Info Terkini PPBSP

SYOK'2011 - Bengkel Membuat dan Menghias Cupcake, 10 Dis 2011



Bengkel Membuat dan Menghias Cupcake (Kanak-kanak dan remaja)


Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari (3 jam)

Tempat: Surau As-Syakirin

Yuran : RM50 seorang.

Perincian:  Membuat kek butter badam & coklat. Membuat kek span. Menghias cupcake menggunakan: Butter cream, butter ising, chocolate frosting, piping jelly.

Trainer: Cikpuan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.

Pendaftaran masih dibuka.

Hubungi Khai 012.2655203/khaiatbsp@gmail.com/daftar online























SYOK'2011 - Indahnya Subuh di Bukit Broga 11 Dis 2011


Sumber gambar: http://www.simonlwc.com/journey-to-broga/


Sumber gambar: http://www.placesandfoods.com/2009/09/sunrise-viewing-at-the-broga-hill-semenyih.html


Sumber gambar: http://clementlemonboy.blogspot.com/2010/02/hiking-trip-at-broga-hill-semenyih.html

Masya-Allah indahnya pemandangan di atas. Ini lah pemandangan matahari naik di Bukit Broga, Semenyih.

Bagi yang ingin menikmati pemandangan di atas, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra yang diketuai oleh YDP PPBSP sendiri akan memanjat Bukit Broga pada Ahad akan datang 11 Disember 2011. Kita akan berkumpul di Pusat Khidmat Masyarakat Bandar Seri Putra (mudahnya di hadapan Secret Recipe) sekitar jam 5.30 pagi.

Setelah matahari naik, pemandangan sebegini pula boleh disaksikan.








Sumber gambar: http://www.kuanhoong.com/2009/05/02/hiking-at-broga-hill-semenyih/

Mengikut penulis blog tersebut, Bukit Broga amat sesuai untuk semua peringkat umur. Anda boleh juga membawa keluarga anda bersama. Anak-anak kecil juga tidak menjadi masalah untuk mendaki bukit ini. Dan yang pentingnya, PERCUMA.

Arah dari Bandar Seri Putra
http://maps.google.com/maps?saddr=Bukit+Broga,+B34,+43500+Semenyih,+Selangor,+Malaysia&daddr=Bandar+Seri+Putra&hl=en&sll=2.941412,101.895533&sspn=0.049202,0.077162&geocode=FSPOLAAdB_wSBiEu-zx_nWLr8g%3BFbYOLAAdygoRBiEadTEXZ7xwTQ&vpsrc=0&mra=ls&t=h&z=13
 
Persiapan diri
1. Senaman harian 30 minit pagi atau petang
2. Minum susu kalsium tinggi, madu asli dan telor setengah masak
3. Ceria dan yakin pada diri
 
Pakaian dan kelengkapan
1. Baju T, seluar track, kasut sukan
2. Topi dan sun glass
3. Headlight (option)
4. Tongkat daki (option)
5. Baju hujan (option)
6. Towel goodmorning
7. Plastik sampah
8. Kamera (option)
 
Makanan dan minuman
1. 2 botol air mineral 500 -600ML
2. Jajan atau snack
3. Sarapan spt nasi lemak, bihun goreng, kueh, sandwich
4. Air kotak Milo
 
Aturcara
5.30 pagi Kumpul di Pusat Khidmat masyarakat BSP
5.50 pagi solat subuh di masjid Bt 3 Semenyih
6.30 pagi daki Bukit Broga
7.30 pagi ta'aruf dan sarapan
7.45 pagi tazkirah dhoha
8.10 pagi turun
8.40 pagi selesai dan pulang
 
Sila beri nama segera kepada Khai 012.2655203/khaiatbsp@gmail.com/daftar online atau Tuan Haji Ahmad Yusof  +6019 359 8489 bagi tujuan pendaftaran penyertaan.

Arah ke Bukit Broga jika hendak pergi sendiri.
Pihak kami juga mengalu-alukan jika ada yang ingin sampai lewat, dan kami akan menunggu di atas bukit.

Pergi ke arah Semenyih. Bila tiba di Semenyih, mula cari arah ke Nottingham University. Ikut arah ke Nottingham University.

Setelah melalui Nottingham University, anda akan bertemu dengan Rabbit Farm Park di sebelah kanan anda. Letak kenderaan anda disebelah kiri Park itu di ladang kelapa sawit.

Daripada situ, masuk ke dalam ladang tersebut.

Lorong pejalan kaki




Ambil lorong yang betul (arah kanan) mendaki Bukit Broga. Pendakian dianggar sekitar 30 minit ke sejam.

Lokasi:
http://maps.google.com/maps?q=Broga,+Semenyih,+Selangor,+Malaysia&hl=en&ll=2.941412,101.895533&spn=0.049202,0.077162&sll=37.0625,-95.677068&sspn=30.268266,79.101563&hq=Broga,&hnear=Semenyih,+Selangor,+Malaysia&t=h&z=14&vpsrc=6
 


Syoknya Cuti Sekolah @ BSP (SYOK'2011)

SYOK'2011 - Bengkel Coklat Telah Berakhir



Alhamdulillah, satu lagi program yang persatuan rangka telah berjalan dengan baik sekali.
Terima kasih kepada peserta, ibubapa peserta, trainer dan pihak surau.
Walaupun tidak mencapai target peserta tetapi bengkel tersebut menjadi titik tolak untuk program mendatang.

