Posted by
khaiatbsp
Jangan lupa, ESOK dan AHAD pertandingannya.
Pihak Kelab Sukan BSP menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.
Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.
Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah
30 tahun keatas sahaja.
Yuran pendaftaran sebanyak
RM120.00/taman Hanya
3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman
Minimum penyertaan 2 bergu ATAU 4 orang pemain
Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.
Hadiah 1 : RM500.00 + Piala + Hamper
Hadiah ke 2 : RM300.00 + Hamper
Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper
Hadiah ke 4 : RM100.00 + Hamper Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra
Tarikh : 16 & 17 Julai 2011
Tempat : Dewan Badminton SRK BSP.
Posted by
khaiatbsp

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada program ini. Kami penganjur MAP2011 ingin mengumumkan bahawa pendaftaran untuk MAP2011 secara rasminya ditutup. Ini kerana target peserta seperti yang dirancang telah dipenuhi.
Sekian, harap maklum.
Posted by
khaiatbsp
Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 14 Julai 2011, seramai
211 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 211 peserta tersebut
, 168 telah pun disahkan pendaftarannya.
Pihak penganjur berharap target
200 peserta dapat dicapai menjelang esok. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.
Maklumat lanjut, layari
http://map.bandarseriputra.com/.
-Khaiatbsp-
Posted by
khaiatbsp
`Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi
Sumber:
http://drshafie.blogspot.com/2011/07/tadarus-daurah-budaya-penduduk-bandar.html BBB, 07 Sya`ban = 09 Julai (Sabtu):


Satu budaya yang unik dan identik dengan surau-surau dan penduduk BBB ialah amalan Tadarus Daurah (Keliling) yang dianjur oleh Persatuan Penduduk BBB dengan kerjasama surau-surau di BBB yang berjumlah 30 buah. Bermaksud Tadarus Quran dilakukan secara keliling sebulan sekali dari surau ke surau. Bila kena giliran satu surau, wakil-wakil dari surau-surau datang ke surau yang menjadi pilihan untuk bertadarus Qur`an selepas solat maghrib hingga tamat dan solat Isya`. Sebelum tadarus dibahagikan 30 kumpulan (bagi 30 juz`). Bagi satu kumpulan (satu juz`) tiga orang atau lebih menurut ramainya peserta yang hadir – atau mungkin paling minimum satu kumpulan 2 orang seorang baca, seorang mendengar dan menegur kesilapan. Biasanya lama masanya satu jam boleh ditamatkan tiga puluh juz`.


Malam ini Tadarus Daurah dilakukan di Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Tambahan. Jemputan dan jamaah setempat hadir sama bersolat Maghrib hingga ke Isya`. Pada malam ini ada sedikit pembukaan oleh Tuan Haji Zulkifli Pengerusi surau, dan ucapan terima kasih oleh YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Adun Bangi merasmikannya. Adun memuji budaya unik ini yang kini sudah enam tahun berjalan dan ini adalah kali ke tujuh bagi tahun 2011, Menurut Adun melalui Tadarus Daurah dapat memahirkan pembacaan al-Qur`an dan mengeratkan hubungan antara surau dan penduduk. Ini juga merupakan persediaan bagi menyambut Ramadhan yang tadarus makin dipertingkatkan. Hadir pada malam ini selain dari Adun, Dr. Tajul dan Tuan Haji Zulkifli ialah Tuan Haji Ghazali Abbas Timbalan YDP Persatuan Penduduk dan Pengerusi Surau an-Nur yang memberi taklimat mengenai kaedah-kaedah bertadarrus,Tuan Haji Rusli Imam Surau Ar-Rahim YDP Penduduk Seksyen 8 Tambahan Tuan Haji Ali,, Ustaz Iskandar yang membawa bersamanya murid-murid Tahfiz Sungai Tangkas, Ustaz Ilyas Guru dari STAM Sungai Ramal dan ahli jamaah setempat.
Selepas khatam pembacaan ayat lazim, ratib dan doa Khatam Qur`an. Setelah tamat acara Tadarus Daurah, penghargaan dan penyampaian bantuan kepada anak-anak tahfiz diminta Adun sampaikan. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam.
Sekian.
Nota: Mungkin boleh dipraktikkan di kawasan kita.
Posted by
khaiatbsp

Maklumat daripada penganjur:
Mohon maklumkan kepada semua wakil-wakil taman melalui website bahawa cabutan dan tarikh akhir menghantar borang kejohanan badminton BSP ialah pada hari ini jam 8.30 malam. Sila hantar borang berserta dengan wang pendaftaran di meja urus setia di Lobi berdekatan Kedai Fadhiya Maju, malam ini. Cabutan undi juga akan dibuat pada malam ini.---------- Forwarded message ----------

Pihak Kelab Sukan BSP menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.
Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.
Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah 30 tahun keatas sahaja.
Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/taman
Hanya 3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman
Minimum penyertaan 2 bergu ATAU 4 orang pemain
Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.
Hadiah 1 : RM500.00 + Piala + Hamper
Hadiah ke 2 : RM300.00 + Hamper
Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper
Hadiah ke 4: RM100.00 + Hamper
Sila hubungi nama-nama dibawah untuk pendaftaran.
Mohd Nizam-019-2218602
Samsuri - 019-2397134
Cikgu Saleh – 019-3239466
Hafiz - 017-3728826
Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra
Tarikh : 16 & 17 Julai 2011
Tempat ; Dewan Badminton SRK BSP.
Posted by
khaiatbsp
Salam semua warga BSP,
Saya sebagai Biro Sukan dan Rekreasi telah dijemput oleh AJK Bukit Mahkota untuk menghatar wakil BSP dalam kejohanan 5V5 Piala Ahli Majlis. Oleh itu, jika ada warga/team BSP yang berminat, mungkin boleh maklumkan saya (
khaiatbsp@gmail.com / 012-2655203) supaya kita boleh hantar pasukan atas nama Bandar Seri Putra. Bagaimanapun, kalau ada team yang nak daftar sendiri pun tak mengapa. Terus hubungi nama yang tertera dibawah.
Jika ingin melalui Persatuan Induk (PPBSP) sila maklumkan saya sebelum
18 Julai bagi memudahkan urusan.
Sekian, harap maklum.
Khaiatbsp
================
assalamualaikum,
Dijemput sesiapa yang berminat nak masuk bertanding..
Tajuk:
KEJOHANAN 5 V 5 PIALA AHLI MAJLIS (Peringkat Bukit Mahkota)
Tarikh:
30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa:
8 pagi
Tempat :
Padang Bola Sek. 4 Bukit Mahkota
Kategori : Bawah 18
Terbuka
Atas 40
(Tarikh Tutup Penyertaan 23 julai 2011)
Hadiah : Tempat Pertama : RM 350 + Piala + madle (Setiap Katagori)
Tempat Kedua : RM 150 + Madle (Setiap katagori)
Tempat Ketiga & Keempat : Madle (Setiap Katagori)
Yuran : Bawah 18 : RM 30 satu pasukan
Terbuka dan atas 40 : RM 50 satu pasukan
Penyertaan Terhad! Sila hubungi:
Azarul (019-2647301)
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.