Info Terkini PPBSP

Kit Pengiklanan: Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012

Banner

Klik untuk pembesaran

Flyer

Klik untuk pembesaran

Flyer A4 PDF
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=9607.0;attach=5343

Flyer A3 PDF

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=9607.0;attach=5344

Harap dapat tolong sebarkan kepada rakan-rakan sekitar BSP atau surau-surau di BSP.

Terima kasih.

-Khai-

Utusan: Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul

Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#.Ty94FuMp4Z0.facebook

Oleh Hassan Mohd. Noor


Penduduk Fasa 7 Bandar Seri Putra menyertai perarakan Maulidur Rasul, semalam.

SEMALAM umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Pelbagai tafsiran boleh dibuat mengenai tema ini.

Sama ada kita hidup dalam masyarakat Islam atau bukan Islam, persefahaman amat penting. Tanpa persefahaman, masing-masing akan membawa ideologi yang pelbagai ke dalam masyarakat yang akhirnya mencetuskan suasana tidak harmoni. Bagi masyarakat Malaysia, persefahaman dan perpaduan sering digambarkan melalui sambutan perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan pelbagai lagi. Tetapi adakah ia sekadar pada sambutan perayaan? Persefahaman bukan sekadar perlu diwujudkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum tetapi juga seagama. Kita dapat lihat pada hari ini, bagaimana umat Islam berbalah sesama mereka sehingga membawa kesengsaraan dan kematian. Pada masa yang sama, mereka yang bukan beragama Islam khususnya Israel terus menindas masyarakat Islam di bumi Palestin.

Persefahaman dan perpaduan menjadi isu Selak kali ini selepas melihat suasana yang berlaku di Mesir. Saya baru kembali dari Kaherah bersama program 'turun padang' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diketuai Aziz Jamaludin Mhd. Tahir. Pada kesempatan itu, sempatlah meninjau seketika apa yang berlaku di Dataran Tahrir dan sekitarnya. Ternyata suasana di kawasan berkenaan masih 'panas'. Sebelum detik hitam bola sepak berlaku di Port Said, boleh dikatakan saban hari ada saja kumpulan kecil mengadakan demonstrasi, berarak di kawasan sekitar sambil melaungkan pelbagai slogan. Ada juga yang mengadakan ceramah. Begitulah suasana di Kaherah. Dan di stesen televisyen pula, saya terharu melihat dokumentari mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Seorang lelaki diheret keluar tanpa perasaan kemanusiaan. Seorang wanita pula merayu supaya lelaki itu dilepaskan. Dan selepas diseret jauh daripada rumah, jentera digunakan untuk merobohkan sebuah kediaman. Begitulah kekejaman di bumi Palestin. Satu iklan lain pula menunjukkan bagaimana perlunya rakyat Mesir yang beragama Islam dan minoriti beragama Kristian bersatu membangunkan negara itu. Pada akhir iklan itu, bulan sabit dan salib dicantumkan sebagai simbolik perlunya persefahaman dan perpaduan. Begitulah pentingnya perpaduan.

Justeru persefahaman perlu diwujudkan di semua peringkat masyarakat sama ada di desa atau di kota. Tidak kira fahaman politik, matlamat akhir adalah perpaduan.

Semalam bagi menyokong matlamat mewujudkan persefahaman yang menjadi kunci perpaduan, saya sempat menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan Ramah Mesra Surau Sayyidina Umar Al-Khattab di kawasan perumahan Fasa 7 Bandar Seri Putra, dekat Bangi. Meriah majlis itu. Tetapi temanya ialah Surau Meriah Masyarakat Barakah. Berdasarkan tema itu, sudah tentulah sambutannya meriah.

Seawal 7 pagi, penduduk sekitar - lelaki, wanita, kanak-kanak mula berkumpul. Masing-masing membawa bekalan kuih muih serta makanan untuk santapan bersama. Surau tidak perlu mengeluarkan belanja sarapan pagi. Pengerusi majlis Zaludin Abu Bakar memulakan acara dengan menjemput imam Ustaz Abu Zaki Ismail membacakan doa. Kemudian berlangsunglah perarakan kira-kira sejauh 2 kilometer mengelilingi taman perumahan itu. Sambil berselawat yang diketuai oleh Ustaz Syarul Azman Shaharuddin, pasukan kompang turut memeriahkan perarakan. Selesai acara, mereka menikmati juadah yang dibawa dari rumah. Sambil minum dan makan, diadakan acara cabutan bertuah, kuiz agama untuk kanak-kanak dan dewasa. Majlis diserikan juga dengan bacaan al-Quran oleh Awangku Umar Pengiran Hamdan (Johan qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009) dan berzanji oleh Ustaz Nor Naemi. Ketika berlangsung ceramah oleh Ustaz Mohd. Asri Abdullah di ruang dewan surau, kanak-kanak 'disenyapkan' seketika dengan peraduan mewarna dan menulis khat. Dalam ceramahnya, Mohd Asri antara lain mengajak masyarakat mengenali lebih dekat akhlak Rasulullah SAW. Majlis kemudiannya diakhiri dengan ucapan Pengerusi Surau, Abd. Rani Pengiran Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Rano. Dalam ucapannya, Pak Rano berharap, majlis seumpama itu akan meningkatkan persefahaman di kalangan penduduk. Beliau mahu semua pihak mengenepikan fahaman politik dengan keutamaan kepada perpaduan umat. Baginya itu amat penting bagi mewujudkan perpaduan yang kental di kalangan penduduk. Sesuai dengan peranan surau yang bukan sekadar tempat ibadat tetapi juga sebagai tempat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, Pak Rano mengumumkan akan membina gelanggang futsal untuk anak-anak muda beriadah sambil mendekatkan diri dengan surau. Sebelum solat Zuhur, para jemaah dihidangkan dengan nasi lauk kawah kambing. Sambutan tidak berakhir di situ sahaja tetapi disambung dengan ceramah oleh Ustaz Shuhadak selepas solat Maghrib. Sesudah Isyak, para jemaah dihidangkan pula dengan kambing panggang.

