Info Terkini PPBSP
Alhamdulillah surat bantahan telah diterima oleh pengurus Speedmart99 malam tadi dengan diiringi oleh sekumpulan warga BSP serta jiran terdekat dari TIP yang prihatin. Terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan. Kami telah mendapat maklumbalas dari pengurus berkenaan arak akan ditarik dari jualan dengan segera.
Allahu akhbar!
Klik untuk pembesaran
Assalamualaikum,
1.Insya-allah, pihak PIBG SRABSP dengan kerjasama BKG SRABSP dan PAID Sepang akan menganjurkan karnival amal SRABSP yang berkonsepkan "membeli sambil menderma"...
2.Banyak acara menarik menanti anda sekeluarga disamping gerai serta pameran yang bermanfaat seisi keluarga..
3.Pengisian bual bicara islam oleh penceramah popular iaitu ust zamri mantop (mari mengaji TV9) & Ust Rizal Ramli (Forum perdana TV1) dan juga konsert HIJJAZ (harga tiket masuk RM5 sahaj
4. Jualan Kupon yang berharga RM25 boleh diperolehi di Pejabat SRABSP...
6. Insya-allah, dengan sumbangan & sokongan anda semua, impian PIBG SRABSP bagi merealisasikan projek ini akan menjadi kenyataan.
7.Kita hanya mampu berusaha yang terbaik & berdoa kepada Allah, natijahnya Allah jualah penentu segalanya.
Jumpa di karnival amal SRABSP.
Dokumen berkaitan projek gajah menyusu atau laluan berbumbung SRABSP https://docs.google.com/open?id=0B6bFqkxsXtWndV84RU9kS04wWlU
Klik untuk pembesaran
Kalau ada sesiapa yang nak menempah gerai pada Karnival Amal SRABSP, boleh berhubung dengan pihak sekolah di talian 03-89250315 (Ustazah Fazidatunnaim)
Gerai basah (atau makanan) lokasi 1: RM 350 + RM 100 (deposit kebersihan)
Gerai basah (atau makanan) lokasi 2: RM 300 + RM 100 (deposit kebersihan)
Gerai kering: RM 250 + RM 100 (deposit kebersihan)
-PIBG SRA Bandar Seri Putra-
http://srabandarseriputra.blogspot.com
Datuk/Datin/Tuan/Puan yang dihurmati,
Hasil dari maklum balas penduduk, insyaAllah PPBSP akan menghantar surat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya berkenaan 9.15 malam ini. Semua dijemput turun bersama sebagai tanda sokongan dan satu hati penduduk dalam menangani isu jualan arak di BSP.
Jumpa di sana malam ini.
Sekian.
YDP PPBSP
Klik untuk pembesaran
Assalamualaikum,
1.Insya-allah, pihak PIBG SRABSP dengan kerjasama BKG SRABSP dan PAID Sepang akan menganjurkan karnival amal SRABSP yang berkonsepkan "membeli sambil menderma"...
2.Banyak acara menarik menanti anda sekeluarga disamping gerai serta pameran yang bermanfaat seisi keluarga..
3.Pengisian bual bicara islam oleh penceramah popular iaitu ust zamri mantop (mari mengaji TV9) & Ust Rizal Ramli (Forum perdana TV1) dan juga konsert HIJJAZ (harga tiket masuk RM5 sahaja) antara slot menarik yang disajikan kepada pengunjung Karnival Amal SRA BSP..
4. Jualan Kupon yang berharga RM25 boleh diperolehi di Pejabat SRABSP...
5. Objektif karnival amal SRABSP adalah untuk mencari dana PIBG bagi projek pembinaan gajah menyusu (laluan berbumbung) SRA BSP..kertas cadangan adalah seperti lampiran Kos mencecah RM131,500
6. Insya-allah, dengan sumbangan & sokongan anda semua, impian PIBG SRABSP bagi merealisasikan projek ini akan menjadi kenyataan.
7.Kita hanya mampu berusaha yang terbaik & berdoa kepada Allah, natijahnya Allah jualah penentu segalanya.
Jumpa di karnival amal SRABSP.
Lokasi sekolah (SRA Bandar Seri Putra): https://maps.google.com/maps/ms?msid=201259487707834505954.000480b77b91e3e064afa&msa=0
Dokumen berkaitan projek gajah menyusu atau laluan berbumbung SRABSP https://docs.google.com/open?id=0B6bFqkxsXtWndV84RU9kS04wWlU
Klik untuk pembesaran
Kalau ada sesiapa yang nak menempah gerai pada Karnival Amal SRABSP, boleh berhubung dengan pihak sekolah di talian 03-89250315 (Ustazah Fazidatunnaim)
Gerai basah (atau makanan) lokasi 1: RM 350 + RM 100 (deposit kebersihan)
Gerai basah (atau makanan) lokasi 2: RM 300 + RM 100 (deposit kebersihan)
Gerai kering: RM 250 + RM 100 (deposit kebersihan)
-PIBG SRA Bandar Seri Putra-
http://srabandarseriputra.blogspot.com
Ingatan: PANGGILAN MESYUARAT JK KERJA PPBSP SESI 2012/2012 KALI KETIGA, SABTU 13 OKTOBER, 9.15 MALAM
Tarikh : 6 Oktober 2012
Ruj. Kami : PPBSP/SU/MAJK/10/01
Ahli mesyuarat
Dato'/Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: PANGGILAN MESYUARAT JK KERJA PPBSP SESI 2012/2012 KALI KETIGA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita memaklumkan kepada Dato'/tuan/puan akan Panggilan Mesyuarat JK Kerja PPBSP kali ketiga yang bakal berlangsung seperti berikut :
Tarikh : 13 Oktober 2012
Hari : Sabtu Malam Ahad
Waktu : 9.15 malam
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota
Agenda :
i. Ucapan Pengerusi
ii. Pengesahan Minit dan Perkara Berbangkit
iii. Laporan kewangan
iv. Laporan berkaitan ROS
v. Laporan Pelan Keselamatan Hari Raya (Khairuddin)
vi. Laporan Majlis Ramah Mesra (Arzock)
