANG DAN JALAN YG PERLU DI PERBAIKI
SILA BERI MAKLUMAT,
1 NAMA JALAN (LOKASI SPESIFIK)
2. TAMAN PERUMAHAN
3. JENIS KEROSAKAN
4. NAMA PENGADU
5. NO TELEPON
MAKLUMAT BOLEH MELALUI,
EMEL : srumaks62@gmail.com atau drshafien26@gmail.com
FAKS : 03-89250891
SMS : 016-2352180
Diharapkan sesiapa ada maklumat @ aduan berkaitan longkang dan jalan yang ingin dibaikpulih, sila salurkan maklumat tersebut dengansegera selewat-lewatnya Isnin 19/3/2012.
Sekian.terima kasih.
Dilaporkan oleh :
Persatuan Penduduk Seksyen 5,Biro Pengurusan dan Perhubungan awam,
Bdr Bukit Mahkota,Bangi.
Posted by
khaiatbsp
comments (0)


Antara ibubapa dan guru yang hadir

Mantan YDP dan perasmi, Puan Hjh Habibah, Penolong Pegawai Tadbir Agama Sepang

Barisan AJK Sesi 2012-2014 (senarai di sini)
Alhamdulillah mesyuarat PIBG SRABSP Sabtu lalu telah berjalan dengan lancar yang dihadiri hampir 120++ wakil ibubapa dan guru. Ini melebihi tahun lepas iaitu seramai 105 orang sahaja. Bagaimanapun, jumlah ini masih kecil berbanding jumlah pelajar SRABSP yang mencecah 1,500 orang keseluruhannya. Mungkin sahaja tarikh mesyuarat yang jatuh pada awal cuti sekolah menyebabkan ramai yang telah mula bercuti. Apa pun, diharap ibaubapa dapat melunagkan masa untuk aktiviti PIBG pada masa akan datang. Lebih ramai yang hadir, lebih kuat kesatuan PIBG. Itu pun tema mesyuarat tahun ini, "Memperkasakan Pendididkan Melalui PIBG".
Majlis bermula dengan sarapan di kantin sekolah untuk menyuntik tenaga para hadirin yang hadir agar bertenaga dan bersemangat untuk mesyuarat pada pagi tersebut.
Seterusnya diikuti dengan ucapan guru besar dan YDP Sesi 2010-2012, En Lokman Md Sarip. Antara lain menyebut kekangan dan kejayaan yang telah diraih oleh sekolah dan PIBG sepanjang 2 tahun sebelum ini. Antara kekangan untuk mengadakan kemudahan fizikal seperti laluan berbumbung, pintu pagar kedua dsb yang tidak dapat disediakan kerana dana yang tidak mencukupi. Juga disebut tentang kejadian seperti kes pelajar digigit anjing, isu kenderaan masuk ke sekolah dsb yang mana ianya perlu kepada bantuan daripada entiti lain seperti MPKj, Pejabat Agama Daerah Sepang dll.
Kemudian diikuti oleh ucapan perasmi, Puan Hjh Habibah, Penolong Pegawai Tadbir Agama, Bahagian Pendididkan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang. Antara yang disebut adalah jumlah pelajar SRABSP yang paling ramai di dareah Sepang yang memberikan impak positif dan negatif. Positifnya, ramai ibubapa dan kewangan PIBG yang lebih kukuh. Negatifnya, penempatan guru kadangkala berkurangan serta masalah buku teks dsb. Beliau juga berkongsi cerita pengalaman beliau mengenai anak-anak Tahun 6 yang menduduki peperiksaan PSRA dan UPSR. Katanya, perlu ada kompromi antara SK dan SRA. Contohnya semasa UPSR, anak-anak ini dikumpulkan selama seminggu di SK untuk penumpuan UPSR. Manakala, seminggu lagi di SRA untuk penumpuan PSRA. Rekod kedatangan bagi kedua-dua sekolah ini dicatit hadir. Alhamdulillah, keputusan UPSR dan PSRA anak-anak ini adalah seimbang.
