Info Terkini PPBSP

SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGONG PPBSP 2012

Tarikh              : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012

Ruj. Kami        : PPBSP/SU/SU/25

 

Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

 

Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

PER: PANGGILAN MESYUARAT AGONG PPBSP 2012

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.    Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agong kali kedua seperti perincian berikut:

 

            Tajuk: Mesyuarat Agong PPBSP 2012

            Tarikh: 22 April 2012

            Hari: Ahad

            Waktu: 8.30am – 12.00pm

            Cadangan Tempat: Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

            Agenda:  8.00am – Pendaftaran dan Sarapan

                           8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong

                           10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2012/2013

                           11.30am – Majlis Tamat

 

3.    Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP Tuan/Puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agong ini nanti.  Bersama dengan ini disertakan Borang Usul untuk tindakan Tuan/Puan dan memulangkan borang tersebut ke alamat berikut sebelum 10 April 2012.

 

                                                FARHAN INTERNET & PHOTOCOPY

                                                No. 14 Jalan Seri Putra 3/13,

                                                Bandar Seri Putra,

                                                43000 Kajang, Selangor

 

4.   Mohon untuk membawa yuran tahunan sebanyak RM12 semasa pendaftaran.  Justeru besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PPBSP 2012 ini.

 

Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.

 

 

Yang benar,


......................................................................

RAMIZI BIN MOHAMED

Setiausaha

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

Tawaran Biasiswa Yayasan TM 2012/ Yayasan TM Scholarship Offer 2012

YAYASAN TM SCHOLARSHIP OFFER 2012

 

Yayasan TM invites qualifies Malaysian students with excellent academic achievements, pleasant personality and who are active in co-curricular activities to apply for scholarships to pursue higher education at both local and overseas universities.

 

The scholarships are available for Engineering, Management, and Information Technology courses at various programmes as follows:

  1. Overseas Foundation Programme
  2. Multimedia University (MMU) Foundation / Alpha Programme
  3. Diploma Programme at Multimedia University (MMU)
  4. Undergraduate Programme at Multimedia University (MMU) and Local Public Institutions of Higher Learning (IPTA)

How to Apply

Application can be made online via Yayasan TM website. SPM leavers may now apply upon official announcement of the examination results. Only one application is allowed for each student.

More details information on Qualification & Terms of Application is available at http://ytm.tm.com.my/ 

 

APPLICATION CLOSING DATE IS ON 8 APRIL 2012

Should you have any enquiries with regards to the scholarship offer, please do not hesitate to contact the following Yayasan TM personnel:

 

Feedback & Enquiries

Name

Contact No.

MMU

Mr Khairul Izam

03 - 2240 1582

Mr Muhammad Nur Firdaus

03 - 2240 1598

IPTA

Ms Maslini Rehan

03 - 2241 5177

Ms Norliana Yunos

03 - 2240 0635

Oversea

Mr Azlan

03 - 2240 0293

Mr Ihsan

03 - 2240 1594

Overall

Ms Rohana Abu Hanipah

03 - 2240 1580

 

 

Best regards,

 

HUMAN CAPITAL MANAGEMENT          

 

Copy:     

 

PROF DATO' DR MUHAMMAD RASAT (PRESIDENT MULTIMEDIA UNIVERSITY)

DATIN SRI SHARIFAH AAMENAH ALJUNID (SENIOR DIRECTOR HUMAN CAPITAL MANAGEMENT)

 

 

                                                    YAYASAN TM

                                                                            http://ytm.tm.com.my/

 

 

 

 

 

                                                                              YAYASAN TM

                                                                            http://ytm.tm.com.my/









Jemputan: Majlis Aqiqah, Tahlil dan Doa Selamat

Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita.
Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================



---------- Forwarded message ----------
From: srikencana <srikencana@gmail.com>

Tuan,

Mohon jasa baik untuk dipanjangkan kepada warga BSP.

Mohon juga dipanjangkan kepada surat alhijrah.

Trimas.

