Info Terkini PPBSP

Konvensyen Persatuan Penduduk dan NGO DUN Bangi 2011

http://3.bp.blogspot.com/-N1_Cbw4rjZY/TdDwWqv-LiI/AAAAAAAAKOw/60ZcrvJ_Spc/s1600/konvensyen.jpg

Konvensyen Persatuan Penduduk dan NGO DUN Bangi 2011

Tarikh: 21 Mei 2011 (Sabtu)
Tempat: Bilik Cempaka, Komplek PKNS Bangi
Masa: 1.30 tgh - 5.30 ptg

Terbuka kepada semua persatuan penduduk, KRT dan NGO.

Pendaftaran adalah percuma.

Untuk pendaftaran, sila hubungi:
Mohd Fahmi Bin Mohamad Shapie (013-624 8084)

Anjuran: Ahli-ahli Majlis MPKJ Dun Bangi dan Pejabat ADUN Bangi.

Nota: Banner Ahli Majlis Zon 24 dah dinaikkan di BSP. Banner diatas diambil daripada blog YB Dr. Shafie.

Kelab Belia Zon 24 (KBZ24)


Tak pernah tahu pun kewujudan kelab ini. Tadi terjumpa blog kelab ini di sini:
http://kelabbeliaputramahkota.blogspot.com/

Saya kepilkan maklumat tentang kewujudannya dibawah ini.

Khaiatbsp
=====================

Salam Perkenalan

Pengenalan

Pertubuhan Kelab Belia Zon 24 (KBZ24) telah ditubuhkan pada 29 April 2009. pada asalnya nama kelab ini adalah Pengerak Belia Tempatan Zon 24. Kelab ini diwujudkan atas dasar untuk memberi peluang kepada belia-belia Selangor untuk menjadikan pertubuhan ini Platform untuk mereka bergerak di dalam semua aktiviti yang bersifat bina insan, motivasi, kesukanan, kemasyarakatan, kerohanian yang boleh membina Rohani, Fizikal, dan Psikologi belia. Pertubuhan ini terbuka kepada seluruh belia-belia yang berada di sekitar bangi lama, Bandar Sri Putra Mahkota.

Alamat Bilik Gerakkan

Kelab Belia Putra Mahkota
Pengerak Belia Tempatan Zon 24
No 16/B, Jalan Seri Putra 1/5
Bandar Sri Putra,
43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Kelab Belia Putra Mahkota Zon 24
Penggerak Belia Tempatan Zon 24
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Email : belia.zon24@gmail.com


Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Putra Mahkota Zon 24

Pengerusi : Hasbullah bin Othman
013-9464541

Tim.Pengerusi : Muhammad Amirul Mukminin bin Ayub
013-2008059
email: ama_kaizer85@yahoo.com.my

Setiausaha : Husaini bin Arshad
019-5659049
husaini_arshad@yahoo.com

Bendahari : Mohd Farid bin Hamlud
013-6727827
albariti1924@yahoo.com

Senarai Pemain - KEJOHANAN BADMINTON (BEREGU) BANDAR SERI PUTRA 2011





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Semua Persatuan-Persatuan Penduduk yang dihormati,

Berikut dipanjangkan kenyataan daripada penganjur Kejohanan Badminton BSP 2011 yang akan diadakan pada hari Ahad, 22 Mei 2011.  Bantuan tuan adalah diharapkan dapat memaklumkan kepada PASUKAN/PEMAIN daripada taman-taman yang akan mewakili dalam kejohanan ini mengenai JADUAL dan ATUCARA yang telah ditetapkan.  Sila hebahkan kepada semua penduduk taman masing-masing supaya turun beramai-ramai untuk memberi sokongan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam dan selamat sejahtera.

Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

"Quote"

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tuan moderator saluran BSP Induk yang dihormati,

Minta jasa baik tuan untuk memanjangkan email ini kepada wakil-wakil persatuan-persatuan yang terlibat untuk rujukan serta tindakan sewajarnya. Sila rujuk lampiran yang disertakan bersama email ini berkenaan senarai pemain serta keputusan undi bagi pasukan-pasukan yang terlibat untuk Kejohanan Badminton (Beregu) Bandar Seri Putra 2011.

Pihak penganjur meminta kerjasama kepada semua pasukan yang akan bertanding pada hari tersebut terutamanya pasukan-pasukan yang telah diundi  untuk perlawanan pertama agar dapat hadir selewat-lewatnya jam 8.30 pagi. Ini adalah bagi memastikan perlawanan akan dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

Selain daripada itu, pihak penganjur juga ingin menasihatkan kepada pemain-pemain yang telah menghantar penyertaan untuk menyertai kejohanan ini benar-benar mewakili persatuan untuk kejiranan yang didiami bagi memastikan kejohanan ini dijalankan dengan penuh semangat kesukanan, kesepakatan dan juga penuh harmoni.

Berikut adalah jadual untuk rujukan tuan-tuan (tentative).

  • 08.30am  -  08.45am     Registration
  • 08.45am  -  09.00am     Briefing
  • 09.00am  - 11.00am      1st Round
  • 11.00am  - 12.45am      2nd Round

  • 01.00pm  - 02.00pm      Break

  • 02.00pm  - 03.00pm      Quarter Final
  • 03.00pm  - 04.00pm      Semi Final
  • 04.00pm  - 04.15pm      Break
  • 04.15pm  - 05.15pm      Final
  • 05.15pm  - 05.45pm      Price Giving Ceremony

Sekian, terima kasih.

Fadzri Md Jaafar

"Unquote"

Respond Kaji Selidik Sangat Menyedihkan

Selepas hampir seminggu kaji selidik ini dimuat naikkan, respondnya sangat menyedihkan (5 respond, 2 sukarelawan).

Oleh itu saya berharap warga BSP dapat membantu menyempurnakan kaji selidik dibawah yang tak sampai pun 5 minit mengisinya.

Ini bagi mendapat feedback daripada warga BSP dan mengelakkan persatuan buat kerja 'Syok sendiri'.

Saya masih positif yang ramai lagi warga BSP yang belum berkesempatan dan esok cuti Wesak sangat sesuai bagi yang belum mengisinya.

Yang berharap dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih,
Khairil Anuar
Ketua, Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP
khaiatbsp[at]gmail.com

---------- Forwarded message ----------


Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) yang disertai oleh gabungan persatuan penduduk skim-skim atau taman-taman di Bandar Seri Putra baru sahaja ditubuhkan pada Januari 2011.


Bagi pihak Biro Sukan dan Rekreasi saya ingin menjemput mana-mana individu yang ingin menyumbang dan membantu dalam mengerakkan biro ini. Sila isikan maklumat berkenaan bagi memudahkan perhubungan. Maklumat lanjut, sila emailkan kepada khaiatbsp[at]gmail.com. Semoga bantuan anda akan mengaktifkan biro ini. Sekian, terima kasih.



Disamping itu, kami dari "Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP" ingin mendapatkan makluman daripada warga Bandar Seri Putra (BSP) untuk merancang aktiviti sukan dan rekreasi BSP. Oleh itu dapatlah kiranya tuan/puan membantu melengkapkan tinjauan dibawah ini. Diharap dengan ini aktiviti yang dirancang akan memenuhi cita rasa tuan/puan. Maklumbalas tuan/puan penduduk Bandar Seri Putra kami hargai dan diucapkan terima kasih.


Khairil Anuar
Ketua, Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP
khaiatbsp[at]gmail.com

Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah

BERITA SURAU

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

kepada semua warga Princeton

Dimaklumkan AJK Pembinaan SUAK akan mengadakan Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau ini pada 28 Mei 2011 (Hari sabtu). Tuan puan dijemput hadir pada hari tersebut.


