Info Terkini PPBSP
Datuk-datuk/Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah semalam satu mesyuarat AJK PPBSP telah diadakan dan antara isu yang dibincang ialah sampah di VSP. Notis mesyuarat ini juga telah dipanjangkan kepada semua pengerusi/wakil persatuan penduduk taman. Saya telah memohon setiausaha Dr Ramizi dan pen setiausaha Sdr Asfazian menghantar SMS dan panggilan telefon kepada semua pihak bagi mengingatkan akan mesyuarat penting ini. Alhamdulillah SP5 telah diwakili oleh Sdr Rosley Abd Aziz. Tahniah kepada Tuan Jefri Jaafar Pengerusi SP5 kerana memberi komitmen yang serious. Kita juga bersyukur kepada Allah SWT kerana Tuan Haji Mazwan Johar Ahli Majlis MPKj Zon 24 turut hadir bagi memberi penjelasan isu sampah tersebut pada malam itu.
Dari penjelasan Tuan Haji Mazwan tindakan segera akan diambil seperti berikut:
1. Longgokan sampah sisa pejal dan barang-barang lama/rosak akan dibersihkan oleh kontraktor.
2. Rumah sampah VSP akan ditutup dari orang luar. Kontraktor akan membawa lori ke dalam kawasan VSP mengambil sampah 3 kali seminggu.
3. Bagi pembuangan barang-barang lama/rosak, pengguna perlu membayar kontraktor bagi perkhidmatan tersebut. ini adalah kerana perkhidmatan ini diluar skop kontrak mereka dan bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan yang diminta.
Adalah disyorkan semua pengerusi/wakil persatuan taman:
1. Menasihat anak buah masing-masing agar tidak lagi membuang barang-barang lama/rosak di rumah sampah VSP.
2. Merancang jadual mengumpul, membuang barang-barang lama/rosak dan berunding dengan kontraktor untuk mengambilnya. Kos perkhidmatan boleh dikongsi bersama diantara warga yang terlibat atau secara jemaah ditanggung oleh persatuan masing-masing.
Akhir kata saya ingin menasihati diri saya dan sahabat semua, marilah kita bermula dengan diri kita dan ahli keluarga kita agar tidak membuang sampah sewenang-wenangnya. Semoga dengan itu bandar kita bersih dan hati kitapun jadi bersih.
Wassalam terima kasih.
Ahmad Yusof
YDP PPBSP
+6019 359 8489
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
Thursday, September 29, 2011
Bila MPKj Ambilalih Pengurusan Sisa Pepejal, Pastikan Tidak Mencetuskan Masalah
Mesyuarat Penuh MPKj hari ini diberitahu bahawa pihak MPKj akan mengambilalih tugas pengurusan sisa pepejal dari Alam Flora mulai 16 Oktober 2011. Di samping mengalu-ngalukan pengambilan alih dan pemecahan monopoli Alam Flora dalam mengendalikan sisa pepejal (pengurusan sampah) selama ini, ada kebimbangan di kalangan ahli-ahli MPKj yang bermesyuarat hari ini, bahawa di dalam masa transisi berbagai-bagai kemungkinan berlaku seperti ketidakcekapan pihak syarikat yang baru dipilih, kekurangan kakitangan, kekurangan peralatan dan mungkin disabotaj oleh pihak tertentu yang memberi implikasi kepada masyarakat dan politik semasa.
Oleh itu Ahli MPKj menggesa agar ditubuhkan satu Task Forces bagi memonitor dan memastikan pengambilan alih dan pengurusan sisal pepejal berjalan dengan licin, bahkan sepatutnya lebih baik daripada sebelumnya. Senarai kontrektor yang bakal dilantik hendaklah dikenalpasti agar tidak terlibat dengan sebarang kontrektor yang mempunyai rekod bermasalah dan disenarai hitam. Untuk permulaan tahap pengambilanalihan melibatkan 30% daripada kawasan operasi Alam Flora di bawah MPKj. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah: Saujana Impian, Jalan Cheras, Kajang, Country Height dan Sungai Chua. Ini melibatkan kos operasi RM700,000 selama ini dari keseluruhan operasi bulanan sebanyak RM3.1 juta.
Dari segi sejarah pengurusan sisa pepejal secara swasta kepada Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) adalah bermula pada tahun 1998 apabila termeterai satu perjanjian interim di antara MPKj bersama AFSB pada 30 Jun 1998. Berikutnya pada 20 April 2011, kerajaan negeri telah memutuskan supaya kerja pembersihan awam diambil alih dan diuruskan oleh PBT. Surat bertarikh 9hb.September 2011, AFSB memaklumkan bahawa pihaknya akan menyerahkan semula kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam di MPKj berkuatkuasa pada 15 Oktober 2011.