Begitulah sambutan kecil tetapi amat bermakna dan meriah bagi penduduk di kawasan taman perumahan. Pastinya di seluruh negara semalam, hari ini, esok atau hujung minggu ini akan ada lagi majlis Maulidur Rasul di peringkat masjid atau surau. Gerakkan anak-anak kariah untuk sama-sama memeriahkan surau dengan pelbagai aktiviti agama dan kemasyarakatan supaya mereka mendapat berkat dalam kehidupan seharian. Sekalung tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa Surau Sayydina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra.

Gambar, SK BSP Merentas Desa 2012 (3/2/2012)

Gambar semasa larian Merentas Desa 2012 (3/2/12) SKBSP
http://bsprunner.multiply.com/photos/album/9/
Terima kasih kepada juru foto tidak bernama ini.

















-PAKSI-

Surau Al-Hijrah: Ceramah Maulidur Rasul - 11 Feb 2012 (Sabtu)

Assalamualaikum,

Semua jemaah di jemput hadir pada :

Tarikh : 11 Feb 2012 (Sabtu)

Masa  : 7.00pm

Lokasi: Surau Al Hijrah Putra Tropika Jalan 6

** Solat Maghrib Berjemaah
** Ceramah (Penceramah Jemputan -Ustz Hj Muntaha (Mesir)
** Solat Isyak Berjemaah
** Jamuan

Insyallah..Kerana Allah

Wassalam

Ceramah Maulid Ar-Rasul di Surau As-Syakirin, 11 Feb 2012 (Sabtu)


Klik pada image untuk pembesaran

Jemputan Ceramah Maulid Ar-Rasul di Surau As-Syakirin, 11 Feb 2012 (Sabtu), selepas solat maghrib. Semua dijemput hadir.

KUIS: MAJLIS PERASMIAN BULAN QUDWAH HASANAH BERSAMA USTAZ DON

MAJLIS PERASMIAN BULAN QUDWAH HASANAH
Tarikh : 03 Febuari 2012 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen KUIS (PKK)
Pakaian : Bebas (Sopan/Pemakaian Sunnah)*
* Kebenaran telah diperolehi melalui Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM).

Tentatif :
10:00 pagi
-Berkumpul Di PKK
-Tayangan Video
-KUIS Berselawat (pensyarah dan pelajar)

11:00 pagi
-Perasmian Bulan Qudwah Hasanah dan Pelancaran Buku Rasulullah Ikon Terbaik oleh Rektor KUIS

11:10 pagi
-Andai Rasulullah SAW bersama kita oleh Ustaz Don Danial bin Don Biyajid Al-Muqri'

11:30 pagi
-Perarakan bermula : Lokasi dari PKK ke Masjid Al-Azhar (melalui Bulatan Antarabangsa)
- Aktiviti semasa berarak - Selawat dan membawa sepanduk masing-masing mengikut kreativiti berdasarkan majlis yang diadakan.

11:45pagi
-Tiba di Masjid Al-Azhar
-KUIS berselawat (Pensyarah dan Pelajar)
-Andai Rasulullah SAW bersama kita oleh Ustaz Don Danial bin Don Biyajid Al-Muqri'

12:15 tengahari
-Bersurai - persiapan Solat Jumaat
-Khutbah Jumaat - Ustaz Don Danial Don Biyajid Al-Muqri'
-Selesai solat Jumaat - KUIS berselawat (semua)

Semua Warga KUIS dijemput hadir.
Sila hebahkan kepada yang lain.

Makluman Pendaftaran dan Bayaran: Larian Kitar Semula BSP 2012

Pendaftaran:
Online di http://larianbsp2012.blogspot.com
atau
Dapatkan borang di Farhan Internet Photocopy (GPS 2.89, 101.78) dihadapan tangki air BSP
atau
Hubungi En. Khai (012.2655.203), Puan Nursiah (019.2641.736) atau YM Engku Faizal (013.3426.019)

Bayaran:
1 - Online kepada akaun Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra di Bank Muamalat bernombor 1210-0000459-71-2. Sila SMS maklumat bayaran kepada Bendahari En Arzock 012-2195909.
2 - Tunai kepada En. Khai (012.2655.203), Puan Nursiah (019.2641.736) atau YM Engku Faizal (013.3426.019)
3 - Tunai atau Serahan Kitar Semula kepada Farhan Internet Photocopy (GPS 2.89, 101.78) dihadapan tangki air BSP



LARIAN KITAR SEMULA
BANDAR SERI PUTRA
2012


4 MAC 2012 (AHAD)

Cepat, 300 penyertaan terawal akan menerima t-shirt percuma.

Tarikh tutup: 19 Feb 2012


DANA DIKUMPUL BAGI PEMBINAAN MASJID AL-MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA


Anjuran Bersama:
PPBSP bersama persatuan-persatuan penduduk taman/skim perumahan
Bangi Heights Development Sdn Bhd
Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24.


Maklumat Lanjut
En. Khai (012.2655.203)
Puan Nursiah (019.2641.736)
Engku Faizal (013.3426.019)
ppbsp@bandarseriputra.com
http://larianbsp2012.blogspot.com

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.