Pandangan Hadapan

Tidak berapa hari lagi Surau Syaidina Umar Al-Khattab akan dapat digunakan kepada semua penduduk Fasa 7, Bandar seri Putra. (Princeton, Castanea, Puncak Unggul, Putra, Nusa, Aman & Rimbun Suria)


Ruang Dalam Yg Luas


Ruang Dalam Surau

Tempat ibadah ini akan membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan terautur mengikut tuntutan Islam.
    

Mesyuarat AJK Pembinaan Surau SUAK Yang Di adakan Baru2 ini.

Sekalung tahniah kepada AJK Pembinaan SUAK, selama ini telah bertungkus lumus dengan merelakan masa mereka bagi merancang pembangunan Surau Syaidina Umar Al-Khattab ini sehingga menjadi kenyataan. Sumber kewangan diperolehi dari sumbangan derma ikhlas penduduk Bandar Seri Putra, Badan Korporat, Politik, Syarikat dan Individu.  Inshaallah hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala susah payah serta keringat tuan/puan itu, hanya Syurga Allah balasannya..  Amin......

salam ikhlas:  ZaludinAB.
(Sumber: Mohd Puzi Razali {mprazali@gmail.com})

Hasil Undian Pertandingan Badminton BSP 2011

Alhamdulillah semalam telah diadakan cabutan bagi Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2011. Pihak Bangi Heights telah mulakan undian tepat jam 5. Manakala, wakil permain yang hadir tepat pukul 5 adalah seramai 4 orang termasuklah wakil BSP Induk (PPBSP). Bagaimanapun, beberapa lama selepas itu tampil juga beberapa lagi wakil penduduk termasuklah wakil Putra Tropika.

Undian berjalan lancar sehinggalah ke Kumpulan C. Kerana kesilapan teknikal, maka atas persetujuan wakil pemain yang hadir, cabutan telah dijalankan semula.









Hasil undian kali ke dua.




Kumpulan A


Kumpulan B


Kumpulan C

Insya-Allah, pada hari Sabtu sebelum hari pertandingan, akan diadakan sesi pemanas badan di dewan pertandingan. Ini bagi membolehlah pemain membiasakan diri dengan keadaan dewan disamping boleh melihat-lihat kekuatan pihak lawan.

Bagi penduduk Bandar Seri Putra pula, saya menyeru untuk ramai-ramai turun untuk menyaksikan perlawanan tersebut pada 22 Mei 2011 mula jam 8.30 pagi. Berilah sokongan kepada wakil taman anda disamping menunjukkan kepada pihak penganjur yang kita warga Bandar Seri Putra bersatu hati dalam apa sahaja aktiviti sosial yang dianjurkan oleh mana-mana pihak tidak kira Bangi Heights, BSP Induk, Persatuan Taman dsb.

"1Sukan, 1BSP"

Khairil
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi PPBSP
(khaiatbsp@gmail.com)

Undian Badminton Petang ini

Salam,

Seperti semua sedia maklum, undian pertandingan badminton Bandar Seri Putra akan diadakan pada petang ini 5 petang di pejabat Bangi Heights.

Pihak penganjur maklumkan saya terdapat 36 tim semuanya dan perlawanan adalah secara rawak. Maknanya tim daripada taman yang sama mungkin akan bertanding antara satu sama lain. Alhamdulillah, Persatuan Induk (PPBSP) juga akan menghantar tim dan 3 tim juga daripada Bangi Heights.

"1Sukan, 1BSP"

-Khaiatbsp-





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg Dato'/Tuan/Puan penduduk BSP yang dihormati.
Diperingatkan semula kepada skim-skim yang belum memajukan borang pendaftaran hendaklah memajukan ke Pejabat Urusan Bangi Heights Development Sdn Bhd sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 06 Mei 2011.

Sekian.  Terima kasih.
Wassalam dan selamat sejahtera.

Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.