Tulus Ikhlas

Irwan A. Rahman



Assalammualaikum & Salam Mahabbah,

Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput tuan / puan ke Majlis Aqiqah, Tahlil dan Doa Selamat
pada :

Tarikh : 1hb April 2012
Hari    :  Ahad


Majlis Aqiqah akan bermula pada jam 12 tengahari manakala untuk Majlis Tahlil dan Doa Selamat akan diadakan selepas waktu zohor.

Alamat :

42, Jalan Seri Putra 6/5,
Bandar Seri Putra
Bangi 43000 Kajang
Selangor.


Kesudian tuan / puan untuk hadir amat saya hargai,

Ikhlas,

Irwan A. Rahman
0132680700

Jemputan Menjadi Ahli PPBSP dan Mesyuarat Agung 22 April

Inline images 1
Klik untuk borang pendaftaran dalam bentuk pdf

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra akan diadakan 22 April nanti.

Ingin menjadi ahli PPBSP? Isi borang beserta yuran pendaftaran dan hantarkan kepada Setiausaha, Dr. Ramizi 019.7907.510 atau Bendahari, En Arzock 012.2195.909.

Pembayaran boleh dibuat melalui cek di atas nama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra atau secara online melalui Bank Muamalat bernombor 1210-000459-71-2 (sila SMS maklumat bayaran kepada En. Arzock 012.2195.909)


"Penduduk Bersatu, Bandar Seri Putra Maju"

Pesta Buku Antarabangsa KL, 27 April-6 Mei, PWTC

Inline images 1
Klik gambar untuk pembesaran.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
datang lagi.
Pelbagai buku akan dijual dengan harga yang menarik.
Serta plebagai aktiviti diatur seperti perjumpaan bersama penulis terkenal dsb.

Jom ke PWTC 27 April hingga 6 Mei ini.

Ingin menangi Baucar Buku PTS berjumlah RM5,300?
Klik pautan ini:
http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/795508116

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

BERKAITAN ANJING-ANJING LIAR

Maklumat daripada Bangi Height. Harap penduduk ambil perhatian untuk mengelak kejadian tidak diingini.
Laporan telah dibuat kepada pihak berwajib.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================



---------- Forwarded message ----------
 

Salam sejahtera.

 

Aduan disampaikan mengenai anjing-anjing liar yang masih berkeliaran di dalam Bandar Seri Putra.  Maklumat baru yang diterima adalah daripada penduduk Lot Banglo di Jalan Seri Putra 8 memberitahu anjing-anjing liar ini berada di atas bukit iaitu di Premier Lot Banglo.  Apabila anjing-anjing liar ini turun dan berkeliaran ke rumah-rumah penduduk dan cuba dihalau ada yang telah dikejar dan hampir digigit oleh anjing liar ini.

 

Mengelakkan daripada berlakunya kejadian buruk yang tidak diingini, seperti yang tersiar di muka-muka akhbar adalah diminta supaya pihak penguatkuasaan MPKj mengambil tindakan segera untuk membasmi dan menghapuskan anjing-anjing liar ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

Senior Executive - Security

Department of Security

Bangi Heights Development Sdn Bhd

 

 


PPBSP: Panggilan Pendaftaran Ahli Baru, Yuran Tahunan Ahli dan Mesyuarat Agung 22 April 2012



Panggilan untuk pendaftaran ahli, mengemaskini keahlian dan seterusnya menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk bandar Seri Putra pada

22 April 2012

*Tertakluk kepada perubahan

Borang pendaftaran ahli online: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach%3Btopic%3D6755.0%3Battach%3D3855

Borang boleh diserahkan kepada Setiausaha, Dr. Ramizi 019.7907.510.
Manakala, bayaran keahlian perlu diserahkan kepada Bendahari, En Arzock 012.2195.909.

