Info Terkini PPBSP

SRABSP: Mesyuarat Agung Esok, Sumbangan Pusat Sumber dan Al-Quran.

Inline images 1

Insya-Allah Mesyuarat Agung PIBG SRABSP akan diadakan pagi esok mulai jam 8 pagi. Insya-Allah sarapan pagi akan disediakan.

Antara yang menarik esok adalah pemilihan barisan kepimpinan yang baru PIBG yang akan memacu sekolah ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Marilah sama-sama kita menyumbang tenaga dan kewangan untuk melihat anak-anak kita mendapat pendidikan agama yang sebaiknya.

Tema mesyuarat tahun ini adalah "Memperkasakan Pendidikan Melalui PIBG".

Inline images 2

Disamping itu dalam memenuhi hasrat sekolah untuk mewujudkan pusat sumber yang kaya dengan kepelbagaian buku, maka semua individu atau syarikat korporat disaran menyumbang bagi melengkapkan pusat sumber sekolah. Salah satunya dengan "MEMBELI dan MEWAKAFKAN BUKU"  sepanjang pameran buku PTS semalam, hari ini dan esok. Tuan/puan atau wakil syarikat boleh membeli untuk kegunaan sendiri dan juga untuk sumbangan terus kepada pusat sumber sekolah. Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat melalui sumbangan tuan/puan akan mendapat pulangan yang setimpal di hari kemudian kelak.

PIBG menyarankan semua pihak menderma sekurang-kurangnya satu buku satu keluarga.

Inline images 3

Tambahan kepada maklumat di atas, semasa mesyuarat PIBG nanti juga, satu TABUNG BERGERAK akan dilancarkan untuk SUMBANGAN WAKAF AL-QURAN. PIBG dan sekolah berharap dapat mengutip wang secukupnya untuk membeli 1,200 naskah Al-Quran (RM50,400 diperlukan) yang telah dikenalpasti dapat membantu dalam pengajaran disekolah. Oleh itu sumbangan kewangan amat dialu-alukan agar naskah tersebut dapat dibeli dari jenis yang sama. Semua ibubapa, orang perseorangan atau badan-badan korporat dialu-alukan untuk memberi sumbangan kewangan. Dikepilkan quotation yang diterima untuk naskah Al-Quran bersama terjemahan tersebut.

Inline images 1

Sumbangan wakaf Al-Quran ini tidak hanya ditutup selepas mesyuarat sahja, bahkan akan diteruskan sehingga jumlah yang dicadangkan dapat diperolehi.

Diharap ibubapa, individu atau syarikat dapat membantu PIBG dalam melaksanakan semua hajat di atas.

Sumbangan tuan/puan, PIBG ucapkan ribuan terima kasih.

-PIBG SRABSP-
http://srabandarseriputra.blogspot.com



SRABSP: PROGRAM 1MURID 1BUKU BERSAMA PTS 8-10 MAC 2012

Inline images 1
Klik untuk besarkan imej

PROGRAM 1MURID 1BUKU
(MEMBELI & MEWAKAF BUKU)
Untuk Mengisi Bahan-Bahan Bacaan Di Pusat Sumber Sekolah

8 - 10 Mac 2012 (Khamis - sabtu)
10.00 pagi - 4.00 petang
Dewan Sekolah SRABSP

Anjuran:
PIBG SRABSP

Dengan Kerjasama:
PTS Publication & Distributions Sdn. Bhd.

Permainan Hebat Bola Tampar di SKBSP

Terima kasih kepada ahli bola tampar. Semakin hebat permainan mereka.
Dah boleh set dan spike. Dan paling penting mengekalkan ke'macho'an dengan memakai cermin mata hitam.













Kepada yang berminat untuk turut serta bolehlah turut sama setiap Ahad jam 5.30 petang di SKBSP.

-Biro Sukan & Rekreasi PPBSP
http://ppbsp.blogspot.com

Gambar AGM PIBG SKBSP 2012

LKS BSP 2012: YB Dr Shafie dan Dr. Ezani Master Chef hadir memeriahkannya

Inline images 1



Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012 (LKS2012) yang berlangsung tadi telah turut sama dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie dan Dr. Ezani, Juara Master Chef Malaysia yang pertama.


YB Dr. Shafie hadir sebagai jemputan khas juga turut menyumbang RM3,000 untuk tabung pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra (BSP). Hasil kutipan pendaftaran sebanyak RM870 juga telah diserahkan kepada wakil Masjid Al-Mustaqim.







Manakala, penampilan singkat Dr. Ezani (yang merupakan juara Master Chef Malaysia yang pertama) sebagai pelepas pelari sangat diharga oleh penduduk Bandar Seri Putra.











LKS2012 melupakan projek sulung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) yang baru setahun kewujudannya. Ia bertapak dari kesedaran untuk memastikan bumi kita selamat daripada sebarang pencemaran. Maka larian ini adalah menifestasi kepada penduduk BSP yang cenderung ke atas slogan dan idea kitar semula. Insya-Allah PPBSP akan cuma mendapatkan tong-tong kitar semula bagi diletakkan di sekitar BSP.