Program seterusnya "Bengkel Cupcake". Masih ada beberapa kekosongan jika ada yang masih berminat. Berminat bolehlah menghubungi saya Khai 012.2655.203 atau email khaiatbsp@gmail.com atau terus isi borang di sini https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEZheU9fc3FlOVZzRlotWFlXYnoxdHc6MQ.





















Gambar lain di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.254977424557693.61408.169051276483642&type=1

Khai
http://ppbsp.blogspot.com

Kelas Renang 1 Malaysia

Alhamdulillah sebentar tadi telah berjalan kelas renang seperti yang dijadualkan.
Seramai 23 orang telah mendaftarkan diri. Ada yang siap berpakaian renang. Tetapi ada juga yang sekadar mendaftar dan akan mengikutinya mulai esok. Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan memberi sokongan. Masih ada 2 kekosongan jika ada yang berminat (boleh terus datang pagi esok)

Seperti yang dimaklumkan, kelas renang tersebut akan berjalan selama 7 hari. Berikut jadualnya.
Sabtu 3 Dis: 8 -10 pagi
Ahad 4 Dis: 8 - 11 pagi
Isnin-Jumaat (5-9 Dis): 8 - 11 MALAM.

Jumlah keseluruhan 20 jam.

Ada juga ibubapa yang bertanyakan mengenai kelas renang untuk anak-anak.
Setelah berbincang dengan tenaga pengajar, tuan-puan ada 2 opsyen.

1- Mengikuti kelas renang sedia ada. Setiap sabtu 8.30 pagi. Bayarannya RM80 untuk 4 sesi. Setelah habis 4 sesi, boleh sambung lagi untuk 4 sesi seterusnya. Begitulah sehingga pandai. Pendaftaran di sini: http://www.ezi2swim.com/kelas-renang/

2- Biro Sukan dengan suka citanya menganjurkan kelas renang intensif (untuk anak-anak) jika mendapat sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Dicadangkan untuk diadakan pada waktu siang atau malam hari bekerja. Jam belajar keseluruhan 8 jam dengan yuran penyertaan dianggarkan RM200 (belum confirm). Berminat bolehlah menghubungi saya Khai 012.2655.203 atau email khaiatbsp@gmail.com atau terus isi borang di sini https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEZheU9fc3FlOVZzRlotWFlXYnoxdHc6MQ.

Dikongsikan gambar.















p/s: Bengkel Coklat petang ini masih ada kekosongan. Sila hadir ke surau As-Syakirin jam 2 petang jika berminat.

Amaran: Air Sg. Semenyih telah melebihi aras amaran - Pekan Bangi Lama

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Sg. Semenyih di Pekan Bangi Lama

District: Hulu Langat

masa:02/12/2011 - 17:00    

Amaran: Air sungai telah melebihi aras amaran. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.

Aras Air: 16.45 (m)

Graf aras air: http://publicinfobanjir.water.gov.my/wl_chart_scatter.cfm?state=SEL&station_id=473&bahasa=1

Sumber: http://publicinfobanjir.water.gov.my/main-page.cfm?fs=3

Terkini: Kajang Banjir. Elakkan ke sana.

Salam,

Saya mendapat berita yang pekan Kajang sedang mengalami banjir. Maka, cuba elakkan ke Kajang.

461866574.jpg

461865932.jpg

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=E1KT-wGiEpE

[SYOK'2011] Masih ada kekosongan untuk esok

Masih ada kekosongan untuk kelas renang dan bengkel coklat esok.

Boleh hubungi saya untuk pendaftaran 012.2655.203 atau daftar di sini:

Pendaftaran

==================================

Bengkel Membuat Coklat untuk kanak-kanak dan remaja.

Antara objektif bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada anak-anak asas masakan coklat. Di samping dapat memenuhi masa cuti sekolah mereka, sudah tentu mereka seronok melakukan aktiviti diluar daripada apa yang dipelajari disekolah. Ini sudah tentu meningkatkan kreativiti dan keyakinan anak-anak. Mungkin juga mereka boleh diketengahkan untuk program masakan Master Chef Malaysia versi Kanak-kanak (jika diadakan nanti).

Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 2.00 – 5.00 petang (3 jam) - KEMAS KINI
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Kelas compound sahaja. Kelas diajar secara 'hands-on'. Penerangan tentang jenis-jenis coklat. Teknik mencairkan coklat compound. Antara jenis coklat yang akan dibuat: Pelbagai jenis PRALIN COMPOUND DGN INTI @ FILING, Coklat truffle,  LOLLICHOC, coklat bar. *** Bahan dan peralatan di sediakan.
Trainer: Puan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.


============================================


PROGRAM KELAS BERENANG (KOLEJ KOMUNITI/PER PENDUDUK BDR SERI PUTRA)



Sesiapa yang masih berminat utk belajar berenang boleh membuat pendaftaran:

Pada : HARI SABTU 3/12/201 (16 Jam kelas berenang 4 jam kelas CPR)

TEMPAT: BUKIT MAHKOTA CLUB HOUSE.

PUKUL : 8.00 pagi.

Bayaran pendaftaran : RM 50.00 shj. Kelas akan bermula pada hari itu juga.

Sesiapa yang belum ada baju boleh dibeli pada hari tersebut (ADA DIJUAL)

Jadual akan diberikan pada hari pendaftaran.

Perserta : 25 org (Tempat terhad, pemohon awal dan berminat saja diutamakan)

Mohon war2kan kepada kejiranan masing2.

Hubungi saya utk pendaftaran : PN NUR (BIRO WANITA PPBSP)



Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.