Menganjak ke mesyuarat, selepas minit mesyuarat tahun lepas di sahkan, laporan kewangan juga telah disahkan. Jawatankuasa Sesi 2010-2012 pun meletakkan jawatan.
Seterusnya pemilihan telah dijalankan. Senarai AJK di sini. Sesi 2012-2014 akan diterajui oleh mantan NYDP sebelum ini, En. Mohammed Iqbal Ismail. Dalam ucapan penangguhannya, beliau menyebut projek besar PIBG pada tahun ini adalah Projek Wakaf 1,200 Naskah Al-Quran untuk kegunaan harian di sekolah.
Manakala, beberapa usul yang dibincangkan seperti pengekalan yuran PIBG RM50 seorang murid atau RM100 satu keluarga (jika anak lebih seorang), laluan berbumbung dsb telah dijawab oleh YDP dan pihak sekolah.
Kewangan PIBG sehingga Febuari 2012 adalah sebanyak RM58,000. Untuk makluman masih terdapat 35% ibubapa yang masih belum membayar yuran PIBG bagi tahun 2012. Maka, diharap ibubapa berkenaan dapat menyelesaikannya dengan berjumpa dengan Bendahari PIBG, Ustazah Noraliza (016-6743938).
Akaun PIBG:
PIBG SRA Bandar Seri Putra
Bank Muamalat
1408 00000 626 717
Bank Muamalat
1408 00000 626 717
Disertakan motaj yang disediakan oleh Ustaz Syahmi dan maklumat untuk wakaf Al-Quran.
Montaj Mesyuarat Agung PIBG SRABSP Kali Ketiga
Projek Wakaf 1,200 Naskah Al-Quran



PIBG SRA Bandar Seri Putra
Bank Muamalat
1408 00000 626 717
SMSkan maklumat kepada Bendahari 0166743938
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA
SESI 2012-2014
Penasihat
Ustaz Khairul Amri b Jamian
Yang Dipertua
En. Mohd Iqbal Ismail
Naib Yang Dipertua
En. Zulkifli B Ambak
Setiausaha
Ustaz Mohd. Hafeez Aziz
Naib Setiausaha
Ustazah Atiqah
Bendahari
Ustazah Noraliza
Naib Bendahari
Ustaz Wan Ismail Zaki
AJK (Wakil Guru)
Ustaz Misnan
Ustaz Azhari
Ustaz Hanif
Ustazah Lily Zahrah
Ustazah Hafilah
Ustazah Hafizah
AJK (Wakil Ibubapa)
En. Khairil Anuar
En. BadrulShah
En. Jufri Bohari
En. Mohd Norizam Tomirin
Dr. Yusni Bakar
Pemeriksa Kira-Kira
En. Nulwhoffal Arselan
En. Basyir Abu Bakar
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA
SESI 2012-2014
Penasihat
Ustaz Khairul Amri b Jamian
Yang Dipertua
En. Mohd Iqbal Ismail
Naib Yang Dipertua
En. Zulkifli B Ambak
Setiausaha
Ustaz Mohd. Hafeez Aziz
Naib Setiausaha
Ustazah Atiqah
Bendahari
Ustazah Noraliza
Naib Bendahari
Ustaz Wan Ismail Zaki
AJK (Wakil Guru)
Ustaz Misnan
Ustaz Azhari
Ustaz Hanif
Ustazah Lily Zahrah
Ustazah Hafilah
Ustazah Hafizah
AJK (Wakil Ibubapa)
En. Khairil Anuar
En. BadrulShah
En. Jufri Bohari
En. Mohd Norizam Tomirin
Dr. Yusni Bakar
Pemeriksa Kira-Kira
En. Nulwhoffal Arselan
En. Basyir Abu Bakar
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Ref: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg97698#msg97698
-Dana terkumpul kini mencecah RM1,220,872.67 (baki akaun setakat 31 Januari 2012).
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-29 pada 15 Februari 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Disember 2011 = RM113,317.20
- bulan Januari 2012 = RM80,900.56
Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.