Dilihat dari segi operasi mengendalikan sisa pepejal (sampah) di bawah MPKj bagi tahun 2011 – (Januari hingga pertengahan September 2011) adalah sebagaimana berikut:
Bulan | Jumlah Ton Sisa Pepejal Yang Diurus |
Januari | 14,585.35 |
Februari | 12,624.16 |
Mac | 14,432.59 |
April | 14,536.15 |
Mei | 14,454.07 |
Jun | 14,080.65 |
Julai | 15,790.94 |
Ogos | 16,492.66 |
September | 7,145.51 |
Dari segi pengurusan sisa pepejal ini pihak MPKj menghadapi masalah-masalah:
b) Masalah operasi pelupusan di Pajam yang adakalanya ditutup tanpa sebarang notis
c) Pertambahan jumlah sisa pepejal daripada MPKj.
Sebagai penutup di dalam tempoh peralihan ini pihak MPKj akan mengambil tindakan yang lebih tegas di mana kegagalan kontraktor melaksanakan tugas akan membolehkan kontrak mereka ditamatkan dan kawasan kerja mereka diserahkan kepada kontraktor yang lain. Bagi memantapkan pengurusan pertambahan pegawai dan kakitangan akan dilakukan.
Sekian.
PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL
BANDAR SERI PUTRA
Disertakan maklumat jika ada mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menyumbang bagi menjayakan Pertandingan ini.
Disokong oleh Biro Sukan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL
BANDAR SERI PUTRA
Tarikh: 22 OKT 2011
Tempat: TBA
Hadiah:
Kedua: RM350 + Medal
Ketiga: RM200 + Medal
Keempat: RM100 + Medal
Yuran: RM150 / pasukan
Syarat:
Hanya 8 orang dalam satu pasukan berumur 30 tahun ke atas dengan 2 orang dibawah umur 30 tahun sahaja.
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Saliswisma 013-2698282
Cikgi Azly 016-9972848
Kek 012-3331604
Disokong oleh Biro Sukan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
Apartmen dikelilingi sampah
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htmkota@utusan.com.my
BANGI 28 Sept. – Malang bagi penghuni Apartmen Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra di sini apabila masalah timbunan sampah yang membelenggu mereka sejak sekian lama masih gagal diatasi sehingga kini oleh pihak bertanggungjawab.
Aduan demi aduan sudah dibuat tetapi masalah itu bukan sahaja tidak dapat diselesaikan, malah dilihat semakin teruk sehingga menjadikan persekitaran kawasan itu berbau busuk dan kotor.
Lebih malang, sampah itu bukan disebabkan oleh kurangnya kesedaran sivik di kalangan penduduk tetapi berpunca daripada orang luar yang suka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di tepi jalan berhampiran rumah sampah apartmen itu.
Keadaan diburukkan lagi apabila pihak yang bertanggungjawab untuk mengutip sampah tidak menjalankan tugas mereka mengikut jadual menyebabkan sampah terkeluar dari tong sampah yang disediakan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke rumah sampah apartmen tersebut mendapati, selain tong sampah yang sudah penuh, terdapat terlalu banyak timbunan sampah yang diletakkan di tepi jalan berhampiran sehingga kawasan itu sudah menjadi seperti tapak pelupusan sampah.
Penduduk memberitahu, semasa tinjauan dilakukan, sampah pada hari itu masih belum dikutip walaupun waktu pada itu sudah hampir pukul 1 tengah hari.
Semasa tinjauan dilakukan, tiba-tiba muncul sebuah kereta dan pemandunya, seorang wanita dan tanpa rasa bersalah, memunggah sampah dari dalam keretanya dan dicampakkan di atas timbunan sampah sedia ada.
Wakil pihak pengurusan apartmen itu, Fauziah Muslimin berkata, pihaknya sudah membuat kira-kira 10 aduan melalui e-mel dan panggilan telefon ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sejak Januari lalu, namun masih tiada sebarang tindakan penyelesaian diambil.
"Apabila aduan dibuat, jawapan yang diberikan ialah kontraktor akan mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan tetapi pemantauan kami mendapati kontraktor gagal mengikut jadual kutipan itu.
"Kami ingin tahu apakah peranan MPKj sebagai pihak berkuasa dalam mengatasi masalah ini. Sudah banyak aduan telah dibuat dan kami mahukan jalan penyelesaian yang total," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Fauziah, pihak pengurusan juga pernah mencadang supaya pagar dibina bagi menutup rumah sampah tersebut supaya orang luar tidak dapat membuang sampah di kawasan itu.
Malah, katanya, pihak pengurusan sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk kos pembinaan pagar tersebut tetapi sehingga kini, tiada maklum balas diterima daripada MPKj.
"Masalah sampah ini bukan sahaja menyusahkan penduduk tetapi turut memburukkan imej pihak pengurusan kerana penduduk sering membuat aduan kepada kami. Masalahnya ialah bagaimana untuk kami mengawal pihak luar yang membuang sampah di sini," jelasnya.