Pembayaran boleh dibuat melalui cek di atas nama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra atau secara online melalui Bank Muamalat bernombor 1210-000459-71-2 (sila SMS maklumat bayaran kepada En. Arzock 012.2195.909)

Yuran Ahli Baru: RM3 (pendaftaran) + RM12 (Setahun)
Yuran Pembaharuan Ahli: RM12 (Setahun)


Maklumat persatuan, boleh diperolehi di sini:
http://ppbsp.blogspot.com/

Blog aktiviti persatuan:
http://larianbsp2012.blogspot.com/
http://syokcutibsp.blogspot.com/
http://taz-putramahkota.blogspot.com/
http://map.bandarseriputra.com/

Penduduk BSP sekitar 17 Ribu Orang

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Maklumat yang diperolehi daripada pemaju Bandar Seri Putra, jumlah kediaman terkini di BSP adalah sebanyak 4368 unit.
Dengan anggaran satu unit diduduki secara puratanya 4 orang, maka jumlah penduduk BSP adalah sekitar 17,000 orang.

-Khai Kyreel-

Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam (DR UZAR)

Bengkel Perancangan Kewangan Keluarga Secara Islam

Date : 7 April 2012 (sabtu)

Venue : Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah, KL.

Time : 8am-1pm

Anjuran : AlNaqiy Sdn Bhd & Masjid Wilayah Persekutuan

Speaker : Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Fee : RM100 ( Termasuk fail, kertas kerja, sarapan dan makan tengahari)
Daftar hubungi 036201 1062 atau 0362011063 email admin@alnaqiy.com
website : www.alnaqiy.com

__._,_.___

Air percuma di S'gor melalui program 'lapor dan dapat'

  • Air percuma di S'gor melalui program 'lapor dan dapat'
  • 10:34AM Mac 17, 12
  • Sumber: http://m.malaysiakini.com/news/192314
  • Penduduk pangsapuri kos rendah di Selangor yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada COB mereka bilangan kediaman yang berpenghuni di pembangunan mereka untuk mendapat air percuma.

    Kerajaan Negeri kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada SYABAS yang akan membuat potongan pada bil meter pukal.

    "Oleh itu MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut," kata Exco Jawatankuasa Tetap, Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

    Katanya, potongan yang diberikan oleh SYABAS adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman yang berpenghuni.

    "Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk. Bukti potongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB.

    "COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

    Katanya, program "Lapor dan Dapat" akan berupaya memperlipat ganda bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma.

    "Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program "Lapor dan Dapat" akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.

    Iskandar berkata, program tersebut bermula pada 1 April 2012.  

    "Penduduk pangsapuri rumah kos rendah digesa untuk mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB supaya mereka mendapat air percuma.  

    "Sistem kupon turut dilaksanakan sebelum ini di dalam usaha untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia juga amat rumit.

    "Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh SYABAS tidak dapat dilakukan secepat yang dihasrat," tambahnya.

FORUM : ISLAM PILIHANKU, Ahad 25 Mac, Surau Ar-Raudhah, Bukit Mahkota

FORUM : ISLAM PILIHANKU

TARIKH : 25 MAC 2012 (AHAD)

MASA : LEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT : SURAU AR RAUDHAH

BUKIT MAHKOTA.

MODERATOR : USTAZ MOHAMED SABIR

Bro Firdaus Wong  Wai Hung

 

Asal : Kepong, Kuala Lumpur

 

Tarikh PengIslaman: 10 Ogos 2005 di Ibu Pejabat Perkim, Jalan Ipoh

 

Pekerjaan sekarang: Senior Account Manager (Online Advertising)

 

Bro Mohamad Syafiq Dendi Abdullah

Bekas aktivis Kristian yang baru memeluk Islam pada bulan Februari 2011.

 

Menganut agama Kristian sejak lahir. Membesar dalam keluarga yang berpegang kuat pada ajaran Kristian.

 

Kini berumur 20 tahun dan pernah mendapat pendidikan dalam bidang Dakwah Kristian di  Israel.

 

Bapanya seorang pemimpin tinggi sebuah gereja di Kuala Lumpur.



Artikel Menarik

Penafian

Persatuan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.