Pengerusi menggesa AJK supaya membuat 'personal approach' ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar 'reminder' kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.
Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
- kira-kira 1000 pucuk surat memohon dana sudah dikirim ke syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat, badan-badan berkanun, ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen, YB Menteri dan Kementerian, Sektor-Sektor Pembinaan, Majlis-Majlis Perbandaran, Institusi-Institusi Kewangan, Pertubuhan-Pertubuhan Islam, Bank-Bank Islamik, hospital-hospital swasta dan Kedutaan Islam serta individu-individu tertentu.
- Setiausaha sudah menyiapkan surat rayuan sumbangan dalam Bahasa Arab dan surat ini telah dikirim ke semua duta asing Islam di KL.
- lebih 1200 pucuk surat ke syarikat-syarikat swasta telah disediakan oleh Setiausaha, yang akan dipos pada 1hb Mac
JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
- Pelan masjid yang 'final' akan diserahkan kepada MPKj pada hari Jumaat, 17hb Februari ini, termasuk pelan 'contour'. Kebenaran jalan masuk ke kawasan pembinaan juga akan diperolehi daripada MPKj, memandangkan Bangi Heights tidak punya kuasa untuk memberi kebenaran bagi laluan masuk. (UPDATE - urusan permohonan Kelulusan Pelan Bangunan pada MPKj telah selesai pada 28/2/2012.)
- Kelulusan pelan itu dijangka diperolehi dalam 2 minggu dari tarikh permohonan.
- JK Teknikal juga telah menerima 3 permohonan tender dari 6 penender yang dijemput untuk melaksanakan kerja cerucuk. Jawatankuasa Tender telah membuat penilaian dan telah memilih petender yang berjaya untuk diberikan projek tersebut.
- Pihak akitek akan menyediakan gambar masjid untuk dipasang pada tapak masjid. JK bersetuju supaya satu billboard yang besar, ukuran 12' X 8' dibina di kawasan tersebut. Pihak akitek diminta menyediakan gambar yang besar, dan perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak masjid.
- Adalah dicadangkan juga supaya jumlah kutipan dana secara bulanan dipamerkan pada billboard tersebut, untuk memaklumkan kepada penduduk di BSP tentang perkembangan kutipan dana tabung pembinaan.
- Seorang penyelia akan diupah untuk menyelia kerja-kerja cerucuk. JK Pembinaan akan berbincang dengan En. Zulkifli Garib dari Bangi Heights untuk mendapatkan pekerja dari Bangi Heights tanpa bayaran dari masjid.
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.
Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN, Pengerusi dan Setiausaha telah mengedarkan surat makluman kepada semua rumah di BSP dan kawasan sekitarnya.
Alhamdulillah, respons yang diterima amat baik kerana lebih RM50,000 sumbangan telah diterima selepas tarikh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2011. Semoga pola sumbangan akan meningkat selepas ini, InsyaAllah.
JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.
* Telah dihebahkan di sini:
- Rujukan hebahan - http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9544.msg88231#msg88231
- Softcopy surat-surat - http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9544.msg89656#msg89656
http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html
__._
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

Cuti sekolah ini, kita terpaksa hentikan aktivti bermain bola tampar untuk 2 minggu.
Ini untuk memberi laluan kepada pemain untuk aktiviti keluarga atau balik kampung.
Kepada yang akan berkelana, berhati-hati di jalan raya.
Insya-Allah akan disambung semula selepas cuti sekolah.
Harap maklum.
-Khai-
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Lanjutan daripada Program NCDP 1Malaysia yang telah diadakan sebelum ini (saringan program NCDP baca di sini http://ppbsp.blogspot.com/2011/11/esok-karnival-kesihatan-dan-perasmian.html). Satu lagi acara telah diadakan pagi tadi bertempat di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Dihadiri oleh hampir 40 orang, acara senamrobik dan pemeriksaan kesihatan telah dijalankan. Pihak Kilik juga telah mengedarkan sedikit cenderamata (lihat gambar) kepada peserta yang hadir.




Acara seterusnya, senamrobik, ceramah kesihatan, dan ceramah pemakanan pada 31 Mac 2012 di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.
