Info Terkini PPBSP

Surau Al-Hijrah: Program Ibadah Qurban & Aqiqah 2011

301246_10150852820180176_329327610175_21276477_767827700_n.jpg

Assalammualaikum.

Surau Al-Hijrah ingin menjemput mana-mana individu, keluarga atau kumpulan untuk menyertai Ibadah Qurban & Aqiqah 2011 yang akan dijalankan di Surau Al-Hijrah.

Setiap bahagian berharga seperti berikut:
  • Qurban = RM400
  • Aqiqah = RM450 (termasuk kos memasak)
Jika berminat, sila berhubung dengan:

  • Syamsul Akmal - 019-3929219
  • Mazlan - 012-3666764
Sekian.

321220_10150852820075176_329327610175_21276475_1693972075_n.jpg

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - September 2011


(sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=226630754059783&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)

Dana terkumpul kini mencecah RM979,276.96. 

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-26 pada 5 Oktober 2011 (malam tadi) bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Ogos 2011 = RM71,114.79 (updated figure)
  • bulan September 2011 = RM38,900.28

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berkembang lebih sekali ganda dalam tempoh setahun (Sept 2010 - Sept 2011). Ini merupakan hasil komitmen yang diberikan oleh penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang yang komited bagi merealisasikan visi membina sebuah masjid di Bandar Seri Putra ini. (Jumlah terkumpul pada Sept 2010 adalah RM410,664.34, pertambahan sebanyak RM568,612.62)

Sasaran awal RM 1 juta sudah nampak hampir tercapai sebelum hujung tahun 2011 dan insyaAllah, kerja-kerja pembinaan akan dapat dimulakan. JK Pembinaan baru menerima surat daripada LHDN mengenai permohonan kita untuk pelepasan cukai dan tindakan sedang dilakukan untuk melengkapi butir-butir untuk permohonan kita kepada LHDN tersebut.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan. 


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Rumah Sampah Vista Telah Dibersihkan. Harap terus bersih!

Ini gambar rumah sampah Vista Seri Putra yang telah dibersihkan.

Harapnya tidak jadi kekecohan seperti tempoh hari lagi.

