Info Terkini PPBSP
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

Salam,
Saya rasakan perlunya menghormati jiran kita. Dalam perkara ini jiran kita penduduk Acacia berharap kenderaan ibubapa anak-anak SK Bandar Seri Putra agar tidak meletakkan kenderaan mereka dikawasan yang telah diletakkan kon oleh penduduk Acacia. Dimaklumkan ada kenderaan yang secara sengaja atau tidak telah melanggar kon itu. Maka, diseru agar menghormati permintaan mereka agar tidak meletak kenderaan dikawasan yang telah diletak kon terutama di pintu masuk Acacia.
"Bertolak ansur amalan mulia"
Khaiatbsp
Posted by
khaiatbsp
comments (0)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg Dato'/Tuan/Puan penduduk BSP yang dihormati.
Diperingatkan semula kepada skim-skim yang belum memajukan borang pendaftaran hendaklah memajukan ke Pejabat Urusan Bangi Heights Development Sdn Bhd sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 06 Mei 2011.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam dan selamat sejahtera.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
Labels:
Biro Sukan dan Rekreasi
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Beberapa perkara yang telah dipersetujui dalam mesyuarat JK semalam.
1. Menjemput semua Pengerusi/wakil skim untuk turut sama dalam mesyuarat JK PPBSP. Tindakan: YDP/SU.
2. Menambah keahlian PPBSP dengan pelbagai cara yang akan diusulkan kemudian. Tindakan: Semua AJK.
3. Mewujudkan pos keselamatan kedua berhampiran bulatan TIP. Tindakan: Biro Keselamatan.
4. Menyebarkan buletin secara berkala sebagai satu saluran maklumat (KIV). Tindakan: Biro Penerangan dan Komunikasi.
5. Menyediakan One-Stop-Center di kabin persatuan. Tindakan: Biro Penerangan dan Komunikasi.
6. Memohon buat kali ke-2 'ownership' padang futsal berhampiran Vista. Tindakan: SU / Biro Sukan dan Rekreasi.
7. Mencadangkan logo dan kepala surat. Tindakan: Semua AJK (jika ada).
8. Kain rentang (2 helai) sebagai publisiti persatuan. Tindakan: Biro Penerangan dan Komunikasi.
9. Menyenaraikan keahlian dalam blog persatuan. Tindakan: Biro Penerangan dan Komunikasi.
10. Usul AGM: Perkara-perkara berkaitan pasar malam. Tindakan: Biro Ekonomi.
11. Usul AGM: Berkaitan judi. Tindakan: Biro Agama dan Sosial.
12. Usul AGM: Berkaitan aktiviti silat. Tindakan: Biro Sukan dan Rekreasi.
13. Usul AGM: Berkaitan status "Club House". Tindakan: Biro Pembangunan dan Alam Sekitar.
14. Usul AGM: Lantik wakil skim sebagai AJK dilantik. Tindakan: YDP/SU.
15. Bagi memudahkan keahlian, borang individu boleh dihantar bersama yuran tanpa perlu mengisi bahagian 'Pencadang' dan 'Sokongan' jika bermasalah mendapatkannya. AJK akan mengisinya bagi pihak pemohon. Tindakan: Semua AJK.
16. Persatuan mengambil pendirian akan membantu JK Pembinaan Masjid agar dipercepatkan pembinaan masjid BSP. Tindakan: YDP.

Mesyuarat
Posted by
khaiatbsp
comments (0)
Mesyuarat JK malam tadi telah mewujudkan biro-biro dan ketuanya bagi melancarkan lagi perjalanan persatuan (mahu dikenali sebagai Persatuan Induk). Berikut senarainya.
1. Biro Keselamatan - Mejar Qayyum
2. Biro Sukan dan Rekreasi - En. Khairil Anuar
3. Biro Agama dan Sosial - Ustaz Farid Ravi
4. Biro Pembangunan dan Alam Sekitar - En. Engku Faizal Annuar Engku Husin
5. Biro Wanita - Puan Nursiah
6. Biro Ekonomi - Dato' Zakaria Husein (Timbalan YDP)
7. Biro Penerangan dan Komunikasi - En Azizul Jabbar Kamaruddin
8. Biro Kebajikan - Ustaz Abu Zaki
9. Biro Pendidikan - Dr. Ishak Ahmad

Jalan-Jalan Di Bandar Seri Putera Semuanya Di Turap Baru
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/05/jalan-jalan-di-bandar-seri-putera.htmlBandar Seri Putera, 29 Jamadil Akhir = 03 Mei (Selasa):

Pada masa Adun hadir kerana menziarah seorang pesakit pada petang 12 April (Selasa) lalu di Bandar Seri Putera, Adun dapati jalan-jalan utama (bukan dalam kawasan perumahan yang sedia elok) sedang giat diturap, begitu juga bila Adun datang pada 17 April dan hari ini selepas tiga minggu kehadiran pertama, kerana menziarah kematian seorang penduduk di sini sekali lagi Adun saksikan kerja-kerja menurap jalan masih berterusan dan sebahagian besar jalan-jalan utama elok, cantik dan selesa digunakan. Bukan setakat itu sahaja, traffic light contoh jalan masuk ke KUIS sudah berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan tanda-tanda arah disempurrnakan oleh Syarikat Pemaju Perumahan Bandar Seri Putera, iaitu UM Land. Syukur kepada Allah dengan kemudahan dan kesempurnaan yang disediakan oleh Syarikat.
Walau bagaimana kerja-kerja yang dilakukan oleh Syarikat ini bukan semata-mata memperbaiki, tetapi bertujuan untuk menyerahkan pentadbiran infra-struktur di sini kepada pihak berkuasa tempatan, iaitu MPKj. Sebelum penyerahan pihak syarikat dikehendaki menyempurnakan segala syarat dan keperluan penyerahan, sebab itulah jalan dan semuakemudahan dibaiki dan disempurnakan oleh pihak syarikat. Walau apa pun ia adalah kemudahan yang dapat dinikmati penduduk yang seharusnya bersyukur.

Sementara itu jika pihak penduduk mendapati ada keperluan yang sepatutnya disempurnakan, tetapi tidak disempurnakan, pihak penduduk dapatlah menyampaikan aduan dan cadangan kepada pihak MPKj melalui Ahli MPKj setempat iaitu melalui Tuan Haji Mazwan Johar dan boleh juga aduan dimaklumkan kepada ADUN Bangi, khususnya berhubung dengan perkara yang berkait dengan negeri.
Sekian.
Labels:
Kemudahan Awam
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
Penafian
Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.