SERDANG 26 Sept. - Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini masih memerlukan sumbangan orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Dr. Abdul Rahman Hasan.
Beliau memberitahu, sehingga awal bulan ini, tabung tersebut berjaya mengumpul hampir RM1 juta bagi membolehkan pembinaan masjid itu bermula awal tahun depan.
''Saya berharap, dana akan meningkat selepas ini melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk Bandar Seri Putra,'' katanya pada Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011 di Jalan 2/5D Bandar Seri Putra, malam semalam.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Princeton Residence yang juga dipengerusikan oleh Dr. Abdul Rahman.
Dalam ucapannya Dr. Abdul Rahman turut memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sehingga berjaya mengumpul dana pembinaan Surau Syaidina Umar al-Khattab dan mula digunakan mulai penghujung Mei lalu.
Beliau berharap, semangat itu dapat diterapkan dalam usaha mengumpul dana untuk membina masjid melalui pelbagai kaedah termasuk car boot sale setiap hujung bulan yang dilakukan oleh kumpulan wanita Siti Hajar Princeton.
Kos bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim dijangka melibatkan RM7 juta dan apabila siap kelak dapat memberi kemudahan kepada penduduk Bandar Seri Putra dan sekitarnya termasuk di Bukit Mahkota.
Ketika ini, penduduk sekitar kawasan berkenaan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta di surau As-Syakirin dan Al-Ikhlas di taman perumahan Impian Putra.
Mengenai Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011, beliau berharap ia akan menjadi acara tahunan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk kawasan berkenaan.
Ini kali ketiga majlis itu diadakan sejak kawasan Princeton Residence itu didiami penduduk.
Masjid Al-Mustaqim masuk berita dalam Utusan Malaysia hari ini, dengan petikan komen daripada Dr. Rahman Pengerusi JK Pembinaan.
__._,_.___
Kejadian Ragut Di Pangsapuri Seri Dahlia
Mangsa seorang wanita India telah diragut rantai leher dan beg duit (kerugian tidak diketahui) oleh dua (2) orang suspek dipercayai berbangsa Melayu menaiki motorsikal "Cub" berwarna biru (jenis tidak diketahui). Menurut beberapa kanak-kanak yang menyaksikan kejadian tersebut kedua-dua suspek telah dilihat berlegar-legar di kawasan tersebut beberapa kali sebelum itu.
Ada warga Seri Dahlia yang mendengar berkenaan kejadian tersebut telah cuba menjejaki suspek sehingga ke Bukit Mahkota, malangnya suspek telah menghilangkan diri. Seorang saksi yang menyaksikan kejadian tersebut berkata suspek juga sempat dilihat melambaikan tangan kepada mangsa sebelum melarikan diri.
Kepada warga Bandar Seri Putra diminta lebih berhati-hati dan berwaspada dengan orang-orang yang tidak dikenali dan mencurigakan. Laporkan ke Balai Polis sekiranya ada ternampak kejadian-kejadian yang mencurigakan.
JENAYAH CEGAH SEBELUM PARAH
Mudah-mudahan ianya satu rahmat dan satu aktiviti sihat yang memberi kebaikan kepada semua.
Berkaitan:
http://seriputra-5.blogspot.
http://seriputra-5.blogspot.
http://seriputra-5.blogspot.
http://seriputra-5.blogspot.
http://seriputra-5.blogspot.
http://seriputra-5.blogspot.
Khaiatbsp
Krisis Somalia : Amal Malaysia Lancar Tabung Kemanusiaan
Di Saat ummat Islam seluruh dunia masih lagi merayakan Aidilfitri, pada saat ini jugalah puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.
Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.
Disebabkan tidak mampu lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.
Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.
Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.
Justeru itu, atas dasar keperihatinan terhadap nasib yang menimpa Umat Islam Somalia, maka Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung kemanusiaan khusus untuk umat Islam Somalia. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun seperti tertera di poster.
Artikel Menarik
-
Dipanjangkan jemputan daripada salah seorang jiran kita. Diharap ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis. ======================== Khai kh...
-
Salam, Berkatan tajuk yang sama, disertakan softcopy surat-surat terkini: muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Sub...
-
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012 Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25 Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra...
-
ESOK! Jemput semua sekitar Bandar Seri Putra. Lokasi GPS: 2.886465, 101.776554 https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp
-
Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini. Jawatank...
-
Berdasarkan mesyuarat PPBSP malam semalam, tapak Bazar Ramadhan masih ada kekosongan. Jika ada yang berminat boleh hubungi Tuan Mustafa ...
-
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016. Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan. Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Ljalo4 h...
-
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill) Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim...
-
MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 Mesyuarat akan diadakan pada : Hari : Ahad Tarikh : 16. 3. 2014 Jam : 8.30 Pagi Tempat : Dewan SK BSP Ibub...
-
From: Ahmad Yusof < ahmadbsp@hotmail.com > Salam....