Selain itu, mulai Rabu depan 14 Mac akan diadakan senamrobik secara berkala setiap hari Rabu bermula jam 5 petang di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Warga Seri putra dijemut hadir.
Acara lain yang disenaraikan:
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================




Acara seterusnya, senamrobik, ceramah kesihatan, dan ceramah pemakanan pada 31 Mac 2012 di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.
Selain itu, mulai Rabu depan 14 Mac akan diadakan senamrobik secara berkala setiap hari Rabu bermula jam 5 petang di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Warga Seri putra dijemut hadir.
Acara lain yang disenaraikan:
- Program Saringan Komuniti Sejahtera, 19/11/2011 - Selesai
- Intervensi Pertama (10,000 langkah), 15/12/2011 - Selesai
- Intervensi Kedua (Senamrobik, Taklimat dan pemeriksaan), 11/3/2011 - Selesai
- Senamrobik berkala, mulai Rabu 14/3/2012 (Setiap Rabu) di Klinik Kesihatan
- Modul Latihan I (Senamrobik, Ceramah Pemakanan dan Kesihatan), 31/3/2011
- Modul Latihan II (Senamrobik dan Ceramah Kesihatan), 28/4/2012
- Modul Latihan III (Senamrobik dan Ceramah Kesihatan), 19/5/2012
- Intervensi Ketiga (Senamrobik, Ceramah Kesihatan, Demoa Masakan dan Pemeriksaan), 25/5/2012
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Masjid Al-Mustaqim Menunggu Pengisian Dana Untuk Memulakan Pembinaan
http://drshafie.blogspot.com/2012/03/masjid-al-mustaqim-menunggu-pengisian.html
No. Akaun: Maybank Islamic 5628 3450 4024 – CIMB Islamic 1237 0000 608108
BIMB 1202 9010 059585 Tel Pengerusi 019-6655487 – Bendahari 019 2462115
Kira-kira tiga tahun yang lalu, sekitar 2009 Adun Bangi telah melancarkan pungutan derma bagi membina Masjid Al-Mustaqim ini di dalam kawasan Sekolah Agama Seri Putra. Pada malam pelancaran tersebut diadakan forum sempena pelancaran pemungutan derma tersebut. Adun masih ingat seorang daripada panel forum tersebut, iaitu Ybhg, Ustaz Farid Radhi bersama seorang ahli panel dari UITM telah mencadangkan agar setiap penduduk serius dan mengaku untuk menderma RM1,000 seorang. Menurutnya dengan jumlah tersebut dikali dengan penduduk di Bandar Seri Putra berjumlah 10,000 orang pada masa itu , maka jumlah yang didapati sebanyak RM10 juta adalah lebih dari cukup untuk membina Masjid Al-Mustaqim, maka bagi menunjukkan kesiriusan dengan cadangan dan harapan semua turut menderma beliau menyampaikan dermanya secara tunai pada malam itu, iaitu sebanyak RM1,000. Namun tiga tahun telah berlalu, kita dimaklumkan jumlah dana yang dapat dikumpul setakat ini Cuma RM1.3 juta sahaja.