Disamping itu, motif untuk menyatukan dan mempereratkan hubungan antara sesama jiran di BSP juga nampaknya tercapai. Mengenali jiran serta menjalankan aktiviti bersama jiran antara lain menyebabkan jurang keserasian dapat dikurangkan.

Tidak lupa juga kepada program RM50 sebulan untuk 20 bulan bagi mendirikan Masjid Al-Mustaqim, BSP. Maka, segala kutipan penyertaan telah diserahkan kepada wakil pembinaan masjid.

Seramai 250 orang peserta dengan 70 petugas daripada BSP dan kawasan sekitarnya telah mula berkumpul sejak semalam (Sabtu, 3 Mac). Ini bagi memudahkan proses pemberian kit larian yang mengandungi nombor larian, tshirt, atur cara, syarat penyertaan dsb telah diedarkan semalam. Sekitar 160 peserta telah hadir. Manakala selebihnya tampil setengah jam sebelum acara bermula tadi (Ahad, 4 Mac).

Terdapat 7 kategori rasmi dan satu kategori tidak rasmi. Yang tidak rasminya adalah kategori keluarga yang mana ahli keluarga dilepaskan bersama-sama. Manakala 7 kategori lain adalah veteran lelaki, dewasa lelaki, dewasa perempuan, remaja lelaki, remaja perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Majlis penyampaian hadiah turut dihadiri oleh YB Dr. Shafie sendiri dan Dr. Zulkifli Gharib dari pemaju Bangi Heights Development Sdn Bhd.

Acara turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang kebanyakannya disumbangkan oleh pihak swasta seperti ADT, PASTI Al-Faizin, Tadika Al-Fatih dan banyak lagi yang mungkin saya lupa nyatakan di sini. Majlis berakhir sekitar jam 11 pagi yang mana hadiah uatama cabutan iaitu basikal telah dibawa pulang oleh pemenangnya.

Alhamdulillah, acara LKS telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak kelemahan yang pihak penganjur kenal pasti. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku dan insya-Allah akan cuba perbaikinya di lain masa.









Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk kedai pendaftaran kita, Farhan Internet Photocopy, ADUN Bangi, Bangi Heights Development Sdn Bhd, Dato Saian, Ahli Majlis Zon 23 dan 24, MPKj, Pusat Khidmat Masyarakat BSP dan BM, Balai Polis Bangi, PASTI Al-Faizin, ADT, Tadika Al-Fatih, pelajar KUIS dan semua yang turut membantu menjayakan program ini. Maaf jika ada nama yang tidak disebutkan di sini. Akhir sekali taniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakannya.

Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.308873032501465.71424.169051276483642&type=1

http://ppbsp.blogspot.com
http://larianbsp2012.blogspot.com

1Hari: Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012





Dapatkan basikal diatas dengan hanya menghadiri program larian ini.

Serta lebih 20 hadiah cabutan bertuah disediakan.

Hanya peserta berdaftar sahaja layak memasuki cabutan bertuah berkenaan.

Manakala untuk pemenang larian akan menerima hadiah seperti berikut:
Tempat Pertama: Wang Tunai RM100
Tempat Kedua: Wang Tunai RM70
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM50
Tempat 4-10: Wang Tunai RM20
* Kecuali untuk kategori Kanak-Kanak

Peserta juga akan menerima t-shirt percuma dan makanan percuma.

Acara mewarna untuk Kanak-kanak 7 tahun kebawah (terhad kepada 60 peserta terawal)

Gerai jualan juga disediakan.

Datanglah beramai-ramai ke Padang SP5 (bersebelahan tangki air BSP)
pada 4 Mac 2012
Mulai jam 7.00 pagi

Anda juga berpeluang berkenalan dengan Juara Master Chef Malaysia yang Pertama, Dr. Ezani.


Pra Persediaan Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012





Alhamdulillah, persediaan untuk larian Ahad ini telah berjalan dengan baik.
T-shirt dan tag urusetia pun telah siap.
Harap warga BSP turun menyokong acara ini.
Insya-Allah Dr. Ezani, Juara Master Chef Malaysia yang pertama, akan melepaskan peserta Ahad ini.

Manakala, Sabtu (esok) barangan kitar semula yang telah dikumpulkan dijual.
Mereka yang ingin menyumbang boleh menghantar surat khabar lama dihadapan Farhan Internet Photocopy selewat-lewatnya tengahari esok (Sabtu, 3 Mac)

Petang Sabtu, 3 Mac, kaunter edaran dan taklimat akan diadakan bermula jam 5.30 petang.

Pagi Ahad, 4 Mac, kaunter edaran dan taklimat akan bermula jam 7 pagi.
Larian akan bermula jam 7.30 pagi.

"Berlari, beramal dan beramah mesra"

http://larianbsp2012.blogspot.com
http://ppbsp.blogspot.com

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.