Juga diharap rumah sampah awam bagi semua penduduk BSP dapat disediakan oleh pemaju atau MPKj.






~~~~~~~~~
Khaiatbsp

Makluman Terkini: PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL



Tempat: Aktif Futsal Bangi

Tarikh Akhir Pendaftaran: 16 Okt 2011 (Ahad)

Maklumat lanjut, di sini:

Jemputan ke Majlis Sarapan Aidilfitri SRA Bandar Seri Putra

317016_10150322680978863_179473523862_8172046_937284729_n.jpg

Harapnya tidak terlewat untuk majlis ini.

Majlis Sarapan Aidilfitri
SRA Bandar Seri Putra

Tarikh: 8 Oktober 2011 (Sabtu)

Masa: 8 - 11 pagi

Tempat: Kantin SRABSP

Semua dijemput hadir.

Sedih! Sampah bersepah di taman SP5.

Islam menyarankan agar kita menjaga kebersihan. Dalam satu hadis nabi Nabi SAW:

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Sedih itulah yang dapat saya katakan dengan sikap dan tindakan segelintir pihak yang nampaknya tidak mengikut saranan Nabi kita. Bahkan secara hakiki memang manusia suka kepada bersih dan cantik.



Belum habis kisah sampah bertaburan di rumah sampah Vista Seri Putra, nampaknya kawasan taman kita juga tidak dijaga dengan baik oleh warga Bandar Seri Putra yang tidak perihatin. Terbaru, warga SP5 melalui pengerusinya En. Jeffri menyatakan kesedihan beliau berkenaan sampah yang bertaburan di padang SP5. Benar padang tersebut bukan milik warga SP5 dan menjadi hak awam, tetapi warga SP5 yang merana setiap pagi Isnin apabila hendak keluar bekerja terpaksa melihat pemandangan yang menyakitkan mata itu. Untuk makluman semua, pada kebiasaan ianya hanya akan dibersihkan oleh pihak bertanggungjawab setelah beberapa hari. Maka, untuk beberapa hari itulah warga SP5 disajikan dengan pemandangan yang buruk ini.









Aduan telah dibuat. Teguran telah dibuat. Nasihat juga nampaknya hanya keluar ke telinga kiri pengunjung. Tidak mungkin dapat dinasihatkan semua yang mengunjung. Tetapi kebersihan itulah kehendak fitrah manusia. Pastikan tempat kita atau tempat kita kunjungi bersih. Bahkan disekolah, dirumah, dan kempen kerajaan. Semuanya agar menjadikan rakyat Malaysia warga negara kelas pertama dengan mengamalkan perkara asas seperti kebersihan, kesefahaman, bertimbang rasa dan pelbagai sihat mulia bagi kita orang Timur.



Oleh itu, sedih sungguh melihat situasi Vista dan padang SP5. Dalam situasi Vista, papan tanda terpampang megah agar harta persendiri tidak dibuang di situ. Tetapi bila ditegur, kita pula dimarahi.  Itu belum lagi dipanjangkan masalah longkang di pusat komersial yang mempunyai bau hingga menusuk mata. Juga komen ibubapa sekolah yang sangat tidak berpuasa hati tahap kebersihan tandas sekolah. Hinggakan ada anak-anak yang terpaksa menahan diri sehingga sampai kerumah untuk menyempurnakan qadaq hajat.

Apa jawapannya? Kenalah berbalik kepada fitrah dan tanggungjawab semua untuk menjaga kebersihan. Bukan sahaja di rumah tapi juga ditempat awam. Jika ditempat awam, kalau tong telah penuh, pastikan kita bawa pulang sampah. Semua ini boleh diubah dengan usaha kita yang kecil.

"Bandar Seri Putra, kediaman sejahtera untuk semua"

khaiatbsp

Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Polis Daerah Kajang









TUTUP PELUANG, KURANGKAN JENAYAH


Bandar Seri Putra, 1 Oktober 2011.

"Terdapat tiga elemen dalam jenayah. Pelaku, niat dan peluang. Dua yang pertama kita tak boleh kawal, tetapi elemen ketiga adalah dalam kawalan kita", kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Wakil Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. "Kalau kita tutup peluang, insya-Allah ruang untuk jenarah berlaku dapat dikurangkan", tambah beliau lagi. Beliau juga menyeru agar penduduk dapat memberi maklumat secepat mungkin jika terdapat orang yang mencurigakan disekitar kawasan mereka.

Majlis yang dianjurkan oleh pemaju Bandar Seri Putra, Bangi Heights Development ini membuka ruang bagi wakil penduduk untuk berdialong bersama pemaju dan juga pihak polis. Hampir semua wakil skim-skim di Bandar Seri Putra turut hadir. Manakala, SI Ramlan, Ketua Balai Polis Bangi pula menambah, program "Community Policing" akan diaktifkan semula setelah dua tahun lalu dilancarkan tetapi kurang aktif. Antara lain, perjumpaan antara Polis dan wakil penduduk akan diadakan semula. Serta penduduk disaran untuk mendapatkan nombor telefon ketua sektor polis masing-masing yang telah diedarkan kepada wakil penduduk tidak lama dulu. Dengan ini memudahkan sebarang bantuan oleh polis yang mengetuai sektor tersebut.

Dato Zakaria, merangkap YDP PIBG SM Bandar Seri Putra dan juga NYDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) pula berharap ibubapa turut memainkan peranan dalam menangani masalah dan jenayah remaja.

En Zulkifli Gharib, Pengarah UM Land & Bangi Height, menyarankan agar penduduk dapat membuka lampu di belakang rumah bagi menerangkan jalan belakang rumah. Ini bagi menjawab persoalan agar pemaju memasang lampu jalan dibelakang rumah. Disamping itu, pemaju tidak dapat terus mengadakan kawalan keselamatan di Laman Indah (projek baru) atas sebab kos. Kos sebenar sepatutnya ditanggung oleh penduduk secara berkelompok.

Majlis diakhiri dengan hidangan tengahari disamping perbualan ringan bagi merapatkan hubungan.











Selebihnya di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.227052040683565.55833.169051276483642&type=1

Khaiatbsp

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.