Walau bagaimana kita menghargai kegigihan jawatan kuasa Masjid Al-Mustaqim yang terus berusaha menambahkan dana masjid dengan berbagai cara dan pendekatan. Pada hari ini kita saksikan salah satu cara bagi menjanakan dana masjid ialah dengan mengadakan Hari Kitar Semula yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk dengan kerjasama AJK Masjid. Dalam program ini diadakan larian kitar semula yang berbagai kategori dan peringkat dari anak-anak, pelajar, orang muda, veteran dan keluarga. Jarak larian pula berbagai terpulang kepada kemampuan dari 3km. kepada 7km. Setiap orang yang mau mengambil bahagian dikehendaki membuat bayaran pendaftaran yang dijadikan dana masjid. Setiap yang datang menyertai Program Kitar Semula ini dikehendaki membawa akhbar lama di rumah mereka untuk dihimpun dan dijual yang juga dijadikan dana bagi masjid. Hadiah-hadiah bagi perlumbaan dikeluarkan bagi johan, naib johan dan beberapa hadiah yang lain. Bagi menarik penyertaan diadakan cabutan bertuah yang hadiah tertinggi ialah sebuah basikal.Majlis bagi Program Kitar Semula diadakan di padang Awam, Bandar Seri Putera bermula dari jam 7.30 pagi dan perasmian selepas tamat larian, iaitu jam 10.00 pagi. Hadir ke Program ini Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar selaku Perasmi, Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk (Induk bagi 17 Persatuan Taman), En. Zulkifli bin Mohd. Gharib Pengarah Operasi UM Land, Syarikat Perumahan Bandar Seri Putera, Dr. Abdul Rahman Pengerusi AJK Pembinaan Masjid, Dato` Zakaria Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk, Dato` Anas, En. Ahmad Zaidi, ibu bapa dan peserta-peserta.
Bagi Majlis Perasmian Tuan Haji Ahmad mengalu-ngalukan tetamu yang sudi hadir ke Program Larian Kitar Semula dan turut menderma. Beliau juga berterima kasih di atas penyertaan berbagai pihak sehingga Program yang diadakan mencapai kejayaan. Menurutnya semua hasil yang dijana dari Program Kitar Semula ini adalah untuk dana Masjid Al-Mustaqim.
Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya berterima kasih di atas jemputan merasmikan Program Larian Kitar Semula. Secara bergurau beliau mengatakan, ``Saya sendiri berhasrat hendak menyertai Larian Kitar Semula, sebagai bukti saya sengaja memakai T shirt dan berkasut kain, tetapi agak ketinggalan dan lambat tiba, sebab itu saya mendahului pelari yang belum tamat larian dengan saya terus potong trip terus ke majlis ini. Adun juga mengimbau ke Majlis pelancaran Dana Masjid Tahun 2009 di Sekolah Agama Bandar Seri Putra. Kali ini Adun datang bagi merasmikan Program Larian Kitar Semula dengan menyampaikan peruntukan kali kedua dari Adun bagi menambahkan dana Masjid Al- Mustaqim. Adun menyatakan rasa sukacita bila dimaklumkan bahawa pembinaan masjid ini akan dilakukan pada pertengahan tahun ini juga dengan dana permulaan sebanyak lebih kurang 2 juta. Kita harap kata Adun, ``Bila struktur masjid sudah naik, akan menggerakkan hati mereka yang melihat untuk terus menderma.`` Adun memuji AJK Pembangunan masjid yang terus berusaha berbagai cara bagi menambahkan dana masjid. Secara bergurau juga Adun berkata, ``Satu cara mendapat dana segera dengan banyak, kita di sini sama hadir ialah En. Zulkifli Mohd Gharib Pengarah Operasi UM Land di sini, kita harap kerjasama dengan beliau dapat menempah perumahan baru, misalnya satu raw bangunan rumah dengan modal minimum dan dengan kerjasama UM Land menjual kepada pembeli-pembeli yang boleh memberi kadar keuntungan kepada Dana Masjid antara katakan RM3 –RM5 juta dan sebagainya. Dengan keuntungan ini dapat menyegerakan pembinaan masjid yang dijangkan memerlukan peruntukan sebanyak RM7.5 juta itu.Walau apa pun kata Adun beliau bergembira melihat kerjasama penduduk yang keluar beramai-ramai pada hari minggu ini. Kerjasama diharap diberi bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Melalui kegiatan yang bersifat sukan ini bukan saja menyihatkan badan, tetapi memupuk hubungan kemasyarakatan antara penduduk setempat dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Majlis seumpama ini kata Adun, wajar diadakan dari semasa ke semasa.
Selepas pelancaran Adun menyampaikan hadiah-hadiah dan juga mengadakan cabutan bertuah. Tetapi Adun tidak dapat menyertai Majlis sehingga ke akhir, kerana ada program di tempat lain dan memohon diri kepada AJK dan hadirin.
Sekian.
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.