vii. Laporan biro-biro
viii. Lain-lain Hal
3. Kehadiran adalah diwajibkan kepada AJK PPBSP 2012/2013.
4. Wakil pemaju dan ketua-ketua skim/taman (atau wakilnya) adalah dijemput hadir.
5. Sekiranya Dato'/tuan/puan berhalangan untuk menghadiri mesyuarat mohon untuk memaklumkan kepada Setiausaha PPBSP di talian 012.2655.203.
5. Kerjasama daripada Dato'/tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih
Yang Benar,
t.t
......................................................................
KHAIRIL BIN ANUAR
Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Dipetik daripada blog Mazidul.
Kamal Affandi perlukan wang segera untuk rawatan penyakitnya. Baca dibawah.
DON'T DIE ON ME KAMAL AFFANDI HASHIM!!!
Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.
Video: http://www.youtube.com/watch?v=ji5_MqicxSo |
Klik gambar untuk pembesaran
Klik gambar untuk pembesaran
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra menjemput mana-mana warga Bandar Seri Putra yang belum menjadi ahli persatuan untuk mendaftar sebagai ahli persatuan.
Maklumat serta borang PPBSP adalah seperti berikut.
Juga boleh dimuat turun dalam bentuk pdf di sini:
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnQ2ZYeFBXOUVlMzg/edit
"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"
Klik untuk pembesaran
PIBG SRA-BSP sedang dalam usaha untuk mewujudkan LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG atau juga dikenali GAJAH MENYUSU.
Dalam usaha ini PIBG mengharapkan sumbangan daripada semua pihak sama ada individu, pihak korporat dan badan kerajaan bagi merialisasikan harapan ini.
Sumbangan boleh dibuat menggunakan borang ini
https://docs.google.com/open?id=0B6bFqkxsXtWnaVM2Z29yRkRTalE
Sumbangan boleh di buat secara tunai atau melalui online ke akaun PIBG, Bank Muamalat akaun nombor 1408-000
Sebarang pertanyaan sila hubungi Yang Di-Pertua PIBG SRA-BSP, Mohammed Iqbal di talian 012-6563033 atau email miqbalk@hotmail.com.
"Sumbangan anda untuk manfaat ramai"
Terima kasih.
PIBG SRA-BSP
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-34 pada 21 September 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Julai-Ogos 2012 = RM1,241,080.86 (RM 1 juta adalah peruntukan JPM yang disalurkan melalui Pejabat ICU Selangor)
Sedikit Perkembangan Mutakhir perbincangan ketika mesyuarat:
- JK Pembinaan dimaklumkan kerja-kerja cerucuk akan siap sebelum 31 Oktober 2012 dengan progress terkini kira-kira 60% kerja-kerja telah siap (mengikut laporan 19 Sept 2012)
- JK Pembinaan juga telah meluluskan pembinaan billboard besar untuk mempamerkan kutipan terkini Tabung Dana Pembinaan di tapak masjid. Langkah ini diharap dapat menaikkan semangat warga BSP untuk menyumbang ke dalam Tabung Pembinaan.
- MPKJ telah mengeluarkan surat kelulusan rasmi pelan masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Salinan surat ini serta pelan-pelan telah dihantar ke LHDN untuk tindakan selanjutnya.
- Dengan kelulusan rasmi pelan ini, JK Pembinaan menjangkaan akan dapat mengeluarkan dokumen untuk tender pembinaan struktur bangunan seawal pertengahan November ini, dan kerja-kerja pembinaan bangunan masjid dijangka akan bermula pada awal Januari 2013.
- AJK Pembinaan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan Yayasan Al Bukhari dan mohon mendoakan agar Yayasan itu akan menyumbang satu jumlah dana yang 'substantial' kepada dana pembinaan Masjid kita.
- JK Pembinaan dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor juga telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sehingga nilai RM50,000 setahun berdasarkan bil.
- Setiausaha JK Pembinaan juga telah mengirim kira-kira 2 ribu pucuk surat dalam fasa ke-2 bagi memohon dana daripada syarikat dan badan korporat yang telah dikenalpasti
- Post-Mesyuarat - Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan AJK Muslimat telah hadir mengisi sebuah booth dengan maklumat masjid sempena dengan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra pada Hari Ahad, 23hb September 2012. Pameran serta maklumat terkini dipamerkan. Brochure masjid juga telah diagihkan. Ikrar sumbangan daripada pengunjung diperolehi. Kutipan tunai pada hari tersebut berjumlah RM1086.00.
Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....